Mengejar kertas tandas.
1. Saya mau menulis perihal ini dalam bahasa Melayu. Agar masyarakat Melayu merasa malu kerana ada orang ternama diantara mereka sanggup membohong untuk prestij dan diterima umum.
2. Nabi Muhammad  saw bersabda malu itu hanya membawa kepada kebaikan.  Ertinya tiada malu membawa keburukan. 
3. Nabi juga berkata malu itu sebahagian dari iman. Bermakna tiada rasa malu iman kita tidak sempurna.
4.  Jadi saya menyifatkan pembohongan sepanjang zaman yang dilakukan Zahidi  Zainul abidin satu keburukan dan kecacatan iman.
5. Dalam masyarakat Jepun, orang Jepun mempunyai rasa malu yang  sangat tinggi.  Bila mereka mau mempertahankan maruah dan harga diri, atau enggan membenarkan orang lain memperlakukan mereka sesuka hati, mereka melakukan seppuku atau harakiri.
6. Masyarakat kita takde perasaan malu nasional. Zahidi  takde maruah dan harga diri.  Kita takkan suruh masyarakat melakukan seppuku. Kita hanya nak suruh dia orang tolak dan tinggalkan orang macam Zahidi. Dan Najib  Zahid, Adnan  Mansor, Isa Samad, Azeez Baling dll.
7. Apa yang telah sisamdol Zahidi  ini lakukan? Dia mengaku ada MBA dari Global University  California.
8. Itu satu pencapaian yang hebat dari anak perghlih.  Pergi ke USA  pulak tu.  Hang world la.
9. Saya teringat ketika saya belajar kat FEA University   Malaya  tahun 1976 dulu, ada seorang penuntut dari sebuah kampung di Perlis. Apabila dia masuk UM orang kampung tersebut charter beberapa bas hantar dia ke UM. 
Saya percaya bila Zahidi  pergi ke America, ramai bersorak.  Sorak menempelak.
10. Tapi kita ada masaalah besar.  Bila kita selidik- Global University menawarkan ijazah  kepaderian. Ia tidak mengeluarkan MBA. Ia menyediakan penuntut2 untuk jadi paderi.
11. Kenalah kita panggil YB Zahidi  sebagai Tuan paderi Zahidi. Dia bolehlah cerita pada kita, berkenaan 929 bab dalam Old  Testament dan 260 bab dalam New  Testament. Boleh bersyarah kat kita mengenai Genesis, Exodus dan Leviticus. Kan?
12. Kita tanya tuan paderi Zahidi perkara2 ini kerana University  tersebut hanya menawarkan pengajian Injil.  Takde MBA.
13. Jadi dari University  mana samdol ini dapat MBA dia? University itu tidak ujud.  Jika University  tidak ujud tidak ada MBA.  Dia tidak ada mba.
14. Kalau entah macam mana, Zahidi  terus juga mengatakan dia ada mba, kita mohon dia menghuraikan tentang marketing mix Philip  Kottler. Dan juga tentang 4 corners dan 5 forces Michael Porter. Boleh kan?
15. Gabungkan 2 hujjah ini kita sampai kepada konklusi bahawa mba yang didakwa Zahidi ada sebetulnya tiada
16. Zahidi  berbohong bukan semalam, tapi bertahun tahun. Dia ajak kita hidup dengan pembohongan. Ajakan yang  kita tak boleh terima. Jadi kita marah bukan sebab Zahidi  telah menipu kita, tapi kita marah sebab mulai hari ini, kita tidak lagi boleh mempercayai Zahidi.
17. Zahidi bukanlah orang yang pertama mencetus kontroversi kerana menipu mengenai kelayakan.
18. Semasa saya ADUN dahulu(2004-2008) saya bertemu rakan2 adun yang suka mempamerkan ijazah palsu mereka didinding. Saya tahu itu semua palsu sebab universiti2 tersebut tidak diiktiraf.
19. Sama ada mereka membeli ijazah2 tersebut atau mempertaruhkan pengalaman mereka untuk mendapat digri2 tersebut.
20. Sungguh kurang sopan.  Mereka tidak hormat pada penuntut2 yang bertungkus lumus mendapatkan digri2 mereka yang sahih.
21. Nyatalah mereka tidak menghargai kerja keras.  Mereka yang ada digri palsu suka mendapat kekayaan dan kelebihan secara percuma. Dengan itu mereka melakukan social sin yang pertama-wealth without work.
22. Orang2 yang membohongi mempunyai digri palsu adalah freeloader  sebetulnya dan sebagian dari rent seeking clique.
23. Semasa saya MP (2013-2018).ada seorang MP  Sarawak, Richard  Riot, mencetuskan ribut dan berantakan kerana digri palsu tapi diakui sebagai benar.
24. Kenapa orang macam samdol Zahidi  nak tipu benda macam digri? Dia membohongi diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat. 
Jelas dia tidak bersyukur.  Dapat jadi MP  dah cukup bagus.  Ia bererti masyarakat mengiktiraf sesuatu yang berharga pada dirinya dan itu sudah satu pencapaian besar.  Apa nak lagi?
25. Sebab utama lagi utama, saya ingat ialah tiada rasa malu.  Tak malu pada diri sendiri, pada mak bapak, pada  masyarakat dan pada Tuhan.
26. Kerana tak malu dalam satu kategori2 diatas atau kombinasi ketegori2 diatas, memberanikan orang macam Zahidi  melakukan kesalahan secara umum.  Dalam kes ini Zahidi  menipu pasal digri. Dari kesalahan yang sekecil ini, dia akan graduate  melakukan kesalahan2 yang lebih besar seperti salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah dsb nya.
27. Saya tidak bercadang untuk membahaskan konsep malu.  Itu akan saya huraikan dalam artikel yang lain. Ada rasa malu menyelamatkan diri dan masyarakat atau tiada rasa malu memusnahkan serta membinasakan diri dan masyarakat.
28. Sebaliknya oleh kerana Zahidi  seorang politisyen dan saya juga begitu, saya akan membahaskan penipuan Zahidi  dalam konteks melakukan satu dosa sosial yakni politik tanpa prinsip .
29. Dalam konteks politik tanpa prinsip, kita akan membincankan perihal persetujuan yang diperintah, pengkerajaan terhad, pemerintahan ikut undang2, demokrasi dan representative  democracy.
30. Kita akan lihat orang2 seperti Zahidi,  Baby Face Najib, Zahid Hamidi, Adnan Mansor, Isa ketek Samad, Azeez Raheem dll memusnahkan prinsip2 politik ini.
31. Itulah yang terjadi bila kita tidak  serius menjadi seorang politisyen berprinsip,  tapi hanya menganggap politik sebagai kerjaya saja. Kita hanya careerist politician.
32. Seorang careerist politician hanya berminat untuk mengayakan diri dan memajukan diri dalam jawatan nya.
33. Dalam mengejar 2 objektif ini, mereka sanggup mekakukan apa saja, termasuk melanggar undang2 formal dan moral.  Inilah yang dilakukan oleh samdol Zahidi.
34. Prinsip politik yang pertama ialah mendapat persetujuan atau consent  daripada yang diperintah. Mendapat persetujuan dari rakyat sepatutnya menjadi pembendung semula jadi.  Disini rakyat dipersetankan.
35. Rukun yang dipakai oleh orang2 macam Zahidi  ialah perintah ikut budibicara mutlak atau memerintah mengikut kebenaran ilahi/divine right.
36. Berbekalkan dua rukun ini, mereka buat sesuka hati- menipu, membohong, menyamun pecah amanah, rasuah dan melakukan pelbagai bentuk kezaliman.
37. Jadi kalau orang bertanya saya, mengapa orang macam Zahidi  menipu jawapan pertama ialah dia tidak percaya pada prinsip persetujuan yang diperintah tapi pada persetujuan ilahi.
38. Ini tentu tidak banyak beda nya dengan orang yang menganggap diri mereka sebagai anugerah Tuhan kepada manusia.  Tidak ada apa boleh menyekat mereka membuat sesuka hati.
39. Belum reda kontroversi yang dicetus oleh Zahidi  ada ribut yang sama yang dicetuskan oleh matlaon dari Sabah. Rakyat Malaysia  dianggap enteng ditipu dan gampang bangat dipengaruhi.
40. Simamat ni buat diploma dan digri dalam 1 tahun! Padan muka awak wok-buat diploma 3 tahun, digri 4 tahun.  Mamat ni, kelulusan asas MCE aja! Agaknya digri, klas pertama kot-masters 1 tahun jugak.
41. Prinsip ke-2 yang dicampak ketingkap oleh orang2 macam Zahidi,  ialah konsep pengkerajaan terhad atau limited government.
42. Bukan untuk Zahidi2 langkah2 seperti adanya perlembagaan, kerajaan terhad, perintah ikut hukum, demokrasi dan perwakilan demokrasi.
43. Semua ini dibuang.  Ditempat semua itu diganti dengan rasa angkuh boleh melakukan apa saja.  Menipu mudah saja.  Zahidi tidak merasa apa2 melakukan nya.
44. Demikian terjadi apabila persetujuan mereka yang diperintah, diperlakukan sebagai taken for granted.  Sedangkan berbuat demikian boleh membawa erti masyarakat dikawasan Zahidi  bersubahat menipu rakyat seluruh negara.
45. Itu suatu perkara yang mustahil.  Takkan dalam kawasan Zahidi  tidak ada orang yang righteous  dan beragama yang tidak bersetuju menipu bersama Zahidi. Zahidi yang sendiri2 pandai mengandaikan mendapat 100 peratus sokongan.
46. Agaknya Zahidi  tidak pernah dengar perihal the rule of law.  Perkara2 seperti supremacy of the law equality before the law, fairness in the application  of the law ,accountability  before the law, sekatan keatas arbitrariness dll.
47. Jelas Zahidi  tidak tahu mengenai perkara2 ini. Tapi khasnya 2 perkara.  Accountability  kepada undang2 dan sekatan2 terhadap budicara mutlak.
48. Tidak tertakluk kepada 2 perkara ini dan jahil kepada prinsip rule of law Zahidi  berani melakukan kesalahan2.
49. Mula2 menipu mengenai digri. Mana tahu selepas itu cbt, salah guna kuasa dan rasuah.
50. Adakah orang2 dalam kawasan parlimen Zahidi  bersetuju sama2 untuk menipu? Ternyata Zahidi  tidak amanah.
51. Zahidi  juga tidak tahu lansung mengenai demokrasi dan perwakilan demokrasi atau representative  democracy. Setelah jadi mp dan sekarang timbalan menteri, yang memilih dia dilupakan sampailah pru mendatang.
52. Dibawah demokrasi melalui pilihanraya bebas, kuasa akhir terletak dalam tangan rakyat.  Melalui pru mereka memilih sosok tertentu untuk mewakili mereka.  Pilihantaya adalah avenue untuk mereka timbang periksa.
53. Orang macam Zahidi  lupa akan kuasa mutlak rakyat dan akan membayar kos yang tingi kerana meremehkan kuasa rakyat tersebut. Bila rakyat tidak bersetuju atau tidak boleh terima apa yang dilakukan oleh Zahidi, mereka boleh mengundinya keluar berambus!
54. Memberambuskan kaki2 busuk- penipu, perompak, penyamun dan perasuah adalah cara untuk menyelamatkan umno. Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagu nya.  Berakit rakit kehulu, berenang renang ketepian. Bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian.
55. Dayung sudah ditangan, perahu sudah diair. Rakyat sudah mengenali sangat umno.  Tunggu apa lagi.  Baca talqin untuk umno!
56. Si lahabau Zahidi  ni tak paham bahawa sebagai seorang representative  demokrasi, dia mewakili kebimbangan, harapan dan cita2 yang diwakilinya.
57. Bukan nya melibatkan diri dalam political voyeurism  nya sendiri. Nah, voyeurism  ialah keseronokan seksual melihat orang lain telanjang dan bersenggama. Atau keseronokan melihat orang lain menderita dan runsing.  Pembaca2 lah yang menentukan Zahidi  dalam kategori mana.
58. Alhasil, Zahidi  hanya seorang snollygoster yakni seorang politisyen yang lihai dan tidak berprinsip.  Atau seorang politisyen yang berminat berkhidmat untuk kepentingan nya sendiri bukan untuk rakyat.
59. Saya menulis artikel ini bukan hanya untuk Zahidi  atau Haji Sabah atau Richard  Riot tapi untuk semua yang menipu hanya pasal digri dan yang merompak, menyamun, pecah amanah, merasuah dan sebagainya.
60. Damn! 


 
 
0 comments:
Post a Comment