Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 22 November 2020

Langit kian mendung. Dari Pak lahisme Bosku- isme dan Abah- isme.

1. Dulu kita ada Pak Lahism. Kemudian kita ada Bosque yang celaka. Sekarang kita ada si Nita Gee Abahku.

2. Ada persamaan antara orang2 yang menggunakan gelaran2 mesra sayang ini. Pak Lahisme macam Rajiv Ghandi. Rajiv mati kepala nya bersepai. Pihak Polis bingung kerana walaupun kepala pecah, Polis tidak menjumpai otak kerana otak tiada. Era Pak Lah terunggul kerana kita ada PM yang tiada otak. Separuh masa dia tak tahu apa2 kerana tertidur. Orang gelar dia sleepy Joe.

3. Kita tahu apa berlaku di era sicelaka bosque. Ibu segala rompakan yakni SRC dan 1MDB.

4. Bila Tun Razak meninggal dulu dia ada RM400 ribu. Itu pun hadiah dari Magsaysay Award. Najib al munafik belum konk lagi tapi dah ada berbiliun Ringgit. Masa kojol nanti bukan bawa sesen pun.

5. Ada orang tanya dari mana mamat ni dapat duit sebanyak itu? Kalau dia PM seumur hidup dengan gajinya segala, dia takkan ada duit segitu. Dia bukan berniaga.

6. Orang buruan siperompak cha ya nun alif Jho Low, mendedahkan segala pekong. Lahabau ini rupanya berkelana di Macao kota casino Asia.

7. Cha Ya Nun Alif pipi montel tu mendedahkan sekurang2 nya USD 500 ribu digunakan oleh Rosmah membeli barang kemas dan perhiasan.
One two three four
Satu dua tiga empat
Rosmah Mansor cincin besor
Rakyat jelata apa dapat?

8. Dan puluhan juta Dollar digunakan untuk membeli kereta2 mewah untuk Pak Arab dan membayar kapal Putera Mansur Abu Dhabi.

9. Joe Bawah juga mendedahkan segala penyaluran wang 1MDB di sahihkan oleh bosku. Dan USD 681Juta Dollar sebagai derma Pak Arab hanya satu pembohongan. Memang ada derma tapi jumlah nya hanya sebagian kecil dari 681 juta dollar tersebut.

10. Rompakan keatas 1MDB sudah terang dan nyata. Kita tahu siapa yang mendalangi rompakan tersebut. 1MDB menjadi ATM peribadi kepada penyamun yang digelar amirul mukminin. Bencana!

11. Yang menyedihkan dan lagi mendukacitakan rompakan ini disokong oleh setengah-setengah orang Melayu yang kononnya kuat aqidah dan keislaman mereka.

12. Sangkaan tebal aqidah tersebut, adalah hanya omongan kosong. Surau dan masjid hanya merupakan tempat perbuatan ritualistik semata mata. Sedangkan sokongan kepada amirul munafik melanggar suatu piagam Islam yang penting.

13. Bukankah Islam mengatakan bahawa kita adalah sebaik baik umat bila kita menganjurkan amar makruf dan menolak segala (nahi mungkar) atau kemungkaran? Bagaimana kita reconcile sokongan kepada kemungkaran yang dilakukan oleh amirul munafik dengan aqidah kita? Sebab itu saya katakan dakwaan tebalnya aqidah kita hanya a load of bullshit!

14. Sokongan kepada bosku membawa 2 implikasi. Yang pertama seperti yang telah kita sebut yakni betapa rapuhnya fahaman Islam kita.

15. Implikasi kedua ialah bahawa undian kepada amirul munafik, adalah komoditi yang boleh dijual beli dan dirasuahkan. Bayar RM50 atau 100 sesetengah orang Melayu rela menjual ibu mereka! Secara kesemulajadian( by nature) undi orang Melayu adalah sesuatu yang boleh diperdagangkan.

16. Negara kita terus dirundung bencana dengan keberadaan Nita Gee Abahku dengan Abahku- isme nya. Membisu terhadap kegoblokan Abahku bukan lagi satu pilihan.

17. Si muka sembab ini merupakan ancaman terbesar kepada bukan saja perlembagaan kita tapi juga kepada demokrasi. Dia telah cuba menggunakan -covid- 19 untuk mengistiharkan darurat.

18. Jika terlaksana, bererti Parlimen akan digantung. Dia akan memerintah melalui fiat dan mengistihar saja. Dia boleh meluluskan belanjawan tanpa pertanggung jawaban. Objektif yang sebenar ialah menyembunyikan fakta bahawa dia tidak lagi mempunyai sokongan majoriti dalam parlimen. Bila ini berlaku dia dan kabinet half past six dia kena letak jawatan. Dia melantik dirinya sebagai emperor atau maharaja.

19. Apa yang menjamin Parlimen tidak digantung terus menerus untuk mengelak diktator Wak Muhyi dari meletak jawatan?

20. Dah syok sekali dia akan mengulangi perbuatan nya. Ia nya seperti yang pernah dikatakan oleh Lee Kuan Yew. Detention without trial is like making love to a virgin for the first time. Its painful at first but gets pleasurable subsequently. Begitu juga menggantung Parlimen. Sakit pertama kali, seronok berikutnya.

21. Ianya suatu yang melucukan bila kita mendapati kaitan statistikal yang cukup kuat antara keasyikan bermain golf dengan bencana. Semakin kuat pemimpin negara bermain golf, semakin teruk bencana yang datang.

22. Di Amerika Trump asyik bermain golf sementara Amerika di landa covid dan ekonominya memerlukan pakej rangsangan. Ia seperti Emperor Nero menggesek biola manakala Rom terbakar.

23. Mungkin kita kena letak syarat untuk menjadi PM tidak boleh main golf. Ia benar-benar menjadi apa yang dikatakan oleh Rahman Yaakob-Golongan Orang Lemah Fikiran.
Pak lah kuat main golf, Bosku kuat main golf, Abah sangat suka golf. Hanya dalam kes Bosku dan Abah mereka lebih menyukai one hole golf dari 18- hole golf.

24. Di Malaysia Wak Muhyi asyik main golf manakala negara diserang Covid dan ekonomi kita menguncup. Astagha!

25. Amat menyedihkan, dibawah kerajaan Wak Muhyi negara kita macam berada dalam mode auto pilot. Sudahlah kabinet kita ada 82 orang pengurus2 GLC terus bergaji super besar- paengurusan negara biar lantak la. Negara berada dalam keadaan lakonan Aziz Sattar dan S. Shamsudin. Lantak la.

26. Ini adalah bencana2 Abah dan Abahisme. Negara jadi hancur. Francois Duvalier juga suka digelar Papa Doc Duvalier. Lihatlah malapetaka dan bencana yang menimpa Haiti. Malaysia menuju kepada keadaan yang serupa. Mungkin tiba masa nya kita gelar Wak Muhyi sebagai Papa Muhyi.



0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP