Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 29 April 2014

Rakyat Bantah GST






Esok malam saya akan menyertai ceramah mengenai GST. Turut sama ialah pemimpin2 politik seperti Tian Chua, Tamrin Tun Ghafar dan abang Hj Mat Sabu. Esok 30hb April ambang kepada himpunan bantah GST di dataran merdeka. Dataran merdeka hak rakyat. rakyat yang punya.
Saya harap ramai akan datang ke dataran merdeka. Jangan takut. Mahkamah telah menghukum bahawa himpunan aman tidak melanggar undang2. Bahkan melarang himpunan aman melanggar perlembagaan. Kita sudah buktikan bahawa bila kita berhimpun kalau tidak ada provokasi dari pihak upahan UMNO, himpunan akan jadi aman.
Pihak polis tidak boleh ancam rakyat mereka sendiri. Zahid Hamidi tidak boleh ugut rakyat. pemimpin kerajaan seperti Zahid mesti ingat, mereka ialah kerajaan yang disokong oleh 47% dari mereka yang benar2 keluar mengundi. Kerajaan BN ialah kerajaan yang menang atas technicalities. Dari segi moral mereka kalah.
Majority yang tidak sokong kerajaan berhak membantah suatu dasar yang menyakiti mereka. Orang Melayu khususnya mesti celik mata dan cerdiklah sedikit. Jika rakyat terutama orang Melayu sokong juga GST , ini mengesahkan mereka ini lembab. Kita mesti berhenti dari dilembukan.
Bila kita cadangkan untuk batal dan masnuhkan AES, golongan UMNO dan kumpulan Melayu berdemonstrasi dan membantah pembatalan saman AES. Sedangkan hasil AES dinikamati oleh elit Melayu.
Ingat ini hai orang Melayu. 20% Melayu teratas ada pendapatan bulanan RM10,666. 40% yang ditengah ada pendapatan bulanan purata sebanyak RM4123. Yang 40% terbawah pendapatan mereka RM1686. Jangan lupa ini.
Bila kita cadang nak beri pendidikan sampai universiti secara percuma, orang Melayu juga bangkit memprotes, berdemonstrasi dan membantah pembatalan PTTN. Apa- orang Melayu sudah cukup kaya dan punya pendapatan yang besar? Perkara percuma, mereka bertegas dan berkeras hendak bayar juga?
Nasi apa yang orang Melayu makan?
Sekarang bila GST hendak dikenakan- sekali lagi takyat dan khususnya orang Melayu hendak sokong. Apa kena mereka ini?
GST akan menguntungkan kerajaan. Pendapatan kerajaan bertambah. Pendapatan awak bagaimana? Bandingan nya seperti semasa kita dalam keadaan berdepan dengan kos kehidupan yang tinggi, kerajaan mengurniakan kepada diri mereka sendiri kenaikan gaji. Kenaikan pendapatan ini – adakah ianya mendatangkan kebaikaan kepada rakyat atau kebaikan kepada golongan istimewa dan terpilih?
Saya tidak perlu menghurai GST dari sudut arithmetic nya. tidak perlu saya memeningkan kepala pendengar dengan kiraan beza antara input gst dan output gst. Tidak perlu juga saya menerangkan cukai gst yang dikenakan kepada setiap fasa dalam rantaian bekalan. Dari pengilang, kepada pemborong kepada peruncit dan kepada pengguna.
Siapa kata, GST tidak akan menaikkan  harga barang? Kerajaan kata GST bukan elemen kos kepada pihak pembekal. Setiap fasa dalam rantaian bekalan bertindak sebagai ejen mengutip dan memperoses cukai gst. Kerja pemerosesan ini dilakukan percuma kah? Mendahulukan bayaran kepada pihak kerajaan bukan kos? Menanti refund dari kerajaan bukan kos? Semua ini kos kepada pembekal. Pembekal dan peniaga akan assign kos kepada perkara2 ini dan akan mengambil kesempatan menaikkan harga secara umum.
Tidak dapat tidak harga barang atau inflasi akan berlaku. Pengguna akhir bukan sama kekayaan mereka. Yang miskin akan memperuntukkan bahagian yang lebih besar dari pendapatan mereka walhal pendapatan mereka kekal pada tahap sama. Apabila golongan miskin memperuntukkan bahagian yang lebih besar kepada bayaran cukai, ertinya cukai itu regressive. Orang kaya memang bayar cukai- tapi peratusan bayaran cukai dari pendapatan mereka yang lebih besar tidak mencederakan mereka. Bayaran cukai RM100 dari pendapatan 1500 tidak sama dengan bayaran cukai RM100 dari pendapatan RM10,000.
Jadi siapa kata GST membantu golongan pendapatan rendah? Yang menanggung beban cukai dan kenaikan harga umum ialah golongan miskin.

11 comments:

Anonymous,  29 April 2014 at 21:13  

Lawan Tetap Lawan.Bantah tetap Bantah. Say NO to GST. Live our life without GST !!

the mean machine,  29 April 2014 at 23:49  

Yes,let the rakyat know that the GST is a blank check for the corrupted in power.It is like signing your bank accounts and giving your house keys to the people who walk along the corridors of power.

bumi-non-malay 30 April 2014 at 08:54  

Tapi UMNO-BN dengan izin Sultan -Agong nak rakyat pentingkan saja Islam, Hudud, Syriah, Ubah corak hidup, jangan guna air, terima MH370 hilang, orang mati kat penjara...padan muka...semua yang bantah, tunjuk perasaan adalah jenayah Hard Core terrorist....

Kalau awak semua ada senapang macam UMNO-Sulu-Abu Sayaf terrorist kat Sabah...UMNO-BN boleh duduk...bincang kat Putrajaya, hotel Hyatt, Shangrila...bagi Karpet merah, dengan bunga mangga, kompang, Lion dance....

Jangan Risau Kalau Barang Naik...ini semua Takdir Allah UMNO....terimalah restu awak!

Atau Kita boleh UBAH Destiny hidup kita dengan BBBB..... Bangun Bantah...Bangkit...Berontak!!

Tak ada salah BBBB kalau pemeritah ZALIM...Kejam... Cilik...Hina Hidup Awak!! Agama yang bodohkan awak adalah agama ZALIM tak guna!!

Anonymous,  30 April 2014 at 14:48  

Askm tok
Hairan melayu yg kedana yg beryia2 so kong gist
Harap Esok dpt jumpe tok d dataran

TkTeam 30 April 2014 at 17:20  

Selaku pekerja dan pengguna yang resah dan gelisah akibat kenaikan kos hidup dan ditambah dengan kelulusan perlaksanaan GST oleh parlimen, mereka berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka secara aman di hari pekerja esok. Jom GST! Gasak Sampai Turun !. See u 2morrow Dato! Speech jangan berapi sangat Tok..bimbang terbakar.

Anonymous,  30 April 2014 at 23:25  

GST mmg akan memeritkan lagi hidup rakyat. Yg keje gaji ciput tp masih nk bela kerajaan BN tu sudah-sudahlah. Jangan komplen lah kalu duit tak cukup nak beli brg makanan dll di sebabkan "GST". Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian...lu pikir lah sendiri!!!

Anonymous,  1 May 2014 at 04:32  

Sesiapa yang menyokong GST & membandingkan dengan negara yang ada perlaksanaannya seperti Singapore adalah orang memang bodoh. Fikirlah dulu purata gaji sebulan antara rakyat Singapore & Malaysia berapa?

Anonymous,  1 May 2014 at 10:23  

GST = Grab Steal & Take (from the poor)!

Anonymous,  1 May 2014 at 16:32  

UMNO-BN is saying that it is NOT good for us, for our hard-earned money to be in our pockets but should be given over to UMNO-BN for the sake of our own good !!!!!!

Anonymous,  1 May 2014 at 21:34  

Melayu jenis ini memang bodoh dan di perbodohkan. Apa kata Deputy Minister Ahmad Maslan? Protest ka tak protest GST tetap dilaksana. Tanya dia berapa million ringgit habuan dari projek2 FELDA baru2 ini yang dia sapu? Orang tahu.

bruno 4 May 2014 at 10:42  

Dato,on Saturday May 3rd,a Californis bred horse bought for 10k named California Chrome won the Kentucky Derby.He wore the headband DAP logo,belonging to his owners.

But in this case the DAP logo stands for Damn Ass Partners.Just imagine a 10k Cal bred horse beating colts costing their owners millions.

And days before the derby a syndicate offered the owners 6.1 million for a 51% stake in the horse,which the owners who are ordinary working stiffs turned down.Now that the horse has won,it is worth many times more than that.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP