Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 8 June 2008

bolehkah Najib menjadi presiden UMNO-2

pendapat saya sendiri, najib tidak sesuai menjadi presiden UMNO. walaupun Pak Lah sudah menyatakan bahawa Najib akan menggantikan nya dan sudah pun memulakan plan peralihan kuasa, pengucapan itu tidak boleh di terima tanpa bantahan. paklah tidak boleh membuat keputusan secara unilateral. perkara peralihan kuasa di tentukan oleh perwakilan UMNO semasa perhimpunan agung UMNO mengikut perlembagaan. apa yang di hebohkan oleh para juak dan penyokong najib sekarang ialah tindakan di luar perlembagaan UMNO. maka jika orang UMNO sendiri tidak hormat kepada perlembagaan UMNO, mana mungkin kita mengharapkan ahli UMNO biasa menghormati UMNO. jika pun Pak Lah mengundur diri sebelum perhimpunan agung UMNO, Najib hanya pemangku presiden sehinggalah di sahkan oleh perhimpunan agung umno. dalam erti kata lain, keputusan memperakui sesiapa pun sebagai presiden UMNO bukanlah keputusan Pak Lah seorang sahaja.
objection saya kepada ketepatan Najib sebagai presiden UMNO bersandarkan pertama kepada kelemahan Najib sendiri dan kedua kepada keadaan UMNO yang sangat tenat sekarang. keadaan UMNO sekarang memerlukan pimpinan yang tegas dan yang boleh mengartikulasikan misi perjuangan UMNO dan seterusnya mendapatkan komitment daripada orang lain untuk mencapai matlamat tersebut. itulah tugas seorang pemimpin sejati. cuba tuan tuan sendiri nyatakan- manakah pemimpin UMNO yang memegang tampuk kuasa hari ini yang dengan tegas nya mengartikulasikan perjuangan UMNO? tidak ada bukan? Najib bukan pemikir UMNO. yang dia fikir yang kepentingan peribadi nya sendiri. untuk mendapatkan pemimpin yang berani dan tegas bercakap mengenai falsafah perjuangan UMNO, kita tidak semestinya melihat hanya kepada kelompok pimpinan yang ada sekarang. mungkin kita perlu melihat di luar kelompok. setakat ini, saya melihat hanya terdapat seorang sahaja pemimpin UMNO yang faham mengenai perjuangan UMNO. pemimpin yang saya maksudkan ialah Tengku Razaleigh Hamzah. sepanjang yang saya ingat hanya Tengku Li sahaja yang bercakap mengenai falsafah perjuangan UMNO iaitu Alif Ba Ta UMNO- Alif itu agama Islam, Ba itu bangsa, bahasa dan budaya dan Ta itu Tanah air. sayang sekali, kelompok pimpinan UMNO yang berpentesan kaki sesama sendiri hari ini bukan sahaja tidak memahami perjuangan UMNO apatah lagi mahu meng-artikulasikan misi UMNO. kita akan menghuraikan perkara perkara ini dalam ansuran esei yang akan datang. di harap bersabar.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP