Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 26 December 2016

FELDA Beli Eagle High boleh, bantu peneroka dilengah lengahkan



Banyak isiu felda dan peneroka hari ini. FGV rugi dan terus rugi. Ada rasa bangga mengatakan kerugian suku tahun ini kurang dari kerugian suku tahun dahulu. Memang rasionalisasi orang kecundang demikian.
Mereka mengaitkan prestasi ini dengan kelembapan ekonomi diseluruh dunia. Tapi ada beberapa bisness perladangan  lain yang berdepan dengan iklim ekonomi yang sama, tidak pula mengalami kerugian seperti FGV. Maka janganlah FGV mempersendakan intelijens kita.
Saya tidak hendak memukul keliling semak- apa berlaku pada felda atau FGV ialah dengan kehendak najib tun Razak. 90% FGV dikuasai oleh kerajaan.
Orang lupa bahawa Felda itu 100% milik kerajaan dan kerajaan melalui semua pemegang saham FGV, menguasai FGV 90%. Bolehkah apa2 yang dilakukan oleh FGV dilakukan tanpa kebenaran Najib?
Kerugian FGV ialah kerana mutu pengurusan nya; pelaburan yang merugikan serta penyelewengan yang berlaku keatas reseb tunai .  ia ada pelaburan yang merugikan. Ia melakukan pembelian bisness dan hartanah yang menyebabkan reseb tunai makin menurun.
Garis pemisah antara Felda dan FGV sangat nipis. Felda dan FGV hampir 90% milik kerajaan Malaysia. 10% sahaja dimiliki oleh warga asing. Tidak berguna kita bercakap mengenai felda dan FGV seolah olah ianya entity yang berlainan. Kesemua keputusan dibuat oleh kerajaan Malaysia dan bila sebut kerajaan Malaysia, keputusan dibuat oleh PM.
Maka jangan lah kita menipu diri sendiri- bila felda dan bukan FGV yang mahu beli 37% saham dalam syarikat Peter Sondakh, ia berlaku kerana PM mahukan ia berlaku demikian.
Disini akan mula masaalah kpada kta. Kita tahu bisiness model Najib. Ianya 1MDB sekali lagi.
Felda pula mengistiharkan akan beli 37% dari Eagle High Plantations dengan harga RM2.3 billion. Ini camera trick sahaja- selepas FGV kensel pembelian, Felda pula yang mengambil alih. Mengapakah ladang Peter Sondakh ini terlalu penting dan mesti dibeli seolah olah nya, kalau tidak beli, dunia akan kiamat?
Memang benar pembelian ini akan memberi akses kepada Felda kepada tanah yang belum ditanam dan akan membaiki profile umur pokok sawit yang mereka ada, tapi untuk membuka ladang baru akan menelan belanja yang banyak juga.
Jadi saya tidak fikir Felda akan pinjam RM2.3 billion sahaja. Mesti pinjam lebih. Kita berputar kembali kepada business model membangunkan perniagaan dengan menerbitkan debt instruments.
Felda menyatakan ia tidak menggunakan wang felda. Ia tidak ada duit, jadi bagaimana membiayai pembelian Eagle High? Apa maksudnya ini? Adakah felda akan berhutang dan meminjam? Kita sudah pun ada contoh satu bisnes yang dibangunkan diatas hutang. Ianya telah gagal dan hanya memberi peluang kepada beberapa orang merompak wang dari 1MDB.
Jadi bagaimana Felda membiayai pembelian ini? Bukankah ia memperolehi hampir RM10 billion dalam tahun 2012? Dan tentu ia mendapat pulangan keatas pelaburan2 yang dibuat oleh pengurus2 felda yang bergeliga otak mereka itu.
Tapi kita juga tahu, Felda berhutang dengan EPF sebanyak RM6.5 billion. Kos faedah bayaran hutang felda akan bertambah. Dan ini akan mengurangkan reseb tunai nya.
Setakat ini kita tahu sumber pendapatan Felda ialah pelaburan nya. Ia tidak lagi meraih pulangan dari ladang kerana ladang seluas 360,000 hektar tersebut sudah dipajak kepada FGV salama 99 tahun dengan bayaran pajak RM250,000 setahun. Iaitu, pendapatan nya sebanyak RM250juta setahun dan 15% kongsian untung operasi dari bisnes ladang FGV.Pulangan dari pelaburan lain semua nya teruk.
Obligasi keatas peneroka felda masih tinggi. Dengan memindahkan sebahagian tanggung jawab mengendalikan bisness kepada FGV, mungkin Felda hanya memerlukan RM1 billion setahun untuk mengurus peneroka dan bisness nya sendiri. Dahulu ia memerlukan secara purata RM1.7 billion setahun. 
Dengan pendapatan sekitar RM500-600 juta, setiap tahun ada defisit. FGV mengambil alih 30-40% kos bisnes felda. Jadi jika dahulu Felda memerlukan RM1.7 – RM2 bilion dana untuk mentadbir dan mengurus Felda, kali ini, mereka dapat jimat dalam RM680-800juta setahun. Tapi ia masih memerlukan sekitar RM1 bilion setahun dan dengan pendapatan RM500-600 juta setahun, masih ada deficit sekitar RM400 juta setahun.
Dari mana Felda mahu menampung deficit ini? Jika sekarang ia pemilik 37% Eagle High, pulangannya  setakat 37% keuntungan. Ia masih bergantung kepada kecekapan menjalankan bisness oleh Eagle High dan dengan tiada kuasa pengurusan Eagle high. Bolehkah 37% pegangan dalam eagle high memberi pendapatan paling tidak RM500 juta setahun?
Dengan penuh harapan menggunung, pengurusan felda dengan segera menyatakan, pembelian ini akan meletakkan felda ditempat yang stratejik. Mengapakah kita tidak yakin dengan kenyataan ini?
Kehidupan dibawah sinar FGV tidaklah menyuburkan badan. Peneroka yang menghantar BTB ke kilang2 FGV lambat mendapat pembayaran; kontraktor pengangkutan tidak dibayar segera. Peneroka dapat pendahuluan sara hidup( hutang) sekitar RM1500 sebulan. Ini bukan durian runtuh kepada peneroka. Wang durian runtuh RM15,000 satu keluarga dahulu sudah habis. Duit untuk tanam semula tidak mencukupi.
Kenapa felda memilih untuk beli ladang peter sondakh kawan Najib tapi tidak mahu bantu peneroka? Felda masih bertanggung jawab keatas si peneroka  sebab mereka dapat sewa RM250juta setahun dan 15% dari untung operasi dari bisnes perladangan FGV. Jika mereka ada duit RM2.3 billion, selamatkan peneroka dahulu. Beri mereka sara hidup lebih dari RM1500 sebulan.

2 comments:

Anonymous,  26 December 2016 at 15:24  

Beralih 5% peratus undi Felda cukup jatuhkan BN – http://m.malaysiakini.com/news/367258

Donplaypuks® 27 December 2016 at 07:10  

Originally 1MDB borrowed $4 billion from KWAP. The loan was then transfered to SRC under MoF when Najib concocted a massive fraud, and till today Chief Sec to govt Ali Hamsa and MoF Chief Sec Serigar Abdullah have refused to divulge what the money was exactly used for. There is some indication that 1MDB "invested" in an Indon venture. It's no coincidence that Eagle High was formed in 2014 after Najib & Rosmah visited Sondakh in Indonesia.

There is every possibility that a huge chunk of the missing KWAP $4 billion may have ended up in Eagle High, which MoF has classified as "units" whose market value is way, way below their cost! And just like the $55 billion ECRL con job, Najib is robbing Peter (Felda) to pay Paul (SRC).

The latest explanation by Felda/Najib that the correct way to price oil palm plantation land by "enterprise value' as opposed to market value of shares is another lie by Najib, especially where the market cap of Eagle is about US$600 million, yet Felda is willing to pay US$505 million for a 37% stake??!!@@**

Yet another lie by Najib is that this is the last opportunity to buy oil palm land in Indonesia. Really? Where has the Indon govt announced that? Why not buy minority stakes in other leading and more profitable Indon oil palm companies then? Why has no one else - Wilmar, Cargill and other leading Indon oil palm players - rushed to buy Eagle for over two years?

Note also that when FGVH bid for Eagle the US$ was about RM3.50, today its about RM4.40, a depreciation of 25%. So, in fact Felda will be paying a much higher price than before. This is why Najib "cunningly" announced that there was a reduction in price in US$ terms, without stating that in fact Felda will be paying a whacking lot more in RM terms! And why should the Taxpayer guarantee Felda's fishy foreign acquisition?

Refer also to this Guardian report which warns Felda that it might lose its best customers if it goes ahead with Najib's deal which smacks of fraud and stinks to high heaven! GLCs holding FGVH shares are already in the red to the tune of RM8 billion. https://www.theguardian.com/sustainable-business/2016/mar/07/palm-oil-felda-eagle-high-multimillion-dollar-deal-human-rights-deforestation

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP