Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 27 April 2013

Wawasan untuk Rakyat.



Tidak berapa hari lagi, rakyat akan keluar mengundi untuk memilih kerajaan baru. matlamat semua rakyat ialah menempatkan pimpinan negara yang akan menubuhkan sebuah kerajaan yang baik. Kerajaan yang baik diperlukan untuk memberi  keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan kepada rakyat.
Apa yang pakatan rakyat tawarkan?
Macam mana 3 buah parti pembangkan yang terbesar boleh bersatu padu sebagai rakan kongsi yang sama taraf? BN adalah gabungan berbelas parti politik dengan hegemony UMNO. Janganlah rakyat hairan melihat permuafakatan dan kerjasama yang terjalin antara DAP, PAS dan PKR.
Asas permuafakatan amat mudah yakni- kesemua pati Pakatan Rakyat komited  kepada menegakkan keadilan dan sebuah kerajaan yang bagus dan amanah. Tunjang pentadbiran kita adalah tata kelola , pengurusan yang telus dan pengagihan kekayaan negara yang adil dan saksama.
Kita menawarkan rakyat suatu wawasan dan masa hadapan yang lebih baik. Mereka berhak mendapat suatu masa kadapan yang di urus oleh sebuah kerajaan yang lebih baik dari kerajaan BN.
Sementara kita tawarkan rakyat sebuah kerajaan yang telus, BN amalkan pengurusan yang bersembunyi. Kenapa? Kerana BN suka rasuah dan mencuri harta kekayaan negara.
Kenapa? Kerana BN mahu jadikan jentera kerajaan sebuah alat menindas rakyat, membuli rakyat dan menjadikan jentera berkerajaan untuk menakutkan rakyat.
Sementara kita menawarkan agihan kekayaan dan menawarkan system melimpahkan kekayaan yang adil, BN dan UMNO menawarkan konsentrasi kekayaan dalam tangan kroni dan syarikat2 yang mereka kuasai. BN dan UMNO menawarkan konsentrasi kekayaan dalam suatu kumpulan yang terpilih. Orang Melayu lah yang paling  tertipu sekali dengan cerita dongeng UMNO dan BN.
Ingat- setelah 55 tahun memerintah, 8.7 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500 kebawah dan 7.2 juta dari mereka hidup dengan pendapatan bulanan RM1200 kebawah. Apa sudah jadi kepada dasar BN?
 kenapa ada 8.7 juta orang Melayu yang terpinggir? Apa erti nya kalau negara mencapai taraf ekonomi maju, sedangkan majority rakyat terpinggir.
Antara BR1M pertama dan BR1M ke2, jumlah orang yang mempunyai pendapatan RM3000 sebulan , bertambah banyak. Mustahil dalam masa yang sebegitu singkat, jumlah orang miskin bertambah? BR1M pertama diberi kepada 4 juta orang, BR1M kedua, di beri kepada 7 juta orang? Dari 4 juta bertambah kepada 7 juta maka jumlah nya 11 juta orang?
Apa yang Pakatan Rakyat tawarkan?
Kita menawarkan suatu masa hadapan dengan sebuah kerajaan yang ditadbir secara amanah, kemakmuran tidak dikonsentrasi dalam tangan kumpulan yang kecil dan masyarakat pula masyarakat sebuah masyarakat yang bermaruah. Masyarakat bermaruah adalah sebuah masyarakat yang yakin dengan asal-usulnya, berpegang dengan prinsip agama dan nilai sejagat yang membela yang benar dan menentang yang zalim, saling percaya akan hubungan persaudaraan setiap insan, gigih berusaha memperbaiki diri, yang kuat membantu yang lemah tiada yang terpinggir, berlumba-lumba mengagungkan budaya ilmu dan istiqamah pada usaha amar ma’aruf nahi munkar.
Kita tawarkan sebuah kerajaan yang membudayakan amanah di dalam pentadbiran, BN menawarkan pengurusan negara dengan budaya rasuah. Setiap projek yang diumumkan, adalah alasan2 untuk membalun harta dan kekayaan negara melalui komisyen, melalui menggandakan harga , melalui pencurian terbuka.
Kita menawarkan sebuah negara dengan pemilikan rumah oleh rakyat. Maka negara kita akan menjadi suatu house-owning democracy. Setiap rakyat mesti boleh mendapatkan rumah kediaman yang mampu dibeli supaya setiap rakyat akan merasakan meraka semua stakeholder atau pemegang kepentingan dalam negara yang satu. Barulah kita boleh melahirkan sebuah negara yang bersatu padu dan setiap rakyat akan merasakan perlu menjaga negara ini dengan baik.
Dalam kata lain, Pakatan Rakyat menawarkan suatu wawsan yang menobatkan rakyat sebagai tuan tanah air pusaka ini.
Itulah kenapa Manifesto Rakyat  oleh Pakatan Rakyat lebih hebat dan baik dari apa yang BN tawarkan. Kita tawarkan:-
1.   Rakyat Bersaudara,
2.   Ekonomi Rakyat,
3.   Kesejahteraan Rakyat
4.   Kerajaan Rakyat
Manifesto Rakyat menggariskan program dan dasar khusus yang akan dilaksanakan Pakatan Rakyat di tampuk pemerintahan Putrajaya kelak. Manifesto Rakyat melakarkan masa depan yang lebih cerah, penuh dengan harapan dan aspirasi rakyat. Manifesto Rakyat adalah cernaan dan hasil rundingan dengan segenap lapisan masyarakat.
Kita yakin Malaysia berhak melakar masa depan yang lebih baik. Kita yakin rakyat Malaysia mampu pergi lebih jauh dari imaginasi sekarang. Kita yakin rakyat Malaysia wajib mendapat yang terbaik dari kerajaannya

18 comments:

Pak Zawi 27 April 2013 at 06:11  

BN menjadi gabungan berbelas party kerana setiap kali ada splinter party dari ahli asal ianya diterima sebagai ahli baru. Kemudian setiap party akan berebut untuk mendapat kerusi dan apabila menang berebut nak jadi menteri. Ini lah puncanya Malaysia mempunyai Menteri terbanyak dalam dunia bagi sebuah negara kecil dengan pendudk seramai 28 juta. Semoga PR tidak akan menjejaki tapak BN seperti ini.

Anonymous,  27 April 2013 at 07:55  

BN = Begining & Ending - sudah tamat

Time has come for the BN regime to be thrown out in GE13.

Wake up rakyat Malaysia please cast your vote for Pakatan Rakyat to rule this country.

The call made by PAS spiritual leader TG Nik Aziz to Putrajaya mosque Friday shows the crowd support for a change.

Anonymous,  27 April 2013 at 09:03  

Mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya kena menulis nombor-nombor kertas undi pos?

Bukankah kami tinggal di zaman komputer?

Takkanlah dua tiga mamat duduk kat ofis secara senyap-senyap buat rekod untuk beberapa ribu undi pos.

Budak darjah dua pun boleh tengok tipu helah ini. Kenapa kena tulis dengan tangan?

Anonymous,  27 April 2013 at 09:14  

List of General Elections in Malaya and Malaysia

Edition Year Government* Opposition Total seats
Seats % seats % vote Seats % seats % vote
1 1959** 74 71.15 51.7 30 28.85 48.3 104
2 1964** 89 85.58 58.5 15 14.42 41.5 104
3 1969 95 65.97 49.3 49 34.03 50.7 144
4 1974 135 87.66 60.7 19 12.34 39.3 154
5 1978 130 84.42 57.2 24 15.58 42.8 154
6 1982 132 85.71 60.5 22 14.29 39.5 154
7 1986 148 83.62 55.8 29 16.38 41.5 177
8 1990 127 70.55 53.4 53 29.45 46.6 180
9 1995 162 84.38 65.2 30 15.62 34.8 192
10 1999 148 76.68 56.5 45 23.32 43.5 193
11 2004 198 90.41 63.9 21 9.59 36.1 219
12 2008 140 63.06 50.27 82 36.94 46.75 222

Anonymous,  27 April 2013 at 09:39  

Salam Dati,

Kami berharap dan berdoa moga-moga Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya kali ini. Namun terdapat 2 ekor lembu dalam Pakatan Rakyat yang sentiasa menunjukkan kebodohan di saat akhir apabila kemenangan hampir tercapai.

Lembu pertama, pakar undang-undang bernama Karpal Singh dan Lembu Kedua pakar Islam dan penghalau hantu bernama Harun Din.

Betullah... pandai undang-undang dan pandai ugamas tidak bermakna pandai siasah politik.

Alanhgkah bagusnya kalau lembu-lembu ini tiada dalam PR.

Sumpitan Emas,  27 April 2013 at 09:43  

Pak Zawi, inilah prinsip cacat 'the more the merrier' yang akan memakan diri. Kerana BN tak peduli akan nasib rakyatnya tiap langkah membantah kritik PR adalah secara ad-hoc tanpa strategi jangka masa panjang kecuali projek yang akan menelan belanja berbilion ringgit; projek-projek ini yang pasti akan menjana komisen dan keuntungan besar-besaran bagi menyara cara hidup mewah,seakan-akan tabiat ini adalah hak mutlak orang UMNO-BN. Tidak menghairankan ramai antara rakyat yang sinis kini menampalkan label 'pembelot negara bertopengkan nasionalis' kepada mereka ini.

Sebelum PRU 13 rakyat memohon agar Najib dan kabinetnya, secara terbuka dan dengan jujur, memberikan keterangan dan maklumat menyeluruh tentang 'pelaburan' 1MDB di Pulau Cayman. Adakah satu bon yang dijamin kerajaan kita untuk projek pembangunan dengan senyap-senyap disilapmatakan menjadi pelaburan peribadi dua tiga kerat manusia yang tak kenal batasan?

Nyata bukan untuk Agama, Bangsa dan Tanah air, baik slogan ini diteriakkan siang dan malam, malah segala-gala hanya untuk segelintir warga tamak. Api ketidakpuasan yang sedang membakar sekian lama di dalam roh rakyat jelata akan melutup keluar pada 505. Setiap kecacatan dan ketidakadilan yang berlaku pada hari itu hanya boleh diselesaikan secara sah, tanpa tumpahan darah di mahkamah. Semua pihak termasuk BN, PR, PDRM dan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya perlu diingati hanya mahkamah sahaja yang boleh menjamin kita tidak dizalimi oleh mana-mana pihak.

Allahyarham Tun Mohamed Suffian menyatakan di dalam Prakata buku yang mengandungi koleksi kuputusan pengadilan oleh DYMM Sultan Azlan Shah semasa Tuanku Ketua Hakim / Lord President:

"In a splendid lecture, the Tunku Abdul Rahman Lecture XI, delivered to the Malaysian Institute of Management on 23 Novemver 1984 entitled, "Supremacy of Law in Malaysia," the Sultan gave his views on the relations between Parliament, the Executive and the Judiciary... First His Royal Highness explained that by supremacy of law he meant primarily that the Constitution as law is the supreme authority in the country, i.e. it is supreme over Parliament, the Executive and even over the Judiciary and that like the citizen every branch of Government is subject to law.... Referring to the courts' power to review executive action, His Lordship had occasion to say in a celebrated judgment: EVERY LEGAL POWER MUST HAVE LEGAL LIMITS (my emphasis), otherwise there is dictatorship....; where it is wrongly exercised, it becomes the duty of the courts to intervene. The courts are the only defence of the liberty of the subject against departmental aggression. In these days when government departments and public authorities have great powers and influence, this is a most important safeguard for the ordinary citizen: so that the courts can see that these great powers and influence are exercise in accordance with the law."

Adakah 'LEGAL POWER' membawa keluar pelaburan 1MDB ke Pulau Cayman sudah melampaui 'LEGAL LIMITS'?

'Dixi, et salvavi animam meam'

'I have said it and have saved my soul.'

Anonymous,  27 April 2013 at 13:41  

SAK, again i say this.. I believe in Ubah.. Ini kali lah. But remember that 'ini kali lah' is oso applicable to u. If u guys do not walk the talk... Only ini kali lah i vote for u. No more nxt time...

Anonymous,  27 April 2013 at 18:29  

Tok Guru dan Husam Musa diserang di Putrajaya

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=0va1sC1173s

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=Py5Asa3o6ns

Anonymous,  27 April 2013 at 20:15  

Salam Sdr Arif;

Moga2 Allah SBW memberkati perjuangan Sdr sehingga sampai ke Parlimen & PutraJaya.
Kita rakyat yg boleh berfikir sendiri tanpa menggunakan pertolongan syaitan, walaupun kita kenal, kerana syaitan dilaknati Allah SBW hingga kiamat.....

bruno,  27 April 2013 at 20:55  

Dato,in less than two weeks time we will know who the new MP of Raub will be.

Yes,it sure is tough going against the mighty BN machinery.With loads of ringgit accumulated under the corrupted Umno/BN,they think that they can buy anything in front of their eyes.

Having artistes from Korea,Hong Kong and even Bollywood to perform,free lunches and dinners everywhere the Umno/BN thinks that they will definitely be on a roll.Their ill gotten money would have been more well spent if they had thrown them in Golok or Padang Besar.At least they will have the satisfaction of that feel good last hurrah.

In the peninsular the states of Johor,Trengannu and Pahang will not fall to PR in this coming GE or next.They will still remain the Umno strongholds for some time to come.But it does not mean that they will do better than 2008.They will definitely lose some parliament and state seats.The question is how many?

DAP's strategy of putting you in Raub is the best move as it is an Umno/BN stronghold.A Chinese candidate will not be able to pull in enough Malay votes for a victory.The PAS and Chinese voters are mostly behind you.Indian voters are split in the center because of the carrots.

But the Umno backed candidates of Abrahim Ali and Zulkifli Noordin will definitely swayed the Indian voters to you.With some Umno members supporting you,who knows?Maybe that Mca guy Ho might even lose his deposit.

patrick,  27 April 2013 at 21:09  

BN=BUNGKUS NAJIB!INI KALI LAH!

Anonymous,  28 April 2013 at 00:21  


Vanakam Bro,
As i see it, you are going to be first past the post.I believe, bn is going to sing the swan song after the last vote is counted.
The feedback we get is that the indians in raub will vote for you/PR.
A group of indians with their laptops loaded with zul bin pelacurs ceramahs condemming the hindu religion and the bn kulavri clip are visiting backward indian houses and showing them the clips.
According to the group, they could see fire in the eyes of the indians watching it.This groups operates 3 to a group.
Dont worry YB you are in the homerun .The chinese votes are yours for the taking no matter what mca running dogs say or do and you only need to concentrate on the malay votes.
If only TGNA could speak in one of your ceramah perdana, like husam musas the crowd will be there with their votes for you irrespective of which party you are in.
Have faith and never let what others say about your chances worry you because they are worried of their chance, for it will be in vain to worry.
Sincere effort will not go to waste.
UBAH ! ABU !

Cahaya Qalbu,  28 April 2013 at 00:30  

One of the major problems with the country is that the BN-led govt is infiltrated with ministers practicing and encouraging rampant corruption and cronyism.

Rampant corruption is driving the country to the path of the Pigg's nations. Why? Because ill gotten wealth accumulated the crooked way is usually siphoned out of the country and parked into offshore accounts. When money is flowing out faster than it is coming in, it causes lack of liquidity causing businesses the difficulty of getting loans to do business and expand it, which caused the economy further into the dump.

When political cronies control the economy, their first priorities is to make as much money they could to give huge kickbacks to their political masters.This causes artificial inflation forcing the rakyat to empty their pockets, contributing to the cronies funds of enriching their political masters.

Also, because of cronyism and monopoly of the economy, businesses and industries under the cronies are not competitive, thus unable to compete on the international level.That is the reason the Spore dollar is flying high while the ringgit is struggling with the currencies of countries like Thailand, Indonesia, Philippines and the likes of Kampuchea.

A new incoming govt. is going to take years to build up the country to the status before it was looted to the core. Before, Singapore and Msia currencies were 1-1. Now it is more or less 3-1 and Singapore is not blessed with natural resources. If BN continues to lead the federal govt., SD 1 will be equaled to RM10 one day.

Msians have to stop this destructive culture of BN's leaders and their cronies greed by voting out BN in the coming election so that PR can rectify the situation and implements a better economic blue print for the nation.

A country is built on the good quality leaders it has, not on the quantity of corrupted leaders !!!

###

CQ…

Juraimi Zainal 28 April 2013 at 05:49  

Saya mendoakan Tuan akan berjaya di Raub. Pd pengamatan analisa sy ianya amatlah cerah. Sy salah seorang rakyat kerdil ini ingin berpesan jika sudah menang nnti tolong jgn lupakan pengundi2 di kawasan tuan. Jika boleh selalu update mereka apa jua segala permasalahan. Sbgi contoh cara yg digunakan pakai oleh YB ditempat sy adalah segala aduan yg diterima d log kan kedlm sistem yg boleh dianalisa. Semua aduan di 'centralize' samada berbentuk CC email, aduan spontan & bertulis dsb nya. Orang yg menerima aduan ini mestilah amanah. Sistem tersebut boleh di access melalui smartphone/tablet utk tuan analisa wpun dimana2 & diambil tindakan. Ingatlah wpun satu perkara kecil yg tuan selesaikan akan diingati sampai bila2. Wallahuaklam

Anonymous,  29 April 2013 at 01:25  

Dato Sak...

Cina Raub tak sama dengan Cina KL atau cina bandar...

Cina Raub cina kampung, pemikiran tak sama... begitu juga orang Melayu Raub, melihat pelik melihat orang Melayu dalam parti DAP...

Harap kamu akan menang.
Saya berharap saya salah....

Good luck...

abcd balonbidai,  29 April 2013 at 02:13  

Well done Sak,
INI KALILAH.
LAIN KALI TAK DAK DAH.

Anonymous,  29 April 2013 at 09:12  

Setuju! Setuju!

Anonymous,  30 April 2013 at 06:17  

Ini -kali lah! -- Ubah!!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP