Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 12 May 2015

Najib lwn Mahathir: Silat lwn Kalari Payat



PM Najib boleh jerit  sana sini. Dia boleh upah MP Kalabakan himpun orang ramai. Beri t shirt, topi, duit dan sediakan makanan. Karipap mungkin RM3 satu. Orang pun ramai datang.

Najib pun suka dan gembira. Rakyat masih sayangkan aku. Mungkin juga ada placards we love PM.

Tapi Najib dan saya tahu bahawa  jika Dr Mahathir memulakan sesuatu  dia akan usaha sampai ke penghujung. Jika dia kata dia nak tumbangkan Najib , bersedialah kita -dia akan usahakan langkah2 sehingga Najib jatuh.

Walaupun umur 90 tahun, bila ada perlawanan, Dr Mahathir ada anjakan adrenalin. Otak nya kembali muda. Langkah nya akan jadi mantap. Silatnya akan jadi tangkas.

Najib bersilat, dr Mahathir kalari payat. Bugis lawan Malabar.

Jika Najib sokong Dr Mahathir dan kerana sokongan itu, Dr Mahathir jadi PM selama 22 tahun, perkara serupa boleh diaplikasi keatas Najib. Kerana sokongan itu Najib dapat tempat dalam UMNO sehingga jadi PM. Orang UMNO tahu berapa kali Najib hampir digugurkan tapi selamat kerana Dr Mahathir berlembut.

Dan Dr Mahathir tahu kenapa Najib ubah sokongan pada saat akhir kepada nya.

Sama ada Najib Tun Razak kurang ajar atau dr Mahathir tak ada rasa malu, kita bebas menterjemahkan nya. Di Tawau, PM Najib suruh Dr Mahathir jangan buat bising lah. Mereka, termasuk Najib telah menyokong dia dari tahun 1987. Dr Mahathir kena sokong pula. Kalau tak sokong diam sahaja ba.

Tapi kerana sokongan itu jua, Najib terus jadi menteri semenjak 1987, dinaikkan pangkat sebahagian besar nya bawah perlindungan Mahathir dan jadi TPM dan PM atas desakan Mahatir juga.

Budi siapa kepada siapa yang lebih besar?

Tidak kiralah sama ada orang yang berhimpun itu disewa atau tidak atau di punggah dengan segala kenderaan supaya memenuhkan ruang. Najib suka ada pesta dan orang ramai kerana ianya memberi ilusi sokongan terhadapnya kuat.  Orang bangsawan suka jika ada rongeng2 sikit, nyanyi2 sikit, gedik2 sikit.

Dr Mahathir yang sudah 90 tahun macam tak reti bahasa- PM suruh diam dan sokong, dia masih hentam. Kita menunggu DR Mahathir keluarkan kenyataan megapa Najib menyokong nya disaat akhir.

Umum tahu bahawa Najib ketika itu, sampai ke saat akhir menyokong Tengku Razaleigh. Mesti ada rahsia besar yang Dr Mahathir ada keatas Najib yag menyebabkan Najib menyokong DR Mahathir. Kita tunggu juga jawapan Dr Mahathir.  

Seperti orang lain, saya baca tulisan Dr Mahathir yang mutakhir. Perenggan yang meminatkan saya ialah:

Saya tidak dapat terima negara diperintah oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.

Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan menderita.

Sebahagian besar pimpinan DAP adalah cina. Penyokong nya , pada majoriti nya juga Cina. tidak masuk akan sebuah parti sebegini dituntut menyuarakan kepentingan bangsa Melayu. Melayu yang dalam UMNO dan lain2 parti buat apa? 
PAS berjuang untuk Islam. Samaada orang terima perjuangan itu sebagai tulin atau tidak bergantung kepada penerimaan rakyat. Bagaimana PAS mengkaedahkan perjuangan nya bergantung kepada pemikiran stratejis pimpinannya. Saya tidak lah sampai kepada tahap mengecap Islam yang diperjuangkan oleh PAS itu telah diPASkan. Jika ia, maka rakyatlah yang menolaknya. 
Memang benar, setiap parti kita- DAP, PKR dan PAS berbaris mengikut rentak gendang masing2- tapi kita semua mempunyai keinginan politik yang sama. 
Dasar parti mungkin bertentangan satu sama lain- tapi keinginan untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, dipimpin oeh kerajaan yang jujur dan boleh dipercayai, berdiri atas prinsip perintah ikut undang adalah impian bersama.

Dibawah umno, mereka perintah ikut selera PM. Seperti yang Dr Mahathir sendiri sebut- pengadu yang melapurkan mengenai jho Low dirampas rumah dan diistihar  muflis, pemberita ditangkap, ugutan sana sini.

Kedaaan tidak akan lebih huru hara seperti yang berlaku sekarang. Kita sudah sampai ke bontot tong, tidak ada arah lain melainkan keatas.

Di negeri yang diperintah oleh DAP, PKR dan PAS keadaan lebih teratur dari pemerintahan Malaysia dibawah AhJib Gor.

Dr Mahathir tidak sebut perkara yang terpenting. UMNO tumbang dan akan tewas kerana parti itu gagal mengundang believability. It is failing because it no longer enjoys believability.

7 comments:

Anonymous,  12 May 2015 at 21:30  

Saya juga baca ulasan Tun Mahathir yang mengatakan kalau UMNO/BN kalah PRU maka ramailah dari kalangan mereka akan meringkuk dalam penjara.
Hehe..

Pok Li

Anonymous,  12 May 2015 at 22:54  

Unless PAKATAN kick that Hadi out, they just dream on.

Anonymous,  12 May 2015 at 23:38  

"PAS president Abdul Hadi Awang has broken ranks with the federal opposition, backing Najib Abdul Razak to stay on as prime minister.
"He should not succumb to pressure and he should be allowed to solve the problems he is facing.
"I agree with him that he should not step down and I must say that he should be given a chance to finish his term," he was quoted as saying in Kuala Terengganu by The Star Online.
Abdul Hadi’s endorsement comes amid urgings for Najib, who is also finance minister, to step down over cash-strapped 1Malaysia Development Berhad (1MDB) which is struggling to repay its RM42 billion debt.

Full article: http://www.malaysia-chronicle.com"
IS THIS FELLA HADI ULAMA OR ULAR DALAM SEMAK? IT IS TIME PK KICK THIS MORON WHO BEHAVE WORSE THAN A AL-YAHUD OUT.CANT STAND THE SIGHT OF HIM.

Anonymous,  12 May 2015 at 23:53  

"Graduates who have completed their studies in six months are among the current 400,000 unemployed individuals in the country, said Minister in the Prime Minister’s Department Abdul Wahid Omar.

He said according to statistics, 161,000 graduates or 8.8 per cent of youths, aged between 20 and 24 years, had yet to find a job.

Despite the launching of several programmes by the government to increase jobs such as Jobs Malaysia and the 1Malaysia Training Scheme the employment rate remains low."
DID NOT THAT BUGIS CLAIMED THAT HE CREATED 1.6 MILLION JOBS. OH I FORGOT IT WAS FOR THE BANGLAS AND INDON, AN HIS APCO PR.

Anonymous,  13 May 2015 at 00:02  

Persoalannya...mengapa tun ada persepsi bgitu hingga kini...sbb politikkah atau ada sbb2 lain....itu yg PR kena buktikan...berdiri di bawah payung yg sama walau berbeza dasar2 parti....tapi lihatlah...sesama PAS pun berebut kuasa....sanggup menghalau parasit katanya....ini apa smua ni....

dap ok...cuma cina shj yg berkuasa...

pkr ok....tp brp lama boleh bertahan dgn 3 kaum majoriti di dlmnya...itupun selagi AI ada....

Anonymous,  13 May 2015 at 00:54  

I have said this before

The War Cry has been sounded, both sides getting ready, Gajah Sama Gajah gaduh, Pealnduk dapat Undi.

Biar Gajah dan Gajah gaduh, biar depa hentak sesama sendiri, kita lihat temasya.

47% rakyat yang undi BN faham sekarang, PKR boleh majukan Malaysia manakala BN boleh bangkrapkan malaysia.

Tak perlu banyak contoh, lihat Filipina, dari negeri yang maju, sudah jadi negeri ...? Graduan berlambak kerja sebagai Maid..

Hanya satu individu yang telah merosakkan Filipina... Marcos dan First Lady dia.

Takkan lah kita nak celik mata bila dah terlambat... Bangun, bangun dari lena, jangan biar BN rompak harta...

Anonymous,  14 May 2015 at 23:07  

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Jasa2 mu tetap dikenang hingga akhir hayat.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP