Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 11 September 2020

Baju Besi(body armour) Seorang Politisyen.


1. Seperti yang saya katakan saya ingin beri komen sedikit mengenai. Kenyataan Anuar Musa. Ingat ya, dia seorang perancang bandar bukan valuer.

2. Latihan yang serupa, sebagai seorang perancang bandar keatas subjek yang serupa, iaitu kampung Baharu, menghasilkan 2 natijah yang berbeda.

3. Itu bermakna latihan nya sebagai seorang perancang bandar adah nott. Cakap besarnya sekarang adalah untuk mengukuhkan suatu pembohongan saja.

4. Kepada orang macam Anuar Musa latihan apapun yang mereka terima tidak mengobah perwatakan mereka yang sebenar-kaki tipu. Ia macam Wak Jahid yang Ada Ph. D tapi tetap berkelakuan macam preman/gangster.

5. Jadi Anuar Musa bercakap dalam kapasiti apa? Sebagai seorang politikus?

6. Sebagai seorang polikus dia telah memberi nama busuk kepada politicians.

7. Anuar Musa cakap macam lidah bercabang. Semasa dia pembankang dia kata tanah di kampung baharu bernilai RM3000 pkp. Bila dia Menteri nak bayar RM850 pun tak boleh.

8. Orang macam Anuar Musa tak boleh dipercayai. Dia macam lalang ikut angin.

9. Kepada politisyen komoditi yang terpenting ialah integriti dan harga diri. Ternyata Anuar Musa tidak ada 2 perkara ini.

10. Kalau ada ni semua dia akan konsisten dalam percakapan nya. Tidak berbelit belit mempertahankan pembohongan nya.

11. Benarlah kata orang bahawa pembohongan mempunyai kos yang tinggi untuk maintain manakala kejujuran tiada kos.

12. Apabila kita hilang komoditi2 tersebut kita hilang kredibiliti kerana kata2 kita tidak boleh dipercayai. Itulah yang dipamerkan oleh seorang Anuar Musa. Boleh kita terus menyokong orang seperti ini?

13. Harga diri ialah evaluasi sabjektif se2orang terhadap dirinya sendiri. Tetapi jika orang lain yang membuat evaluasi, ia jadi evaluasi objektif. Bagaimana kita melihat seorang Anuar Musa?
Bercakap lain2 mengenai sabjek yang serupa bererti kita tidak boleh mempertanggung jawabkan dia pada sesuatu perkara. Itu sebabnya dia tidak merasa apa2 walaupun berdusta.

14. Tidak boleh mempertanggung jawabkan bererti dia bukan seorang yang dependable. Kita tidak boleh berharap kepada orang semacam ini. Dia lebih senang menyelamatkan tengkuk dia sendiri dan mempersetankan apa yang menimpa orang lain.

15. Saya rasa seram jika orang seperti ini diberi kuasa yang tidak terbatas. Besar kemungkinan dia akan 'abuse' kuasa dan tidak memperdulikan orang lain.

16. Politisyen yang tidak ada kesianbelas atau compassion pada orang lain tidak layak terus disokong. Dia tidak peduli apa jadi pada orang2 kampung baharu. Dapat duit dah. Duduk diam.

17. Tidak boleh dipertanggung jawabkan, tidak boleh diharap, cabul kuasa, tak ada kesian belas kepada orang lain-ini adalah ciri2 kediktatoran. Maukah kita sokong orang seperti ini? Terserah!

18. Integriti ialah sikap jujur mutlak dan mempunyai prinsip2 hidup yang kuat. Mari kita kaji seorang Anuar Musa dari sudut ini.

19. Jujur ialah bebas dari pembohongan, bercakap benar dan ikhlas. Amat sukar didapati pada politisyen macam Anuar Musa. Dia fail semua ujian.

20. Dahulu kata RM 3000 sekarang RM1000 pun sakit. Apa ni kalau bukan berbohong dan tidak bercakap benar?

21. Dia tidak ikhlas semasa beri pendapat 1 dan 2. Dia lebih bercakap kerana terikat dengan politik kepartian. Kerana membangkang, dia berkata kata hanya untuk dispute pandangan kerajaan ketika itu.

22. Tak ada intergriti bererti dia memalukan profesyen nya sebagai seorang townplanner dan kerjayanya sebagai seorang politisyen.

23. Kerjaya politisyen tak ada sumpah macam sumpah hippocratic seorang doktor. Ini termasuklah menghormati pandangan politisyen sebelumnya dan tidak menyakiti orang lain atau non-maleficense.

24. Sebagai rukun, seorang politisyen membuat undang2 nya sendiri. Tapi ia mestilah termasuk non maleficense atau tidak menyakiti orang lain. Tapi orang2 kampung baharu dapat sakit. Banyak.

25. Demikian sedikit sebanyak pandangan saya mengenai isiu ini. Saya telah menggunakan Anuar Musa sebagai modal perbincangan. Mungkin dia bukan embodiment sifat2 jijik yang saya katakan. Tapi mungkin jugak. Saudara2 buatlah penilaian sendiri.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP