Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 19 September 2013

Lagi Projek Mengayakan Orang Melayu



Lagi satu projek untuk memperdayakan orang Melayu. Lagi satu projek mengayakan kumpulan Melayu istimewa.
Semua rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu mesti waspada dengan pengistiharan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Jangan kita suka sangat dengan pengistiharan jumlah wang yang akan mendanai projek ini dan berasa terlalu gembira. Tidak mustahil ianya akan menjadi lagi satu skim mencepatkayakan kontraktor dan pembuat keputusan dan penentuan. Kalau kita alpa, ianya akan menjadi DEB1(1970-1990) dan Perancangan2 lain pasca DEB1.
Sedap didengar tapi siapa yang hendak diperkasakan? Tidak cukup kah giat mara, IKBN dan pusat latihan membeli alatan2 untuk melatih budak2 Melayu? Apa yang mereka buat untuk menjustifisaksikan pembinaan dan pembelian alatan yang menelan belanja ratusan juta dan mengayakan kontraktor2 UMNO? IKBN umpamanya, berkos RM100-150juta setiap satu dan kita mahu bina banyak lagi? Berapa ramai graduan yang sudah dilahirkan oleh IKBN dan institiut2 kemahiran lain diseluruh negara dan adakah mereka dibantu mendapat kerja dan perniagaan?
Adakah latihan melalui giat MARA, IKBN dan sekolah serta kolej vokesyenal tidak mencukupi untuk melahirkan jenerasi Melayu yang mempunyai kemahiran yang marketable? Setelah puluhan tahun baru kita sedar kita seperti kilang mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti atau barangan yang tidak  menepati citarasa dan permintaan pasaran.
Kita tumpukan perhatian kepada 20% yang teratas untuk masuk IPTA, IPTS, hantar pelajar keluar negara, yang lebih credik dan pandai, kita lupakan 80% yang terbawah.
Kerana kesilapan kita yang lalu, kita sekarang mempunyai suatu alasan untuk membuat projek dan menggembirakan hati orang Melayu? Selagi orang Melayu gembira, kita boleh buat wang atas nama bangsa, agama dan negara. Hebat strateji UMNO.
Namun, kita tidak menentang idea bahawa kemajuan bangsa Melayu memerlukan latihan dan kelayakan dan kemahiran. Ianya penting untuk membentuk system ganjaran atau reward system yang betul. Se2orang mendapat ganjaran mengikut kelayakan yang dia ada dan tawarkan. Dan saya menggunakan istilah kelayakan dalam pengertian yang luas; kita mendapat ganjaran mengikut bagaimana kita melayakkan diri mendapatkan nya iatu berkerja kuat dan melengkapkan diri dengan bakat, kemahiran, latihan yang setimpal.
Tapi kenalah kita melakukan sedikit perubahan. Pertama tamatkan monopoli kerajaan pusat menentukan isian re-skilling dan retraining. Berikan kuasa itu kepada kerajaan negeri pula. Biarkan mereka menentukan kemahiran jenis apa yang mereka perlukan.
Beri kuasa kepada setiap kerajaan negeri mengujudkan pusat re-skilling dan pertanggungjawabkan kerajaan negeri menghasilkan tenaga perkerja yang mahir. Kita nilai setiap kerajaan negeri dari segi kemampuan menghasilkan ramai tenaga mahir yang marketable. Bukankah tenaga perkerja yang berkualiti akan membangunkan ekonomi negeri masing2?
Dengan pemerkasaan datang tanggung jawab. Tenaga pengajar dan pimpinan institusi latihan yang gagal menghasilkan graduan yang marketable mesti diberhentikan. Ini untuk mempertanggunjawabkan mereka keatas kualiti latihan yang diberi kepada pelajar.
Dalam konteks ini saya hairan mengapa pimpinan pengajar yang gagal meningkatkan ranking university kita masih kekal dalam jawatan masing2? Tenure mereka mesti ditamatkan serta merta. Tak habis2 kita diberikan alasan itu dan ini menjustifikasikan penurunan kualiti pengajaran university dan kolej. VC UITM berkata dia tidak khuatir dengan kejatuhan ranking UITM- kenapa orang macam ini masih dikekalkan sebagai VC UITM?
Ingat- pembelian kerajaan adalah satu punca terbesar rasuah dan songlap. Giat MARA di Raub hanya menghasilkan tukang jahit. Kompleks sukan rakan muda di Raub terlalu teruk tidak terdaya melahirkan pemudi dan pemuda Melayu tahan lasak. Sedangkan berjuta sudah dibelanjakan.
Sebab besar kemungkinan yang akan dapat keuntungan dari projek pemerkasaan ekonomi Bumi ini ialah kelompok Melayu istimewa. Melayu istmewa ini orang atasan, bangsawan, putera2 atasan dan bangsawan dan pegawai2 tinggi dalam sector awam dan swasta. Pegawai2 GLC pun sama sebab mereka pemegang banyak keistimewaan dan monopoli.
Ianya sudah terjadi dalam DEB1. Tidak mustahil ianya tidak diulangi. Rasuah dan ambil kesempatan daripada kuasa menjadi jadi.
Tidak ada pun pemimpin UMNO yang bercakap mengenai punca kemajuan yang paling penting- iaitu kepimpinan yang baik. Asas atau foundataion sebuah kerajaan yang baik ialah para pemimpin yang ada kemampuan minda, disiplin, jujur amanah dan dedikasi dan komited sepenuhnya terhadap mencapai matlamat kemasyarakatan. Kalau jenis ini dibayar gaji yang tinggi setanding dengan yang diperolehi oleh sektor swasta, rasuah dapat dikurangkan. urusan kerajaan akan jadi baik hanya dengan pimpinan yang baik. Tidak ada pun pemimpin UMNO berani bercakap untuk memodenkan kepemimpinan masyarakat Melayu.
Cara masyarakat Melayu distrukturkan pun meletakkan Melayu pada disadvantage. Maka tidak menghairankan jika ada bangsa lain menyifatkan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang dysfunctional.
Ketua kampong ramai yang bermutu rendah. Dan saya cakap bukan mahu merendahkan sesiapa tapi memberitahu pengamatan dan pengalaman saya yang datang dari keinginan melihat bangsa saya maju. Soal saya beroperasi atas landasan politik bukan isiu yang terlalu penting selagi saya ada peluang untuk berkhdmat kepada rakyat.
Bagaimana kampung2 mahu disuntik dengan kesegaran dan idea baik jika ketua kampong dari kalangan jaga bank, tukang kebun sekolah, mereka yang memegang dua kerja pada masa yang sama dan sebagainya? Lebih dasyat jika ketua kampong dipilih kerana dia kaki buli dan pengacau kampong. Sebaik sahaja orang Melayu berkompromi keatas ciri2 kepemimpinan yang baik, masyarakat Melayu sudah pun terletak pada trajectory mediocrity.
Semasa dalam UMNO dahulu saya menyarankan jawatan ketua kampong diisi dengan pegawai kerajaan sepenuh masa yang sekurang kurang nya ada diploma. Mereka akan duduk dalam kampong dan mentadbir satu rangakaian atau cluster  3-4 buah kampung. Jawatan penghulu2 pula dipenuhi dengan graduates kerana kita andaikan mereka ada kapasiti untuk berfikir dengan lebih teliti. Semua ketua kampong dan penghulu adalah pegawai kerajaan sepenuh masa bertanggung jawab kepada pegawai daerah. Ini akan mengurang politik ketua kampong dan penghulu dan menyelamatkan masyarakat Melayu dari berpecah belah.
Tapi pemimpin UMNO tdiak mahu ini semua- mereka mahukan ketua kampong mereka pilih supaya menjaga kepentingan politik mereka. Demikaian juga dengan jawatan penghulu.  penghulu sebetulnya saki baki pemerintahan feudal.  Kenapa pentadbiran orang Melayu peringkat kampong dan mukim susah mahu dimodenkan? Kenapa kekalkan Melayu tinggal dalam rejim fiudal dan separuh feudal?
Kerana itu saya beranggapan kuasa UMNO diasaskan pada landasan (1) mengekalkan Melayu dalam kejahilan (2) mengekalkan Melayu dalam kemiskinan dan (3) merasuah dan membeli kesetiaan Melayu (4) menanamkan rasa siege atau terancam dalam minda Melayu.
Janganlah hendak nya memuji dan memuja berlebihan. Rakyat Malaysia bukannya berperang kerana wang dan klas. Belum pun sempat dakwat kering, Perkasa sudah meminta 1400 billion dibelanjakan untuk Bumiputera. Darimana wang tersebut datang? Kepada siapa dan siapa yang belanjakan? Yang 31bilion tu pun entah mana akan dicungkil dan dipokah. Ianya akan mematahkan tulang belakang system perbankan negara ini. Bagaimana pembeli membiayai ASB2? Mungkin 90% akan dibiayai oleh bank dan system bank akan terpaksa mencipta kredit line sebanyak RM1.8 billion lagi?
Mati negara ini ditadbir oleh Najib. Langkah2 populist yang Najib ambil ini akan meningkatkan lagi perbelanjaan bukan mengurangkan perbelanjaan. Untuk mengaburi mata rakyat, kita disuruh berdiskusi mengenai rasionalisasi sabsidi sedangkan punca perbelanjaan yang lebih teruk adalah ditempat2 lain.

24 comments:

Unknown 19 September 2013 at 07:57  

Dato...org Melayu sepatutnya risau standard UiTM mcm sek menengah.Pelajar dibawa ke hulu kilir utk majlis politik dll. Lepasan IBKN, Mara dll yg kendalikn Kerajaan tidak punya nilai premium utk kerjaya. Susah nak dpat setaraf sunway college, berjaya dll yg mana pelajarnya cepat laku di pasaran kerja. Ada agensi Melayu sabotaj kolej2 Bumi dan institusi Kerajaan. Tengok saja felda menolong limkokweng college berjuta2 sethun mengantar anak peneroka belajar. Org umno yg kaya2 pun tak menghantar anak2 mereka di tempat selekeh. Jadi, byak mana pun kolej2 dibina, ia tak kan bantu anak Melayu. Org umno lebih nak kan projek utk pastikan sekurang2nya 7 keturunan bole hidup mewah!!

Anonymous,  19 September 2013 at 08:54  

salam dato,

Tok him (aka pak rebbit) baru saja buat pengumuman agar kerajaan buat dana 1.4 Trillion.

petikan dari yahoo!

"A trillion is a million million, so it would take one million days at $1 million a day to spend a trillion. One million days is about 2737.85 years"

dulu puak pujangga emm-noh cakap pasal million/jutaan dan kini sudah billion/ribu jutaan dan yang akan datang trillion/juta-jutaan.

nampaknya ahli politik sudah rakus hingga mata dah dikaburi uang/wang saja. tamak haloba tu tiada had kan?

kalau tiap hari kita belanja jutaan pun, kena pakai 2737 tahun baru boleh habiskan dana 1 trillion.

kononlah hulu-balang dan jurucakap ahli-ahli politik untuk perkasakan ekonomi tanahair ya dgn dana 1.4 trillion.

passerby

bumi-non-malay 19 September 2013 at 10:25  

Melayu perlu faham PONZI UMNO-BN...

Apa maknanya Ponzi.....

untuk megekalkan Ponzi UMNO, melayu perlu ditipu, diperbodohkan......sampai tak tahu Fikir, ukur.......kerana takut fikir.....inilah yang Allah paling Benci!!...macam Rasuah!!

Anonymous,  19 September 2013 at 11:24  

"Kasih seorang satu ikan, dia makan sehari. Mengajar seorang memancing, dia ada ikan untuk makan sehidup". (Hope my translation is correct.)

(1) A majority of Malays will have "ikan bilis" to eat until such time there will be no more.

(2) The Indians unfortunately will neither have fish to eat nor know how to fish.

(3) The Chinese? They will improve their fishing skills so as to fish further out in the deep sea.

One thing is for sure. PR already has 95% of votes from the unfairly treated groups.

Anonymous,  19 September 2013 at 13:27  

Anon 08.54


Ha3....Ibrahim Ali gila. I think what he meant is 1.4 billion which is one thousand four hundred million. But being bodoh dia cakap 1.4 trillion. 1.4 trillion is 1 thousand 4 hundred billion. Dia ni fail matematik.

Anonymous,  19 September 2013 at 13:34  

Perlu kita memahami bahawa kewujudan UMNO dalam negara berasaskan nama bangsa melayu. Tanpa sokongan bangsa melayu parti itu akan musnah.

Oleh kerana itu satu sistem perlu dicipta agar orang berbangsa melayu itu boleh dikawal dan diperintah.

Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa ahli parti UMNO Baru yang didaftarkannya dulu dipenuhi oleh orang yang bodoh. Ini memberi erti bahawa orang melayu mesti kekal bodoh dan mesti memiliki jiwa hamba.

Penyakit bodoh adalah diantara alat yang perlu diguna pakai bagi mengawal kecemerlangan minda bangsa itu selain rasuah sebagai pencuci mulut setiap kali terbit unsur bantahan.

Kita mungkin terlepas pandang atau tidak mahu pandang langsung bagaimana kementerian pelajaran memperalatkan kementerian itu untuk kepentingan politik, perniagaan, dan proses pembodohan kecemerlangan minda anak bangsa.

Inilah tempat dimana mereka membenihkan generasi akan datang jadi seperti ayam bandar...

Apa pun idea baik yang kita ajukan taakan mereka terima kerana mereka akan kekal bangsa melayu sentiasa lemah, bodoh, dan malas agar mereka dapat mengawal dan memerintah.

Anonymous,  19 September 2013 at 14:03  

UMNO are group of idiots & clowns. Our country will be ruined by them one day if nothing is done to stop them.

Anonymous,  19 September 2013 at 16:36  

kalau orang luar Bandar di Semenanjung dan majoriti penduduk di negeri Sarawak dan Sabah tidak boleh berfikir dengan rasional maka cara songlap sana sini akan berterusan

Anonymous,  19 September 2013 at 18:49  

Way to go Dato! I believed all your recent comments & blogs will surely pissed off all these UMNO clowns & idiots. You have my 100% support.

Anonymous,  20 September 2013 at 00:46  

Why is it so difficult for the majority of Malays to see and realize UMNO is not the solution to the problems faced by them in terms of gettig out of poverty, to attain higher education, be qualified in the job market, to achieve what others can achieve with little help from political parties? For the past 40 years, any right thinking Malaysian should be aware there is never such thing as wealth being shared or trickle down to the more needy ones. Those who are on top rarely trickle down their wealth to help you and if there was any such case, maybe we can all be enlightened. Look at current situation, there obvious names that need no mentioning. They built huge bungalows, houses, they drive sports cars, their children drive sports cars. They send their children to study overseas, they eat and spend lavishly. They hang out at hip places, lounge, discos, and posh places. Where do they find the money to spend when do little work. The real Malay group which can help the majority of Malays to have a better livelihood cannot be found in UMNO. It does not necessarily need to come from that party either. And we sometimes become easily tempted with little handouts to be pleased on the short term which do not have long term benefits but continues to enforce those who are power crazy within the party to only enable them to benefit their own pockets, friends, cronies, partners in crime. The crime of misleading, blinding, punishing, dividing and rule, suppressing, deceiving, what else is new with UMNO? I hope the new Malays are awake and able to make that change on your own rather than waiting for false hopes of UMNO, a very tiny light at the end of a very long and dark tunnel. Good luck!! Don't be fooled again.

Justice.



bumi-non-malay 20 September 2013 at 03:02  

Kesedaran melayu boleh mula BERUBAH bila agama dan bangsa lain boleh dilantik jadi Ketua Kampung ..... walaupun majority kampung itu orang Islam dan Melayu.....

Ada tak ketua kampung bukan melayu, bukan Islam kat kawasan melayu......kalau ada ...harap bagi saya tahu......pelik juga kalau tak ada......Nak kampung maju tentu perlu Penghulu yang ter-pelajar.......di ditulah masalah orang melayu!!...dan UMNO-Ponzi tahu macam mana MANIPULASI minda melayu yang tak terperlajar!!

Anonymous,  20 September 2013 at 11:59  

Who is a member of a party whose leader has not been changed for 47 years? A Moron!!

Anonymous,  20 September 2013 at 16:39  

saya adalah keluaran product dari ILP (institute latihan perindustrian).waktu saya di institute ini apa-apa pun tak belajar.pengajar malas selalu mengular didalam bilik store. mereka tidak membenarkan pelajar menjalankan mesin tanpa awasi nereka tetapi mereka tidak mengajar. banda yang mereka pandai suruh pelatih cuci tandas dan buat lompat bintang depan mereka. ataupun mengamuk pelajar-pelajar waktu mood mereka tidak baik.yang penting mesin beli berjuta-juta tetapi buat hiasan je.mesin rosak takde orang repair ataupun lecturer tu luar bidang tak kerti menjalankan mesin.membazirkan duit rakyat.

Anonymous,  20 September 2013 at 16:56  

Kalau kekayaan dunia dikejar beginilah jadinya. Wang sudah menjadi tuhan.

Anonymous,  20 September 2013 at 19:02  

Sedih dan kecewa tengok melayu kampung makan nasi sama kuah gulai. Sekor ikan kecil perlu cubit-cubit sedikit.

PM pernah kata, RM45 sebulan sudah cukup untuk kehidupan satu keluarga.

Di putrajaya, putra putri umno makan stek besar dan ikan salmon impor. Makan minum di starbucks dan restoran mahal pun biasa setiap hari. Kereta pun besar dan mewah. Duit dari mana?

Greenbug 21 September 2013 at 01:59  

What will it take for the rural Malay folks and the lower-ranked civil servants to one day suddenly realize they had been screwed all these years, Dato?

Anonymous,  21 September 2013 at 14:38  

Kalau tak tutuh bukan MELAYU ala UMNO .

Anonymous,  21 September 2013 at 22:34  

amacam projek2 Tok Nan bagi kat awak masa awak jadi ADUN sepenggal dulu? itu projeck spesial ye? diberi masa awak jadi barua UMNO dulu. sekarang jadi barua DAP apa awak dapat? back slap from DAPigs supporters? elok lah tuh!!

Anonymous,  22 September 2013 at 02:39  

All these $$ will not work for bumiputra if the current pratices are not changed for the best or tremendously improved. I will relate it to my own observations where pumping more $ will not work if the current practices are followed.

1) I witnessed an accident yesterday where a young malay motocyclist die. I blame it on loose ecnforcement from the police where Malaysians have been driving like they are hell racers. If the laws have been strictly enforced, we would have much lower fatality. In addition, the road conditions are hopeless where u can find pot holes everywhere. The design of our roadsis is not pedestrians friendly. Where has the $$ gone to? A life lost could be avoided yesterday. From my observation, bumiputra forms the biggest motocyclist group.

2) I was a finance Ph D student in USM. One day, while waiting for my advisor, I grapped the test papers and I found out that most students could not even list out how many type of interest rates available and yet almost all passed the course. We need to have a much higher bar for university students. This definitely does not help Malaysians (bumiputra especially where they form the biggest group) in term of job competency and competitiness.

3) About living standard. I lived in US for for 4 years and I would say the standard of living in US was pretty confortable. I lived in a small town. 1 kilogram of chicken was selling at around USD$2 which I believe we could never get in Malaysian where the worker'minimum wage was USD4.25/hr. 1 pack of American made maggie mee was selling at USD$0.10. My 3 years old Honda Civic was bought at USD$2850. A 3 bedroom house was advertised at USD$34,000. If we compared at par, we have missed something which US has managed pretty well. I dont think pumping more money is the solution.

4) I work in Malaysia and I have a lot of Malay friends where some are operators. When asked if they received any form of help from the government, they said zero. To be fair, one did receive scholarship.

5) Dont get me talk about the projects. The terms applied are just absurd.

I am all for supporting for all the helps including financial support for bumiputra to improve but with the current schembe, I just dont see when and how it is going to be achieved.

I am Chinesss and from the feedback I get, we are supportive of the idea of getting the bumiputra to improve but not with the current practices.

I would like to end this with a quote: Doing something over and over again and expect a different result is insanity- Albert Einstein

Anonymous,  22 September 2013 at 04:15  

Sesiapa yang menyokong UMNO & mencaci Pakatan Rakyat tanpa bukti & buat tuduhan fitnah adalah orang yang bodoh,otak udang & otak tidak berkembang.Tunggulah karma & balasan yang akan dijatuhkan ke atas orang-orang yang tak berguna ini.

maae 22 September 2013 at 08:53  

Salam Dato,

Maaf kerana saya buat havoc sikit dalam blog ini. Ramai pengomentar Dato yang meroyan.

Saya hormati tulisan Dato dan pandangan masing-masing. Dalam matematik tulin, zero is not actually zero. Ia ada nilai.

Dato berpengalaman dalam politik. He..he.. saya rasa Dato tahu pengomentar yang meroyan ini... twist and turn... blog helenang banyak paparkan.

Maaf Dato. Kita bertukar pandangan.

Anonymous,  22 September 2013 at 09:30  

Jom cari alternative atau reka alternative lain untuk majukan bangsa. Kita jgn asyik komen tanpa memberi cadangan.

Boleh tak Datok atau sesiapa saja tubuhkan satu organisasi begini, biar kecil, tapi tersisih dari agenda politik.

InsyaAllah ramai akan sertai organisasi ini.

Anonymous,  22 September 2013 at 21:49  

Anon 19 Sep 11:24 "Kasih seorang satu ikan, dia makan sehari. Mengajar seorang memancing, dia ada ikan untuk makan sehidup".

Translation? - no problem at all.

All three theories wrong.

1. No ikan bilis tapi ada banyak-banyak plankton.

2. No fish to eat, don't know how to fish. Dei, vat is the problem? I can eat chapati.

3. Lu pikir senang dapat lesen, bukan olang UMNO?

Sumua kepala pusing. Sumua susah.

Anonymous,  22 September 2013 at 22:46  

salam dato,

last heard, the late chin peng's family is not intending to bring back CP's ashes back to Malaysia.

they are going to ask the Thai government to built a memorial/shrine in memory of the late Chin Peng.

a stone shall be erected to commemorate the following :-

"Here Lies The Late Chin Peng The Secretary-General of the Malayan Communists Party formed During The Japanese / British Occupation In The 1940s. His Body/Ashes Shall Not Return To Malaysia As His Choice of Final Place To Rest Because The Malaysia Government Failed To Honor The Chiangmai Peace Treaty Tri-Partite Signed Between The Malaysia, Thailand and MCP in 1989"

That in death; Chin Peng can still humiliate and haunt Malaysia all because of UMNO's stupidity. By disallowing his last dying wish; it gives opporunities for Malaysia's Enemies To Attack Malaysia. How silly.

Confession of an UMNO Cybertrooper

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP