Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 4 April 2014

Dimana kita patut risau dengan GST



Mengenai GST, dimana kawasan2 kerisauan kita?
1)    Dari sudut konsentrasi dana dalam tangan kerajaan- berdepan lah dengan kenyataan, bahawa kita tidak percaya kepada BN bila mengendalikan wang rakyat.
2)    Dari sudut agihan pendapatan- ternyata priority utama kerajaan ialah membanyakkan wang dalam tangan, tidak peka keatas impak kepada golongan pendapatan rendah khas nya orang Melayu
3)    Impak inflasi
4)    Penguncupan kuasa beli akan mengakibatkan permintaan yang kurang mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi.
Hujjah yang paling seronok dugunakan oleh ahli parlimen BN ialah , jika 160 buah negara dalam dunia ini mengunakan GST, tentulah ia bagus;  ada benar dan ada tidak benar. 160 negara menggunakan nya ialah tanda semua kerajaan 160 buah negara tersebut mahukan lebih banyak wang dalam tangan mereka. Negara yang korap dan rasuah, negara tin pot dictator, negara kaya yang demokractik, neara yang mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi, semua mahukan wang lebih banyak dalam kantong mereka. Bukan kerana ia semestinya baik untuk rakyat, tapi ianya keadah baik untuk membanyakkan dana keajaan. Sama ada ia baik untuk rakyat, bergantung kepada kualiti kerajaan dan kualiti pengurusan wang tersebut.
Maka, jika sumber kekuatan hujjah penyokong GST ialah menunjukkan bahawa ada 160 buah negara dalam dunia ini yang melaksanakan GST, yang menyamakan Malaysia engan 160 negara itu ialah, kerajaan Malaysia sebenarnya mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka?
Kita mesti tanya sebab2 mengapa kerajaan mahukan lebih banyak wang dalam kantong mereka? GST menambahkan antara 22 hingga 33 billion setahun kepada kantong.
Kepada seorang ekonomis, ini suatu perkara yang merunsingkan. Sebab konsentrasi kuasa wang yang banyak dalam tangan kerajaan. Prinisp nya ialah, wang rakyat lebih selamat dalam tangan rakyat sendiri dari meletakkan wang tersebut dalam tangan orang lain.
Rekod kerajaan macam mana? Rekod kerajaan sejak 1998 ialah belanja lebih dari pendapatan. Budaya belanja berhemah tidak ada dalam kamus kerajaan kita. Hutang kerajaan dari sudut peratusan GDP sudah hampir 55% ceiling. Ceiling ini ditetapkan oleh akta pinjaman dan akta pendanaan kerajaan 1983.
Bukan artbitrary. Bab yang arbiitrary ialah ceiling ini sudah ditukar 3 kali sejak 2003. Semasa itu sabahat saya dari Rompn menteri kewangan 2 menetapkan ia pada 40%. Kemudian masuk Noor Mohd yaakob taruh pada tahap 45%. Sekarang Husni Hanazliah menetapkan pada 55%. Maka bab arbitrary ialah pada bahagian menukar sesuka hati.
Berbalik kepada perkara yang dirunsingkan oleh ekonomis apabila banyak wang berada dalam tangan kerajaan. Mengikut lapuran kastam, ianya menambah 22 billion setahun. Kajian lain menunjuukan 33 billion. Beza beza ini diterangkan oleh keberkesanan pengutipan cukai GST. Kalau efisyen, maka lebh banyak, kalau pihak kerajaan kautim dengan syarikat besar yang sudah biasa tidak mahu bayar atau lari dari cukai, maka kurang lah hasil GST.
Apabila GST dilaknakan, kerajaan akan mempunyai bayak dana. Matlamat mengurangkan deficit akan dilupakan. Dengan wang yang lebih, kita dengar sendiri dari ahli2 BN, kita akan dapat bantu rakyat. kita boleh pindahkan wang dari yang kaya kepada yang memerlukan. Hujjah sebegini memang menarik dan popular. Tapi duit syiling itu ada dua permukaaan. Konsentrasi wang yang banyak memang boleh di gunakan untuk perkara yang berfaedah kepada rakyat, tapi boleh juga digunakan untuk pembaziran.
Ini yang menakutkan dari sudut ekonomi- pembaziran. Ianya akan menjauhkan lagi objektif mengurangkan deficit. Sebab kerajaan ada rekod yang buruk dalam perkara ini. Kita boleh buat jejambat overhead RM50 juta, kta hendak belanja RM340 juta. Kita boleh beli AFV pada harga pasaran RM3.5juta seunit kita belanja hampir RM8 billion untuk 257 biji yakni RM30juta se unit. Kita boleh beli helicopter yang harga pasaran RM85juta/unit, kita beli 12 unit pada harga RM193 juta seunit. Kita plan nak bina PV pada RM350juta seunit, kita pilih nak buat 6 buah LCS pada harga RM1.5billion seunit.
Ini yang menakutkan mana2 ahli ekonomi. Pembaziran dan penggunaan wang yang tidak optimal.
Ahli2 BN boleh kata- itu belum lagi terjadi. Tapi rekod kerajaan yang ada sekarang, menunjukkan bahawa kebaranglkalian terjadi demikian lebih tinggi dari keberangkalian tidak melakukan nya. kita akan menyeberangi jambatan bila tiba masa nya. sayang sekali jambatan menghubungi financial discipline dan financial prudence sudah dibakar lama.

9 comments:

Anonymous,  4 April 2014 at 07:47  

habis tu kerajaanselangor banyak duit dlm tangan tu bahaya la?

Anonymous,  4 April 2014 at 09:20  

anon 07:47

kamu ni faham tak tulisan ini? bukan penulis kata duit dalam kantong banyak itu baik atau tidak bergantung kepada kuali kerajaan dan kualiti pengurusan kewangan.
yang la la belakang tu- kamu ni budak hingusan ke?

AIDS/HIV 4 April 2014 at 10:02  

Dato,

May I use the analogy of a human body to seek your enlightenment.

Assuming your body defense system is weak and is unable to provide you the defense that you need.

In addition to that your body system began to fail one after another.

What will happen?

Is it the same as AIDS?

Now back to the reality of our nation.

Are our current system failing? Is our defense weak?

Is there any hope of recovery? Or the better question is our nation having "AIDS" and at which stage?

Anonymous,  4 April 2014 at 12:55  

Di pejabat saya di Pulau Pinang, apabila kerajaan pusat umum untuk menaikkan harga petrol, tarif elektrik dan GST mereka membisu seribu bahasa. Apabila kerajaan DAP bercadang untuk menaikan tarif air negeri, mereka bising dan mengeluh. Pelik la orang kita ni. Nak marahpun berpilih-pilih parti mana.

Anonymous,  4 April 2014 at 21:01  

GST = "Grab, Steal & Take" tax dari orang miskin!

Anonymous,  4 April 2014 at 23:57  

bodoh bebenor anom 0704....

Anonymous,  5 April 2014 at 09:56  

bodoh punya statement @ anonymous , Cuma bagi tahu Selangor banyak duit dlm tangan bukan korek poket rakyat kerana TRANSPARENCY tetapi kerajaan BN kutipannya, diagihkan sesama kroni & orang atas Umno . Ikut track rekod sejak 1998 ........ apa cerita ?

Anonymous,  5 April 2014 at 10:16  

kalau nak komen baca dan fahamkan dulu jangan jadi nangoi2 umno baca utusex dan tenguk tv123 aja????

Alias Dasuki 6 April 2014 at 13:50  

Dato,
Yg membimbangkan saya sangat2 adalah kesan GST kpd orang Melayu kampong dan pertengahan. Sekarang, anak orang kampong kebanyakannya melanjutkan pelajaran dengan menetap diasrama yang jauh dari kampong. Apabila anak memerlukan belanja siayah terbeban GST bagi tambang bas pergi balik kepekan, GST buat mengirim wang kpd anak dan anak kena GST terhadap tambang bas pergi balik kebank, dan mungkin juga GST terhadap khidmat berkait pengeluaran wang yang diterima. Bukan saja GST kena dibayar buat beberapa perkhidmatan yang terlibat, jumlah GST yg terlibat juga bergantung kpd jumlah wang yg dikirim. Keduanya, orang kampong akan lebih terbeban dalam proses menyelesai kan pemindahan harta pusaka mereka. Kalau sekarang masalah pemindahan harta pusaka hanya berbangkit dari kerenah menyelesai kan bahagian warisan, dengan GST masalah akan berganda dengan cukai yg akan berbangkit. Akibatnya, banyak tanah Melayu akan terpaksa dijual. Yang sedihnya, wang dari jualan tanah tersebut tidak akan dapat menyelesaikan masalah kewangan siwaris. Wangnya tidak akan bertahan lama kerana dia tiada lagi harta untuk bertapak. Ketiganya, hal yang sama juga akan menimpa nasib pemilik tanah Kampong Baru Kuala Lumpur. GST akan merompak sebahagian besar dari impian yang dijanjikan melalui pembangunan yang dirancang. Keempatnya, GST akan membunuh minat Melayu untuk terus melibatkan diri dalam urusniaga saham. Harus diingat Melayu yang mampu melibakan diri dalam urusniaga saham kerana inilah sahaja jalan yang ada buat kami untuk melabur untuk mendapatkan pulangan yang memuaskan dan tanpa riba. Namun, jika dikenakan GST 6% bagi belian dan jualan, apa lagi yang tinggal sebagai keuntungan?
Apa yang akan jadi kepada kami pesara yang tidak berpencen !!! Sejauh mana BRIM sebanyak RM 650 mampu membantu ?

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP