Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 11 October 2009

Isu kepimpinan: perspektif anggota tentera


 

Encik Mahat I asked, what kind of leadership does the military want?

Tentera nak kepimpinan macam Dr Mahathir. Kepada kami, Dr Mahathir pemimpin Melayu sejati. Masa dia jadi PM, kita tak pernah dengar perkara pelik pelik berlaku. Orang mempertikai dasar bahasa, kecamuk dalam hal ehwal agama, HINDRAF punya isiu la, ugutan dari parti komponen la.

Saya dengar dulu, sesiapa yang di panggil oleh Dr Mahathir kalau tak bersedia akan terketar ketar. Pernah saya dengar ada Ketua Polis Negara- pergi briefing Dr Mahathir. Entah apa orang tua tu cross examine, KPN tu bila keluar sampai terantuk pintu.

Kami semua ketawa mendengar cerita ini. Mungkin ini hanya cerita dongeng.

Ye, kelebihan Dr Mahathir ialah kehebatan intelek nya. DR Mahathir is continuously learning and re inventing himself.

Che Mahat tahu, kawan saya yang dulu berkerja dengan MATRADE cerita pada saya, kesukaan Dr Mahathir bila lawat luar Negara ialah bersiar siar dengan membawa kamera. Apa yang menarik perhatian dan di anggap baik untuk di ikuti akan di ambil gambar. Jenis pokok, binaan jambatan. Jambatan di Putrajaya banyak ikut stail jambatan di Eropah. Dan bila Dr Mahathir berminat dengan sesuatu perkara dia akan membaca literature mengenai perkara tersebut. Saya pernah dengar satu masa Dr Mahathir sangat berminat dengan vases atau tembikar purba China. Sekembali ke tanah air, Dr Mahathir menyuruh pegawai nya mencari semua buku mengenai tembikar China.

Dan Che Mahat tahu- Dr Mahathir ni dia terlatih sebagai doctor perubatan. Tapi ilmu dia mengenai ekonomi pratikal amat mengagumkan. Kalah professional economists. Kita kagum dengan cara dia urus krisis kewangan dulu.

Tapi biasa lah Che Mahat- kadang kadang saya dalam blog pun ketuk Dr Mahathir juga. Para penyokong dia akan melompat dan balun saya. Tapi mereka ni banyak yang hipokrit sebab bila Tun Mahathir kena hentam oleh Nazri Aziz, semua penyokong Dr Mahathir membisu seribu bahasa, lidah kelu tak berkata kata.

Itulah harapan kami kepada pimpinan UMNO. Kita hendak pimpinan UMNO lebih tegas menangani pelbagai isiu negara.

Ada tak orang PAS datang kempen dengan tentara, tanya saya.

Tak ada. Orang PAS umum nya menjauhi kami yang beruniform. Orang BN ada kempen dengan kami bila berjumpa.

Anggota tentera ada pergi dengar ceramah PAS?

Ada… tapi kami tak berapa senang. Bila penceramah yang melaungkan nilai Islam caci sana sini, dedahkan aib sana sini. Kata nak perjuangkan nilai Islam, tapi perbuatan kurang Islam.

Bagaimana dengan Anwar Ibrahim?

Masa saya kat Kuching dulu, tentera rata rata simpati dengan Anwar Ibrahim. Di pukul, mata lebam dan sebagai nya.

Tapi hari ini, perasaan kami hambar. Bila Anwar Ibrahim begitu gigih cuba menangguhkan perbicaraan nya, kami syak ada sesuatu yang tak kena.

Saya rasa Anwar Ibrahim hilang banyak kredibiliti bila melakukan demikian.


 

Poskrip.

Ketegasan adalah ciri kepimpinan yang amat perlu ada pada UMNO hari ini. Sebagai contoh, saya ada menulis mengenai sikap pimpinan UMNO terhadap MCA. Sikap UMNO tak boleh ambivalent. Saya pernah menulis, the WHOLE of BN cannot be strong if its PARTS are weakened. As the senior partner, it must send the correct signals that UMNO supports MCA leadership that is striving to define new values- trust, integrity and optimism. We can't have ambivalence. The UMNO leadership must show it supports an MCA leadership that is committed to encode these elements into an MCA culture.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP