Majoriti Melayu tidak ada apa2 yang perlu ditakuti jika melakukan perUBAHan!
Mengapa
orang Melayu dalam UMNO tidak pernah bercakap mengenai kaum India? jawab: Kerana
jumlah mereka kecil dan tidak kuat kedudukan ekonomi mereka. Jadi orang Melayu
tidak takut kepada orang India.
Kenapa
orang Melayu UMNO selalu ada benda negative yang hendak dipercakapkan keatas
orang Cina? Kerana mereka jumlah nya kecil tapi kuat ekonomi. Jadi orang Melayu
takut kepada orang cina.
Kedua
cina dan india adalah kumpulan minority. Tapi Melayu takut kepada cina tidak
kepada India, bagaimana demikian? Ini mesti dsiebabkan oleh faktor ekonomi. Itu sahaja
perkara yang membezakan kaum Cina.
Jadi
mengapa orang Melayu takut kepada perubahan? UMNO ajar orang melayu takut
kepada perubahan. Itu sebab nya, UMNO ajar orang Melayu jika mereka menyokong
perubahan, maka kedukan orang Melayu akan terancam, agama mereka akan berada
dalam bahaya dan institusi Raja Melayu akan musnah. Ini perkara2 yang hampir
dengan jiwa orang Melayu.
Daripada
pengamatan diatas, mereka takut berubah kerana jika berlaku perubahan, kaum
cina akan menggunakan kekuatan ekonomi untuk merampas kuasa politik dari kaum
Melayu. Itu mesti sebab nya.
Melayu
UMNO khuatir jika kaum cina ada kuasa politik yang lebih, mereka akan menggugat
kebangsaan nya orang Melayu dan agama Islam anutan orang Melayu dan seterusnya,
institusi Raja Melayu.
Ketakutan
kaum Melayu menghairankan. Mari kita memecahkan pembohongan dan penipuan ini.
Pertama,
kaum cina tidak akan dapat menukar perlembagaan negara kerana jumlah mereka
hanya 24% dari jumlah penduduk negara ini. Semua ejensi kerajaan melindungi
kebangsaan nya Melayu dan agama orang Melayu dan paling penting, raja2 Melayu
tentu tidak akan bersetuju memusnahkan bangsa sendiri.
Adakah
Raja2 Melayu akan bersetuju meruntuhkan institusi mereka? Dan sebagai pelindung
agama Islam, mustahil mereka bersetuju untuk Islam diapa apakan?
Kedua-
katakanlah, mereka kaum Cina dapat melakukan itu. Kaum Melayu semua sekali akan
bersatu dan menggulingkan orang Cina. Lagi pun hampir semua alatan kerajaan dalam
negara ini dikuasai oleh orang Melayu- pentadbiran, tentera, polis dsb.
Ketiga,
kaum cina terlalu kecil jumlah mereka untuk meletakkan kaum mereka dalam
institusi kerajaan persekutuan. Jika mereka berjaya melakukan demikian, orang
Melayu yang jumlah nya ratusan ribu yang berkerja sebagai kaki tangan awam akan
hanya perlu mogok dan kerajaan akan berhenti.
Keempat,
jika kaum cina menggunakan kekuatan ekonomi untuk membeli orang Melayu, mereka
akan jadi bankrap dan keadaan untuk
mereka akan lebih teruk.
Kelima,
jika sebahagian besar orang kaya Cina
bergabung, mereka tidak sekaya kroni sahabat kepada UMNO.
Yang
demikian mustahil, kaum Cina boleh mengambil alih negara ini.
Dan
kita boleh lihat dalam negeri2 Pulau Pinang dan Selangor dimana DAP aktif dalam
kerajaan, tidak berlaku pemusnahan kepada orang Melayu dan agama Islam dan
Raja2 Melayu. Di Perak walaupun sebahagian besar ADUN terdiri dari DAP,
perlembagaan yang menunutut supaya MB terdiri dari orang Melayu dijunjung. Adakah
Nizar suatu ketika kurang Melayu nya dari Zamri yang keMelayuan nya lebih
mencurigakan?
Bahkan
kedudukan mereka bertambah baik terlindung dan mewah kerana kedudukan kewangan
kerajaan yang lebih baik, DAP Pulai Pinang memberi RM62 juta setahun kepada
Majlis Agama Islam PP manakala negeri Sembilan mampu beri RM10-12 juta setahun.
Jadi,
ketakutan yang diajar oleh UMNO kepada orang Melayu hanya disebabkan oleh
ketakutan yang tidak rasional yang tidak bertunjangkan kebenaran, fakta dan
common sense.
Oleh
kerana kita tidak boleh menerima bahawa kita orang Melayu orang yang tidak
rasional, maka ketakutan orang Mwlayu UMNO mesti disebabkan perkara yang lain. Apa
dia?
Tidak
syak lagi ianya ialah ketakutan dalam bentuk kehilangan peribadi. Peribadi yang
bagaimana?
Oleh
kerana UMNO selalu bercakap bagaimana baik nya UMNO kepada orang Melayu, maka
kehilangan peribadi itu semestinya kehilangan perkara seperti kedudukan,
keistimewaan, permit, lessen, wang, tanah dan sebagainya.
Tapi
berapa ramai orang Melayu kaya? BR1M pertama diberi kepada 4 juta orang
sebahagian besar nya Melayu. BR1M 2 di beri kepada 7 juta orang! Apa maknanya
ini? Dari tarikh BR1M 1 ke BR1M2, jumlah orang miskin bertambah dan sebahagian
besar nya Melayu?
Dan
memang itu pun terjadi. Dibawah pemerintahan UMNO selama 55 tahun, 8.7juta
orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500 dan 7.2 juta mempunyai
pendapatan bulanan Rm1200. Bayangkan berapa ramai orang Melayu yang mempunyai
pendapatan bulanan RM3000 sebulan dan layak menerima BR1M?
11
juta. 11 juta daripada 16 juta orang Melayu! Ertinya 70% orang melayu miskin
dan papa dibawah pemerintahan UMNO. Mengapa kita mahu beri 5 tahun lagi kepada
UMNO? Apa yang boleh mereka lakukan dalam 5 tahun sedangkan dalam masa 55
tahun, mereka gagal membetulkan kedudukan orang Melayu.
Maka
sudah sampai ketika nya orang Melayu memilih pihak lain untuk mengurus kewangan
dan ekonomi negara.
Jika
majority yakni 70% orang Melayu miskin, apa kehilangan yang mereka takutkan
jika UMNO kalah? Mana mungkin orang takut akan kehilangan sesuatu yang mereka
tidak ada? Majority orang Melayu dengan demikian, tidak akan kehilangan apa2
bahkan memiliki banyak jika melakukan perubahan kerajaan.
Jadi
apa sebenarnya hendak ditakutkan jika kita menyingkirkan UMNO? Jika seperti
yang diakui oleh Najib, RM52 billion dari RM54 billion sudah lesap, adalah
lojik untuk menerima bahawa jumlah tersebut tentu sudah diagihkan kepada orang
Melayu. Itu dasar DEB bukan?
Ertinya,
jika kita beri RM1 juta seorang, kita mesti sudah nampak ada nya 52,000 jutawan
Melayu. Mana dia nya jutawan Melayu yang 52,000 ini.
Dimana
dan kemana mereka?
Mengapa
70% Melayu berada dibawah garis BR1M ketika UMNO cakap besar mereka mempunyai
track record atau prestasi yang terbaik yang menjaga kepentingan Alif Ba Ta?
Dan
kenapa UMNO menggunakan tektik ganster dan penjahat untuk membelasah orang
Melayu yang sudah tidak yakin kepada UMNO? Ini semua mesti jenis Melayu hasil
dari acuan Mahathir mursyidul am UMNO yang menasihati lebih baik berkawan
dengan orang jahat dari orang baik.
Dan
mengapa Melayu UMNO membutakan mata dan memekakkan telinga kepada rasuah dan
pembelian undi yang dilakukan oleh Najib menjelang PRU13 ini?
Jawapan
nya mesti kerana mereka lah yang menikmati faedah secara peribadi dari kejayaan
UMNO manakala 70% dari bangsa Melayu terpinggir! Oleh kerana itu mereka jadi
subahat kepada angkara durjana yang dilakukan oleh UMNO dan menyokong fitnah
dan kezaliman keatas golongan Melayu yang berjuang untuk menyingkirkan kerajaan
UMNO yang zalim, rasuah dan penjaga dan pembela golongan Melayu terpilih.
Bangkitlah
wahai orang Melayu- kamu tidak kehilangan apa2 bahkan data menyingkirkan
kerajaan yang membohongi dan membeloti orang Melayu!
23 comments:
Its about time the level of consciousness and awareness of the malay citizenry be elevated to the next higher level of thinking capacity. This FEAR ( False Evidence Appearing Real) syndrome needs to be discarded and transformed for them to move forward and embrace the spirit of progress .
For how long must they continue to be under the yoke of UMNO's misguided rule and perpetually subservient to their propagandist indoctrination?
Really, its about time... they don't need to be hoodwinked for another 50 years !
Be the Change you want to see in this country. And Dato Sak has taken the first step to lead!
The heart beats of the voters in Raub are now pulsating to earnestly cause for a CHANGE.
100% melayu undi Pakatan pun UMNO menang dengan 1 kerusi. Apa melayu akan buat?? terima saja penipuan atau Keluar Bantah dengan India dan Cina!!??
Kalau guna dakwa hitam dan tersentuh kertas uni....maka undi itu tak SAH walaupun pangkah PAS.DAP, PKR....UMNO menag lagi kerana semua kertas ada dicetak satu titik hitam kat kawasan BN-dacing...itu undi SAH!!
Bila habis undi, Orang SPR/EC umno-BN akan koyakkan semua kertas undi yang tak diguna dan mauskan kedalam kotak UNDI - UMNO Menag lagi.
Jadi Rakyat ada Kuasa pada hari UNDI. Kalau ada apa-apa titik hitam Kat kotak kawasan BN-dacing...dengan sekeras SUARA kata NAK Kertas UNDI tanpa apa-apa titik hitam. Kalau tangan/jari sentuh kertas undi, MINTA NAK TUKAR yang Baru!! Ini Hak AWAK...5 May Rakyat BOSS, EC/SPR HAMBA AWAK!!
Majoriti Melayu tidak ada apa-apa.Yang ada apa-apa hanya Madey,Daim,Dolah Kaki Tidor,Najib.Muhyiddin dan kroni-kroni UMNO.Madey ada USD 44 billion,Daim RM 66 Billion, Najib Rm 500 juta dan berbillion lagi di kalangan kroni dan anak-anak pemimpin UMNO.Mokhtar Bubkhary lebih RM 30 billion,Mukriz anak Madey,Mokhzani anak Madey mempunyai kekayaan berbillion!
Orang Melayu takut tidak bertempat!.Pemikiran Melayu sudah dimiskinkan oleh UMNO dg sistem feudal.Gelaran Datuk,Datuk Seri,Tan Sri( gabungan Cina dan India ),Tun. Tun pula ada immuniti.Kesemua ini mesti dihapuskan.Ini menyebabkan Melayu jadi Layu.
Mata pelajaran sains politik mesti diajarkan di sekolah-sekolah bermula dari tingkatan Empat.Generasi yg terdedah dg Sains politik sudah pasti kefahaman Politik kita bertambah matang.Tidak ada lagi gengster politik yg berlaku sekarang.
Saya berdoa semuga sdra Ariff menang di dalam pilihan raya nanti di Kuala Lipis.Saya berharap semuga PR dapat memenuhi janji utk menghapuskan tol-tol,turunkan harga minyak.hapuskan PTPTN, hapuskan AES dan pelbagai lagi ke arah negara kebajikan dan keadilan kpd Rakyat.
Hamzah
Sori Datuk. Saya tak yakin dgn Datuk.. kalau dalam kerajaan dulu pun gitu....apatah lagi dengan keadaan sekarang. Napa Datuk bangkitkan sentimen melayu sedangkan bertanding di kawasan Cina? Eh Lipis ke? Atau Raub?
sori anak pahang
raub ada 49% melayu, 43-44% cina. 6% india dan lain2. tulisan saya bukan hanya untuk raub- tapi seluruh negara supaya melayu menyedari perkara ini.
sori anak pahang
raub ada 49% melayu, 43-44% cina. 6% india dan lain2. tulisan saya bukan hanya untuk raub- tapi seluruh negara supaya melayu menyedari perkara ini.
Barangkali anak Pahang tu jutawan terkaya selepas SYed Mokhtar atau Mokhzani. Makanya dia tak percaya Dato Arif yang belum berstatus jutawan.
Biasa la Dato! Manusia macam ni belambak dalam kelompok elit UMNO BN, mempertahankan parti semata mata kerana RM dan bukan berdasarkan kebenaran dan fakta. Tanpa kontrak dan tender terus UMNO BN, mereka akan kebulur. Nak tinggalkan UMNO..takut installment kereta mewah, rumah mewah dan gaya hidup kelas atasan tak boleh nak support. Nak tak nak...telanlah segalanya hatta najis asal dapat kekalkan gaya hidup mewah.
Tapi lebih malang lagi kalau Anak Pahang tu golongan yang dapat BR1M tapi masih bersemangat pertahankan UMNO BN yang mengekalkan tahap kemisikinan beliau selepas 55 tahun parti tua itu berkuasa.
PErsetankan Najib bunuh Altantuya! Persetankan Shahrizat rembat duit projek lembu rakyat! Persetankan komisyen kapal selam dan nyawa warga Asing yang diletupkan dengan C4. Persetankan cerita liwat dan porno versi UMNO sana sini! Yang penting bagi Anak Pahang ialah boleh mentekedarah. Agaknya satu hari nanti kaum kerabat Anak Pahang ni meletup dan hancur oleh C4 gara gara pemimpin UMNO BN..Anak Pahang akan terus tetap melaung " Hidup Najib! Hidup Mahathir! Hidup Umno wal hal dia tak sedar kaum kerabat dia boleh mampos satu persatu jika pertahankan pemimpin haprak dan bangkrap moral seperti Najib, Mahathir dan ramai lagi.
Muga muga Anak Pahang ni boleh jadi kaya nanti, jadi tauke syarikat arak macam anak Mahathir. Itulah idola dan pemimpin pujaan Anak Pahang barangkali?.
Saya nak tanya... jika orang umno benar benar takut kepada orang china kenapa sebaik saja dapat projek puak ini berlari mencari cukung china untuk disubkan.
Brahim Ali pejuang melayu tulin pun mentedarah hasil belas ihsab Vincent Tan.
Ternyata tektik tersebut adalah desparate act ....yang amat ditakuti oleh umno ialah apabila orang china sudahengundi calun PAS. Apabila fenomina ini terjadi umno akan hilang kuasa dan tsk dapat merembat lagi....heee takutnya....takut masuk jel....
Sesiapa pernah duduk dalam UMNO tahu bahawa kalau nak dapat keduddukan atau pangkat atau habuan..kena duduk diam-diam dan jadi yes man.Oh ya..dan juga kena tunjuk diri kita bodoh..kalau nampak pandai maka nanti ada yang tercabar maka cepatlah kita kena pangkas(ingat cerita Hang Nadim maka cukup untuk kita jelaskan budaya UMNO)
Dato kena kebal dan tabah hati kerana akan dituduh macam2 sebab memperjuangkan kebenaran.Memang kadang2 sakit jugak hati yang tabah pun sebab terfikir macam mana ada orang sebebal atau sebodoh tu yang puja kebathilan atau kemungkaran yang terpampang depan mata atas alasan Melayu sedangkan atas prinsip kebenaran dan hukum dalam ugama kita pun..salah tetap salah walau siapa pun atau bangsa apa pun yang melakukannya.
Siapa pun guna nama ALLAH..atau mana pun jual arak...atau bukan Islam mana pun jadi PM atau Sultan pun(tak mustahilkan sebab kita pernah ada Rajah Brooke,cuma dia ni konpom bukan keturunan muntah lembu Bukit Seguntang)ALLAH HU-AKHBAR..tetap agung.
Cuma kita jer yang kerdil apabila tak berani berkata benar demi sesuap nasi(ada orang kata BN kalah takde BR1M jadi takde rezeki) atau sekotak rokok apatah lagi demi projek juta-juta yang kita tak akan dapat melalui kabel kita dengan YB2 BN kalau mereka kalah.
Politik memang kotor..tapi kalau pemimpin tak takut dengan ALLAH S.W.T..dengan siapa dia nak takut?
Polis? AG Gani Patail...SPRM..?Isteri dia mungkin...itupun sebenarnya sebab isteri dia tak takut dengan dia.
Saya pilih tanpa pikir pun TGNA..TGHH..DSAI..LKS atau LGE..kalau diberi pilihan antara mana2 pemimpin UMNO atau BN.
Sekali mana2 parti tengok bahawa rakyat Malaysia tak takut untuk tukar kerajaan yang tak perform maka mereka akan sentiasa beringat dan sedar bahawa kitalah(rakyat) adalah TUAN(tak terpakai untuk yang bernama TUAN depan)
Dato Sak
Dakwat hitam perlu di semak. SPR akan GUNA dakwat hitam yang diimport pada TAHUN 2008 untuk undi pos. SEMAK SEMAK DAKWAT HITAM
Dakwat ini saya rasa tidak lagi aktif sebab kimia yang di gunakan sudah expired dan bolih dicuci atau dipadam selepas undi pos.
Mungkin ada double voting pada 5.5.2013.
Anak pahang.... betol ke u anak pahang yg xyakin dg kebolehan dato sak...
Fikir2kan wahai anak pahang??????
Datuk Sak
I was already going to vote for PAS candidate Dr Khalid Samad in Shah Alam.
Seeing who is the BN candidate – the fascist Zulkifli Noordin – makes me strengthen my resolve to vote for Khalid Samad and PAS !
I call upon all my Indian-Malaysian and Chinese-Malaysian neighbours in Shah Alam to tell BN that we totally tolak fascism/Nazism by letting BN
“makan telur” in the Shah Alam constituency.
Phua Kai Lit
Anonymous 9:10
Saya setuju 100% !
Phua Kai Lit
Tahniah Dato kerana dicalonkan. Moga Dato boleh membawa perubahan di Pahang ini. Dah lama Pahang ni mundur walaupun hasil buminya banyak.
Watch this video. Nordin Zulkifli mocking the Indians and Hindus. Now he is embraced by BN as a candidate.
http://www.7rangers.com/2013/04/najib-rewards-perkasa-veep-zulkifli.html
salam. nak tanya dato. dato dapat apa2 faedah tak semasa jadi adun bwh bn dahulu? lg 1, buat apa tulis hal tentang melayu perlu takut? kalau dato percaya melayu tak takut tak perlu tulis lah. samada dato yg takut atau sebaliknya.
sg koyan
The 2011 Auditor-General’s report indicates good fiscal management by all four Pakatan Rakyat-managed states with revenues improving.
DAP-held Penang led the way in terms of revenue collection, recording a RM192.19 million or 46.8% increase compared with the RM410.70 million made in 2010 while Selangor, Malaysia’s richest state, increased by RM62.50 million or 4% for the same period.
Kedah, on the other hand, saw its surplus steadied when it recorded an increase in operating expenditures despite boosting its revenue, but the report noted that the PAS-led state government had more or less maintained a “satisfactory” balance sheet.
Kelantan, which was denied its oil royalty by the federal govt. was rated satisfactory due to the increase in its consolidated fund by RM86.17 million or 58.1% to RM234.47 million as compared with the RM148.30 million recorded in 2010. The PAS-administered-state also saw investments in 2011 increase by RM95 million from RM16.33 million in 2010 to RM111.33 million in 2011.The state’s overall financial performance statement, whereby revenue as compared to total management and development expenditures for 2011, recorded an increase from total deficit of RM171.70 million in 2010 to RM141.53 million in 2011.
Meanwhile, the report also noted marked improvements in the performance of Pakatan Rakyat states agencies with most rated “excellent” compared to 2010, although it recommended Kelantan and Kedah to provide more training for its officers to improve further. And Selangor and Penang were highly praised for their initiatives to bolster their financial management performance.
###
Cukup cukup laa bagi kuasa ekonomii kat cinapekk. . Ni awol nk bg kuasa politik pula.. Bodoh benar awok nii. . Kalau ya pun sakit hati tak kena bg projek dr najib@umno jgn la pulok jd peminat khinzirrr dapig tuuuu. . Makin tua makin benak bodoh awok niii sabriii
You gotta be kidding, Unc. Malays fear Chinese. Nope. Of course not.
Malays generally have misgivings, distrust and wary of Chinese whom they see as greedy and lust for wealth.
They view Chinese of perennially envious of our race in their quest for wealth superiority.
It's not wrong really this prejudicial feeling for the Chinese.
There's always Chinese envy of us having scholarships, top jobs in the civil service and our special privileges.
Under Najib, they are getting on par with us and far better off than our rural and poor Malay. Yet they are still dissatisfied.
It's rather the Chinese superiority against us which get our goat. Chinese can never be a fair leader nor a fair employer, unlike Malays who have spirit of give and take and sharing and giving.
I think it's got to do with our religion which teaches us always to be fair to other races.
If you ask an Indian or a Chinese for that matter, they will always say they prefer a Malay to be the leader or the boss.
Malays never fear the Chinese as they know they are superior with regard to power being the pribumi.
How often you see comments in blogs, Malays reminding the Chinese that they are pendatangs. In Malaysiakini comments for example, you can see remarks like jangan mengada-mengadalah. Kami mengamok kang. Yes, that famous Malay amok word and Malays fave form of rebel.
But if you ask me personally, I prefer Chinese anytime than the Indians.
At least I know who they are. Unlike the Indians who tend to be double-faced and play one side against the other behind your back.
Ask around those who have Indian bosses. They will always say Indian bosses pretend to be nice on the surface but when it comes to writing your annual report, you will be be in for a surprise.
IN the BN candidates list, you can see clearly Malays have sacrificed their seats to accomodate the Indian and Chinese Candidates.
Even if they know, they can win easily and the nons may even lose.
P.S. Am of course not a racist. Just stating a point to rebut Sak's interpretation of the scaredy cat Malay.
Sak,
Minta izin utk mengulas kenyataan "Anak Pahang"
Kalau tak yakin, terpulanglah. Itulah maksud demokrasi.
Ini kalilah!
Dear QD...
The worst amok in Malay history is by Hang Jebat...due to quite the same reasons we have now which you and the aristocratic friends of yours never will understand.
QD, you said
“I think it's got to do with our religion which teaches us always to be fair to other races.”
But is your master practising THAT???
Actually, we, Nons, have nothing against NEP but we get pissed off to see rich Bumis getting discount for houses, cars etc, that students with rich parent get scholarship etc! Why not have needs-based policies, as proposed by Pakatan?
Try reading this “Open letter to Muslims” http://www.malaysiakini.com/letters/227106
Quote: “When we Muslims are just, the non-Muslim communities will similarly accept the reality of Malaysia's Muslim history and identity and accept some limitations, just as Muslims in Australia have.
Islam is just. Everybody has equal rights. If you still feel that you need your children to be protected by man's rule (BN) and not by God, then you are just like what the Qur'an describes: "Deaf, dumb and blind; and they are not to return (to the right path)" [Baqarah 2:18].” Unquote
I salut her for being a true Muslim! If only there are many more Malaysians Muslim like her!
We, Nons, are not questioning the official religion and language of this country!
All we want is to be treated as equal in our very own country, and most of all,
to be treated as Malaysians.
QD, why are you so blind to the rampant corruption and daylight abuses of our govt? After so many years of NEP, why are there still so many Malay poor? What about other poor Malaysians? How can you ignore the sorry state of our education system? What is the public opinion of our judiciary system and the police force?
If you are honest and think as a Malaysian, you know the answer. We, Nons, are not your enemy! If corruptions and abuses were in checked, I’m sure there will be enough to take care of the whole society, nobody will be left out! We need each other to move this country forward. But right now, we distrust each other – no thanks to the divide and rule policies of your Master!
Melayu harus takut - KEPADA NAJIB..
NAJIB SUDAH HANCUR UMNO/BN dengan membuat perjanjian dengan Waytha/Hindraf Bhg A/B/C...
Tidak MUNGKIN Najib dapat memberi peruntukan sebanyak BERPULUH BILLION TIAP TIAP TAHUN yang dijanjikan dalam 100-hari-pertama kerajaan baru dalam rancangan Hindraf
Jadi bila Najib ingkrar perjanjiian setelah setahun, macam-macam Hindraf Bhg B.C,D,E akan mengamuk. Perkasa akan mengamuk dengan mereka.
Kerajaan UMNO/BN satu lagi penggal adalah kerajaan Kucar-kacir...HANCUR LAH UMNO/BN...
Post a Comment