Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday, 27 July 2020

Beberapa langkah Machiavellian.

1. Fihrasat dan tanda-tanda nya sudah nyata:- UMNO melihat bersatu pak Muhyiddin sebagai enteng

2. Kenyataan demi kenyataan serta perlakuan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO ke arah ini.

3. UMNO hanya ada 38 kerusi Parlimen  tapi bernafsu besar.

4. UMNO sebenarnya bergantung pada PAS dan GPS dan Bebas.  Senang untuk memusnahkan UMNO. Bukan sebaliknya.

5. Pisahkan 3 parti-parti ini dari equation, UMNO hancur.  Yang 38 mereka ada pun belum tentu.

6. Mereka bertiga ada 38 kerusi.  Sama dengan UMNO.  Bincang dengan mereka.

7. Cakap dengan PAS dan parti Sabah. PAS dengan UMNO ibarat keju dan kapur.  Permuakatan antara mereka bersifat sementara saja. Manakala matlamat parti-parti Sabah ialah membawa  pembangunan kepada rakyat mereka.

8. Wak Muhyiddin bisa ngobrol dgn Shafie  dengan jamuan nasi ambeng. Jangan lupa bawa makanan kesukaan orang bajau-cicak panggang.

9. Rencananya ialah untuk menyisihkan UMNO. Mari lihat boleh tak UMNO kembali mantap.

10. Secara lembut pujuk mamat-mamat UMNO yang  berjawatan dalam kerajaan, masuk bersatu.

11. Atau berikan rotan besar pada mereka. Tamatkan perjawatan mereka sebagai menteri-menteri dan dalam GLC-GLC.

12.bekukan sumber kewangan UMNO. Supaya mereka tidak boleh mendanai kegiatan-kegiatan mereka.  Kita tahu UMNO itu sinonim dengan wang. Tiada wang UMNO kaku.

13. Selepas PRU mula bincang dengan AMANAH  dan PKR. Apabila Mahathir  bersara dari politik aktif, baki-baki PPBM akan bersatu dengan PPBM Muhyiddin. Tahun depan Mahathir  sudah 95 tahun.

14. Kemudian baru bincang dengan DAP  dengan syarat mereka dapat tidak lebih 3 jawatan dalam kabinet.  Mereka tidak akan duduk sekumpulan dengan UMNO.

15. Biar bn benar-benar jadi pembangkang dalam Parlimen.  UMNO pula ibarat pesakit kusta yang mesti diasingkan.

16. Bersaing dengan UMNO disetiap kawasan parlimen dan dun.  Bayar pihak ke3 Untuk pecah undi melayu.

17. Beri UMNO rasa ubat mereka sendiri.  Rencananya serang UMNO dengan kekuatan yang overwhelming. Pasti mereka akan mengalami kekalahan.

18. Pecahkan UMNO.  Penjarakan pemimpin-pemimpin mereka yang rasuah. Memenangi perperangan morale bermakna separuh dari perperangan sudah dimenangi.

19. Dalam jangka masa panjang lakukan perkara ini.
(1) bawa pembagunan dan kemajuan keluar bandar
(2) isi minda orang melayu dengan ideoloji pembebasan
(3) isi minda orang melayu dengan ajaran agama yang menyatukan bukan agama kebencian.

20. Tamatkan perkhidmatan penyokong-penyokong UMNO dalam perkhidmatan awam, penyiaran dsb.

21.ini adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk menamatkan riwayat UMNO. Tunjukkan pada dunia UMNO bukan nya melayu.

22. Tak mati orang melayu kalau UMNO tiada. Ada 16 ke 17 juta orang melayu. UMNO ada 1. 2 juta ahli. Makna dari 16ke 17 orang, hanya 1 UMNO. Kalau seorang UMNO mati , 15 ke 16 orang melayu tetap hidup tanpa UMNO. UMNO tak memerintah Selangor, Kelantan, Trengganu dan Penang.  Ada kita tengok orang melayu mati?

23. Nabi Muhammad  saw wafat tapi umat Islam tidak mati bersama kewafatan tersebut.  Sedangkan kewafatan nabi tidak mengakhiri hayat umat nya, ini pula kematian UMNO? Adakah UMNO lebih besar dari Muhammad  saw?

Wallahua'lam bissawab

Read more...

Sunday, 26 July 2020

Penyelesaian oleh Goldman Sachs.

1. Mengapa pencuri beberapa tin susu dipenjarakan? Jika dia kembalikan barang yang dia curi bukankah itu suatu kejayaan?

2. Oh dia dipenjarakan sebab dia telah menggunakan kekerasan dalam jinayah nya

3. 'Mengembalikan' melibatkan usaha masa dan wang ringgit.  Oleh itu kos-kos ini perlu dibayar oleh sipelaku jinayah tersebut.

4. Saya membaca settlement  yang dibuat Goldman  Sachs  keatas dana 1MDB.

5. Adakah ini mukaddimah menyelesaikan  jinayah yang dilakukan oleh Najib?

6 . Sebab wang telah dikembalikan tiada jinayah dilakukan dan semua boleh dimaafkan?

7. Saya telah mengatakan jika semua wang dikembalikan jinayah asal tetap dilakukan.

8. Jinayah asal inilah yang dihukum bukan dilupakan sebab wang dikembalikan.

9. Jika tidak semua hukuman terbatal sebab sipelaku mengembalikan wang yang telah dicuri atau usaha telah dijalankan untuk mendapatkan wang kembali?

10. Adakah usaha yang dilakukan itu percuma?  Talipon, masa dan mundar mandir ke USA  percuma? Pegawai2 kita berkhemah dan tidak duduk hotel?

11. Menyebabkan ini semua sudah cukup menjustifikasikan hukuman.

12. Seorang pembunuh bebas jika dia, dengan ajaibnya menghidupkan mangsa nya. Gitu?

13. Kesakitan yang terjadi, kesengsaraan ke atas sanak saudara dilupakan?

14. Tidak apa dah hidup kembali. Tak apa dana telah dikembalikan.

15. Jho lo dan malingku adalah malaikat.  Mereka tak melakukan jinayah. Ya?

16. Menggunakan muslihat dan cara-cara lihai adalah bentuk kekerasan sesuai dengan tahap pembelajaran sipelaku.

17. Sipencuri tin susu menggunakan kekerasan sebab dia tak ada LCE atau SRP pun manakala seorang lagi menggunakan cara-cara lihai sebab dia dah pergi ke university.

18. Yang satu mencuri dengan cara orang yang takde srp pun  dan yang satu lagi dengan cara orang yang ada pelajaran lebih.

19. Tak apa, tak ada pencurian berlaku kalau wang dikembalikan oleh pelaku sendiri atau oleh pihak berkuasa.

20. Itu implikasi dari settlement oleh Goldman  Sachs. Baguslah kita dapat wang kembali setelah banyak usaha ,tapi jinayah asal tak dihapuskan, Dol.

21. Nyatalah pihak berkuasa melindungi sikaya dan sikuat.  Rakyat biasa tidak ada masa depan.
Itulah Malaysia kita.
Semoga Tuhan selamatkan negara kita.

22. Demikianlah sedikit pandangan saya yang tidak sepertinya terhadap settlement  Goldman Sachs. Kenyataan  PM ringkas, tapi ramifikasi nya meluas.

23. Syabas kerana dapat dana kembali tapi tak syabas jua.


Read more...

Saturday, 25 July 2020

Much Ado about Nothing..

1. Najib  has appeared on FB to comment on the reasons why Dr Mahathir resigned. He said it was full of b.s.

2. As to the reasons for the resignation I have given reasoned arguments in an earlier article.

3. I am not  going to elaborate on the reasons therein but would like to comment on Najib's brief ejaculation of comments.

4. Let's be smart for a moment.  Those who read the FB or a more dignified version in sarawakvoice, are likely to have some level of education.  That being so, we must recognise  that it must necessarily be a partisan view.

5. We know Najib is the ultimate UMNO roughneck.  His short comments are rough and course.
He was in high spirits.  UMNO have won 5 consecutive  by election victories. He prematurely  comes to the conclusion  that PH will lose in the next GE.

6. No one knows the future. The outcome of the GE is beyond us. We are not clairvoyants. It could very well be that if the rakyat  have rejected UMNO they could do it again.  So I would take Najib's statement on  this point lightly.

7. It's just a self-serving opinion. It's  obviously  coloured  by his UMNO background  and the pyrrhic  victories.
For all you know he could have bought voters with 1mdb money.

8. Tell me which crocodile  doesn't  eat corpse?

9. If a pea brained like Najib  can know that Mahathir  refuses to be shackled especially  by DAP,  Mahathir  would know much more. Half of Mahathir"s brain is worth the whole of Najib.

10. Of course Mahathir  knows it.  The 5 losses were clear signals anyone could have read. Mahathir would have corrected it had he become PM.

11. Now its academic. Muhyiddin has corrected Mahathir's mistake.  In fact has overcorrected it by just having wee kah siong and saravanan as window dressing uncle Toms

12. But the Malay ground likes it.  That's more important.

13. As to the bad blood between Mahathir  and Anwar,  Najib  is belabouring  the obvious.

14. Everyone  knows  about the deep-seated rift between  the 2 covered at times for expediencies. Mahathir will never want to see Anwar  as pm. Full stop.

15. It's better for Anwar  to work with Amanah  and later negotiate  with Muhyiddin. DAP  can always be icing on the cake.

16. Let Mahathir  goes it alone.  See if alone he can accomplish anything substantial.

17. So without Najib  saying anything  there are so many permutations to the Mahathir- Anwar  relationship, not even thought  of by Najib.

18. There's nothing spectacular  about Najib's fb diarrhoea. He just can't resist taking potshots at Mahathir.

19. Let's  nor forget Kim Jong Najib  has committed  the heist of the century and Mahathir  took action  against  him. So at every turn Najib  will take potshots  at Mahathir.
Hence, the childish remarks about Mahathir  being expelled  and resigning.

20. Hence, Najib's verbal discharges must be seen in their proper setting. They served as filibuster -delaying the inevitable.

21. The Police Inn at Bamboo River  beckons  him.  In the meantime he works on his FB beguiling the unquestioning  masses.

22. The Quran  says there are those among you whose  narration  about  worldly things doth mesmerise the people,..but behind you he destroys your plantations  and livestock.


Read more...

Friday, 24 July 2020

A political gambit turned awry.

https://youtu.be/N55bsT2PS0U

1. Now its about time I  analysed the rationale behind Dr Mahathir's resignation. To my mind it was a political gambit turned awry. It was a needless move.

2. It showed that Dr Mahathir  did not value the office. So why should we give him another chance? So that he can play another chess game? It's not as if the sky will fall down if we don't.

3. I blamed Dr Mahathir  for puting us in a political  turmoil  that we in today if its one. So don't blame Muhyiddin. Or scapegoating.

4. Muhyiddin saw an opportunity  and he took it. So what if he used unscrupulous  methods.  Politics is not a vocation of finesse.

5. It's an application  of Machiavellis criminal virtu.  Use unscrupulous  ways to achieve an objective.  Just don't use it to often as to become mindless brutality.  The end justifies the means.

6. Yes it was sly, lying and deceitful but Muhyiddin's move at that time was effective. Save the people from a needless boardgame.

7. You can accuse me of trying to justify a terrible consequence - I don't give a rat's ass.
For enabling  unbridled  corruption to take place, the judges and moral lawyers have to play an edifying  role.

8. Virtuous people must stop the crooks, otherwise  the country  will go to the dogs. Didn't  the Quran  say, if God does not create a group to stop the evil another brings forth, the world will be destroyed. I am sure your own Holy book says the same.

9. The crooks planned better. So at the moment they are victorious.  Just invent a better mousetrap.

10. If people still think that its Dr Mahathir  is the one to give us the Eureka  moment what can I  say? It was  he who made a bad mistake. To me it was just a political adventurism we do not need.

11. So why did the old man resign? He did that for 2 reasons. 1. He does not want brother Anwar to be PM.  2. He does not want to be shackled  by AMANAH, PKR and DAP.

12. Dr Mahathir has his reasons for not wanting Anwar  to become pm. He may be right. He may be wrong.  But he cannot impose a personal and biased assessment  on  us.

13. In history  many world  leaders were accused of sodomy. It's not easy to actually prove so. I have my own judgement as to Anwar's sexual orientations but I  cannot impose my views on others.

14. Iff it were true that our friend  is a sodomite, he can do it to anyone as long it's not my backside. Notice I  used the economist's iff.
In any case those who enjoin him in doing so, did it willingly and may have similar sexual orientations. It's not up to us indivually to disqualify Anwar. Savvy kemosabe?

15. So it's not up to Dr. Mahathir alone to say Anwar  is or is not fit to become pm. If the rakyat wants him, who is Dr Mahathir  to say otherwise? Who am I  to say he cannot? Whether I like it or don't like it, I'll have to learn to live with it.

16. At least Anwar  is uncompromising towards corruption, abuse of power and all the evils associated  with a kleptocratic UMNO.

17. Dr Mahathir  refuses to be shackled  by duds from his PH partners. The cartoonish Mat  Sabu  as defence minister must mean dr Mahathir  is watching  too much of Tom and Jerry,  Bugs  Bunny  and Road Runner movies!

18. And I think he became a useful idiot when he retained somePKR luminaries when the party has expelled  the recalcitrant few. Obviously  Dr Mahathir does  not respect the wishes of an allied party.
How earth-shatteringly clever can these people be? Now they have gone to the dark side.

19. Dr Mahathir  did not read the Malay  home ground correctly.  They do not take it kindly to having too many DAP  people as ministers. They refused to be participants to Mahathir's new-found muhibbah experiment.

20. And they sent their signals in 5 consecutive   by-election losses for ph.

21. Dr Mahathir  may have intended to correct these mistakes by resigning but didn't see it coming from Muhyiddin.

It was a deft move from Muhyiddin. A pièce de résistance.

22. Don't  get me wrong.  I still admire Dr Mahathir . But I would be remiss in my duty if I do not criticise what I think are his errors.

23. A friend sent me an article carried by sarawakvoice. It carried a face book  analysis  by malingku Najib Razak on the real reasons why Mahathir  resigned. It was  full of B.S. said malingku.

24. Of course Najib  will say that. It's a partisan view.  He's UMNO isn't  he? His analysis is both banal and humbug.

25. No self-respecting party will celebrate a self-serving  and full of one liner statements like Najib's.

26. Najib did not give reasoned arguments but offered sensational one liners. You know what people say about one liners? You can shove them to where the sun never shines.

27. Najib said one of the reasons why Mahathir  resigned  was because, having lost 5 by elections,  Mahathir  fears that PH will lose the next GE.

28. That's  self-serving isn't  it? Its braggadacious on Najib's part.  Winning 5 by-elections  gave Najib the bragging rights. Hello-5 swallows do not make a summer!

29. It's an inine observation. I have said it before and  will say it again., if Najib can become a pm, anybody  can too.

30. Even Mat  Tompel! Those from Pekan and old enough, will know  this character. A celebrated and amusing village idiot. A court jester too.



Read more...

Wednesday, 22 July 2020

UMNO itu 4 abjad yang bererti bencana.

1. Sebelum itu Nurjazlan bekas MP Pulai kata jangan beri muka pada PPBM.  Ia senada dengan pendapat-pendapat Bung Mokhtar, Khalid  Nordin dan Shahrir  Samad. Paling mutakhir brother Nazri Aziz kata bukan saja Mersing tapi juga kawasan-kawasan lain akan diambil UMNO. Sunguh berani!

2. Punaisihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah kata tidak akan mendukung TSMY. Umno akan hanya bermuafakat dengan rakan-rakan traditional nya.

3. Nyatalah TSMY dan PPBM nya dilihat lemah.  Tanpa UMNO TSMY kosong. Nil. Jawatan PM pun kerana UMNO.

4. Tidak syak lagi UMNO melihat diri nya besar dan yakin lagi angkuh. Itu memberi nya keyakinan akan kembali berkuasa.

5. Kita biarkan UMNO terjun dengan labu-labunya. Keangkuhan dan bongkak UMNO akan memusnahkannya.

6. UMNO overestimate  kekuatan nya dan underestimate semua yang lain.

7. UMNO berdepan dengan lawan yang bukan duduk diam.  TSMY tidak selembab ketrampilan wajahnya.

8. Mungkin UMNO telah lupa bahawa rakyat yang menentukan. Rakyat bukan semua bolih disuap dengan duit korupsi.  Rakyat kian cerdas. Mereka memilih tokoh bukan parti lagi.

9. Rakyat semakin cerdas memilih orang nya bukan parti nya walaupun tidak dibayar. Mereka memilih yang ada bukti dan yang membela rakyat.

10. Sedang rakyat sadar UMNO itu membawa kerusakan semata mata. Ia membawa korupsi, pencabulan kuasa dan politik naungan. UMNO melihat membelengui rakyat.

11. Nilai-nilai yang dibawa olih UMNO akan hanya mengujudkan kleptokrasi. Yakni penguasaan olih kumpulan yang superkaya. Diamaukasi UMNO hanya membetinakan rakyat.
Sistem UMNO menghasilkan kleptokrasi.

12. Jika sistem itu menghasilkan kleptokrasi, objektif kita ialah menghancurkan UMNO.  Jangan pilih UMNO!. Meninggalkan yang biasa kita buat, yakni tidak memilih UMNO akan memberi kita pelbagai faedah. Macam berpuasa.

13. Bukan nya UMNO atau beberapa kerat pemimpin nya yang menentukan  keberhasilan PRU tapi kuasa muktamad ialah dalam tangan rakyat.  Ini menjadi penghalang pada nafsu besar UMNO.

14. Jadi apapun yang diistiharkan olih panglima-panglima UMNO semuanya omongan kosong.

15. Kalau rakyat bolih menolak UMNO pada PRU yang lalu, perkara yang sama di PRU yang akan datang bukan sesuatu yang mustahil.

16. Saya ada perkhabaran kepada panglima-panglima UMNO ini-masih ramai rakyat melihat UMNO sebagai satu parti yang jelek dan menjengkilkan. Hanya minoriti jiwa-jiwa malang yang mendukung UMNO.
Cakap besar tidak bererti apa-apa.

17. Namun dokongan dari jiwa nan malang ini bolih berubah bila-bila masa saja. Pertalian antara golongan  ini dengan UMNO adalah negatif. Bila kesadaran politik kian meningkat dokongan kepada umno akan menurun.

18. Bukankah almarhum Syed Jaafar Albar pernah berkata bahawa UMNO itu disokong olih golongan kurang cerdik. Bererti bahawa bila kecerdikan mereka bertambah, sokongan kepada UMNO akan berkurang.

19. Masaalah nya UMNO ini ialah melihat TSMY dan faksi nya seperti limpa cincang atau chopped liver. Maklumlah muka mamat tu macam Jawa Penorogo .

20. Tidak se hensem wajah malingku, bangsawan pacat yang mulutnya sejak akhir-akhir ini macam bontot ayam.

21. Keceluparan mulut simamat-mamat UMNO menyebabkan TSMY tahu isi hati UMNO. Dia tidak akan berduduk diam. Every action invites an appropriate action.

22. TSMY buat muka bodoh macam malingku, merencana meminggirkan UMNO. Dia ada kuasa memperlakukan UMNO sehendaknya dan sejadi-jadinya.

23. Jika TSMY nampak peluang dan mengambilnya untuk jadi PM, memperlakukan UMNO sewajarnya adalah perkara enteng dong.

24. TSMY boleh mengarahkan leftenan-leftenen nya memujuk sosok-sosok UMNO yang terpilih untuk berhijrah ke PPBM.

25. Atau beri mereka tawaran yang tidak boleh ditolak.  Yakni tamat khidmat mereka di glc-glc yang mereka pegang.  Bukan susah mengurus mamat-mamat ini yang suka jawatan, cewek dan makan. Bisa diatur pak!

26. Nak terror lagi haramkan UMNO.  Sekali gus haramkan penggunaan islam pada parti politik.

27. Ingat pesanan Machiavelli 'its better to be feared than to be loved'.

28. Apa yang nak menyekat TSMY dari menuntut kerusi terbanyak dalam pembahagian kerusi? Dia PM. UMNO pun menjadi kerajaan ikut pintu belakang. Jadi jangan nak ek.

29. UMNO jangan ingat dia indispensable.  Untuk menyisihkan UMNO, bincang dengan PKR, PAS, Amanah termasuk DAP

30. Tunjukkan kepada semua orang siapa boss dan taiko. Kalau ia memerlukan sedikit brutality lakukan. Jangan biarkan UMNO tunjal-tunjal muka kerajaan. Seperti bila noh omar menyanggah cadangan pemilihan kerajaan tempatan. Perbuatan itu memerlukan pendisiplinan. Tamatkan lantikan si gendut itu.

Spare the rod spoil the child.

Sekian.

Read more...

Tuesday, 21 July 2020

Malay triumphalism dan politik agama songsang.

1. Apa sudah jadi kepada masyarakat maddani, wasathiyah dan maqasid shariyyah? Tidak ada orang bercakap mengenai perkara-perkara tersebut lagi.

2. Membuat kita sampai pada kesimpulan bahawa semua nya pembohongan.  Orang menjual agama untuk dunia.

3. Pelopor-pelopornya sebenarnya membawa malapetaka pada kita.  Mana mungkin kita percaya kepada pelaung-pelaung slogan kepalsuan ini?

4. Brengsek! Kata orang Indonesia.  Masyarakat Maddani hanya bermakna pergaulan rambang,menghadhiri majlis hari jadi Jessica  lim atau memegang bahu Michelle  Yeoh yang terdedah atau mengadakan pesta bourgeois.

5. Goblok bangat! Wasathiyah hanya bererti bolih memperlakukan altantuya sewenang wenanya.

6. Maqasid shariyyah bermakna bolih merompak,melanun dan menyekor perbendaharaan negara sepuas hati.

7. Diberi rekod-rekod ini mana mungkin kita percaya akan parti angkut sampah yang berjanji itu dan ini. Semuanya kelentong.
PAS tidak berdaya melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri yang dikuasainya.
Mu jangan pelawak lah.

8. Tetapi anak-anak setengah orang(some people's children) mengherankan saya.  Mereka tunggang terbalik sembahyang bang sebagai.  Mereka taat beragama ,  tapi pada masa yang sama menghalalkan perkara-perkara onar dan jelek hanya kerana ianya dilakukan oleh Melayu bertopengkan Islam.

9. Nationalisme yang diajar oleh umno bukan membawa kepada kecintaan kepada tanah air atau hubbul watan, tetapi membawa kepada Malay triumphalism  yang tidak rasional.

10. Memperkosa, mencabul, membunuh, merompak dan menyamun bolih dipejam matakan kerana pelakunya melayu dan islam

11. Ini sama aja seperti membenarkan suatu gerombolan umno menceroboh rumah kita dan meniduri isteri dan anak kita dan kita kata tak apa kerana pelaku nya umno, melayu dan islam. Astagha!

12. Nasionalisme apa yang di ajari kepada kita? Ia bukan nasionalisme tapi uber- kemegahan. Bermegah megah kita Melayu tanpa sebab-sebab yang rasional!

13. Inilah Malay  triumphalism  yang diterapkan oleh umno.  Ia akan membawa kehancuran kepada bangsa melayu.

14. Tidak ada contoh uber kemegahan atau Malay triumphalism  yang terbaik dari cubaan kita meng 'excuse'kan bosku Najib. Rompakan dan pelanunan yang dilakukan dilihat sebagai penganiayaan.

15. Adakah bangsa melayu yang berhemah itu, mahu secara sukarela menganiayai sebangsa dengan mereka waimma bangsa lain? Kecuali onar yang dilakukan oleh Najib  itu benar!

16. Jalan keluar bangsa melayu ialah memerdekakan diri daripada acuan Malay triumphalism  dan morbid nationalism  yang ditempa oleh umno. Nampaknya bangsa melayu tidak lagi membebaskan diri mereka dari dna feudalism  yang menekan itu.

17. Tentunya didalam umno itu ada sosok-sosok yang baik, tapi nilai-nilai yang diperjuangkan oleh umno tidak lain tidak bukan adalah variasi neo feudalism semata mata.

18. Maka ada orang mengatakan setengah bangsa melayu mengalami general malaise. Sebenarnya mereka tidak tahu apa penyakit nya.

19. Kita akui sajalah. Pertama kita mengalami schizophrenic  siege mentality.  Yakni kita diserang dan diancam bertubi tubi oleh bangsa lain.

20. Kedua, setengah bangsa melayu mengalami penyakit xenophobic  racism. Membenci bangsa lain membabi buta.  Semasa saya ahli parliament  raub dulu,  saya berjumpa seorang pesakit melayu yang enggan menerima rawatan kerana doktor nya cina.

21. Penyakit ini terjadi kerana indoktrinasi umno dan ajaran sonsang parti ajaran sesat.

22. Politik jenis apa yang dibawa oleh pas? Ianya diwarnai oleh matlamat menyatukan pendukung-pendukungnya dan tenaga-tenaga yang berbeda dalam kepemimpinan nya.  Kerana itu ia hanya jeritan slogan-slogan saja. Ia nya kosong saja tanpa peluang melaksanakan nya.

23. Konon nya ia menyatukan nationalisme yang jumud lagi sempit dan Islam yang sudah diPASkan.

24. Realitinya ia membawa politik kebencian. Parti maki wa hamun ini mengajak kita membenci bukan Islam  yang juga rakyat Malaysia. Ianya suatu ajakan yang mesti kita tolak.

25. Sebab itu saya lebih percaya tok guru pondok dari politik yang dibawa oleh ayahcik untuk menyelamatkan Islam.

26. Ia nya tidak lebih dari politik kesenangan atau politics of convenience. Apa yang berfaedah kepada nya dipakai, yang tidak menguntungkan ia tinggal. Ia parti yang berdiri atas prinsip wa harammun kalau makan sorang, wa halallun kalau kongsi dua.

27. Pas hanyalah satu lagi parti politik yang berebut kuasa aja.  Ia didukung oleh sosok-sosok yang mempunyai nafsu dan keinginan seperti orang biasa juga.  Mesej nya tidaklah maksum.

28. Ia 'ngotot' berebut untuk duduk kerusi kuasa tapi kemudiannya tidak tahu berdiri.  Ia bagai kacang lupakan kulit, pisang lupakan kebunnya.

29. Demikian pandangan peribadi saya mengenai Malay triumphalism  dan politik agama. Ia tidak semesti nya betul semua, tapi saya telah lama tidak ada masa membahas my finer qualities.  Lagi pun ada aku kisah?






Read more...

Saturday, 18 July 2020

Jaringan serabut yang Anwar tenuni



1. Yaa ampuun!. Anwar Ibrahim telah pergi ke Sabah. Tujuan asal ialah mau berbincang sama Shafie  Apdal.

2. Keluar kenyataan dari Anwar dia akan melantik Mukhriz sebagai DPM 1 dan Daryl  Leiking  sebagai DPM 2. Apa jadi pada Shafie?

3. Ini hanya bolih bermakna apa2 perbincangan dengan Shafie telah berdarai, hancur. Atau tidak berbincang lansung dengan Shafie.

4. Alhasil, Anwar berbalik kepada penyakit lama nya. Bercakap lain-lain kepada orang yang berlainan.

5. Betul macam dr Mahathir  kata-Anwar  ini macam Tuhan Hindu yang  berkepala banyak tu. Cakap lain lain. Darryl  Leiking  pun pernah cerita dengan saya fiil Anwar  ini. Kepada dia cakap lain pada orang lain cerita lain, walhal mengenai perkara yang serupa.

6. Itu membuktikan Anwar adalah a poor negotiator.

7. Anwar hanya membuat suatu lawatan memancing. Tidak ada yang memakan umpan nya. Besar kemungkinan mukhriz dan Darryl  tidak tahu menahu apa2 pun.

8. Anwar menyangka sasaran2 nya akan blink terlebih dahulu. Sayang nya Mahathir  dan Shafie tidak react demikian. Jaring yang dibuat Anwar  sungguh berbelit.

9. Ini patut mengingatkan Anwar  bahawa mempengaruhi orang politik tidak sama dengan berkempen di mckk dikalangan pelajar2 yang polos untuk menjadi headboy.

10. Tapi Anwar  mesti dapat menceritakan yang dia telah mencapai sesuatu yang substantial. Ingat, dia kena klentong macai2 nya dalam pkr dan menceritakan perkara yang mulus2 kepada rakan2 Lim  dan Mat  sabu. Barulah legenda pak Anwar  terus hidup.

11. Jadi kita semua meribai metos bahawa Anwar seorang perencana yang legendaris, sedangkan realiti nya dia tidak mencapai apa2.
Lubang yang digali Anwar  makin mendalam untuk dia jatuh sendiri kedalam nya.

12. Maka pak shekh menghidangkan menu yang baharu-Mukhriz dan Darryl akan dilantik DPM 1 dan 2. Halnya menjadi lebih rumit kan?

13. Pada ketika inilah Anwar  akan sadar bahawa tanpa dokongan ppbm Mahathir, pkr dan dia tidak akan mencapai apa-apa.

14. Ia mengiakan apa yang DAP katakan selama ini.  Yakni suka atau tidak, jalan terbaik Anwar  menjadi pm ialah melalui Mahathir.

15. Apakah yang harus dilakukan olih Anwar? Ternyata ambisi nya hanya digerhanai olih kerakusan nya saja.

16. Inilah masanya punaisihat2 Anwar menasihatinya erti kesabaran.  Jika dia bolih menanti berzaman hendak jadi pm, 6 bulan sap-sap suwei aja.

17. DAP yang sentiasa suckers pada Anwar  bolihlah diutus berjumpa Mahathir  untuk mendapat apa2 persetujuan.

18. Untuk memberi penutupan dan pengakhiran, Mahathir  hendaknya bersetuju.  Kerana rakyat sudah lesu dipinggirkan dan dijadikan buah catur diatas papan catur politik.

19. Dalam pada itu, Mahathir  dengan ppbm nya bolih kekal berasingan.  Bolih ia bebas dengan dasar2nya.  Bebas daripada apa-apa perjanjian pilihanraya yang dimerterai olih PKR, DAP  dan AMANAH

20. Ianya tidak memberi saya keseronokan menjadi kritikal terhadap Anwar.  Walaupun ada kecacatan, Anwar adalah calon PMkita yang terbaik.  Lagipun Kak Wan adalah sebaik baik wanita untuk kita semua.


Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP