Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 27 July 2013

Orang Melayu jangan menaruh harapan yang tinggi kepada pimpinan UMNO



Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam DAP memudahkan saya bercakap mengenai kepentingan orang Melayu yang tidak berani disuarakan oleh ahli UMNO. Jika Cina DAP tidak menyuarakan kepentingan Melayu, itu tidak jadi masaalah kepada saya selagi saya sendiri boleh melakukan nya. Apa yang diharap pada bangsa lain untuk menyuarakan kepentingan Melayu? Yang orang UMNO sibuk hendak paksa cina bercakap dan menjuarai Melayu mengapa?
Kita lah yang bertanggungjawab atas masa depan bangsa kita. Dan bila saya sebut ‘kita’ tidaklah bermakna , Melayu itu mesti Melayu dalam UMNO. Orang Melayu dalam PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal2 kepentingan bangsa Melayu.
Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang mengaku menjuarai bansga Melayu mengkhianati kepentingan bangsa mereka sendiri. Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang menggunaknan nama bangsa Melayu untuk kepentingan peribadi. Ini kita tak terima.
Najib sebagai pemimpin terrtingi UMNO memperlihatkan betapa lemah nya dia dalam menjaga kepentingan Melayu. Dalam masa pentadbiran PM yang dulu2- MIC hanya diperuntukkan satu kerusi menteri. Yang lain hanya layak jadi timbalan menteri. Sudah parti tersebut minority, tapi Najib memberi mereka tempat prominent dalam cabinet. Berapa orang India mesti dihadirkan dalam pentadbiran negara?
Mana ada wanita UMNO jadi menteri penuh? Najib meletakkan wanita dari Sarawak jadi Menteri Penuh yang tak tahu latar belakang di Semanjung. Apa sudah jadi dengan Najib?
Ada orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pimpinan UMNO? Ada yang sanggup mendedahkan soal kemiskinan dikalangan orang Melayu? Ada orang UMNO berani mendedahkan keperitan hidup orang Melayu? Jika tak berani, ketepi- saya boleh buat demikian. Saya boleh bercakap dan bersuara untuk bangsa saya dimana orang UMNO bacul dan tak berani.
Dari segi perjuagan UMNO sudah banyak menyimpang. Pimpinan nya mementingkan diri sendiri. Asset orang Melayu seperti tanah, hartabenda, saham tidak dijaga malah dibaham oleh pimpinan UMNO. Saham RM54billion yang diperuntukkan dibawah DEB habis dijual oleh golongan elit Melayu untuk mengayakan diri mereka. Pimpinan UMNO tak pandai mengurus asset bagi pihak orang Melayu. Tanah reseb Melayu tinggal sebahagian kecil dari yang asal dan tidak di ganti. GLC banyak yang rugi walaupun dikendalikan oleh orang Melayu. GLC rugi tapi pimpinan GLC kaya raya.
PNB misalnya mahu membina menara dan bangunan yang tinggi menelan belanja berbilion Ringgit. Perlukah PNB kepada bangunan baru? kalau berbilion Ringgit itu diagihkan dalam bentuk dividend bukan kah itu lebih baik untuk orang Melayu?
Komitment dan dedikasi pada perlaksanaan dasar2 yang menguatkan orang Melayu tidak mengiringi deklarasi dan pengucapan. Pimpinan UMNO lebih mengutamakan jeritan dan pekikan slogan daripada memberi isian kepada pengucapan. Najib terutama nya, lebih menyerlah pada segi melaungkan itu dan ini, tapi laungan tersebut tidak berisi.
Menjelang Perhumpian Agung UMNO pada bulan Disember ini, pelbagai spekulasi telah dibuat. Adakah Najib akan dicabar?  Jawapan rengkas nya, ya dia akan dicabar. Pencabar nya ialah Muhyidin Yassin. Walaupin Muhyidin dilaourkan sebagai berasa letih untuk berlawan, dia tidak ada pilihan lain. Jika dia tidak mencabar, dia akan di pinggirkan sedikit demi sedikit. Bukan rahsia lagi, Najib membarisi tenaga2 untuk mengepung dan mengekang Muhyidin. Jika Muhyidin tidak berbuat sesuatu, masa depan nya akan gelap dan masa depan UMNO sebagai sumber pengharapan orang Melayu pun akan muram.
Ketika Pak Lah hanya memenangi 140 kerusi parlimen tapi undi popular nya 51%, Muhyidin mengepalai gerakan untu mengusir Pak lah. Akhirnya Pak Lah terpaksa berhenti jadi presiden UMNO dan PM. Menantu nya tinggal dalam kegelapan manakala pimpinan setara dengan KJ mendapat tempat dalam pentadbiran negara.
Jika Muhyidin tidak menggesa Najib berhenti, maka dia akan dilihat sebagai tidak konsisten. Ternayata Najib gagal dalam banyak hal. Twitter nya dan blog nya tidak akan dapat menyembunyikan kekosongan dalam diri Najib. Dia hanya lebih dari segi bentuk, tapi kurang dalam segi isi.
Dia gagal bila berjaya mendapat hanya 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak lah 140 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding Pak Lah dengan undi popular 51%. Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi parlimen berbanding dengan dibawah Pak lah dimana MCA menang 15 kerusi.
Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama kali di Negeri Pahang, ada 12 ADUN pembangkang dalam dewan undangan negeri.
ETP, GTP nya lebih indah khabar dari rupa. Dari jauh kelihatan jelita, bila dekat mendukacitakan. Itu kita bincang dibahagian lain.

16 comments:

Otak geliga,  27 July 2013 at 23:51  

berkenaan isu2 GTP, tanah rezab etc...saya amat YAKIN 100% jika Malaysia berada dibwh pemerintahan DAP, negara akan mencatatkan keuntungan yg berlipatkali ganda, hartanah akan melonjak tinggi berganda dgn penggunaan sumber scr maksimum dr tanah rezab Melayu sehinggalah tanah wakaf & wang zakat.

pada masa itu saya yakin agenda Melayu & Islam akan lebih menyerlah di bawah DAP sepertimana yg ditunjukkan di Singapura....betulkan?...& saya harap, pada masa itu Tuan boleh berjuang dgn agenda Islam & Melayu dgn lebih vokal & efektif

sepertimana Tuan,saya juga tak yakin PKR & PAS mampu memerintah dgn lebih baik berbanding DAP dr aspek ekonomi & mempertahankan hak umat Islam/Melayu

Otak geliga,  28 July 2013 at 00:01  

keputusan PRU-13....ya mmg BN menang TIPIS di kebanyakan negeri yg Tuan sebut...tetapi barang diingat, TIPIS atau tidak, BN ttp MENANG

tambahan pula dgn pertambahan kerusi dr UMNO.....jika melihat prestasi MCA & GERAKAN, sememangnya amat mendukacitakan tetapi bersandarkan gerak kerja yg dilakukan 2 parti ini, itulah keputusan yg wajar mrk perolehi

barang diingat juga, semua kerusi yg MCA/GERAKAN kalah, adalah di mana MAJORITI pengundinya adalah CINA....saya ulang, CINA....& dimana mereka menang majoritinya adalah MELAYU....sebabtu bila ada org menafikan tsunami Cina ttp mengatakan ia adlh tsunami rakyat Malaysia, ia adalah amat kelakar sekali

kenapa KELAKAR?...sbb org MELAYU bukan menari mengikut rentak tarian CINA....sbb tu byk negeri dimenangi semula oleh BN....tipisnya kemengan BN di Perak disebabkan populasi rakyat Perak yg menunjukkan Cinanya ramai, sementara di Terengganu...di sini mrk masih berasa secure disbbkan bil Cina tidak ramai & geneasi muda mrk dimabukkan dgn kaedah Islamik PAS disamping gagal membaca rentak politik kedua belah pihak....kenapa saya kata begitu??....jika beberapa pimpinan tertinggi parti yg disokong juga gagal dijawab, itu menujukkan mrk hanya menyokong JENAMA ISLAMIK shj, bukannya benar2 memahami retorik politik PAS

Otak geliga,  28 July 2013 at 00:08  

Saya ni bukannya ahli UMNO, ttp cuma generasi muda Malaysia yg sgt risau melihat permainan JIJIK generasi2 lama utk mencorakkan Malaysia sblm ditinggalkan kpd kami

samada UMNO/PKR/PAS, permainan politik anda sungguh saya katakan, merugikan MELAYU & ISLAM...natijahnya, kami generasi muda yg tanggung di kemudian hari

pertanyaan terakhir saya....jika Tuan benar2 memperjuangkan ide Melayu & Islam, mengapa DAP yg dipilih, bukannya PAS & PKR....berdasarkan pemerhatian saya, Tuan hanya mengejar kedudukan dlm parti & Tuan hanya nampak laluan mudah menerusi DAP & kini Tuan sudahpun berjaya

Jujur saya katakan, org2 seperti Tuan & kepimpinan dlm UMNO/PKR/PAS hanya mementingkan tembolok sendiri & masa depan politik masing2....& saya yakin Tuan & mrk sekelian tak kisah menginjak2 masa depan generasi baru Melayu/Islam di Malaysia...semuanya atas dasar kepentingan peribadi

jika bukan atas dasar kepentingan sendiri, nyatakan....apa perancangan Tuan utk bangsa Melayu & umat Islam???...tepuk dada, tanya diri

Anonymous,  28 July 2013 at 01:15  

saya ingin bertanya kenapa bilangan orang india atau non-bumiputra(walaupun kita ini lahir di malaysia)menjadi menteri di cabinet tidak boleh ramai.sedangkan jika mereka mempunyai kebolehan untuk jawatan tersebut.

Anonymous,  28 July 2013 at 03:50  

Benar apa yang Datok tulis iaitu tidak mengapa kalau Cina DAP tidak bercakap mengenai kepentingan orang Melayu kerana Datok boleh cakap. Benar juga apa yang Datuk tulis orang Melayu tak semestinya berada di dalam UMNO sahaja, boleh juga berada di dalam PKR dan DAP untuk bercakap mengenai kepentingan orang Melayu. Itu adalah pendapat pemerhati politik.

Permasalahan orang Melayu ialah sebagai rakyat ialah kita tak sanggup kalau ahli politik asyik bercakap cakap sahaja mengenai kepentingan orang Melayu. Soalnya orang Melayu nampak DAP yang membuat polisi namanya Lim dan bukan Halim atau Salim. Ada ke Lim ni boleh diharap? Lainlah kalau Datuk yang buat polisi dan bukan sebagai YB iaitu Yang Bercakap cakap. Masalah kedua ialah di PKR pula, yang patut membuat polisi tetapi lebih kau bercakap cakap sampai rakyat pun tak tahu mana nak ikut. Yang rakyat nampak lebih pada menjaga kepentingan Melayu Bandar jer.

Masalah ketiga ialah yang buat polisi di parti UMNO pulak langsung tak bercakap tetapi polisi banyak dah..cuma bezanya polisi banyak gagal seperti yang Datuk katakan. Mungkin lebih mudah nak selesaikan masalah ketiga berbanding masalah kepimpinan DAP dan kepimpinan PKR untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Oleh itu, rakyat khususnya orang Melayu yang rata ratanya makan gaji samada dengan kerajaan dan juga yang makan gaji dengan tokeh cina kebanyakannya akan tetap dengan UMNO dan akan lakukan perubahan dari dalam UMNO dan bukan dari luar UMNO.

Harapan saya seikhlasnya dengan adanya Datuk dalam DAP, dapatlah jugak Datuk meningkatkan dan mengukuhkan kedudukan Datuk di dalam parti untuk menjaga kepentingan orang Melayu seperti peningkatan tahap ekonomi dan bantuan perumahan mampu milik untuk mengekang penurunan penduduk melayu di pulau (Pulau Pinang) dengan bantuan dan sokongan
ahli ahli DAP sedia ada.



Anonymous,  28 July 2013 at 10:28  

Jangan sebok hal orang melayu sebab kamu adalah melayu murtad dan menjadi talibarut cina dap so shut the fuck up.Hidup Umno.....Hidup Melayu......

Anonymous,  28 July 2013 at 11:44  

Adakah Melayu/Muslim boleh dan mampu bersatu?

Demi untuk perbincangan mari kita lupa tentang orang Cina, India atau mana-mana bangsa lain yang bukan Melayu. Mari kita katakan ini adalah sebuah negara Melayu. Mari kita bayangkan hanya bangsa Melayu sahaja yang boleh hidup dan berada di negara ini.

Mari kita berfikir tidak ada parti MCA, MIC, DAP, PKR dan parti-parti etnik yang lain. Biarlah kita menganggap kita hanya mempunyai dua parti politik sahaja iaitu UMNO dan PAS. Kita katakan secara bersahaja satu parti untuk orang Melayu dan satu parti lagi untuk Muslim.

Marilah kita memdefinasikan Muslim sebagai ortodoks Melayu yang mahu membina cara hidup Islam mengikut arahan yang terkandung dalam Al-Quran dan yang mengakui bahawa Muhammad (s.a.w.) adalah model manusia yang sempurna, dan beranggapan bahawasanya masyarakat Islam Madinah pada era Muhammad (s.a.w.) adalah satu masyarakat yang sempurna.

Jom ayoh kita bayangkan corak hidup individu Muslim dan masyarakat Islam yang akan berpandukan oleh perintah-perintah berikut:

1. Bahawasanya hanya ada satu sahaja ummah, tidak kira berapa dan di mana bertaburan ahli-ahlinya.
2. Tanpa mengira di mana, bahawa semua sumber alam adalah milik semua ummah.
3. Semua tindak-tanduk dan tingkah laku ummah akan berteraskan prinsip 'amar bil ma'ruf wanahi anilmunkar' iaini melakukan perbuatan-perbuatan yang baik dan mencegah dosa dan kemungkaran.
4. Semua ummah bertanggungjawab untuk kesejahteraan setiap anggota ummah.
5. Institusi Zakat dan lain-lain cukai perlu bagi keperluan kewangan kerajaan. Begitu juga dengan hukum-hukum syariah dan termasuk hudud akan diselenggarakan oleh kerajaan.
6. Kerja adalah dianggap sebagai satu ibadah. Oleh itu, semua orang sihat dan cukup anggota mestilah bekerja.
7. Spekulasi adalah dilarang.
8. Pengumpulan kekayaan adalah dilarang.
9. Ihtikar, perbuatan menyorok komoditi untuk memaksa kenaikan harga, adalah dilarang.
10. Infaq diperintahkan demi untuk membawa kepada pertumbuhan ekonomi.
11. Riba dan semua jenis kadar faedah adalah dilarang.
12. Monopoli sumber, pengetahuan dan kepakaran tidak dibenarkan.
13. Hanya keuntungan dan pulangan yang berpatutan yang dibenarkan di dalam pasaran modal.
14. Pemilikan harta adalah terhad dan bersyarat.
15. Pengeluaran barangan untuk kehidupan dan yang mencukupi untuk ummah adalah tanggungjawab semua ummah secara individu dan kolektif. Mereka tidak dibebaskan daripada tanggungjawab ini sehingga bekalan yang mencukupi disediakan.
16. Kerjasama di kalangan ummah ditekankan, terutamanya dalam projek-projek di mana usaha-usaha individu-individu tidak mencukupi.
17. Pembaziran dalam penggunaan dan pengeluaran adalah dilarang.
18. Untuk membantu masyarakat miskin, lebihan daripada kekayaan yang terbiar mestilah digunakan untuk kebajikan masyarakat sama ada dalam bentuk zakat dan sedekah atau dibajak kembali melalui perdagangan dan aktiviti ekonomi yang baru.
19. Motif ekonomi dikekang oleh batas moral iaitu untuk menghapuskan ketidakadilan, penganiayaan, eksploitasi dan rasuah.
20. Solat berjumaah di masjid bagi semua kaum lelaki pada setiap waktu diutamakan.

Fikirkanlah samada Melayu/Muslim akan bersatu atau masihkah nanti ada rasa kebencian, prejudis dan perkauman di kalangan orang Melayu / Muslim? Apakah nanti akan masih berlaku pertengkaran dan pemusuhan di antara orang Melayu / Muslim? Saya lebih cenderung untuk mengatakan mungkin ada. Jika ada, siapalah yang hendak kita persalahkan lagi apabila yang ada di negara kita hanyalah orang Melayu / Muslim?

SiangMalam 28 July 2013 at 13:09  

Jangan salahkan ahli politik masakan kita sendiri bila berbahas tentang ekonomi politik dan social disini pun berbahas berasaskan bangsa dan agama... Malaysia akan betul-betul maju, aman dan makmur jika kita bisa menghapuskan pikiran berasaskan bangsa dalam politik ekonomi dan social dan hanya tumpukan kepada pencapaian matlamat "Malaysia Yang Berjaya" untuk anak cucu cicit kita...

Anonymous,  28 July 2013 at 13:46  

now.kejayaan hasil DEB telah mula dicapai .syarikat malaysia telah melabur di laut russia oil and gas,urus dan beli hospital di turki,urus lapangan terbang di luar negara,urus elektrik di kota london dll lagi.pasaran modal ekonomi malaysia sudah cecah 1.5 trillion rm.ini tanda negara telah diurus dgn betul dan cekap.berjuta juta anak melayu dapat bekerja.masa ini anak melayu kena pandai mengurus kejayaan yg dicapai.hasil Deb negara lahirkan ramai pengurus yg cekap.Tok arab pula ramai datang malaysia.melabur,simpan wang dan emas depadi sini.kita perlu tunjukkan kita boleh urus berbillionduit tok arab itu dgn cekap dan betul.Kini BN pilihan rakyat.beratus ribu melayu pergi umrah.mewah dan bersyukur dan sokongBN

Anonymous,  28 July 2013 at 16:51  

Baguslah ada professional volunteers dari Selangor yg nak bimbing rempit - rempit dgn kemahiran, time management, self - control, consequences serta tanggungjawab menyeluruh.

Turut prihatin bagaimana pula Ah Beng serta Muniandy yg berpendidikan minima ? PSM yg sepatutnya memang untuk terus membantu fakir miskin di Damansara Dalam tapi....

The motorcycle convoy would have achieved better impact on instilling motorcycle safety, proper hand signals, dos and don'ts, respect and safety for other road users and own on the target group " rempit " when conducted in a smaller scale and consistently during actual peak hours. A controlled environment is least effective.

maae 28 July 2013 at 18:22  

Salam dan mohon maaf bertamu dalam blog tuan,

1. Jika tidak mempercayai UMNO perlu kah kita percaya DAP?atau PAS atau PKR atau mana-mana parti bebas lain?

2. Wadah perjuangan UMNO akhir-akhir ini sudah agak tersasar. Presiden UMNO sudah menjadi terlalu liberal sehingga " inclusiveness" sudah membakar jiwa -jiwa Melayu yang makin terasa di pinggirkan, tidak terbela. TP dan seangkatan tidak berbuat apa-apa. Tidak mahu keluar dari acuan menongkah pentadbiran semasa agar nampak lebih agresif dan berwibawa. Masih " takapa laaa..." Ini lah kesempatan paling berharga untuk musuh Islam.

3. Jika pandangan kita berbeza tidak mengapa. Amat malang jika dari segi sejarah derita dan nestapa di nafikan. Tanpa malu, mengangkat pemberontak, komunis bintang tiga menjadi pejuang! Tokoh dan ikon mereka yang masih hidup yang telah melakukan bermacam-macam sejarah pahit terhadap Melayu, kini kita tatang dan sokong mereka? Tidak kah anda nampak lembaga mengerikan di belakang mereka?

4.MEREKA TIDAK AKAN REDO DENGAN MELAYU DAN ISLAM ! Dua entiti ini (melayu /Islam)menjadi parasit ,menghalang segala cita-cita memiliki Malaysia yang bakal mereka lakukan, dulu kini dan selama nya sehingga Melayu tidak bersuara lagi di bumi Tanah Melayu ini. Ini terakam dalam sejarah penubuhan mereka.

5. Jika dari segi rasuah dan kroni, siapa lagi teruk? Hidup bangsawan yang di momokan, siapa lagi teruk? Siapa mulakan rasuah? Siapa KM yang tidak melayan langsung suara bukan cina (melayu/india) sehingga di hina tiada taraf berjumpa mengadu masaalah (tidak layan langsung, berbeza dengan kebebasan kaum nya).

6. Kenapa Dr Rasis di sana juga melibatkan urusan "give and take" politik yang mereka ingin kuasa tadbir penuh Hospital Kerajaan Persekutuan di sana?

7. Ini juga luahan hati saya kerana anak-anak muda Melayu kita terlalu ramai yang sesat jalan. Ramai pemimpin Melayu dulu kerana "ter"sakit hati, rela menghancurkan Bangsa dan Negara nya dalam apajua keadaan. Dosa nya AMAT BESAR! Kerana Allah SWT meminta kita bejihad demi Agama,Bangsa dan Negara kita. Tiada bangsa, siapa kah kita sebenar nya? Maka tiada kelate, teganu,noghoghi, peghok, kedoh dan sebagai nya. Mereka semua Melayu. Pendatang gah dengan keCINAan nya.

8.Ingat lah jika Melayu ini di perangi secara benar, tiada siapa atau bangsa lain akan menolong kita. Malah mereka akan turut sama-sama membunuh Melayu. PAS tidak boleh melakukan dengan hanya berceramah. Plan Pembangunan nya mencontohi Andulusia atau sekurang-kurang nya pembangunan Mekah dan Madina di zaman Nabi, langsung tidak ada pada PAS! Bijak pandai nya ramai, tetapi terlalu bijak sehingga semua yang lain dari bodoh belaka....

Saya sekadar pemberi komen. Semoga ia bole beri manfaat kesedaran kepada anak- anak muda Melayu. Amin

Anonymous,  28 July 2013 at 20:32  

Isu sekarang adalah bukan nak tahu siapa atau parti yang mana boleh mempertahankan hak kaum Melayu atau kaum lain tetapi cara kerajaan kita sekarang mentadbir. Rasuah,kronism,penyalahgunaan kuasa & racism yang berlaku sekaramg.

Anonymous,  29 July 2013 at 08:04  

"UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering".**** Saya yakin dan setuju 100% dengan kenyataan tersebut. Ditambah lagi dengan momokkan2 yang diada2kan tentang melayu akan hilang kuasa, orang melayu akan dikristiankan & kuasa sultan akan terhakis jika PR menang. Inilah kaedah UMNO untuk menang dan meracuni pemikiran orang melayu khususnya orang kampung yang kurang maklumat alternatif supaya menyokong mereka dalam pilihanraya.

hamyjay,  29 July 2013 at 11:25  

28 July 2013 10:28
So Dato Sak is Melayu Murtad??? WoW!!! So Melayu Umno yang yang terus membodohkan melayu and jadikan melayu jangan berkembang pemikirannya for malays to stay ignorant so they stay in power...they are PURE malay is it???

org perak,  29 July 2013 at 13:18  

Hi! Samongkol,

Sungguh sedih apabila segolongan cerdik pandai dalam forum ini masih bercakap tentang:-

(i) kehilangan kuasa.
(ii) Ketakutan kepada DAP....dan sebagainya.
(iii) Kalau DAP ambil kuasa,
Melayu akan hancur.....

Sudah 56 tahun diperintah oleh Umno (Melayu/Mamak/Pakis...) dan masih bercakap tentang

keistimewaan yang diperlukan oleh kaum Bumi yang terdiri dari golongan Pakistan/Melayu/Mamak/indon......etc.

Apakah keburukan kalau keistimewaan ini dikekalkan?

Tepuk dada tanya sendiri:-

(1) Kenapa Kaum yang digelar “Bumi” dalam “Ketakutan” dengan kehilangan Kuasa? Adakah semua manusia di dunia ini adalah sama? Dengan adanya keistimewaan ini, kaum sendiri terpaksa lawan mati-matian untuk mendapatkan “free handout/money” (lawan untuk...... project/pangkat/masuk university/ menjadi kakitangan kerajaan....sebagainya).

(2) Kenapa kaum lain di dunia ini tidak ada ketakutan seperti yang disebutkan kecuali kaum Bumi di malaysia?

(3) Bolehkah keistimewaan itu dapat dikekalkan atau bagi free handout (education/pekerjaan/contract...etc) selama-lama nya?

(4) Negara boleh bankrupt tak, sekiranya pertolongan atau wang Negara dicuri oleh cronies ini dengan “Keistimewaan” tersebut? (contoh Daim, Mothar, Krinhas, YTL, Naza...etc)

(5) Negara boleh bankrupt tak, sekiranya kakitangan kerajaan menglambung 7% dalam 3 tahun lagi dengan cost pengbelajaan meningkat? (Sekarang 5% adalah paling tinggi di dunia)

(6) Apa keburukan sekiranya Negara Bankrupt seperti Thailand/Korea/Indo pada tahun 1997 dan dana/syarikat GLC diambil oleh pihak IMF? Orang apa yang akan dipecat? Kakitangan kerajaan yang kena.

(7) Adakah Melayu adalah Kaum yang lemah yang tidak boleh hidup sama tinggi/atau setaraf dengan kaum lain yang asyik memerlukan bantuan free?

(8) Kenapa Melayu Indo/Singapore/Thailand/Vietnam tak perlukan bantuan untuk hidup?

(9) Ada maruah tak, sekiranya kejayaan melayu/Bumi malaysia ini digelar “NEP” product?
Wahai kepada orang yang asyik dalam “Ketakutan”.
Keistimewaan yang ada di Malaysia sekarang akan menghancurkan bangsa dan agama sendiri dan menjadi seorang yang tidak bermaruah (NEP Product) sekiranya anda Berjaya dalam hidup.

Kenapa mahu jadi NEP product yang dihina oleh kaum sendiri? Saya masih teringat peristiwa semasa Khairy mengutuk Wan Azizah di parlimen sebagai “ NEP” product semasa Anwar berada di penjara.

Cukuplah! warga bumi, Negara Malaysia akan hancur diputar-belitkan oleh cronies yang ada.

Semua keistimewaan tidak akan kekal selama-lamanya.(apabila bankrupt/muflis)

Bangunlah dan jadi seorang yang bermaruah dan standing dengan bangsa lain.

Hapuskan “NEP product” untuk Bumi in Malaysia. Buktikan kaum bumi bukan golongan yang lemah dan memerlukan free lunch untuk hidup.

Tak payah ikut jejak Umno yang suka memainkan issue bangsa untuk mengpertahan kan Melayu.

Orang cina/india/melayu/baba/Iban/Kadazan yang prihatin, jujur adalah pemimpin yang kita perlu sanjunkan atau dipilih untuk memajukan negara.


Anonymous,  29 July 2013 at 18:04  

Hi orang Perak.....hiba rasa baca kenaifan hujah tuan...Ni tuan nak berhujah untuk budak sekolah masuk kelab pengakap bolehlah macam tu....ideal sangat sampai tak bunyi praktikal pun...buat keje dulu la...lagi lima tahun kita tengok ada hasil ke tak der, baru la kita pilih balik

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP