Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 30 June 2011

Kualiti kepemimpinan UMNO

Bila saya cakap, orang UMNO marah. Penyokong mereka dalam internet pun marah. Tapi tidak apa, semua perbalahan ini akan selesai dalam pilihanraya. Pilihanraya ke 13 ini mungkin akan lebih teruk daripada yang sudah untuk UMNO. Jika saya salah, bagus. Tapi jika pengamatan saya betul, kali ini ramai yang akan kecundang. Bila DS Najib kata kali ini dia akan menampilkan lebih ramai pimpinan muda, itu adalah kenyataan yang baik. Sebab, rata rata rakyat melihat pemimpin lama yang berkuasa, sedang berlumba lumbaan membuat hay while the sun shines. Dan oleh kerana mereka pun tahu the sun is setting extraordinarily fast, perlumbaan makin sengit.
Ramai mat laon ini lupa pula bahawa rakyat sebenarnya yang menentukan turun dan naik UMNO. Dan rakyat akan menentukan bersandarkan kesedaran yang makin meningkat. Jangan pimpinan UMNO ingat rakyat tidak tahu. Mungkin ini kelemahan UMNO yang terbesar- yakni gagal menyedari bahawa persekitaran politik di luar sudah banyak berubah.
Keangkuhan orang UMNO menjadi factor utama yang menyebabkan ia banyak kecundang. orang dan pimpinan UMNO pekak agak nya. Rakyat bercakap mengenai harga hand bag yang berharga USD 120,000 satu. Rakyat juga bercakap apabila anak bekas seorang PM beli handbag berharga RM 750 ribu untuk isteri yang tersayang. Sana sini orang bercakap mengenai aliran air mata berlawanan dengan kilauan permata untuk sebahagian Melayu yang bertuah.
Kalau mereka pergi turba( turun bawah) yang lebih kerap terdengar ialah rungutan terhadap kerajaan dan pemimpin. Tapi media audio visual dan percitakan menutupi rungutan dengan buat cerita yang menyeronokkan.
Sebab kita asyik di dengarkan dengan cerita yang seronok seronok. Tanah kerajaan sungai besi di pindahkan ke syarikat X dan kos kosong. Jika kos nya kosong, sepatutnya kos ini boleh di pindahkan kepada rakyat dalam bentuk rumah yang murah. Tapi rumah yang akan 'mampu' di beli oleh bakal pembeli berharga RM 220,000. Ini bukan harga rumah kos rendah atau sederhana rendah. Jauh lah pula jika mahu disebut rumah PPRT.
Pada harga RM 220k, berapa ramai budak Melayu yang boleh dapat loan beli rumah tersebut? Sebab mereka nanti duduk di rumah diatas tanah Sungai Besi yang masyur yang di bangunkan oleh IMDB itu, mereka terpaksa pula beli kenderaan. Kena bayar loan rumah dan loan kereta.
Berita sensasi seperti ini di ragui oleh rakyat. Tapi pemimpin kita tidak sedar disebabkan desingan retorik sendiri. Tambahan pula akhbar utama dan TV utama mendendangkan lagu yang syok di dengar. Semua OK boss. Akhirnya Boss akan KO.
Pemaju yang membina rumah RM 220k ini bukanlah melakukan suatu yang luar biasa dan membawa rahmat sangat kepada rakyat. Pembinaan rumah rumah ini sebetulnya ada pemulangan kepada pihak kerajaan dalam urusniaga cross-subsidy. Pembinaan rumah 220k itu akan mudah di bayar semula apabila 1MDB membina property lain yang berharga jutaan Ringgit. Ertinya, pembinaan rumah2 RM 220k bukanlah suatu yang boleh kita laungkan dan canang sana sini.
Orang UMNO sudah tidak mahu kerja keras. Buat apa kerja keras, bertandng pun belum confirm. Boleh jadi pimpinan UMNO lupa tabiat buruk orang UMNO. Mereka akan berkerja keras kalau ada chance jadi wakil rakyat dan ahli parlimen. Hello- orang Melayu tidak berkehendakkan wakil rakyat yang tidak berpelajaran dan malas berkerja. Orang UMNO hanya mahu kerja keras kalau di pilih calun.
Di dalam UMNO bahagian Pekan sendiri pun, keadaan nya tidak lah elok sangat pun. Keadaan nya serupa seperti tahun 1990an. Orang ramai khususnya UMNO operatives bersusun susun sambut PM balik Pekan. mereka berhimpun beramai ramai berpesta di kediaman PM di Pekan. berombongan menyambut dan menghantar PM balik dan pulang. Selebih dari itu, UMNO Pekan akan sunyi. Tidak ada orang mahu tunjuka lebih sebab kerana kalau tunjuk lebih pun, boss tak Nampak. Adalah lebih penting menunjukkan kita kerja keras kalau bos tahu.
Kalau PM menang di Pekan, ianya semata disebabkan oleh factor peribadi nya. Body nya sahaja sudah bernilai separuh dari undi yang akan di perolehi nya. Selebihnya datang dari hasil hulur sana sini.
Mungkin kerana inilah sebab nya, penerangan UMNO Pekan tidak perlu aktif. Ketua nya nak jadi calun dan kalau ada isyarat jadi calun baru nak kerje 26 jam sehari. Sampai ke Kuala Lumpur , orang bercerita mengenai kehampaan mereka terhadap prestasi ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan.
Saya boleh bercakap sedikit mengenai UMNO bahagian Pekan, sebab saya datang dari sana. Dan saya mengikuti perkembangan UMNO bahagian tersebut. Bendahari dok sibuk sana sini cari upti konon untuk menambah sumber tabung. Supaya UMNO bahagian banyak duit untuk bayar perkerja dan soldadu pilihanraya.
Jika ini berlaku dalam UMNO bahagian PM, ianya berlaku di tempat lain. Saya gerenti inilah yang di amalkan.
Apa yang jadi pada UMNO kita?
Berapa kali saya mahu bilang, yang UMNO nak sokong sangat Ibrahim Ali dan Perkasa ini apa hal? Orang UMNO sendiri sudah tidak boleh bercakap bagi pihak orang Melayu? Ibrahim Ali bukan ahli UMNO dan tidak mewakili orang Melayu. Jika Ibrahim Ali di anggap sebagai bercakap bagi pihak orang Melayu, ini lah hari yang paling malang. Jika Raja Ali Haji atau pendita Melayu yang lain cakap bagi pihak Melayu, itu ada standard. Tapi jika Ibrahim Ali- mana standard Melayu?
Ini tidak bermakna, kita memperkecilkan kemahiran Ibrahim Ali. Dia pakar mengembeling ramai orang turun padang. Tapi setakat itu sahajalah apresiasi saya kepada Ibrahim Ali.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa apa yang di lakukan oleh Ibrahim Ali tidak lah unik dan suatu yang luar biasa. Bung Mokhtar, Mohd Abdul Aziz, Tajudin Rahman, Nazri Aziz boleh melakukan perkara yang serupa. Anyone from PEMUDA UMNO pun boleh melakukan apa yang Brahim Ali lakukan. Kerana ia tidak memerlukan kapasiti minda yang luar biasa. Tapi berapa ramai yang boleh melakukan seperti Raja Ali Haji atau Tun Sri Lanang? Itulah maksud saya.
Adakah UMNO sudah tidak percaya kepada kemampuan nya untuk menjadi jurubicara orang Melayu? Mana jatidiri UMNO dan pimpinan UMNO?
Saya mahukan orang UMNO melihat sendiri betapa sedihnya keadaan UMNO hari ini. Apa sudah jadi kepada kualiti UMNO apabila UMNO memerlukan orang seperti Ibrahim Ali bercakap bagi pihak orang Melayu? Bercakap dalam nada bagaimana pula?
Mengajak orang berkelahi, bertumbuk dan tikam menikam. Orang Melayu hendak berkelahi sesama Melayu kah? Mereka masih tidak tahu hidup sesama sendiri walaupun mempunyai pandangan berbeza?
Bagi pihak Melayu macam UMNO yang Ibrahim Ali bercakap? Dan mengapa UMNO sangat takut kepada perarakan Bersih? Adakah mereka tidak percaya bahawa segala budi yang di tanam selama ini tidak di hargai oleh rakyat? Kecuali lah selama ini yang rakyat dapat adalah kulit2 roti manakala roti di baham oleh elit dan bangsawan Melayu. Nampaknya, Ibrahim Ali jadi jurucakap kepada kumpulan seperti ini.
kualiti UMNO berada dalam tahap yang menyedihkan apabila ia hanya mampu mengekali relevance nya pada suatu kelompok orang Melayu dengan bertunjang kepada skendel seks. UMNO melakukan kesilapan yang amat besar jika menyangkakan masaalah nya selesai semua bila molakapkan Anwar Ibrahim. Cara UMNO menangani dan mengendali kes Anwar Ibrahim menunjukkan betapa rendah nya mutu pemikiran UMNO.
Anwar Ibrahim is already doomed. Peluang untuk jadi PM besar kemungkinan sudah tidak ada. Adakah rakyat negara ini boleh bernaung di bawah seorang PM yang menghabiskan 90% masa nya menangkis tuduhan salahlaku seks oleh nya? Tidak ada kerja yang akan dapat diselesaikan jika demikian. Anwar Ibrahim is already a damaged good untuk di jadikan model pimpinan.
Apa yang di lalui oleh Anwar Ibrahim sekarang sudah cukup mengurangkan kredibiliti nya sebagai pemimpin. Namun begitu, tuah Anwar sebenarnya, seperti yang di nyatakan oleh Zaid Ibrahim terletak kepada tongong nya UMNO dalam mengendali kes nya.
Bayangkan ini. Bila Anwar Ibrahim di lokapkan, bagaimana UMNO menjustifikasikan kehadiran nya dalam ingatan orang ramai? Apa jembalang yang hendak di lawani oleh UMNO? UMNO lebih baik basuh tangan daripada melibatkan diri dalam masaalah Anwar dan biarkan Anwar lemas sendiri.
UMNO jangan berfikiran bahawa ia hanya boleh membangun dengan menjatuhkan orang lain. Jika ia berpegang kepada cara ini, maka ia terpaksa mencari dan menyungkil masaalah.
Kenalah UMNO berkerja keras untuk mencungkil skendel seks orang lain pula. Ertinya, UMNO ini menyambung hayat dan kehidupan dengan mencari dan memakan daging saudara nya sendiri . ia bergerak kehadapan bukan dengan mengangkat dan membangkitkan bangsa tapi menyibukkan diri dan tenaga kepada memperjuangkan isiu isiu picisan.
Apa sudah jadi kepada prinsip dan landasan perjuangan UMNO? UMNO ujud pada tahun 1946, membangkitkan orang Melayu menentang suatu bentuk kemungkaran. Kemungakaran tersebut muncul dalam bentuk idea suatu Malayan Union.
Ertinya, sebermula UMNO itu ujud untuk menentang segala kemungkaran. Bagaimanakah perarakan Bersih yang disertai bersama oleh majority orang Melayu boleh di samakan dengan idea Malayan Union? Malayan Union memang betul boleh mengakibatkan peminggiran bangsa Melayu, tapi bolehkah Bersih mendatangkan kesan yang serupa?
Tapi hari ini orang melayu adalah penduduk majority. Jentera kerajaan di kuasai oleh orang Melayu. Kedudukan politik orang Melayu tetap kuat. Sebab jika kita bilang, jumlah MP Melayu tetap ramai. Orang UMNO kena terima bahawa orang Melayu yang tidak berada dalam UMNO, tetap Melayu setulen yang berada dalam UMNO.
Jadi mengapa perarakan Bersih membuat UMNO gusar dan Perkasa melenting? Kepentingan siapa yang jadi terancam?
UMNO and the government are handling the Anwar Ibrahim case foolishly. Semalam kita dengar bahawa mahkamah menyatakan bahawa ia mempunyai hak untuk menayangkan video lucah yang di katakan melibatkan Anwar Ibrahim. Pihak mahkamah membela diri dan menyatakan ia memiliki hak. Dan ia telah menunjukkan akan hak tersebut dengan membenarkan pihak peguambela 3 orang tertuduh, mengistiharkan bahawa mengikut perakuan pakar, video tersebut sahih dan 99.99% actor tersebut ialah Anwar Ibrahim.
Saya tidak tahu, adakah ujudnya kaedah menunjukkan bahan bukti yang baru. Kepada saya, pihak majistret sepatutnya memberhentikan pengistiharan tersebut. Pertama ianya adalah bukti hearsay. Kita dengar nya melalui pihak ketiga dan tidak ada pihak pembela yang di benarkan untuk menghujjahi pembentangan deklarasi tersebut.
Kedua, ianya tidak releven dalam kes ini kerana, terma rujukan mahkamah ialah menghukumi kesalahan menayangkan video lucah dan memiliki video lucah. Terma rujukan mahkamah bukanlah mencari kesahihan video tersebut. You cant justify doing something that is against the law. Jika ianya bertujuan mencari kesahihan video tersebut, pihak mahkamah mesti mengadakan panel pakar untuk mendengarkan kes kesahihan video tersebut. Dan orang yang di tuduh, walau bagaimana kita benci pun, mesti di beri keadilan membela diri.
Jika ini matlamat kes tersebut, mengapa tidak di panggil pakar yang di sebut oleh peguam bela 3 serangkai tesrebut, untuk di cross examine oleh peguam si anwar Ibrahim? Pihak mahkamah sepatutnya memberhentikan cerita pelipur lara hati pimpinan UMNO yang berduka melihat kualiti parti kian menurun.
Dengan melakukan apa yang ia lakukan, apakah sebenarnya mesej yang di hantar oleh sistem keadilan negara kita? Ianya menunjukkan bahawa kita rakyat Malaysia sebetulnya berada at the mercy system keadilan negara ini dan pengamal sistem tersebut dan kita tidak ada peluang langsung untuk mendapat keadilan dan mendapat layanan merciful dari system keadilan kita. Si majistret telah mencemarkan system keadilan negara ini dengan membenarkan penceritaan perlipur lara dalam mahkamah terbuka.
Ini yang menyebabkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa sangsi dan takut kepada system keadilan di Malaysia. Mahkamah kita, dengan membenarkan penayangan video lucah tersebut dan membenarkan penghuraian yang mengikuti nya untuk mamfaat 3 serangkai telah compromise dignity dan integrity dirinya menjadi platform untuk suatu pihak yang berkepentingan berkhutbah mengenai agenda politik. Maka itulah sebab nya, ketua 3 serangkai tersebut, seorang manusia yang bernama Rahim Tamby Chik telah dengan bangga nya mengistiharkan bahawa misi mereka, tercapai?

45 comments:

Local Fighter 30 June 2011 at 08:32  

Dato',

UMNO juga tidak perlukan orang yang merajuk dan emosional kerana tidak dapat 'sesuatu' misalnya khidmatnya di DUN tidak di sambung untuk penggal kedua.

UMNO juga tidak perlukan orang yang tidak setia pada parti. Yang akan mengigit kembali tuannya bila tidak dapat sesuatu yang dihajati.

Tapi yang perlu UMNO perlu tahu, banyak api dalam sekam di dalam UMNO. Yang membakar dari dalam. Inilah yang perlu UMNO khuatirkan dan perlu benteras sehabis-habisnya!

Dato' setuju bukan?

p5terung,  30 June 2011 at 08:43  

Salam Dato'

Gini coefficient for the Malay sub-group must be horrendous. They'll never want to point that out, do they?

Yup. What trickles down are just bread crumbs.

Thank you UMNO for taking care of our livelihood.

kelana,  30 June 2011 at 08:50  

ASM Dato SAK,

Satu lagi artikel menarik. Kali ini artikel Dato amat "piercing" sekali. Saya menghargai artikel2 Dato sebab ianya senada dan serupa seperti yg berkiang2 didalam minda2 org2 Melayu yg berfikir masa kini.

Kudos!

Jebat Jr.,  30 June 2011 at 08:53  

Sampai ke Kuala Lumpur , orang bercerita mengenai kehampaan mereka terhadap prestasi ketua Pemuda UMNO bahagian Pekan.
Ketua Pemuda Pekan ni lebih kejarkan Azeez Rempit dari pemuda Pekan.

Anonymous,  30 June 2011 at 09:07  

dato sak ni macam berani berani takut unt mengeritik umno

Richard Cranium 30 June 2011 at 09:15  

Local Fighter,
Just read the post and weigh it on its arguments.

Your comments are no different to those rabid ones on malaysia today.

What do you achieve with ad hominem arguments?

I am no Umno supporter, but I also want to see a return to the pre Mahathir Umno, the one that Dato espouses.

Anonymous,  30 June 2011 at 09:42  

Sak!
If only we could have the good old days of the Alliance party!.Umno then was fair and no rabid dogs like today!It took only one corrupted soul to destroy all it had!
The trouble is that honesty in everything went down the drain.Civil servants of top rank owning palatial homes tell you a long story.
Umno needs to be sterialised for good .

Anonymous,  30 June 2011 at 09:58  

When the State Secretary, Chief Justice and IGP become UMNO's running dogs, this country is doomed. This is the reality today.

Each one them take orders from UMNO. It is UMNO that decides who is to be arrested and charged, how the case is to be conducted, who sits on the bench, who acts as the prosecutor and what sentence is to be pronounced. And UMNO creates laws on the run such that even a yellow T-shirt is declared unlawful.
It is UMNO that decides what news is to be published and how stories are to be spinned to favour the government.
Can this government continue to exist on lies and untruth? Can a government shunned by the people survive?

otoote 30 June 2011 at 09:59  

Tok Sak
Tak ramai yg percaya 3 ekor malaun tu ada kuasa untuk arah Judiciary handle mahkamah jadi kangaroo court gitu...start dari pre-hearing media circus to safie abdullah to DPP to YA Majistret. It must be from higher up.
Honestly, that was a real PR blunder by Najib- the way handling video sex nih.
Just plain insulting to ordinary voters like me.
Just cared to me death thinking PM material that we have- and the people around him.

Red Alfa 30 June 2011 at 10:32  

Salam Dato'

You have rightly spoken out against the Court as was manipulated to make light a moral corruption.

But when the MSM had gone to town with the objective of the manipulated judgement .... that it's Anwar!!

Can this Government live down its involvement in this disgusting indecency by saying (or even by not saying) it was not involved at all?

This Government, its corrupted institutions and rabid supporters have too little if not no sense of morality that it is only inviting Allah's wrath to befall on all of us should we ever allow it even another day continuing to govern us.

Najiskuning,  30 June 2011 at 10:36  

Ya Pak Pan emang bener...

Perjuangan UMNO udah lama mati Pak.... Slogan perjuangan UMNO hanya bergegar di PWTC setahun sekali pak, di balai2 raya, di TV3, Utusex (Utusan)& Brahim Ali.

UMNO sudah sampai ketahap melampau Pak... hingga pakai baju kuning pun haram... baca sajak haram ... berhimpun haram, tulis haram.... Adoii mak aii....

UMNO has done so much mischief in this soil Pak... Corruption, abuse of power & arrogance.

Thank you Pak, for telling the truth and sticking with it. May Allah reward you well and bestow upon you & your family.

Amean....

Anonymous,  30 June 2011 at 10:37  

Local Fighter,

what you say is true but you know lah this people are good at manipulating facts. he will say his intentions are noble cos he loves UMNO bla bla bla. just like Anwar pandai main wayang. they will give all sorts of noble reason but at the end of the day they are just frustrated people who is not in power. Anwar, KJ, Arif are all in the same boat.

CYC,  30 June 2011 at 11:00  

Tanpa perubahab cara pemikiran dan perspektif hidup mengikut aliran zaman, kiat bolih berhujah dan berbahas sampai hari kiamat, namun nasib orang Melayu tetap tersangkut dalam jaringan rhetorik seperti gerhana bulan atau matahari.

Anonymous,  30 June 2011 at 11:09  

The Kid of a Pastor told his Dad that he miss the days when they were living in the quarter provided by the Church.

Dad puzzled and asked why isn't the kid enjoying all the great amenities in the posh Bunglow they are staying now.

The kid smiled and said-Dad , You are different now compared to the days when we were staying in the Church's quarter.You were so polite then and wish everyone may peace upon you that you met , very caring and always stay in humility.

Things are different now after we moved into this Bungalow away from church. You are now so conceited ,vulgar and at times I heard you say - if you dont help me , sorry I cant help you.Dad , do something now before it's too late to be saved !

TRUTH HURTS !

Anonymous,  30 June 2011 at 11:15  

I am apolitical but I think your assessment of Anwar is blinkered because you have always seen him in negative light.
In politics anything is possible. He might just become the PM if Pakatan wins.
That is why UMNO fears him like hell.

bruno,  30 June 2011 at 12:22  

Dato,Umno is self imploding.It has now send out its Umno youth mat rempit gangsters.What next they are going to do.Burn down the PKR hq or send out the army.Whatever they do,they always ended shooting themselves in the foot.

The more dirtier it gets the more support Umno is going to lose.The Umno youth exco committe member Lokman Noor Adam publicly proclaimed that he personally led 600 mat rempits to the PKR hq.This pariah Lokman knows that HM Hisham lack the marbles to have him arrested.If Dr M was the HM his two telor would be missing.

The Umno GOM is going down the drain not because of Bersih or PR.It it because of their own factions.Najib is so quite that he has given up hope.He has left everything to Hisham.Muyyidin is so quite you can hear a tikus.Muyyidin is watching from the sidelines hoping to pick up the pieces.

But for Najib, Umno GOM is losing the war of perception.As PM he must bear the blame for all the criminal acts his Umno and its affiliates have caused.All the shit the factions have thrown at their opponents have hit the fan and flown back onto their faces.
Most probably Najib's Umno will be a goner.

Anonymous,  30 June 2011 at 12:28  

panjang cerita, tok.

Anonymous,  30 June 2011 at 14:00  

salam dato',

..penerangan yg benar2 tepat n jitu ttg umno
..arwah nenek saya yg berjuang mengasaskan umno bersama arwah tunku pernah menceritakan spt apa yg dato' tulis
..umno la ni sudah menjadi spt munafiq dan sangat pelahap sehingga sanggup memakan darah daging bangsanya sendiri

Anonymous,  30 June 2011 at 14:02  

To local fighter!
Apa da? macam ini punya hujah pun ada ker? Adakah dengan mengajak dan menasihati saudara seperjuangan kembali ke jalan sebenar tu salah dan di label tidak setia?
Ni bukan soal emosional.ni soal bercakar soal sebenar , hakikat kebenaran, the truth and nuthing but the truth.
Tapi kekadang kebenaran atau truth tu pahit buat setengah orang.

Local fighter setuju bukan?

Anonymous,  30 June 2011 at 14:08  

Salam Dato,

Selalu Dato komen tentang sikap orang-orang umno. Saya lihat komen yg membina namun masih ramai kalangan umno yg masih tak faham2. Komen2 seperti yg Dato tulis di anggap emosi, tak mengenang budi, gigit tuan, frust dan bermacam2 lagi.

Bak kata orang, Walaupun berbuih mulut menegur secara ikhlas feedback dari grass root namun pembodek-pembodek elite umno masih dgn ego yg amat tinggi.

Oleh itu, selepas ini elok lah Dato tulis molek-molek tentang umno, ampu elite2 umno tinggi-tinggi biar mereka rasa macam boleh terbang. Lepas PRU13 nanti baru mereka dapat rasa bagaimana rasa jatuh dari tempat yg tinggi itu dan biar elite umno ni lihat siapa sebenar pembodek mereka selama ini. Samada pembodek mereka itu masih berpegang dgn slogan dulu, kini dan selamanya.

Drp; zuki ahmad

OneMalaysian,  30 June 2011 at 15:14  

Dear Sakmongkol

UMNO is vigorously defending the status quo with the same bad crop of leaders, and with the same unpopular set of economic policies that seem to benefit cronies and disadvantage the poor. At its head is a leader who espouses sweet sounding policies drawn up by foreign consultants who do not have their hands on the pulse of the ground. Thus we have this much-publicized New Economic Model designed to right all economic wrongs, redressed economic disparity, and deliver us, somehow, to middle-income status.

In reality, after much public hoopla, nothing seems to have happened. The major impediments to a substantial increase in investments are still there. What seems to have happened though is that the size of privatization jobs, the MRT for example, have gotten humongous and are awarded quickly under dubious procedures and circumstances. The 1MDB (Sungei Besi Air Base) project, another example, has also been awarded in opaque fashion. It all reminds us of the bad old Mahathir days when a very few well-connected companies and individuals benefit at the expense of the rest of the country in the name of economic progress.

All said and done, UMNO today is not the party of old. It has lost its idealism. It is now a party that clings to power to enrich the ruling elite in the party. This is the leadership that you decry as lacking in quality. It is also lacking in purpose to serve the Malay interest, and as the main party in BN, to serve all Malaysians.

The question to ask is: can this bastardized party created and shaped by Mahathir to replace the party of Tunku Abdul Rahman be ever able to represent the legitimate interests of all Malaysians, especially the marginalized citizens, the majority of whom are Malay? Has the time not come, when rational people in UMNO say, enough is enough; if we cannot change this ineffectual and corrupt leadership, let’s abandon the doomed party and link up with other political parties that have a fresh agenda that will deliver to the Malays and all Malaysians what UMNO promised but failed to deliver.

Sakmongkol, rantings like this are no good for our blood pressure. They change nothing and achieve nothing. As a river flows downstream it encounters obstructions, but they never stop its flow – the river merely flows around them to reach the sea. A political course, just like a river’s, need not be straight. So, just flow around this bad quality leadership.

Foreign Fighter,  30 June 2011 at 17:51  

Local Fighter,

Orang merajuk pun tidak memerlukan umno yang hanya memilih kaki bodek dan penjilat untuk dijadikan ketua atau DUN

Kalau pemimpin korup,penindas dan zalim adakah patut memimpin ?

Kalau tidak ada api yang membakar dari dalam,macam mana pemimpin umno boleh berubah? Pemimpin2 yang seperti ini yang menjahanamkan parti itu sendiri.

Betul tak Dato?

Anonymous,  30 June 2011 at 17:53  

Dato',

Takde masalah. Budak budak Melayu hanya cuma menyertai kelab UMNO Mat Rempit dan mereka pasti akan dapat pinjaman bank untuk membeli rumah kos RM220K di Sungai Besi serta pinjaman untuk membeli kereta Proton modipied. Jaminan akan di bagi oleh Ketua Kelab UMNO Mat Rempit Khairy Khairuddin.

Stephy 30 June 2011 at 18:11  

A good read Dato. If Malaysia have more UMNO leaders like you, I am sure it will be a progressive and industrious country. Keep up your good commentaries, I am following them from NZ.

Anonymous,  30 June 2011 at 18:28  

Mahkamah dipenuhi dengan Hakim dan Magistrate melayu. Mana ada yg Hakim/majiistret melayu yang cerdiknya? Itu sebab bolih iikut telunjuk umno.

Betul cakap kau Sak. 3 melaun dituduh dibawah sek.292 dengan menayangkan bahan lucah. Merreka mangaku salah. Samada sex video itu original ke atau palsu ke atau tak original ke dan siapa pelakunya tak relevant to the charge. Yang relevan ialah samada sex video itu bahan luchah( dlm s.292...is it obscene material).

Dalam fakta kes yg dibentang olih DPP...ia perlu hanya menyatakan sex video itu mengandungi bahan lucha kerana menunjukkan perlakuan sex diantara seroang lelaki dan perempuan. That's all. Kalau 3 melaun tu tak setuju dng fakta tu, pengakuan mengaku salah ditolak dan perbicaraan akan diadakan.

Kes itu mempaperkan kebodohan melayu2 yang menjadi magistrate dan pendakwaraya. Sudah lah dapat kerja ikut kuota Bumi dan tahap kecemerlangan pelajaran tak sebeberapa kalau dibandingkan dng non-Bumi, semasa kerja tunjukkan kebodohan dan memalukan melayu yg lain.

mautau 30 June 2011 at 19:50  

Sebenarnya apa perjuangan UMNO yang tongok ni???

Anonymous,  30 June 2011 at 20:26  

Salam Dato,

Dato tulis "Berapa kali saya mahu bilang, yang UMNO nak sokong sangat Ibrahim Ali dan Perkasa ini apa hal?

Jawapannya kerana si Mahathir yang endorse....kan Nazri dah kata "Mahathir is the greatest racist".....najib memang takut kat si Mahathir tu....jadi setujulah.

Dato tulis "UMNO lebih baik basuh tangan daripada melibatkan diri dalam masaalah Anwar dan biarkan Anwar lemas sendiri."

Jawapan - Advisor BN ialah APCO. Najib ikut terburu buru ...tak pakai otak. Otak advisor advisor Najib tak macam otak Dato. Kalo Dato dipilih jadi advisor Najib, tentu, negara kita akan aman! Sekarang dah terlalu lambat untuk Najib patah balik...mana nak taruh muka. Jadi the show continue lah.

Dato tulis "Jika ini matlamat kes tersebut, mengapa tidak di panggil pakar yang di sebut oleh peguam bela 3 serangkai tesrebut, untuk di cross examine oleh peguam si anwar Ibrahim?"

Jawapan - UMNO/BN tak berani..takut di tumbangkan. Mereka ada upper hand kan.

Dato tulis "Maka itulah sebab nya, ketua 3 serangkai tersebut, seorang manusia yang bernama Rahim Tamby Chik telah dengan bangga nya mengistiharkan bahawa misi mereka, tercapai?"

Jawapan - yang Rahim tu manusia ke? tentu bukan...dia tu binatang liar. Nafsu dia memang takde kontrol. Rogol pompuan melayu dan lim guan eng kena masuk penjara. Pelakun kat video lucah tu ialah binatang liar ni. Memang takde maruah dan tak tau malu. Apakah rasa isteri dan keluarganya?

Aku memang harap Dato jadi pemimpin kita supaya orang2 bodoh di UMNO, termasuk Najib , Nazri, muhyiddin dll ditumbangkan

orangkampung

Anonymous,  30 June 2011 at 21:43  

Dato',

A very good one. At least someone in UMNO knows what their problem - they cant empathise with the rakyat.

Anonymous,  30 June 2011 at 21:50  

Datuk! Orang melayu sebenarnya sudah meninggalkan umno sejak zaman TDM. Umno tidak menjaga maruah melayu dan islam dengan hanya menyelak kain orang lain. Malah umumnya rakyat tahu moral pemimpin2 umno lebih teruk dari itu. Melayu tidak perlu berada dalam umno sebab tak kira didalam parti mana pun melayu berada ia masih tetap melayu. Umno hanya mengejar hidup dunia yang tak kemana , dan tidak mengambil tahu hal rakyat. Dengan sistem kehakimannya yang berat sebelah malaysia semakin hari semakin hancur, malah orang melayu tidak percaya bahawa kerajaan sekarang mampu memajukan Malaysia sebab rasuah masih menjadi darah daging orang -orang umno dan saya berharap tidak perlu umno bermati-matian nak hapuskan Anwar sebab rakyat sudah membuat penghakiman siapa yang salah dan siapa yang benar. Malangnya sekarang tiada ada lagi orang boleh berfikiran waras dalam umno sekarang.

Anonymous,  30 June 2011 at 22:00  

persoalannya ialah martabat Melayu yang diperkotak-katikkan wahai local fighter...bukan "khidmatnya di DUN tidak di sambung untuk penggal kedua"

samsaimon,  30 June 2011 at 22:26  

Salam Dato'

Anwar is doomed. Anwar is a damaged good. So you said.

Dato', you forget that UMNO Baru is now UMporNO and it is damaged beyond repair !

Urban Malays now are educated.
Dah tak pandang kat UMporNo.


Medan Tok Sera.

Anonymous,  30 June 2011 at 23:55  

Salam Datuk,

Saya ni kira baru dalam blog Datuk ni...tapi saya tertarik dgn posting2 Datuk pasti hari2 saya akan menantikan posting baru dari Datuk...komen saya apa yg Datuk nyatakan tu memang tak dapat kita nafikan dah terlalu lama kita menantikan perubahan dari UMNO tapi setelah beberapa pemimpin bersilih ganti bukannya semakin pulih tapi semakin nazak...tapi masih tak nak mengaku....masih berkata rakyat masih kuat menyokong UMNO dan kerajaan BN adakah UMNO ni tak mahu menerima hakikat yg penyokong2 nya semakin kuurang meyakini kepimpinan mereka..maaf saya dah lama meninggalkan UMNO ..bg saya UMNO dah tak relevan lagi..

Silent Follower PJ,  1 July 2011 at 00:00  

Dato',
I'm just wondering if the present UMNO leaders have the humility to change for the better.. Just dread to see UMNO fall flat in the next GE13. Have they learnt anything yet from the previous election? Well said, Dato !

Anonymous,  1 July 2011 at 00:08  

SAK,

I would like to share the following with you. An interesting account from a young Muslim girl who is studying accountancy/LCCI in a private college in Singapore.

here is goes....

I was in Singapore last week visiting some friends. I got to know a Malay girl, Yana, working at a local supermarket part-time. She came to SG a year ago to study accounting in a private school – LCCI.

I asked Yana why is she in SG. She said the following:
1) she can’t stand being in KL
2) Her parents advised her to study in SG so she can continue to brush up and speak English
3) She said when she spoke English in KL, her friends and colleagues said, "Ooooo cakap orang putih ya" and then teased her non-stop. She doesn't see why she should stop using the English language
3) Her dad, retired now, used to be a govt servant and never voted because he can’t vote for the opposition. His dad said BN will know…so, he would rather not vote at all.
4) She hopes to work in SG after her graduation. Her parents encourage her to stay put in SG to find a job
5) She can do away with the tudung …so much peer pressure to use the stupid tudung she says
6) Her parents have modern thinking and believe that not knowing English will set you back by 100years
7) She said many of her graduate friends in Malaysia can’t even speak a proper sentence of English….shame! shame! And, they are jobless!!

I had a good laugh. She's manis though...I was hoping to ask her out for a meal, but, shucks! she said she has to work till 11pm that night.

She also told me many Malays have already got out of Malaysia!

Idris

Anonymous,  1 July 2011 at 00:31  

Dato,

Of late you wrote a lot about the ills of UMNO ... even though you are an UMNO member. Now you have gone one step further and write in Malay.

But, Dato. Action speaks louder than words ... so, ... are you going to march with Bersih on 9 July?

If you are not going to march, you may as well switch to writing articles about cooking curry and making karipap.

Yes, I am taunting you because, any right minded Malaysian who is brought up incalculated with good Malay, Chinese or Indian values will see that what UMNO and their goons are doing to Bersih is inhumane.

So, do you have what it takes to march on 9 July?

Anonymous,  1 July 2011 at 01:14  

kalau ada 10% org mcm Datok dalam amno, sudah tentu saya tak meluat dengan amnonok!! Sekarang kalau ada syaitan nak bunuh amno saya sanggup bawakkan kerisnya...(metafora shj)

Anonymous,  1 July 2011 at 06:40  

Dato

To save this country and UMNO. We must vote against them if we want true reform to happen in UMNO and their component part.

Salam

Anonymous,  1 July 2011 at 09:08  

Idris,

kat sini cerita pasal kepimpinan politik, bukannya nak cerita pasal budak pompuan nak jadi moden ikut nasihat mak bapak supaya hebat berbahasa inggeris dan boleh campak tudung.

kalau nak hebat cakap/tulis dalam bahasa inggeris, buat sahajalah, kalau nak campak tudung pun buat sahajalah, tapi jangan tunjuk sangat IQ kita rendah, orang boleh nilai kualiti kita dari percakapan/penulisan.

Quiet Despair,  1 July 2011 at 10:21  

OOh the prophets of doom predicting the downfall of UMNO and the government. And some come from its members.
They want it to happen. They wish it so. Cakap serupa dengan doa.
It leaves a nasty taste in the mouth especially when it comes from disgruntled UMNO members.
At least our dear brother Sak qualifies it with a:"Jika saya salah bagus."
So some look forward to Bersih demo to bring the government down.
But that's not going to happen.
Najib and UMNO will emerge stronger if that demo is called off or not.
Najib must be firm in handling this so-called crisis. He must put his foot down. Have the last word. Shut them up.
He must firmly ban all factions - Ambiga and Anwar, Perkasa and Ibrahim Ali and Pemuda UMNO from doing it.
He has 85 percent of peace-loving Malaysians behind him.People don't want chaos. They want their daily lives to go on.
The police is doing a good job of rounding up the trouble-makers. Ambiga, Ibrahim and Pemuda have all been hauled up. They will be made responsible if there are loss of lives or properties damaged.
Surely they do not want another May 13. another emergency, another Rukunegara, another NEP policy. That's regressing when we are far progressing.
Put them under ISA if this happens.
The scuffle at the police station by Pemuda PKR yesterday is enough to tell us of things to come.
Bersih demo is just posturing by politicians to flex their muscles for vested interest. If you can do, so can I. To hell if the people suffers.
We will see how far Ambiga can go. The EC has already said she has agreed on what EC is doing after several meetings.
So what more if not to topple the government being her agenda now.
Ambiga is blind and deaf to the want of the silent majority.
And how the pro-Pakatan bloggers are enjoying this. Some with bravado, calling themselves martyrs and heroes.
What? Don't flatter yourselves that you will be caught. The government don't care about you.
It's the 85 per cent peace-loving Malaysians who will be with the government.
And don't be surprise if the government suddenly calls for election soon which puts a spanner to the demo.
Anwar and his cohorts will be caught off guard, scrambling to oil their machinery.
Remember the government is always One-up. Don't play-play okay.

Utusan Mak Siat,  1 July 2011 at 10:22  

Al-brahim tu ialah sub-kontrakor (mercenary) UMNO, tahu lah kita semua rakyat jelita!

Suka-suka hantam Kristian cina, Tiba-tiba hantam Komunis cina... alahai, UMNO masih terperangkap di abad 70's???

Anonymous,  1 July 2011 at 10:39  

saya ni org melayu. saya ni malu sgt nak sebut SEX kuat2 lebih2 lg depan mak bapak, anak2, adik beradik mahupun isteri. nak projek dgn bini pun sy tak sanggup nak ckp 'yanggg abg nak sex', sy akan ckp assalamualaikum dgn nada manja. Tp media massa hari2 dok sebut sex sex sex sex!! huh sungguh memalukan

my point is.. what they r doing now to AI is a disgrace. it'll be wise to just leave it, let it be. As u said, let AI drown on his own.

kpd yg sokong umno, letak video kaldai buat sex pun depa bole kata itu AI

kpd yg tak sokong umno, kalau pun terbukti pelakon itu AI, mereka tetap tak sokong umno. perjuangan tetap di teruskan.

have they not thought this thru?

Anonymous,  1 July 2011 at 12:43  

Sir,

History will not tell lie. If you read history of China's 5000 year civilization, you will notice the up and down of many kingdoms. Those days a kingdoms can be hundred of years, but today it may be, and should be ten of years, some even shorter.

The present regime is no diffrent, the corrupt system, arrogance, brutality etc being displayed is clear signs of sure downfall, as rakyat has come to the stage of "enough is enough!"

The only difference is how much sacrifies that rakyat will have to endue for the downfall of this regime.

The present regime cannot defy history. Total revamp of its policies and delivery systems is the only way to prolong its power grip.

Waasallam..

Anonymous,  1 July 2011 at 18:57  

Hahahahaha....cakap-cakap macam nih, ibarat cakap dgn cermin. Atau meludah kelangit.Bila dah tak ada dicalonkan menjadi YB, berdentum-dentum komplain pasai parti yang diwakili. Kalau dok lagi kat kerusi ADUN rasa, dua kali lima juga lah. Ini semua kaki komplain juak-juak parti pemerintah.

my_osaurus,  17 July 2011 at 14:35  

I take exception to the mention of Ambiga in that derogratory term used in italics. That is s less than subtle shade of racism.

Anonymous,  1 March 2012 at 15:06  

Dato',
When a car runs into a pedestrian and kills him , it is most probably the drivers fault. So why should we, when we moan and groan about whats happening to our country, we put the blame on UMNO. To me we should be more spesific in targeting who is the real culprit behind the fiasco that is downgrading our country. First and foremost I think we should put the blame on the leadership and especially the Number Uno leader of the country. What can we do ? During the next GE make sure he LOSES his seat. This is not an impossibility as you mentioned that in the 1999 GE he was close to being beaten. So why not you lead a BLITZKRIEG campaign on his home turf of Pekan . Call it a " EXIT NAJIB " campaign or whatever but get the support of all parties concerned . If you do this, he will not sleep a wink and I assure you he will have little time for the other constituencies.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP