Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 13 September 2013

Pemimpin bangsa Melayu, Pemimpin UMNO



Orang UMNO nak marah dengan tulisan ini kenapa? Saya bukan bercakap mengenai UMNO. Saya tak berminat nak masuk campur dengan pemilihan UMNO. Mereka mahu pilih sitongong jadi pemimpin pun takpe.
Oh..kali ini pemilihan UMNO suatu yang revolusioner. Semua pemimpin UMNO berdegar degar bercakap mengenai perkara ini. Mana ada pemimpin boleh bayar 150,000 perwakilan cawangan kebahagian? Dengan kaedah pemilihan kali ini, rasuah akan jadi a thing of the past.
Kalau kita ada RM200 dalam poket tentulah tidak boleh tapi seorang yang bernafsu tinggi yang ada RM50juta dan berani buang berjuta juta, dia akan membeli undi. Orang yang hendak jadi atau kekal jadi presiden UMNO –kalau dia bayar RM200 kepada semua perwakilan cawangan keBahagian hanya berbelanja RM30 juta!. Jumlah ini akan direcover bila menang. Bukankah projek landasan kretapi berbiliun nilai nya? Ini setetes air dalam lautan sahaja. Jika ada 30 juta, kamu boleh membeli satu tempat dalam MKT.
Dan bolehkah UMNO melakukan transformasi? Janganlah buat lawak. UMNO akan transform jka perwakilan bahagian terdiri dari Melayu yang insaf dan sedar dan serious akan peranan mereka menentukan pemimpin untuk negara dan bangsa Melayu seluruhnya. Jika pandangan kakilangit mereka hanya tersekat pada menentukan pemimpin untuk UMNO, bangsa Melayu akan tetap dalam keadaan mereka. Ingat pesan Zaaba- pemerintah yang menindas bansga Melayu ialah pemerintah dari bangsa sendiri.
Lihatlah bagaimana mudah nya bangsa Melayu terutama UMNO ditipu. Pemotongan sabsidi di agungkan sebagai langkah untuk membaiki ekonomi. Sambil pandu kereta saya dengar pembaca berita mengatakan pelabur asing yakin kepada rasionalisasi sabsidi sebagai langkah mengurus ekonomi. Saya nak maki, dia pembaca berita. Ramai juga dikalangan mereka yang undi Pakatan hari itu.
Seolah olah nya pemotongan sabsidi itulah pengubat dan penawar kepada incompetence kerajaan. Mengapa tidak ada orang UMNO bercakap mengenai berhentikan projek2 mewah dan perbelanjaan mengurus kerajaan yang tidak berdisplin? Mengapa tidak ada orang bercakap hukum perasuah dengan hukuman berat untuk mengurangkan kebocoron dan ketirisan wang?
Rakyat kerdil bolehlah UMNO buli kerana mereka akan diajar bahawa kenaikan harga adalah ketetapan Tuhan. Musnah negara kita jika ustaz macam ini jadi pemimpin negara.
janganlah mengada ngada hendak mendakwa bahawa oleh kerana 150,000 yang akan menentukan pimpinan UMNO, politik wang akan berkurangan. Rasuah , meminjam kata2 Dato Najib akan jadi a thing of the past. Respons saya? Haha, hoho.
Bahkan ianya menjadi jadi. Pemimpin UMNO dibahagian menyogok 5-6 orang perwakilan cawangan untuk mengundi dan matlamat sudah tercapai. Perwakilan dari cawangan hanya perlu dibayar RM200 sahaja dan masa depan ‘bangsa’ Melayu ditentukan. Entah2 RM50 sudah mencukup membeli orang Melayu UMNO. Hidup Melayu!.

10 comments:

BeeEye 13 September 2013 at 09:24  

Malangnya ahli UMNO pilih pemimpin Melayu yang berbahasa Tamil.

Anonymous,  13 September 2013 at 12:53  

Setuju 100% Dato. Negara kita bila-bila masa akan dimusnahkan oleh party yang tak berguna ini jika dibagi berterusan begini. Teruskan perjuangan kamu Dato!

Anonymous,  13 September 2013 at 16:00  

Dato'

It's 2x5 and 5x2 time again!

Syabas. Keep up your hard knocks!

Anonymous,  13 September 2013 at 18:34  

Would any sane Umno member spend 50 million ringgit just to buy votes with hopes he will be elected as the leader of Umno? I believe he would. It has been going on for the past 30 years or more? I don't know. Such practice will only ensure continuity of corruption. Simple reason if when such huge sum of money is gathered, say 50 million, there are stakeholders involved in this sum of money. Once the money spent, once this so called leader wins, picked and voted for by Umno members, he has to ensure the money "invested" by different stakeholders can grow. This money will grow and give returns from projects, be it infrastructure projects, projects launched by different Ministries we have in this country, depending how deep the pockets or federal funding is available for these ministries, or through government contracts, where usually cost overrun happens, or sky high costing for simple products, towards the end, the Rakyat has to pay for all this, more expensive cars, higher personal taxes, higher food prices, inflation on the economy, fuel price hike, when such areas have been exhausted, they can always turn to our nation's depleting natural resources. I believe the correct leader this time around must be one who is fully aware of the above and will take necessary steps to curb at every angle, to ensure the discontinuity of corruption. He must also at least have a basic degree or sense of what Economics and Mathematics are all about. He must be able to be fluent in Management knowledge, social behaviours, he must be religious enough, he must be kind hearted, compassionate, humane, intelligent, diplomatic, he must be an international man, he must be stern and decisive when situation calls for, he must be able to control and provide for the Rakyat regardless of Malay Chinese Indian or Aborigines, he must not be greedy, he must have self control, he must be likeable, administrative, he must show and prove the true mark of leadership, the list goes on.. Up until here do you see any person with such traits, before you make that all important decision for the coming Umno election? It's not easy to be an Umno leader or the eventual Prime Minister of this Nation, I only have hopes that the correct one is chosen.

The Observer

tebing tinggi,  14 September 2013 at 11:45  


Sebenar-benarnya sangat susah sekarang untok mencari pemimpin Bangsa Melayu ,mahupon dari kalangan UMNO jauh sekali dari kalangan Pakatan.
Mungkin dah sampai masanya Melayu dipimpin dari kalangan bukan Melayu seperti zaman sebelun 1957.

Anonymous,  14 September 2013 at 11:52  

@The Observer

A good wishlist for a future leader.

But UMNO is really about the ability of very mediocre men to make very large sums of money by manipulation of the political process.

I doubt they will change.

Anonymous,  14 September 2013 at 12:54  

Masa PRU13 dulu sehari sebelum mengundi ada beberapa pemimpin Umno buat ceramah di kawasan saya sekitar KL/Ampang sambung pd malam pula sampai 2 pagi.. Jamuan di sediakan. Pada sessi pagi sampai tngh hari masa buat kat rumah2 pemimpin siapa dtg dapat di anatarabRM200- RM 300/-. Sya anggarkan 300 org dtg jadi duit hulur je habis maksima RM 90,000. Kaya betul mereka ni. Namun rakyat Selangor Ampang pilih PR. Saya jangka dlm pemilihan Umno dalaman ni nak beli undi ni kacang je takat RM 200/undi. Masa zaman dulu sekitar 1990han satu undi sistem wakil bahagian 1 undi RM 700-RM 1,000. Mana dtg duit berguni2 pun tak tahu sya. Lari jauu saya dpd kerje2 mcm ni..rosak Umno dan Negara Malaysia ni....

rico gan,  14 September 2013 at 14:25  

Let rakyat choose who to be PM,any party can fill the menu,that is better for all.Setuju?

Pok Li,  14 September 2013 at 23:08  

Duit datang dari;
1) projek runding terus
2) sponsor dari kroni
3) rasuah

Anonymous,  14 September 2013 at 23:29  

KJ pun adalah bangsa keling jugak.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP