Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 11 December 2016

Najib dan Rohingya- Tuhan sudah tetapkan maqam masing2




Saya terfikir, sebagai respons kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh perwakilan UMNO, jika Allah telah memilih tempat2 bagi semua orang dan memilih Najib sebagai ketua kerajaan buat masa ini, tidakkah tempat dan keadaan Rohingya juga telah ditetapkan oleh Allah? Jadi mengapa harus kita membetulkan ketetapan ini?
Jika demikian, manusia tidak perlu berusaha mengubah dan menukar apa2. Kenapa UMNO menukar Muhyidin jika ini prinsip pengaturan Tuhan?Untuk prinsip ini sahih sekarang, ianya juga mesti sahih beroperasi ketika Allah memilih Muhyidin ketika itu.
Ini kerja Tuhan, janganlah manusia hendak memandai mandai.
alhasil, jawapan nya ialah ianya semua politik poket sendiri. Yang berkuasa akan memperkudakan agama untuk menjustifikasikan keberadaan nya ditampuk kuasa. 
Jika kita melanggani idea perwakilan UMNO, ini suatu pemikiran yang merugikan bangsa kita. Kita berusaha membaiki keadaan dengan berinteraksi dengan alam sekitar. Dengan menguasai alam sekitar, kita  mengobah dunia. Tugas semula jadi Muslim yang sejati ialah menukar keadaan, dari mungkar kepada maaruf. Dari kejahatan kepada kebaikan. Mana2 cubaan untuk mengekalkan status quo berlawanan dengan tugas semulajadi Muslim sejati.  
Fakta nya, orang menetapkan maqam masing2 mengikut perkiraan yang menguntungkan diri sendiri. Dalam keadaan diasak dan dibenci, hubaya dan suruhan Najib menetapkan maqam Najib sebagai dipilih Tuhan. Tuhan jugalah yang menetapkan maqam mereka yang menentang Najib.  Bukan itu lojik perwakilan UMNO dan Zahid Hamidi?
Mengeluarkan kenyataan demikian tidak perlu mengggunakan akal rasional. Ia hanya memerlukan asakan emosi dan memuji diri sendiri dengan menepuk belakang sendiri. Ini contoh terkotor bagaimana agama diperkudakan oleh politisyen UMNO.
Sebaliknya, untuk menerangkan mengapa Najib perlu di usir, memerlukan penghujjahan yang rasional, dan tenang. Ciri2 ini sukar dicari dikalangan perwakilan UMNO yang seorang pun tidak membahaskan isiu serius mengenai orang Melayu.
Saya asalnya, tidak mahu komen pun  mengenai tersibar nya surat ajakan Zahid Hamidi dan pembentukan kabinet bayangan Zahid. Mengenai budaya UMNO ini, saya ada pengetahuan dan pengalaman sedikit. UMNO- jika dia tidak kelahi dengan pembangkang, mereka akan kelahi sesama sendiri. Itulah keperangaian kedua, second nature mereka.
Perjuangan mereka ialah mendapatkan kuasa kerana kuasa itu kunci pengkayaan diri dan konco2 mereka. Jadi kalau ada kekacauan, ianya kerana mereka sendiri berbalah. Kedua kumpulan yang berbalah yakin- alangkah baik nya negara ini, kalau orang macam baik macam aku yang menguasai Negara berbanding dengan puak lagi satu.
Janganlah kita percaya, cakap Najib bahawa ini semua angkara parti pembangkang- parti pembangkang tidak ada kena mengenai dengan trick2 kotor seperti ini. Kita tidaklah se amateurish dan sebodoh seperti budak2 UMNO. Percayalah, ianya semua kerja budak2 UMNO.Kita tidak keluarkan dokumen dan surat seperti yang tersibar sekarang.
Sama ada budak Najib yang mahu create public opinion atau kerja budak2 Zahid yang bertujuan serupa. Selalunya apabila sang timbalan presiden membuat perakuan taat setia, anda semua boleh agak, ada pergolakan besar yang berlaku. Kem Najib sedang menyelongkar kem Zahid. Najib mahu orang sedarah sedaging untuk mengetuai Negara ini kerana dia lebih percaya bahawa Hisham akan melindungi sedarah sedaging. Berbuih mulut Zahid berikrar taat setia, dibelakang kepala Najib, Zahid masih macai Anwar Ibrahim.
Parti pembangkang punya penglibatan ialah sebagai penonton mahu melihat bagaimana sandiwara dalaman UMNO ini mahu terburai dan berterabur di permukaan. 
Kembali kepada perhimpunan Agong UMNO. Tidak ada perwakilan UMNO yang kenyang dan gendut perut bertanya, kenapa semenjak 1970 sehingga 2014, pendapatan purata bulanan isi rumah golongan Melayu B40( 40% terbawah) ialah RM2367? Itu bererti seluruh golongan B40 layak diBR1Mkan. Majoriti Melayu dibawah naungan dasar ekonomi UMNO adalah golongan miskin.
Itu hampir 50 tahun. Pendapatan kelompok Melayu terpilih 20% teratas mencecah RM12,630 sebulan.  Dan antara 2012-2014, sementara pendapatan bulanan B40 meningkat sebanyak RM681, pendapatan kelompok terpilih, meningkat sebanyak RM1964?  Mengapa ada kesenjangan seperti ini?
Ini berlaku keatas orang Melayu sedangkan UMNO menguasai kerajaan semenjak 1955 dan memimpin Melayu sejak 1946.
Ini terang membuktikan bahawa dasar ekonomi yang parti UMNO jalankan, yang disokong oleh tong2 kosong dan windbag UMNO menyebelahi kelompok terpilih.
Najib seronok dengan pujian membabi buta demikian. Dia mulai mempercayai pembohongan nya sendiri. Maka dia pun bergentayangan dengan perasaan dia lah Melayu dan Muslim terbaik di Malaysia. Apalagi bila Zahid Hamidi dan mereka yang semikiran Zahid menyebut bahawa Najib ialah pilihan Allah.
Sikap inilah yang dibawa nya semasa berjamboree dengan Lebai Hadi memprotes terhadap kerajaan Myanmar.ya- inya sati jamboree meraikan Hadi dan lebai2 malang PAS.
Dalam perhimpunan bersama Haji Hadi sebagai memprotes terhadap kerajaan Myanmar, bukan main lagi Najib. Melaungkan solidarity untuk Rohingya yang tertindas; mengecam aung san suu kyi( sebut ongsan suci) , mengecam kerajaan tentera Myanmar. Najib melaung dan bertempek- adakah mereka ingat saya akan tidur lena? Saya akan bela mereka kerana bukan sahaja mereka itu Islam, tapi juga manusia. Apa nak jadi jadilah.
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Sampai sekarang tak kahwin lagi
Apa dah jadi
Apa dah jadi
Kalau tak kahwin menyesal nanti
Apa dah jadi
Hanya masa yang sesuai sahaja yang tinggal. PAS akan membantu UMNO untuk kekal kuasa. Kerajaan PAS yang menggondol balak di Kelantan, akan terus menyokong Najib yang menggondol perbendaharaan Negara .
Maka, PAS pun dilamar oleh Najib. Jika tidak Najib akan menyesal. Perkahwinan politik dengan PAS lah yang akan menyelamatkan Najib untuk kekal berkuasa. Najib kena main sentiment perkauman dan agama. Dua perkara ini sedang diancam DAP Dajjal.
Kerana jika gagal perkahwinan ini, nasib bangsa Melayu akan malang. DAP akan menjadi pemimpin parti pembangkang, sebab melayu yang ada dalam parti2 lain semua nya lembik tidak bertulang belakang dan lembab. Semua kepentingan Melayu- bangsa, agama, raja2 Melayu akan musnah. Institusi yang menjaga kepentingan Melayu istimewa, FELDA FELCRA, TABUNG HAJI, KHAZANAH, semua GLC yang menyalurkan dana kepada UMNO akan ditutup. Pemimpin Melayu yang menyamun dan merompak akan diadili.
Tergamam PAS mendengar ucapan dan semangat yang ditunjukkan oleh Najib. Inilah orang yang bercakap mengenai maqasid shariyah, wasathiyah dan yang ber- ya hana na. Sekarang dia dalam jemaah kita bersolidariti dengan Rohingya.
Inilah contoh keperibadian Muslim yang baik dan wajib disokong. Mengenai Najib melanun melalui 1MDB- mana ada bukti? Lagi pun kemungkaran boleh dimaafkan kerana Najib itu segama dan sebangsa dengan kita. Takbir!
Tapi mengenai sandiwara, Tuhan sudah pun memberitahu kita lebih 1400 tahun dulu. Ada suatu manusia, yang ucapan dan penceritaan nya  mengenai dunia ini akan memukau kamu dan dia menyebut Allah sana dan sini. Tapi ia sebenarnya musuh kamu. Apabila dia membelakangi kamu, dia membuat onar diseluruh muka bumi ini, memusnahkan ladang dan ternakan. Allah murka kepada mereka yang melakukan kemusnahan. Lihat Al Quran 2: 204-205.
Apa yang Najib sudah lakukan? Dia telah memusnahkan perladangan. Hari ini, peneroka Felda sudah dijadikan hamba pada FGV; dia memusnahkan industri ternakan lembu melalui NFC. Hari ini, kita import keperluan daging pada tahap 75% dan pengimpotan tersebut dilesenkan kepada 23 syarikat. Nilai industry import daging ini, berbillion Ringgit.
Najib melindungi golongan istimewa yang mengayakan diri atas laungan agama, bangsa dan Negara. Dan Haji Hadi serta PAS merestui dan sekarang menyokong Najib dan arti UMNO.
Bagaimana kita menerangkan sikap Haji Hadi dan UMNO?
Ianya juga bukan suatu yang menghairankan. Golongan munafik, mereka ada kesefahaman sesama sendiri, mereka akan sokong antara satu sama lain. Ini juga diduga dalam Al Quran.
Si munafik, lelaki dan perempuan ada kesefahaman antara satu sama lain. Mereka menyeru kepada kemungkaran dan menyekat apa yang adil dan menggunakan kuasa, wang untuk bantu membantu satu sama lain. Mereka melupakan kuasa yang kebih besar dan yang lebih kaya, iaitu Allah; maka, Allah akan melupakan mereka nanti. Sesungguhnya, si munafik adalah golongan pendurhaka dan jahat. Lihat al Quran 9: 67
Balasan kepada golongan ini ialah api neraka. Mereka akan tinggal disana. Mereka dilaknat oleh Allah dan kekal dihukum. Al Quran 9: 68.
Bagaimana kita mahu membela kaum Rohingya di Myanmar jika dalam negara kita, Rohingya diciskan? Cis Rohingya pengemis! Setakat ini, persepsi orang ramai terhadap Rohingya ialah mereka peminta sedekah, berhimpun didepan pintu masjid, menjual permata, mengetuk tingkap kereta meminta wang. Mereka juga ditindas dan dieksploitasi dalam negara kita, tinggal dibawah jambatan atau rumah sewa didiami oleh sekampung jenis mereka.
Mengapa Najib tidak beri mereka status orang pelarian, menyediakan tempat tinggal dan menjaga mereka?
Saya tidak fikir Najib atau Rosmah mahu mendekati mereka.
Tapi Rohingya menawarkan laba politik. Ianya isiu yang memesongkan perhatian rakyat terhadap kemungkaran2 lain yang Najib lakukan. Isiu 1MDB sedang menjerut leher najib dan hubaya2 nya; rakyat kian membenci incompetence Najib mengurus ekonomi Negara, rakyat menolak rancangan Najib melaga lagakan rakyat satu dengan lain. Orang Melayu disuruh membenci orang Cina sedang najib dan pemimpin UMNO, tanpa pengecualian menjalankan bisnes dengan orang Cina. Bahkan Najib menjual asset Negara kepada China kerana meminta bantuan menyelesaikan masaalah kemungkaran yang dilakukan oleh Najib.
Keutamaan najib ialah menyelamatkan dirinya, tidak kira apa kos nya kepada rakyat.  Jangan kita biarkan kita diperlakukan sewenang wenang nya.
Kepada sebahagian dari kita, ia menjadi tanggung jawab untuk menyusun diri kita menyeru kepada melakukan kebaikan, keadilan dan pembetulan kerana itulah keselamatn dan kejayaan.

4 comments:

Anonymous,  11 December 2016 at 08:21  

Salam Dato,

Semasa perhimpunan UMNO, saya lihat ucapan-ucapan pimpinan tinggi tidak ada nilai langsung. Semuanya sifat mengampu, membodek dan tah apa lagi .... macam sampah. Gurau-gurauan semuanya mloyakan dan nak muntah kita mendengarnya.

Apatah lagi perbincangan orang UMNO, Professor Kangkung dalam siaran TV, macam tu juga. Betul-betul macam rakyat Korea Utara ... semuanya serba takut menyatakan kebenaran. Seolah-olah membaca skrip yang di sediakan oleh Najib. Professor sebegini tak ada kelas langsung.

Ini tidak kita lihat di negara maju macam UK, US, AUstralia dll. Lihat negara maju semacam Korea Selatan, beribu-ribu rakyat keluar ke jalanraya menuntut Presiden letak jawatan, kerana di tuduh rasuah. Adakah kita lihat Korea Selatan runtuh ekonomi gara-gara adanya tunjuk perasaan? Semakin ramai pelancong datang ke Korea Selatan. Orang tidak mnjatuhkan kerajaan, tapi singkirkan seorang pimpinan individu yang korup.

Minta maaf kata, saya boleh katakan Pak Najib ini haramjadah dan bahlol. Adakah orang yang menyatakan kebenaran dikatakan "pengkhianat negara", menjatuhkan kerajaan?

Yang paling bodoh dalam segala hal, ialah bila [sebahagian] rakyat yang kais pagi makan pagi, budak rempit hantu malam, budak Universiti yang semacam tak ada otak bila Najib terang-terang merompak di siang hari, masih lagi menyokong si biawak ini. Malulah saya lihat belajar-belajar tinggi-tinggi tapi fikiran macam orang kena Schizophrenia.

Malu saya masih ada lagi orang suka bergayut kepada seorang individu bernama Najib yang pondan, pengecut, tak pandai berbahas dan perompak. Patutlah wakil UMNO di Parlimen di katakan "sial". Najib sendiri selalu tak nampak dalam Parlimen .... dan orang macam sial inilah yang disuruhnya berbahas di Parlimen. Pasir Salak tidak salah. Yang salahnya ialah wakil rakyat UMNO yang suka menyalak tak tentu pasal dalam Parlimen. Betul kata Sudin, lain ditanya lain dijawab. Kasihan rakyat bila ada wakil rakyat UMNO yang "pekak" dalam Parlimen.

Saya sokong penulisan Dato yang sangat bernas dan boleh mengajak pembaca memikir dan menilai keadaan semasa.

Anonymous,  11 December 2016 at 12:10  

Sir V.S. Naipaul

(Beyond Belief—Islamic Excursion Among the Converted People)

Islam is in its origin an Arab religion. Everyone not an Arab who is a Muslim is a convert. Islam is not simply a matter of conscience or private belief. It makes imperial demands. A convert’s world-view alters. His Holy places are in Arab lands; his sacred language is Arabic. His idea of history alters. He rejects his own. The convert has to turn away from everything that is his. The disturbance for societies is immense, and even after a thousand years can remain unresolved. In the Islam of converted countries there is an element of neurosis and nihilism. These countries can be easily set on the boil.

./mkh

Anonymous,  11 December 2016 at 18:49  

Salam Datuk..artikel yang menyentuh harap2 the dUMbNOs faham.,ayuh pembaca budiman..kita sebarkan

Takbir,  13 December 2016 at 09:37  

semenjak kejatuhan anwar Malaysia sudah kelihatan tidak ada pemimpin berwibawa lagi.

ini bermakna jika trend berterusan Malaysia akan menuju ke bawah. kehancuran. terlalu banyak index samada ekonomi rasuah atau social yg boleh dijadikan ukuran. jgn dinilai dpd apa yg dihias depan mata oleh pemimpin yg memerintah. jgn dinilai dpd percakapan manis mereka itu.

jika Negara semakin baik tidaklah rakyat mengeluh dgn sara hidup yg merudum hari ke hari. jika gst dan kenaikan harga setiap barang keperluan itu adalah baik dimata pemimpin, maka kejatuhan nilai ringgit juga hendaklah ditepuk beramai2 sebagai baik. kenapa najib kata nilai ringgit akan pulih. pulih bermakna sedang sakit dan akan beransur sihat.

rentetan dpd pemimpin2 kurang wibawa ditambah lagi dengan kenyataan zahid mengatakan najib adalah ketetapan Tuhan untuk memerintah. Siapapun ahli sunnah yg faham akan mengatakan bahawa Allah tidak memaksa seseorang untuk menjadi sesuatu dan melakukan sesuatu. Manusia diberi kebebasan melakukan sesuatu samada baik atau buruk. Pentadbiran sebenar dan total Tuhan hanya akan dilaksana diakhirat nanti. Bermula daripada barzakh. Disana kita tidak ada pilihan melainkan akan akur sahaja semua kehendak dan dasar2 Tuhan.

Apabila kita diberi kebebasan maka tidak dinafi ‘campur tangan’ Tuhan yang meletakkan seseorang pada sesuatu kedudukan. Ini sahaja tidak cukup kerana ia fahaman tidak masak. Bukankah Tuhan mengatakan setiap jiwa akan diuji? Maka selain mengatakan setiap sesuatu itu berlaku dengan kehendak Tuhan, maka jgn lupa disitu ada ujian yang sedang berjalan sesuai dengan keadaan seseorang itu. Jika ditakdirkan jadi pemimpin maka ia sedang diuji. Bukan jawatan itu satu anegerah yang membolehkan seseorang itu buat suka hati ‘mak bapak dia’ saja.

Setiap nikmat atau kesusahan tetaplah ia satu ujian. Semakin besar nikmat makin getir ujian, jika lulus balasannya sangat besar dan jika gagal maka hukumannya sangat pedih. Maka perlulah zahid mengingatkan ketuanya akan ujian yg sedang berlangsung seiring dengan nikmat dan kuasa yang ada.

Dan manusia ini dalam keadaan terdesak untuk membodek, maka agama juga yang akan digunakan sebagai alat. Dalam keadaan ada kepentingan maka yg tidak biasa takbir pun sudah pandai bertakbir. Sedangkan makna takbir adalah mengaku Maha Besarnya Tuhan, bukan aku yg terbesar di Malaysia ini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP