Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 11 September 2013

Mencari Pemimpin Bangsa Melayu bukan Pemimpin UMNO



Kenapa seorang ahli DAP berminat untuk tahu kepimpinan jenis apa yang akan muncul dalam pemilihan UMNO yang akan datang nanti?
Walaupun DAP, saya orang Melayu dan mana2 pihak yang mendakwa mereka mewakili kepentingan Melayu, mestilah kita kena periksa dahulu. Pada peringkat peribadi juga, saya tidak akan terima dakwaan yang tidak disokong oleh penghujjahan. Pembaca upahan pegawai2 Najib yang ptui sana dan ptui sini, tidak perlu buang masa dengan saya. saya hanya simpati dengan mereka yang terpaksa membaca apa yang saya tulis dan mengambil masa yang lama untuk faham apa yang ditulis. Saya sudah lali dengan cemuhan seperti ini yang datang dari pembaca kualiti ludahan dan kahak.
kita hendak lihat dan kaji akan kesahihan dakwaan tersebut atau ianya omongan kosong orang yang gila kuasa.
Sebab pemilihan itu akan menentukan kualiti kepimpinan yang akan datang yang akan mentadbir negara ini seketika mereka berkuasa. Kerajaan pimpinan UMNO ialah sebuah kerajaan seketika ini- government for the time being dan akan bertukar  apabila rakyat meluat kepada mereka.
Masa nya akan tiba- sekarang ini bukan Melayu rata2 menolak UMNO dan BN bukan sebab mereka Melayu. Perasaan seperti itu tentu ada tidak syak lagi- akan tetapi sebab penolakan yang lebih besar ialah kerajaan gagal mengurus dan mentadbir negara dengan baik. Orang Melayu pun semakin ramai menolak UMNO. Yang menyelamatkan UMNO kepada saya dua perkara; (1) UMNO terus menyogok dan merasuah rakyat dengan wang Ringgit terutama orang Melayu yang hidup susah dan (2) UMNO melaga lagakan bukan Melayu dengan Melayu.
Seterusnya , kita hendak lihat pemimpin Melayu jenis apa yang UMNO tawarkan kepada orang Melayu? Dan mana tahu, jika kepimpinan yang muncul itu serasi dengan prinsip perjuangan sejagat, DAP boleh berkerjasama dengan UMNO untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.  Kalau orang UMNO tidak faham dan tahu, itu pun matlamat kita- bukan untuk mengekal tahap pencapaian yang sedia ada tapi meningkatkan nya. Jika tidak mampu meningkatkan, kepimpinan yang ada mesti diganti.
Pentadbiran Najib mesti dinilai dari sudut ini sahaja. Berjayakah Najib membaiki standard kita? Kalau tidak- Najib mesti diganti. Tidak perlu sentimental terhadap ikatan dengan Najib. Terutama orang Pahang. Bodohlah orang Pahang jika bersetia kepada Najib hanya semata mata dia orang Pahang dan orang berlumba lumba berpentesan kaki memuji dan memuja Najib. Ianya bukanlah macam dunia akan kiamat untuk orang Pahang jika Najib bukan PM.
UMNO kena ingat bahawa bukan semua orang Melayu menyokong UMNO. Majoriti tidak menyokong mereka walaupun UMNO tipu sana dan sini menyatakan sokongan Melayu meningkat semasa PRU13 baru2 ini. Kemukakan fakta nya jika betul.
Maka minat kita ialah untuk melihat sama ada UMNO sebagai parti terkanan yang menjadi tonggak kerajaan benar2 serius menjadi pemerintah untuk SEMUA rakyat. Oang Melayu ada hak. Orang bukan Melayu pun ada hak sebagai rakyat Malaysia.
Selama ianya menjadi pentadbiran untuk semua rakyat, semua bangsa dinegara ini boleh berkongsi matlamat yang sama.
Beberapa minggu yang lalu, kita telah lihat pertubuhan PERKASA censure ketua pemuda mereka sendiri kerana menyaran supaya Najib berhenti dari jawatan PM. Apa salah dia menyatakan pandangan peribadi nya?
Ini menunjukkan karakter sebenar perkasa iaitu sebuah pertubuhan yang lebih jadi budak suruhan UMNO yang bercakap konon atas kepentingan bangsa Melayu. Ibrahim Ali pernah kata kepada kita orang Pekan- kalau dia diPekan, maka habis Najib diharuknya.
Siapa yang mengangkat mereka jadi jurbucara orang Melayu dan siapa beri mereka otoriti menentukan apa orang Melayu hendak atau tidak? Bagaimana mereka mengaku mewakili silent majority Melayu kalau majoritu itu silent?
Kedua, apa masaalah dengan menyuruh Najib berhenti dari PM? Jika Najib tidak ada kemampuan mentadbir negara ini, kita mahu sentmental mahu mengekalkan Najib, apahal? Benarlah pengajaran dari sejarah- bahawa jika seorang pemimpin itu fatuous atau pandir , dia akan menghimpun dan mengelilingi dirinya dengan pengampu dan pembodek.
Mereka akan berusaha mendekatkan diri dengan Najib semata mata mahukan kedudukan dan kekayaan. Najib pula akan melantik mereka yang mempunyai jalinan sokongan atau connections dan bukan orang yang mempunyai bakat atau talent. Orang pandir memerlukan sokongan pembodek dan pengampu.
Berapa ramaikah mereka yang begini dalam cabinet Najib dan dalam jaringan kuasa UMNO? Terlalu ramai sebab itu negara kita berdepan dengan kesengsaraan.
Satu lagi perkara yang orang Melayu mesti nilai ialah tulisan Awang Selamat menasihatkan Tengku Razaleigh Hamzah melupakan hasrat untuk berlawan dengan Najib, jika hasarat itu ada. Siapa Awang Selamat mahu nasihatkan Tengku Razaleigh?
Walhal, orang Melayu memerlukan apa yang ada pada Tengku Razaleigh kalau mereka mahu selamat dan makmur, bukan apa yang ada pada Najib. Orang yang tidak ada bakat dan tidak ada keberanian akan hanya membawa malang kepada negara ini.
Kemudian kita lihat pula pembodek nombor satu Adnan Mansor mengistiharkan bahawa Razaleigh tidak akan menentang Najib. Jika tidak ada angin, mana mungkin pokok bergoyang- jika tidak ada gerakan mahukan Tengku Razaleigh bertanding persiden UMNO, mengapa mesti Utusan Malaysia dan Adnan Mansor menyanyikan lagu yang sama? Bahkan inilah masa nya perwakilan UMNO dari cawangan ke bahagian menyokong Tengku Razaleigh jika dia menawarkan diri menjadi pemimpin UMNO dan bangsa Melayu. Yang penting ialah pemimpin untuj bangsa Melayu.
Apa negara ini perlukan, dan ini menarik minat kita juga ialah pimpinan yang mentadbir dengan ehsan dan righteousness . mungkin istilah bahasa Melayu yang paling hampir dengan rightesouness ialah benar arau sidiq.
Rekod Tengku Razaleigh menunjukkan dia ada kualiti ini lebih dari Najib.
Apa yang Najib telah lakukan? Selain mengistiharkan itu dan ini , projek itu dan ini, megapakah credit rating negara kita menjadi teruk? Dan bila penilaian kredit kita tidak menyenangkan, ada pegawai tinggi kementerian kewangan berkata, ini analisa budak2 yang tidak tahu apa kerajaan mahu. Pegawai yang berkata demikian, adakah dia sendiri mempunyai kelayakan yang tinggi atau Ph.D. dia hanya kerana menulis pengalaman kerja nya sahaja dan kelayakan masuk university untuk buat  Ph.D. kerana dia berkerja jawatan kerajaan? Janganlah kita memperkecilkan analisa ekonomi dari luar kerana analisa itu tidak menyenangkan kita.
Negara kita dibawah Najib menuju kepada kejatuhan ekonomi. Bengkrap tidaklah, kerana bank Negara boleh sahaja mencetak mata wang. Kalau Najib terus diberi kuasa mentadbir negara ini, Malaysia akan jadi repablik pisang.
Kebelakangan ini apa yang kita lihat? Najib tidak ada kapasiti langsung menyekat ekstremism agama. Adakah Najib mahu Malaysia menjadi negara Islam yang mundur yang kerajaan mereka menzalimi rakyat sendiri dengan mengekalkan mereka dalam kemunduran dan kemiskinan? Suka atau tidak kita terimanya, 80% negara2 yang berada diawah pemerintah orang Islam yang beku pemikiran berada dalam tahap kemunduran dan kemiskinan.
Seolah olah jika tidak mundur yakni maju dan tidak miskin iaitu kaya, maka tahap Keislaman akan turun?  Tidakkah kita melihat pengajaran didepan mata kita sekarang?- dalam kalangan Melayu yang berjaya dan berpendapatan tinggi yang tingal dalam taman perumahan mewah, kecenderungan agama semakin meningkat. Suatu ketika dahulu saya beranggapan, orang2 Melayu yang kaya tidak akan mengendahkan hal2 keagamaan. Ternyata tanggapan saya salah- kerana saya melihat kecenderngan beragama dikalangan orang Melayu yang bertambah senang tidak menurun bahkan semakin mantap. Dikalangan orang Melayu yang telah membaiki tahap hidup dari kemiskikan, kecenderungan beragama tidak luntur. Seballiknya, dikalangan masyarakat Melayu yang miskin bukan tardisional, dikalangan mereka lah kita berdepan dengan masaalah.
Pandangan kita orang Melayu dipesong oleh UMNO untuk menyibukkan diri dengan isiu2 yang tidak menguntungkan. Mengapa kita membesar besarkan perbalahan sunnah dengan syiah? Saya telah menulis kalau demikian, Kerajaan keluarkanlah fatwa mengatakan Syiah itu kafir. Jika bukan kafir mengapa penzaliman dan tiindakan keras mahu dikenakan keatas mereka? Setelah orang Melayu disuruh berkelahi dengan syiah, selepas ini apa? Wahhabi pula? Kalau demikian, elok sahaja Malaysia memutuskan hubungan dengan Iran yang syiah dan negara Islam lain yang syiah dan setelah itu, haramkan semua orang Malaysia naik Haji kerana Makkah itu dikuasai oleh Wahabi.
Kita akan bersambung cerita lagi.

6 comments:

Anonymous,  11 September 2013 at 19:18  

Salam YB SAK;

Ulasan yg menarik.
Satu strategi/dasar umno yg silap adalah kerana tidak membenarkan jika ada diantara ahli ingin mencabar kerusi ketua/presiden.
Jika nak bertanding sesuatu jawatan hendaklanmmengikut turutan hairaki jawatan dan kedudukan calun yg ingin bertanding itu sekarang.

Inilah sebab besar umno tidak mempunyai pemimpin yg baik.
Nak tukar yg tak baik juga jadi masalah, jadi pakailah yg ada.
Jika ada yg nak lawan lebih baiklah lawan dari luar umno.

Senang kata parti yg bodoh sombong.
Sepatutnya parti/kerajaan yg dipilih rakyat melaksanakan dan memudahkan rakyat.

YM Tengku wajib menawar diri untuk mengubah keadaan umno.Jika ini berlaku, mana2 tempelan Najib sekarang harus intai2 cara lain untuk hidup.
......

Cahaya Qalbu,  12 September 2013 at 03:49  

1 of 2

Reality…Can Never Be Hidden Or Denied

China is coming up, India is coming up, Vietnam is coming up and now even Russia, to quote a few, is on the rise. In this flat world that is all wired up, regardless whether we are Malays or non-Malays, if Malaysians do not live in harmony and the country does not progress economically, all of us would be in misery !

Factually, without the Malays, non-Malays could not do well in the country. Without the non-Malays, the Malays would also not do well. Both have to work together to develop Malaysia and mitigate the astute impact that is being brought about by the globalization.

A true leader is someone; who has the vision that not only focuses on one particular race in a country but ensure the bright future of everyone; who knows the biggest danger the country is facing and directs the people to fight off the risk; who is impartial and has the ability to promote synchronization of the citizens for continuous progression and prosperity.

UMNO is a political warlord that leads the country to nowhere. They do not comprehend what is going on in the outside world; have no clue where Malaysia will be in the next 30 to 50 years time.

With the 3 new upcoming superpowers, i.e. India, China and Russia closely behind the USA and the European Union, UMNO do not know what kind of a world it would be; how Malaysia is going to compete and share the descending smaller slice of cake of the world market. It leaders only know how to get the Malays to fight with the Non-Malays on trifling issues within Malaysia. The citizens should realize that the issues they are bickering are merely trivial; irrelevant to Msian’s economic progression.

UMNO also does not give a damn to how the poor Malays are going to live in the future and they are not concern about their real long-term benefits. Only their votes they are interested in. The NEP is a good confirmation of how it only profited the UMNO/BN leaders’ families, elites and cronies, instead of the targeted Malays.

As most Msians are aware, the Malays control the rights of the majority lands and all other natural resources in this country; control all government institutions, GLC and State owned companies; dominate the lawmaking process; in charge of the decision making process formulating the economic policies; own the largest national assets and are given shares in the public listed companies easily; manage the country's largest oil companies and banks; all kind of priorities when purchasing properties, awarding of public contracts, tertiary education opportunities, awarding of scholarships and even getting a job in public agencies.

With all these privileges and rights enjoyed by the Malays, why are they still not making headway as it should be, to help them draw level with other races, mainly the Chinese?

Did the non-Malays seize or rob anything from the Malays or was all of their wealth,
a result of their hard work? If it is all due to their hard work, why do some Malays say it is unfair?

What do the Malays expect the non-Malays to do if the so-called NEP did not achieve the desired result?

Would the Malays be contented if they do any of the followings:

>surrender their assets and hard earned money to the Malays unconditionally

>not to engage in any business activities;

> not to score As in all sort of examinations;

> not to make more money than the Malays are earning;

>not to advance to a better and higher education; or

> renounce their citizenships and go back to their countries of origin or migrate to some other countries?

Is UMNO real intention is to divide this country???

Cahaya Qalbu,  12 September 2013 at 03:50  

2 of 2

Have the Malays ever thought of the verity that after 30 years of implementing the NEP, why doesn’t it achieve the desired result?

Under the NEP, majority of the policies favor the Malays. If all these policies still do not provide the Malays with what they want, what else do they want the non-Malays to do? They can’t be blamed because they are too hard working.

The painful truth for the Malays; the NEP has been misused, manipulated and exploited by UMNO leaders, their families and cronies using the poor Malays as their camouflage.

Why blamed the non-Malays when the NEP does not materialize or reach it objective. It really has got nothing to do with the non-Malays but the NEP and the avaricious UMNO leaders that have duped the Malays.

In this contemporary climate of globalization, non-Malays and Malays should not be idiotically combating each other because Malaysia is competing with other countries and will be left far behind if the hitch is not being rectified soon.

At one time, China was an out-dated nation and lagging behind Malaysia but now it has caught up and has even surpassed Malaysia. Can we ask them to slow down their development? If they refuse to listen, can we make a complaint to the United Nation that China is developing too fast which is very unfair to Malaysia that still adapt a backward approach?

Who gives UMNO the right to prevent others from progressing? Who do they think they are?

It is now a flat world.Perceptibly UMNO leaders did not read the book title: The World Is Flat. They should not be so narrow-minded to focus only the Malays in Malaysia. They should now look at the world as a flat world.

If Malaysia is weak economically and does not progress globally, no matter whether we are Malays or non-Malays, all would be suffering one day !!!

Despise or adore one another, we are living under one roof called Malaysia.

And… if the roof has a problem, all the people under it will be affected….

May God-bless ordinary Msians of all races…..

###

CQ…

tebing tinggi,  12 September 2013 at 08:01  


Masaalah sekarang nak mencari pemimpin yang betul-betul pemimpin bangsa Melayu hampir tiada,baik dari kalangan UMNO mahupon Pakatan ,yang ada pemimpin politik yang nak berkuasa sahaja.

Anonymous,  12 September 2013 at 10:07  

‘At one time, China was an out-dated nation and lagging behind Malaysia but now it has caught up and has even surpassed Malaysia. Can we ask them to slow down their development? If they refuse to listen, can we make a complaint to the United Nation that China is developing too fast which is very unfair to Malaysia that still adapt a backward approach?’

In the world stage, M’sia cant do anything about it. Not even the big brother, US of A!

But under the tempurung, known as Bolihland, the ultras Malays think the whole coverage under the tempurung is control with their in-born RIGHT.

Never mind many of them r not Melayu Tulin in the 1st place.

So, zero sum game is the offer of the day-in-day-out farce, practices to perfection by these nincompoops, who inveterately champion their spurious ethnic right to the detrimental growth of the nation.

Ask now;

1)How could our universities keep been rated outside the top 100, & yet continuously churn out unemployable graduates of dubious capabilities. Remember UM used to be a top10 ranking university in Asia. How could the standard jatuh within 30+ yrs of NEP?

2)How could Proton still been hen-picked while Hyundai has taken flight in the world stage for car manufacturing? Is the Koreans more capable than those u-know whos within that fat cat organization, known as Proton? What could be said about their abilities & yet earning big fat pay-checks. They r the penghianat bangsa as they gave bad name to the race.

3)The stagnation of the economical developments, vis-à-vis HongKong, Taiwan, S Korea & S’pore over the period of NEP patronage. Why the treadmilling? Is it bcoz there r only hp6 running the govt?

4)Growing racial discourse – is the current govt closing the eyes, just to maintain the maruah of the ketuanan race, even in the face of glaring injustices?

So, don’t ask the God to bless us! Isnt it been reminded, thousands of time in all the holy books, that God only help those who help themselves.

So, start with the tongkat race, since u’ve inevitably growth in quantity through all means, rightly 7/or wrongly, the reconciliation steps should start with u!

Out growth the old, silo religious doctrine & start reinterpret yr religion’s teachings to be in tune with current human thinkings & expectations. Tweak it, just like all other religious teachings.

Out growth the inferiority complex that breed siege mentality, which in turn reinforce closed-minded sensitivities. M’sia would be a much happier place with yr loosen sensitivities.

Out growth the tongkat mentality & start compete on all fronts. The world, neither M’sia, owe u ANYTHING. U want to enjoy life, go & work hard for it. Hand outs r not COOL! It also downgraded the perception about yr kindred's ability!

Anonymous,  12 September 2013 at 15:50  

How bout pemimpin anak beranak? tak mau tukar ka?

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP