Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 12 January 2014

Hipokrasi Pemimpin Negara



Hendaklah kita ingat- bila kita tentang seorang individu bukanlah peribadi individu itu yang kita tentang- kita menentang perlakuan dan perbuatan nya. bila menteri mengadakan perkahwinan anak mereka atau meraikan harijadi mereka dengan berbelanja ratusan ribu Ringgit malah jutaan Ringgit- perbuatan mereka yang kita tentang.
Apa boleh kita buat jika mereka ada banyak wang? Jangan kita iri hati. Orang Melayu mesti bangga pemimpin mereka tidak papa kedana. Mereka simpan wang sebaik sahaja tahu membaca dan mengenali apa itu wang. Demikian juga kita jangan merungut bila anak DS Rosmah beli penthouse bernilai RM110 juta atau mendanai pembikinan filem- bukankah dia anak yang baik belajar dari ibu nya supaya menabung sebaik sahaja tahu membaca? Kamu orang kampong tidak mengajar anak2 kamu menabung apa pasal?Kamu yang salah kerana tidak mempunyai wawasan untuk anak2 kamu.
Orang Melayu kan suka pemimpin mereka kaya raya sebab biarlah mereka kaya- mereka Melayu. Biarlah mereka masuk rumah kita, meniduri isteri dan anak perempuan kita- bukankah mereka itu Melayu?
Bila kita kutuk nasihat Najib supaya rakyat belanja berhemah, bukan peribadi Najib yang kita tentang- tapi perbuatan hipokrit nya. kaum perempuan tetap sayangkan Najib kerana bibirnya yang merah itu, dan orang2 seperti Shahidan Kassim tetap akan mengucup tangan Najib sehingga berciut bunyi nya.
rakyat disuruh belanja berhemah ketika bil air dan api Najib berjuta Ringgit. Kos selenggara jet eksekutif kerajaan yang berjumlah 6 buah itu memakan belanja yang banyak. Kos minyak kapal terbang RM14.9 juta dan kos maintenance dan menyimpan jet2 VVIP itu ialah RM167 juta untuk tahun 2012. Bill letrik kediaman PM sehari ialah RM813,000 untuk 2012. Bil air pula sebanyak RM852 sehari untuk 2012.
Menteri dijabatan PM, Wahid Omar yang belum lagi menyelesaikan janji nya untuk menjelaskan kes rasuah Alcatel dan Telekoms semasa dia jaga bidang itu dahulu,  berkata dia pergi ke pasar setiap minggu dan tahu harga barang dan menasihatkan rakyat supaya belanja berjimat cermat. Kita tidak benci mereka secara peribadi, tapi kita benci hipokrasi nasihat mereka.
Semua pemimpin2 ini mempunyai ciri kepimpinan yang sama- tidak ada keberanian moral. Keberanian moral ialah untuk melakukan tindakan yang betul dan jujur bila berdepan dengan pandangan popular, rasa malu, skendel dan seumpamanya. Bila tidak ada keberanian, semua ciri2 murni yang lain tidak ada. Tidak ada prudence umpamanya yakni kebolehan mengimbangi antara kepentingan peribadi dan kepentingan orang ramai. Diri sendiri boleh lakukan perkara yang bertentangan dengan nasihat yang diberi kepada rakyat. Diri boleh belanja sesuka hati manakala rakyat disuruh ikat perut.
Kalau nak berjimat- jangan naikkan kadar TOL dan jangan naikkan kadar letrik. Jangan naikkan cukai. Tarik balik semua sabsidi. Naik kapal terbang komersial. Kawinkan anak di kampong dan balairaya atau atas padang. Buat pulut kuning untuk raikan harijadi.
Berhentilah jadi hipokrit.

5 comments:

Anonymous,  12 January 2014 at 09:44  

Salam, saya mungkin tidak akan dapat mengubah apa2 dengan satu undi. Tetapi saya dan keluarga saya sama sekali tidak redza dan halal berbuatan2 tersebut. Sepanjang hidup saya telah membayar bernagai2 cukai yang diantaranya termasuk pembaziran yang dinyakan. Saya berdoa semoga Allah SWT tunjukan musibahnya sebelum dia mati. Dia kini adalah saperti unggun api bersar. Lagi besar api, lagi banyak ksyu api yang dia hendak. Takkan habis2. Ya Allah SWT, laknatkanlah musuh mu itu.

Anonymous,  12 January 2014 at 11:32  

Bukan pemimpin sja kita cop hipokrit tetapi pengikut-pengikut mereka yg tahu sikap hipokrit bos mereka tapi tak buat apa satu pun malah mempertahankan bos yg hipokrit tu. Pengikut-pengikut bodoh ni le yg lebih teruk hipokritnya.

Anonymous,  12 January 2014 at 20:08  

Yang menjahanamkan kaum Melayu adalah kaum Melayu sendiri aka UMNO.

Emer 12 January 2014 at 21:07  

Mohon tumpang. Saya setuju malah saya juga mendoakan yang sama. Hanyalah doa senjata/kekuatan kita menghadapi fasiq & munafiq

Anonymous,  14 January 2014 at 00:13  

Melayu sudah jadi lembu dan dilembukan sejak mamak mengambil alih menubuh UMNO Baru.Tidak akan bertindak.Kita akan terus membaca dan mendengar cerita yang sama sampai satu abad lagi.Sahingga lembu balik ka kondo.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP