Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 7 September 2013

Sekitar Ribut Isu pandangan Setpol Encik LIm Kit Siang.



Setpol Encik Lim Kit Siang dan UITM.
Apa sudah jadi kepada pemimpin UMNO? Respons mereka terhadap isiu2 yang dibangkitkan sejak akhir2 ini dibuat dalam keadaan hysteria. 2 minggu lalu, bila Anwar Ibrahim mencadangkan perbincangan meja bulat, cadangan tersebut dibaca sebagai cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan. 
Anwar Ibrahim mengajak pemimpin UMNO yang bengap untuk berbincang mengenai polarisasi kaum, mengenai rasuah, mengenai pengurusan ekonomi negara, mengenai jinayah dalam negara dan perkara2 umpanya. Perkara yang mudah ini pun pemimpin UMNO tidak faham sebab diserang penyakit sawan babi dan hysteria.Pemimpin2 PAS pun saya harap fahamlah dahulu cadangan Anwar itu. ini bukang kerajaang perpaduang.
Bukan untuk bergabung dengan UMNO. Takde orang hendak bergabung dengan UMNO. UMNO parti fiudal, rasuah dan rasis dan zalim kepada orang Melayu. Kita bukan ingin bergabung, kita hendak lawan UMNO sampai UMNO kalah. Kita hendak memerdekakan orang Melayu dari perhambaan UMNO yang feudal ini.  Fakta nya, UMNO itu lanjutan dari orang2 yang tuan hamba sini dan tuan hamba sana iaitu pemilik hamba abdi zaman dahulu. Rakyat Melayu jangan lupa, bahawa ciri utama fiudalisme Melayu ialah memiliki hamba.  Sebab itu kalau kita baca sejarah, tokoh2 membahasakan diri mereka tuan hamba. Rakyat biasa membahasakan diri mereka hamba. Zaman dahulu, orang Melayu terbahagi kepada 2 kategori sahaja- pemilik hamba dan hamba abdi atau hamba sahaya.
Orang Melayu yang revolusioner dan yang mempunyai kesedaran sosial yang tinggi tidak akan mahu bergabung dengan UMNO. Memperjuangkan kepentingan orang Melayu tidak semestinya melalui UMNO. Dimana pun kita berada, jika kita Melayu kita boleh memperjuangkan orang Melayu.
Ada orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pemimpin mereka? Ada orang UMNO yang berani mendedahkan keadaan sebenar orang Melayu yang rata2 nya masih miskin? Yang masih tidak dapat bekalan air, yang tak mampu memiliki rumah, yang tidak berumah, yang hidup kais pagi makan pagi? Mustahil orang UMNO berani bercakap mengenai perkara2 ini.
Cakap2  langkah mayat dia dahulu, baru boleh buat apa2  adalah cakap besar orang yang sebenarnya tidak ada kekuatan. Masaalah orang Melayu UMNO ialah dia ingat dia seorang sahaja yang kuat. Kalau dia tumbuk orang lain, orang lain duduk diam sahaja. Sikap dan mentality seperti ini lah yang menyebabkan orang melayu kalah.  Tidak syak lagi, semasa Portugis melanggar Melaka dahulu, tidak sedikit yang berkata langkah mayat mereka dahulu. Orang Melayu pakai lembing dan keris, parang dan pisau, kapak dan beliung, mereka lupa Benggali Putih ada meriam dan senapang. Kita kuat, tapi jangan lupa orang lain pun ada kekuatan. Jadi, janganlah cakap besar , langkah mayat aku dahulu. Ini cakap remaja yang muka nya masih berjerawat dan basuh kencing pun tak sempurna lagi.
Saya berada dalam parti DAP. Saya berani bercakap mengenai perkara2 yang segan atau tidak berani dicakapkan oleh pemimpin UMNO. Ada orang UMNO berani kata UMNO itu parti rasuah dan mengunakan kuasa kerajaan untuk mengayakan diri pemimpin dan syarikat2 kaitan dengan UMNO?Dan di hadapan rakan2 Cina dalam DAP saya berani kata, keadaan orang Melayu masih teruk.
Saya cadangkan pemimpin UMNO hari ini kembali kepada prinsip asas- back to basics. Jangan nak suruh orang lain belajar sejarah. Belajar apa parti politik boleh buat dan tidak boleh buat dalam sebuah demokrasi. Belajar umpamanya sejarah pembinaan PWTC itu. Tahukah pemimpin UMNO tanah yang 10 ekar itu siapa punya dan mengapa tuan tanah sanggup beri pada UMNO semata mata kerana berpegang pada prinsip berkerajaan bahawa parti politik yang memerintah tidak boleh mencabul kuasa? Orang Melayu sebetulnya kena cari pemimpin berprinsip seperti ini bukan memilih pencuri dan pembunuh.
Tanah itu dahulu milik Tengku Razaleigh Hamzah yang diberi percuma kepada UMNO. Kenapa beri percuma? Kerana Tengku Razaleigh Hamzah memikirkan bahawa parti politk tidak boleh memohon tanah dari kerajaan bila memegang kuasa. Melakukan demikian, melanggar prinsip berkerajaan. Menjadi kerajaan bukan lesen melakukan sesuka hati. Prinsip ini pemimpin UMNO seperti mamak padukang Mahathir  tidak faham . pemimpin UMNO yang rasuah dan tidak berotak sahaja yang berfikiran seperti ini.
Parti politik tidak boleh memohon tanah dari kerajaan. Maka oleh kerana UMNO ketika itu yang memikirkan bahawa mereka menguasai kerajaan maka boleh memohon tanah, UMNO bercadang memohon tanah untuk membina ibu pejabat UMNO. Pemimpin yang berprinsip seperti Tengku Razaleigh tidak bersetuju. Untuk mengelak daripada mencabul kuasa kerajaan, Tengku Razaleigh yang mempunyai tanah ditapak PWTC sekarang( yang dia beli dari pemilik Punjabi atau Chettiar) memberi tanah seluas 10 ekar itu kepada UMNO.
Pemimpin UMNO yang menjerit sana sini hari ini tahu tidak perkara ini? Tak tahu. Sebab dalam kepala mereka, menguasai kerajaan itu lesen untuk melakukan rasuah, kezaliman, ambil kesempatan, balun tanah, balun syer syarikat, buli orang dan memurtadkan Melayu yang tidak sealiran pemikiran mereka.
Jadi sebelum pemimpin UMNO hari ini yang tak seberapa cerdik menasihatkan orang lain membaca sejarah, eloklah pemimpimn UMNO itu sendiri membaca sejarah perjuangan orang Melayu terlebih dahulu.
Kembali kepada pembacaan ajakan Anwar berunding meja bulat. Pembacaan itu tidak betul. Demikianlah masa dulu emak dan bapa suruh pergi belajar, kamu ponteng dan bersidai dikedai mamak hisap rokok. Bila besar, masuk parti UMNO dan terbawa2 kebodohan remaja bersama sama.
Sudahkah pendita2 dari UMNO ini membaca dan faham apa yang Dyana Sofiah Mohd Daud setpol Lim Kit Siang nyatakan? Dia hanya menceritakan perasaan sedih dia melihat kawan2 bukan Melayu yang miskin dan tidak kemampuan tidak dapat melanjutkan pelajaran. Pemimpin UMNO tdak sukakah kita ada perasaan sedih melihat orang miskin? Mungkin kerana tidak ada perasaan sedih inilah, maka hari ini kita lihat ada 10 juta orang Melayu mempunyai pendapatan bulanan RM1500 kebawah.
Oleh kerana dia ada perasaan sedih melihat bukan Melayu yang tidak mampu melanjutkan pelajaran, dia beranggapan adalah baik jika sebuah institusi seperti UITM diujudkan untuk bukan Melayu. Yakni suatu tempat yang memberi peluang kepada bukan Melayu yang tidak mampu mendapat peluang melanjutkan pelajaran.
Orang Melayu mesti terima kenyataan bahawa bukan semua orang Cina dan bukan Melayu itu kaya dan mampu. Dalam kawasan saya, kalau kita rajin masuk kekampung2 baru CIna di tempat2 seperti Kg Baru Sempalit, Sungai Ruan, Sungai Lui, Cheroh, Sang Lee, Teras dan Sungai Chetang, kita akan dapat lihat bahawa ramai orang Cina yang miskin. Anak2 mereka tidak menyambung pelajaran pun. Kepada mereka yang seperti ini, apa harapan yang boleh kita sebagai sebuah kerajaan berikan? 
Ini kerajaan untuk rakyat Malaysia bukan? Kecualilah ketika saya tidur malam tadi, pagi ini, kerajaan Malaysia sudah bertukar menjadi kerajaan untuk orang Melayu sahaja. Bahkan bukan itu! Menjadi kerajaan untuk orang Melayu UMNO sahaja!

7 comments:

Anonymous,  7 September 2013 at 10:07  

Satu ulasan yang cukup keras utk puak2 UMNO. Tapi boleh kah puak2 ini paham maksud nya?? Rata-rata UMNO leaders or supporters otak seperti seekor udang!

Anonymous,  7 September 2013 at 10:56  

Dato,

Dyana Sofya is not a racist. She is only breaking the truth, that many genX/Y M'sians r very well acknowledged within the M'sia sopo context.

The current crops of umno cartel are still in denial - singing the same old same old within the choir to a dying, feudalistic crowd, whom r been constantly been reminded on the threat to their AlfBaTa. Siege mentality reinforce, so that the cartel could continuously collect spurious brownie points for been champion of the race.

Dyana Sofya is wrong on one count.

Not another race-based tertiary institute to cater for the educational needs of the poor Nons. This is counter productive & playing the same divide-&-rule game of the umno baboons.

Instead we should consolidate ALL the existing public universities into 10 prime universities, with full meritorious intake policies.

No more quotas. No more race-based excuses. No more free lunches. No more zero-sum game!

Such action would for an instant upgrade the standard of our tertiary education to her past glory. Better quality students, more qualified lecturers, better equipped facilities all round - all due to the better allocation of limited available funds, in the current economic trying time.

Every qualified M’sians competes on equal ground. Not more marker buta to jack up the quantity of the graduates. A scheme THAT is a dis-service & disgrace to the hidden ability of the Malay M’sians. Moreover, it breeds free-loading leeches, who r the one that ultimate suck into their own people. Everyone of u, who has conscience & truth to yr religious upbringing, should denounce it.

Remember this;

"If UiTM accepts non-Bumiputera students, our country will deteriorate as there would not be an understanding between races in Malaysia. - UiTM former vice-chancellor Tan Sri Ibrahim Abu Shah

This is the shallow minded nincompoop that is been tasked to lead UiTM!

"Leave UiTM be. This university needs to play a role in helping Bumiputera youths. We don't see a need to open UiTM to other races. - Umno Supreme Council member Datuk Saifuddin Abdullah

A so called open-minded cartel member, who still cannot see the wrongs in having the current UiTM setup!

Hello, how many yrs do u need for the Malays to be spoon fed? Until the country stands equal to current Greece or until there is a realization that it only moulds tongkat-supported Malays, whichever comes first?

As for Umno Selangor state liaison chief Datuk Seri Noh Omar, let him be! He is terminal in ketuanan outlook. Let him survive his remaining umno days in the continuous chant of the mis-interpretation of the Article 153 of the Constitution.

Anonymous,  7 September 2013 at 11:18  

Salam Dato,
Sy suka dgn penulisan Dato ni.Ringkas dan mudah di fahami.Tepat serta kena pada maknanya.Bersetuju dgn pimpinan sekarang biarlah bersikap terbuka berbincang untuk keharmonian rakyat.Sebelah BN terlalu ramai pimpinan yg korup dan tidak salah di kategori bodoh sombong (@sememangnya bodoh).Pemimpin PR harus tonjolkn diri sebagai pemimpin rakyat dgn brsikap terbuka utk brdiplomasi mengenai permasalahan rakyat.Kita trpaksa akur mereka masih memegang kuasa tetapi pihak PR juga menpunyai sebahagian kuasa juga.Jadi jangan biarkan mereka berbuat sesuka hati.Gunakan sudut yg dimana2 pun utk membantu rakyat.Mengenai pimpinan Pas pula terutamanya Pemuda Pas "tolonglah jadi cerdik".Zaman sekarang bukan zaman hipokrit,org sudah jadi cerdik jadi pemimpin haruslah lebih cerdik.Jadi sebelum keluarkan statement baiklah fikir dahulu.

Anonymous,  7 September 2013 at 12:19  

askm tok

umno n bn memang dah namapak kalau rakyat dah pandai akan jadi melawan...itu sebab KPM buat dasar pelajaran baru supaya rakyat pandai tapi x melawan

Anonymous,  7 September 2013 at 22:41  

Salam Sdr Wakil Rakyat SAK;

Orang Melayu yang tamak kuasa itu adalah dari gulungan totok UMNO. Mereka berfikiran demikian kerana merasa masih tidak cukup laba negara di cabuli. Takut akan bayang2 sendiri kerana perlakuan yang buruk. Takut anak cucu mereka keputusan laba dan tak dapat hidup berpoya2.Takut bangsa lain menggunakan kercerdikan bagi membetulkan kebodohan mereka, sebab itulah mereka lebih rela diketuai oleh seorang President yang tidak cerdik tapi pandai joli.

Harap2 para pemikir dari Pakatan Pembangkang dapat memikirkan satu kaedah bagi memastikan semua rakyat dapat hak untuk cerdik dan dapat melepaskan diri dari belengu BR1M yang diketuai olih seorang yang tidak cerdik......Myi


Anonymous,  8 September 2013 at 16:57  

Spot on Dato!. Saya setuju 100% apa yang Dato tuliskan. BN/UMNO akan memusnahkan negara kesayangan kita jika mereka dibagi teruskan begini.

Anonymous,  8 September 2013 at 22:40  

Saya sgt setuju dengan pendapat Dyana Sofiah Mohd Daud ! She is true and just to her convictions, adil saksama - itu saja - melaksanakan tuntutan agama untuk kebaikan yang berkenaan. There is no short cut to learning for ones to be working or doing things with confidence and skills.

Set the uitm doors open to deserving non Malays and Malays from financially constraint background - whose homes are scrutinized and verified by officials with integrity. How is active particpation in co- curricular activities measured, whereby horseback riding, driving a new car for a late teen - aren't they on the upscale hobbies - yet one is offered a govt scholarship ? Does the particular pursuit benefit others max or is it more of the opposite ?

2. How can ones ( one / two children ) from a financial well- off family ( to be indulging in expensive hobbies ) be offered a govt scholarship ? Yet one who is from a humble background, deserving, brilliant, all rounder, contributing to consistent community works, or from a single parent family or a low income family is denied scholarship ?

How is meritocracy measured - to be offered a govt scholarship; and / or without, even Malay students from less privilege background be held accountable, failing which, their scholarship is automatically converted into study loan or study loan is automatically converted into scholarship with first class honors ? Tak membuang masa clubbing dll.

Only deserving students, demonstrating persistent original innovations, great team work, critical thinking, analytical skills, content of responsibility and diligence, whereby their projects are of high benchmark, with no assistance from their teachers, parents or " paid professionals " to create innovations or assignments should be offered govt scholarship.

Then only the rakyat's investment will bring benefits to the respective department or org which they will serve the rakyat when they graduate.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP