Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 23 April 2014

Alhamdulillah- Rakyat Sudah Faham apa itu GST.



Menteri Hassan Malek kata rakyat sekarang sudah faham mengenai cukai barangan dan perkhidmatan atau GST. Dia tidak pula memberitahu, bab mana rakyat faham?  
Kenapakah parti pembangkang menentang GST? Dan mengapa pihak kerajaan nampak nya mempuyai kesukaran untuk meyakinkan rakyat mengenai GST?
Nampaknya kerajaan guna tektik lama. Bila sukar meyakinkan rakyat mengenai sesuatu dasar, ia menyalahkan pembangkang. Sedangkan pembangkang pun meletakkan kepentingan rakyat sebagai perkara utama.
Jadi langkah pertama, kita buangkan cerita dongeng yang selalu diputarkan oleh kerajaan. Ini macam memainkan piring hitam lama yang mengeluarkan suara sumbang.
Ada fakta yang mudah mengapa BN sukar hendak jual idea GST. Siapa yang suka dicukai? Ia ibarat suatu penyakit. Mudahkan kita mengajak rakyat menyokong kesakitan yang dikenakan keatas mereka?
Mungkin kerajaan Najib lupa bahawa 53% rakyat tidak menyokong BN dalam PRU13. Kerajaan BN sedar bahawa GST akan jadi suatu hard sell. Ini perbeza dalam parlimen. Dalam parlimen mereka ada 133 suara. Speaker pun menyebelahi mereka. Bangkangan parti pembangkang terhad. Maka suara yang lebih kedengaran dalam parlimen ialah suara BN. hujjah ahli parlimen BN bukan untuk meyakinkan dan mencapai kebenaran. Bahkan hujjah mereka ialah untuk membalun hujjah pembangkang. Itu semua sia2 kerana ianya tidak mengubah tanggapan pembangkang bahawa ini kerajaan yang incompetent, rasuah, dipimpin oleh pemimpin yang lemah, lembab dan yang tidak tahu memimpin negara ini kepada arah tertentu.
Keadaan nya berbeza diluar. Diluar, reality nya ialah seperti yang saya nyatakan tadi. 53% rakyat tidak menyokong mereka dan ini bererti GST akan ditentang oleh majority rakyat. saya harap orang UMNO pandai membezakan antara majority kerusi parlimen dan majority undian sebenar. 53% itu lebih besar dari 47%. 47% undian sebenar menguasai 60% kerusi parlimen. Ini suatu yang tidak adil kerana yang menyelamatkan BN ialah persempadanan yang tidak adil dan taburan pengundi yang berat sebelah.
Cuba kita tanya soalan yang mudah. Bila GST dilaksanakan, pendapatan siapa yang bertambah? Jawab nya pendapatan kerajaan. Jika diibaratkan sebagai gaji- kerajaan naik gaji, gaji rakyat beku atau turun.
Bahkan bila harga barang naik- pendapatan sebenar rakyat akan turun. Masa dulu, RM1 boleh beli 10, sekarang hanya boleh beli 7 barang. Ertinya nilai RM1 sudah menurun.
Kastam Malaysia kata jika dulu hasil cukai jualan dan khidmat hanya RM16-17 billion, GST akan meningkatkan hasil kepada 22-23 billion. Firma akauntan kata ianya boleh meningkat sehingga RM33 billion.
Mengapa estimate Kastam Malaysia sangat konservatif? Firma akauntan pula sangat optimistic? Perbezaaan ini disebabkan keyakinan keatas kecekapan mengutip. Kastam tidak seyakin frma akauntan akan kecekapan mengutip GST. Firma akauantan buat perkiraan dengan andaian keadaan sempurna. Kastam pula tahu orang yang tidak membayar cukai tetap lari dari bayar cukai, ketirisan tetap berlaku, rasuah tetap berlaku dan ekonomi pasaran hitam dan penyeludupan wang terus berlaku. Yang tak boleh lari ialah rakyat biasa dan para peniaga yang secara sukarela mengistiharkan transaksi perniagaan.
Bandingan nya seperti ketika rakyat bergelut dengan kos kehidupan yang meningkat yang bererti pendapatan sebenar rakyat berkurangan- pendapatan atau gaji kerajaan naik.
Kerajaan ada jalan untuk menambah pendapatan. Rakyat tidak ada. Rakyat hendak dapat tanah untuk bercucuk tanam pun susah. Rakyat hendak dapat bantuan pun susah sebab ketua kampong akan buat saringan. Peniaga nak dapat loan pun susah sebab bank akan meletakkan syarat yang sukar. Cadangan kepada unit perancang ekonomi negeri oleh rakyat susah sebab pegawai kerajaan hanya terima cadangan yang sofistikated.
GST ialah sumber pendapatan kerajaan yang termoden. Rakyat pula gersang sumber pendapatan. Ini dia yang di fahami rakyat.
Sebab itu kerajaan bersegera menyatakan kepada rakyat bahawa pendapatan mereka yang meningkat akan membolehkan kerajaan melakukan pembangunan dan kemajuan. BR1M boleh tambah, KR1M boleh jual murah lagi, ayam boleh jual 50sen, kangkung akan bertambah murah, letrik akan turun, dan sebagainya.
Adakah semua ini akan terjadi?  Rakyat tidak percaya kerajaan akan belanja berhemah. Tambahan pendapatan akan kerajaan guna untuk mendanai kos pengurusan kerajaan yang kian meningkat. Pendapatan tambahan akan kerajaan Najib guna untuk mendanai aktiviti Rosmah Mansor, mendanai projek2 yang membazir, mendanai pembelian kerajaan yang mencurigakan.
Berbalik kepada natijah si Hassan Malek. Bagaimana dia membuat konklusi ini pun kita tidak tahu. Mungkin Hassan Malek seorang ahli nujum atau dia menggunakan khidmat bomoh yang meneropong dengan teleskop buloh. saya suka telatah lucu Hassan Malek dalam parlimen. He is a court jester.
Tapi GST satu perkara yang serius. Rakat sebenarnya tidak peduli apa GST sebetulnya. Mereka hanya tahu kerajaan akan dapat lebih wang dari GST. Bagaimana wang tersebut dibelanjakan dibelakang hari, itu yang menjadi kerunsingan rakyat. mengenai technicalities GST- rakyat malas mahu mengetahuinya.
Mekanisme GST hanya menarik minat orang seperti akauntan dan ekonomis sahaja. Pencerahan mechanism GST iaitu pencukaian pada setiap peringat rantaian bekalan- beza antara output gst dan input gst- kalau Ahmad Maslan dan fasilitator UMNO terangkan hanya buat orang ngantuk sahaja.
Rakyat faham bahawa GST adalah kaedah pencukaian baru yang akan meningkatkan hasil kerajaan. Peningkatan hasil ini tidak bermakna apa2 kepada rakyat, jika tambahan itu disalahgunakan.
Pegawai tinggi Kementerian Kewangan yang jaga GST beritahu- rakyat jangan takut. Hasil kepada kerajaan akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan penyediaan kebajikana. Kita berharap optimism pegawai ini disertai dengan benar2 terjadi optimism tersebut.
Rakyat hari ini hanya faham mengenai kos kehdupan yang tinggi. Isiu yang paling asas ialah dalampada rakyat menanggung beban kos kehidupan, kerajaan menganugerahkan kepada dirinya sendiri kenaikan hasil. Adil kah ini? sementara rakyat susah, kerajaan menaikkan gaji nya. bila kerajaan Selangor menaikkan elaun wakil rakyat nya, seluruh negara bising terutama orang UMNO.
Sekarang kerajaan yang dipimpin UMNO menaikan gaji nya sendiri melalui menaikkan cukai.
Musibah yang menimpa rakyat Malaysia ialah duit pembayar cukai ( yakni kita) berada dalam tangan orang lain. Oang lain ini kalau terbukti pengurus dana yang cekap, tidak rasuah, tidak salah guna kuasa, hati kita tenteram. Tapi jika orang yang pegang duit kita ini ada rekod tidak baik, rasuah, salah guna kuasa, belanja dengan rakus, maka masa depan duit kita akan terancam.
Jadi apabila pegawai kementerian kewangan kata- jangan takut, hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat, maka pendengar celotehnya akan berasa sinikal.

7 comments:

muhid@penabara 23 April 2014 at 09:51  

Datuk! sapa dapat tempeleng Hasan malik gila tu saya bagi RM10

Anonymous,  23 April 2014 at 13:16  

Kerajaan UMNO/BN sudah kehilangan intergriti,moral & akhlak mulia. Mereka adalah kerajaan yang amalkan gejala rasuah,kronism & penipuan. Majoriti rakyat Malaysia memang tak akan percaya kerajaan macam ini.

Ahmad Rahman 23 April 2014 at 17:22  

Dato,
Mesti juga ditegaskan bahwa beban GST tidak serata antara orang kaya (macai dan kroni2 Umporno)dengan rakyat marhean yang kais pagi makan pagi.
Rm 10 bagi orang berpendapatan 10k sabulan adalah ibarat duit untuk parking kereta nilainya pada mereka.Tapi Rm 10 pada orang yang berpendapatan Rm 1k sabulan nilai bebannya adalah dapat atau tidak keluarganya besarapan pada satu2 hari.
Ketidak serata bebanan ini yang patut diterangkan pada rakyat kampung yang jadi penyokong kuat Umporno khususnya di Felda2 yang kini alami harga getah Rm 1.80 sakilo.
He he he.

Anonymous,  24 April 2014 at 08:23  

If the Rakyat really understand the main purpose of GST, UMNO will be finished.

Anonymous,  24 April 2014 at 12:47  

Datuk, to share with everyone..

https://www.pinterest.com/pin/361202832585490700/

walla 24 April 2014 at 19:21  

1. Yesterday the packet was three ringgit. This morning it was three fifty, an increase of sixteen percent. The makcik said rental had gone up to rm1,200. Her stall is small and bare and located at a roadside in a small rural town. One didn't want to tell her rentals normally increase beginning of the following month. This is already happening one year before GST.

2. GST effects will be non-linear. For a number of reasons, it's not as simple as collecting six percent more.

One, suppliers are also buyers. To keep their margin, they will raise prices beyond the tax quantum to cover their risks of reduced sales from higher gross prices, and also to cover the risk of being landed penalties for any late collection, or from not getting rebates on time.

3. Once prices go up, people will be reluctant to bring them down for fear of incurring unforeseen losses under any new situation. Remember how it was when the restaurant said it would keep its teh tarik price down. Two months later, it used new plates and doubled its price of mee goreng.

4. Businesses as GST collectors and payers also have to incur additional administrative and logistics charges because the tax processing is now to be on regular transaction basis. Many of them may even have to tweak their data processing if they have any in the first place.

5. Then there is the issue of documentary proof of sales values. Many invoices and cash bills are hand-written and not machine printed. Some don't spell out under which accounting category are the items sold; just parts numbers. And if you want to make services more competitive, GST will make it less so when a labor charge is incurred with a hardware sale.

6. Different industries have different business peculiarities. There are some in which the price is not known until the following month so that interim prepayments are made which are then deducted out from the final payments in the following month when the final price can be determined.

7. Just as the public seminars are just basic presentations without explaining how GST can be processed for specific sectors, the govt has yet to come out with case-by-case examples for small cash-strapped businesses or even wholesaler outlets. What if a small outfit sells retail while also engaged in a small wholesale? Are they partially exempt?

walla 24 April 2014 at 19:22  

2/2

8. If the answer is yes because GST collectors will be determined by certain limits of their gross turnovers, then what happens when those turnovers change erratically from one month to another, especially when GST itself imposes sales uncertainty on both retailer and wholesaler?

9. For something so big, one year is a short time. GST rollout will add more costs and make doing business more cumbersome. For those who know, rating rankings are just soporific soothers to rest on changing laurels.

10. The tourism sector is already hit. How fast can rebates be processed for foreign tourists buying things here that will ease their minds?

11. The biggest effect will be things and services costing more than the tax imposed.

This will have two viral effects.

One, those dodging taxes will be even more creative because now the entire supply chain has a common cause. Especially when everyone already has a very low opinion of how the applying govt has been spending his and her money.

Two, businesses will be hit across board. Since they are employers, their staff will get less income, jobs even. Higher prices but less incomes equals recessionary buildup.

12. Except for a few places, the public sector is not efficient. Those who have experienced their surfeit tidakpathy and silo approach to service have already resigned themselves to additional costs in using runners.

These costs will also be passed to the customers. The velocity of doing business and executing critical tasks will decelerate. It will be harder and more costly to do both which also means income tax revenue will be hit.

There are many other factors. These have been discussed elsewhere. Suffice to say, the perception today on govt financial management will hardly serve to campaign people to support the new tax regime.

Because of MH730. When the military radar fiasco came up, the first thing said was to ask for more money to replace it. However after it had been revealed that the system was already modern, the focus was next quickly shifted to the matter of national security ergo buying mega-billion new planes.

It was all knee-jerk opportunism. Put those two observations against the pain of GST and even those who had doubts will no longer have any.

It is statistically impossible to believe that 47 percent of voters are stupid.

But that's just a belief, possibly misplaced. No?

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP