Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 28 September 2020

Mengapa kita menolak UMNO dan segala Najib-Najib - Bahagian pertama.

1. Satu soalan yang selalu ditanyakan kepada saya ialah mengapa kamu tak jemu-jemu mengkrik Najib dan UMNO?

2. Adakah ianya kerana Najib tidak memilih kamu menyambung khidmat sebagai adun?

3. Selepas tidak menjadi adun saya menjadi penulis blog yang sedikit sebanyak membentuk pendapat dan berniaga. Pada tahun 2013 saya menjadi ahli Parlimen Raub. Tanpa Najib dan tanpa umno.

4. Bukan nak besar diri, tapi saya telah buktikan beberapa perkara: (a) keputusan najib bukanlah pengakhiran segalanya dan (b) ada kehidupan selepas umno.

5. Secara umum ia bererti bahawa nasib kita tidak ditentukan oleh mana2 orang dan mana2 parti politik. Itu patut menjadi pelajaran untuk kita semua.

6. Makanya tidak benar pandangan yang mengatakan saya bertubi tubi kritik kerana menyimpan rasa dendam dan tak puas hati. Ia adalah pandangan yang picisan lagi tongong.

7. Itu, tuan2 boleh percaya. Kalau tidak percaya, ia tidak menjadi kudis kepada saya. Tak ada dendam mendendam nya.

8. Alhasil, saya menentang umno secara jujur dan telus. Saya ada sebab2 yang saya akan hujjahkan nanti.

9. Saya menentang umno kerana nasionalime dan patriotisme nya yang perkauman, kerana budaya rasuah merasuahnya, kerana meraikan kekoro-an diatas keterbaikan, kerana anti humanisnya dan ketergantungan keatas kepemimpinan/leadership neo fiudalisnya.

10. Saya menentang Najib2 didunia ini kerana ascribed statusnya, kepada politik yang saya anggap reaksioner dan pandangan atau outlook yang bourgeois.

11. Sudah tentu dalam umno ada orang yang baik2. Mereka secara jujur percaya kepada perjuangan umno sebagaimana saya jujur kepada pemikiran saya. Dan mereka menjadi rakan baik saya.
Hanya kita bersetuju untuk tidak bersetuju secara beradab. Tidak ada yang bersifat peribadi, ia hanya bisnes

12. Tapi kalau tuan memilih untuk berbeda pendapat melalui cara bersengketa memanjang, kasar seperti ahli Parlimen Pasir Salak, silakan. Ia tidak mengubah pendirian saya bahawa umno itu tidak baik untuk kita.

13. Apa nak buat, setengah orang percaya bahawa kekuatan itu benar. Kepada, saya yang benar itu adalah penghujjahan yang mantap.

13. Bagimu amalanmu dan bagiku amalanku. Ayat 6 al Kafirun, ayat 41 surah Yunus dan ayat 55 surah al Qasas. Savvy?

14. Saya akan terus percaya bahawa pemilihan kamu akan membawa kepada kemusnahan dan kerosakan serta penyiksaan oleh rakyat. Demikian adanya.

15. Deutschland, Deutschland uber alles, uber alles in der welt. Pada umno ia diterjemahkan kepada Melayu, Melayu diatas semuanya, diatas semuanya dalam dunia.

16. Halatuju motto inilah yang menakutkan dan membuat saya rasa jelek kepada umno. Di Germany ia membawa kepada racial superiority, pembunuhan dan solusi akhir. Di Malaysia ia akan menuju kesitu kalau tidak disekat.

17. Melawan dan menyekat golongan musyrik adalah tanggung jawab kita. Sebab itu Allah berfirman, dan ini kalaulah kami tidak mengadkan satu golongan(dengan kebaikan dan ketauhidan mereka) menyekat satu golongan yang lain(dengan kemusyrikan mereka) nescaya hancur muka bumi ini.

18. Tapi Allah itu adil, kalau golongan musyrik mempunyai perancangan yang lebih rapi, mereka akan menang.

19. Maka terserah pada kita untuk mencipta satu perangkap tikus yang lebih baik.

20. Allah juga berfirman bertanya kita:mengapa kamu tidak mahu berjuang pada jalan allah..

21. Yakni membela golongan mustadafin- lelaki dan perempuan, tua dan muda, anak2 dan dewasa yang saban siang dan malam berdoa kepada Tuhan, supaya membebaskan mereka daripada kepemimpinan dan pemerintahan yang zalim.

22. Dua prinsip ini sudah cukup menjadikan kita musuh yang tak mungkin ditundukkan kepada umno.

23. Jadi kalau kita menjadi penentang umno secara berterusan, ianya bukanlah misteri.

24. Jenis patriotisme dan nationalisme yang dipromosi olih umno, menghalakan tenaga kreatif orang Melayu kearah pengejaran2 yang tidak prodaktif. Itu kepada saya, adalah jenayah sosial yang paling besar kepada bangsa Melayu. Ia tidak bolih dimaafkan.

25. Ianya mengekalkan orang Melayu secara keseluruhan nya dalam kemunduran, kemiskinan, keterbelakangaan dan perasaan rendah diri. Terutama pada golongan proletar diluar bandar.

26. Nationalisme yang diterapkan olih umno menjadikan orang Melayu kelompok yang xenophobic dan paronoid yang membenci bangsa lain terutama cina, sebai penyebab utama kesusahan mereka.

27. Ini tidaklah bermaksud bahawa kaum Melayu mundar mandir seharian dengan perasaan membenci bangsa lain setiap masa. Mereka beropersi sharian sebagai kaum yang normal, bertolak ansur segala.

28. Tapi ia sesungguhnya bermaksud bahawa perasaan yang tidak rasional itu ujud in potentia, boleh digembelingkan oleh umno pada bila2 masa ia suka.

29. Bolih dugunakan pada bila2 masa inilah yang kita benci, kerana ia bermaksud kaum Melayu boleh diperkudakan olih umno, mencapai tujuan2 politiknya dan sekali gus menyembunyikan kegagalan2 nya.

30. Walaupun perasaan membenci sembrono ini tidak dimanifestasikan dalam kehidupan Harian, perasaan buruk sangka tidak rasional sentiasa ujud dibawah permukaan.

31. Hal tersebut menerangkan betapa mudahnya orang Melayu membenci tanpa sebab, parti seperti DAP. Memang benar parti tersebut didominasi olih orang Cina. Tapi begitu juga mca. Malah dalam mca tak ada orang India dan Melayu.

32. Siapa sebenarnya yang menyekat bangsa Melayu daripada mencapai potensi mereka yang penuh? Bangsa lain atau umno?

33. Ini membolihkan intelektual Melayu seperti Zaaba menulis pada, tahun 1927-adapun sebab utama dan pertama menyebabkan bangsa Melayu itu mundur dari segala segi ialah mereka itu kena tindas, picit dan perah oleh pemimpin2 terdiri dari bangsa mereka sendiri. Perhatikan-dari bangsa mereka sendiri. Tidak syak lagi umno memenuhi deskripsi tersebut.

34. Menyalah bangsa lain merupakan masabodoh orang Melayu melibatkan diri dalam omongan kosong mencari punca mengapa mereka mundur. Sedangkan punca sebenar ada depan mata mereka iaitu umno.

35. Dalam tahun 1843 Karl Marx menulis die religion ist das opium das volkes. Yang diterjemahkan secara longgar sebagai agama ialah candu kepada massa.

36. Itu Marx dengan pendapat dia. Bukan hal kita dan saya tidak mahu menghujjah perkara tersebut. Hanya, nasionalisme ala umno ialah candu kepada rakyat jelata.

37. Sebagai candu, ia berguna pada orang sakit yakni memberi mereka ilusi yang menyeronokkan. Dan memberi mereka kekuatan untuk terus hidup.

38. Tapi ia juga bahaya pada perjuangan rakyat kerana ia menyembunyikan penindasan yang dilakukan puak penindas.

39. Racism umno, yang diperagakan sebagai nasionalisme dan patriotisme oleh umno, ialah sedahsyat candu kepada rakyat Melayu. Ini juga jenayah terbesar kepada bangsa Melayu.


40. Sebagai candu ia memberi jawapan segera dan mudah, menerangkan kesengsaraan bangsa Melayu.

41. Apa yang lebih mententeramkan orang Melayu daripada menyalahkan bangsa Cina sebagai penyebab kesengsaraan mereka?

42. Ia menyatukan mereka dan mengembelingkan perasaan amarah yang terpendam dikalbu. Sentimen perkauman yang diterapkan umno umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

43. Umno menjadi magnet menarik mereka yang menjadikan musuh daripada mereka yang bukan musuh(enemies from without). Jadilah orang Melayu macam Don Quixote yang menyangka kincir angin itu seekor naga. Musuh yang sebenarnya ialah umno.

44. Setiap kali umno menang orang Melayu kekal begitu juga. Adakah pemikiran mereka berubah? Mereka tetap berjiwa hamba.

45. Memang benar sedikit sebanyak ada kemajuan fisikal -ada pembangunan. Tapi itu semua tugas semua kerajaan. Dalam negara2 yang tiada umno pun, pembangunan berlaku. Maknanya pembangunan bukan sesuatu yang unik dengan umno.

46. Bilakah kita sadar bahawa kita semua terdiri daripada satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Kalau orang tanya di Malaysia ada berapa bangsa maka jawablah ada satu bangsa. Bangsa Malaysia.

47. Kita semua lahir dari rahim yang sama-iaitu rahim ibu pertiwi. Bersatu itu mengatasi segala nya.

Bersambung dibahagian kedua...

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP