Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 17 April 2016

Melayu Bermaruah- Siri 1



Ketika negara kita dilanda skendel 1MDB dan isiu2 berkaitan seperti salah gunakuasa, songlap wang, pencucian wang haram, rasuah, - orang Melayu menampakkan sikap yang menghampakan. 

Menghampakan sebab orang Melayu ada tatasusila, kesantunan, kehalusan budi dan beragama Islam. Setiap hari mereka memperakui bahawa sibghah Allah lah yang terbaik, nilai dan prinsip Islam mewarnai kehidupan mereka. Sekurang kurangnya, itulah dakwaan mereka.

Apatah lagi, umat Islam di Malaysia dibawah Najib, menghebahkan bahawa mereka itu mengamalkan prinsip wasathiyah- yakni menjadikan diri mereka role model dan contoh teladan kepada umat lain.

Rupa2 nya dalam hal menolak kemungkaran dan kebejatan , orang Melayu bergama Islam di Malaysia, tercicir dalam tanggung jawab moral mereka. Bangsa lain lebih tegas dengan tanggung jawab moral mereka.
Tanggung jawab moral ialah prinsip benar atau salah yang tidak terangkup oleh undang2 teknikal. Semua kita mesti ada himpunan nilai2 asas ini yang membezakan antara bathil dan benar, antara mungkar dengan makruf.Terma yang paling hampir saya rasa ialah conscience.

Kehilangan dan kehakisan tanggung jawab moral ini akan membawa musibah kepada bangsa Melayu. Maka sudah tibalah kumpulan yang mahu memelihara dan memuliakan tanggung jawab moral ini bangkit menentang pimpinan UMNO yang rasuah dan jahat.Jika dibiarkan maka rosak binasa negara kita.

Angkara durjana dan murka yang dilakukan oleh pemimpin UMNO diterima malah dipertahankan.  Dalam kes 1MDB, terang dan nyata Najib telah memanipulasi dana ini dengan kerjasama budak2 suruhan nya. Masakan USD700 juta yang pertama dibenarkan dibayar kedalam akaun entity yang tidak ada kena mengena dengan JV 1MDB/PIL melainkan dengan otoriti Najib.

Tidak ada orang percaya wang RM2.6 billion derma dari negara Arab sedangkan beberapa bulan yang lalu, menteri luar Arab berkata ianya pelaburan oleh individu dan tidak ada kaitan dengan kerajaan. Bayangkan- alangkah tidak ada malu dan segan, PM kita memujuk kerajaan Arab supaya mengiakan cerita derma RM2.6 billion kedalam akaun nya. Ini story line lapuk seperti juga Jho Low, Lin Li Sit, Tiffany Heah, Patrick Mahony, Tarek Obaid menyediakan storyline JV antara petrosaudi dan 1MDB. Semua kelentong!
Lagi pun, soalan saya dalam tulisan terdahulu tidak terjawab oleh pihak kerajaan. Jika RM2 billion dikembalikan, bagaimana cara nya? Jika melalui bank, mesti ada rekod nya dan kebenaran dari BNM. jika secara fisikal, adakah Najib menggunakan jet peribadi untuk memindahkan secara fisikal wang sebanyak RM2 billion? 

Kembali kepada tanggung jawab moral orang Melayu. Ternyata orang Melayu dalam UMNO hipokrit.  Dalam kes Najib melakukan angkara 1MDB, orang Melayu merelakan salahguna kuasa, pelarian wang, pembelian asset dengan harga yang ditambah( contoh: pembelian asset janakuasa RM18 billion), rasuah, ambil komisyen dan lain lain. Kemana pergi susila Melayu? Kemana pergi maruah bangsa Melayu? Kemana perginya perakuan sibghah Allah?

Orang Melayu yang merupakan majority bangsa dalam negara kita, seolah olah hilang tanggung jawab moral. Angkara durjana dan murka yang dilakukan oleh individu sebangsa dan seagama, di kecualikan dan dihalalkan. Tidak mengapa, kerana pelakunya ialah orang sebangsa dan segama.

Curilah, bohonglah, songlaplah, rompaklah, berasuahlah, tidak mengapa jika pelakunya sebangsa dan seagama.

Pilihan yang dibuat oleh bangsa lain- jika orang barat, atau dalam negara kita, orang Cina dan India ialah, jika bersalah, dihukum dan dikeluarkan. Orang Melayu tidak demikian. Yang salah dimuliakan dan dipertahankan, jika terpaksa dengan kekerasan dan menumpahkan darah.

Orang Melayu majority dalam negara ini. Di Malaya, kita adalah merupakan 65% penduduk negara. Menjelang 2035, yakni 19 tahun lagu, orang Melayu akan jadi 85% penduduk negara.

Kadar beranak orang melayu lebih cepat dari bangsa lain. Tapi kemajoritian bangsa melayu tidak besar maknanya, kalau kita melahirkan bangsa yang takut dan tidak ada tanggung jawab moral.

Walaupun kita majoriti, bangsa melayu sentiasa ditakutkan oleh parti umno. Pertama, umno kesana kesini mengatakan bahawa masa depan bangsa melayu bergantung kepada kemenangan umno.

Umno bukan Tuhan yang menciptakan kita, tapi melayu ditakutkan dengan ketiadaan umno. Jika umno tidak ada dan tidak menang, apa jadi?

Tidak ada apa yang jadi kepada orang Melayu. Sebab keberadaan orang melayu berantung pertama tama nya pada jati diri mereka sendiri. Jatuh bangun bergantung kepada apa yang ada dalam diri mereka sendiri.

Ramai antara kita dengar dan baca al Quran yang mengatakan perkara ini. Keaaan dan nikmat yang kita ada yang diberi Tuhan tdak akan berubah sehinggalah kita mengubah apa yang ada dalam dan pada diri kita.

Terjemah kepada keadaan politik ia jadi seruan untuk melakukan sesuatu dan menyatakan sikap. Jika kita tidak mengobah himpunan prinsip dan nilai yang kita pegang kepada himpunan nilai yang pro kemajuan dan pro merdeka jiwa, maka selama itu bangsa kita kekal dalam keadaan tertinggal dibelakang.

9 comments:

Anonymous,  17 April 2016 at 18:31  

Baca statemnt mufti kelantan, itu contoh melayu yang diceritakan kat atas itu.

Anonymous,  17 April 2016 at 20:17  

Berbohonglah, menipulah, mencurilah, merompaklah, berasuahlah, memfitnahlah, dan berbagai lagi kerja haram asalkan yang melakukannya adalah MELAYU.....!!! Hukum Allah, nilai-nilai murni bangsa melayu, adat resam ditolak tepi dahulu.....dianggap tidak wujud seketika......!!!!!!!!! .....alahai melayu umno...........

Anonymous,  18 April 2016 at 07:17  

Kemampuan manusia adalah sangat berbeza.Sesetengah orang hanya mampu melakukan sesuatu disebabkan punyai harta atau kuasa.Ada juga orang berpendapat kemampuan itu datang dari usaha dan matlamat.Jangan pula kemampuan seseorang itu dipusatkan kepada tindakan menipu dan memanipulasi orang lain.jika itu yang diusahakan maka tidak hairanlah segala tatatusila, kesantunan pegangan agama dan moral seseorang itu dilupakan kerana hendak mengapai matlamat dengan menghalalkan cara.

Anonymous,  18 April 2016 at 10:03  

Apa heran, orang melayu memang begitu. Hang tuah (ht) samaada mitos atau tidak telah mendahului kita dalam hal ini:
1. mempertahankan raja yang zalim (zalim in general n zalim ke atas ht sendiri) dan membunuh saudara seperjuangan yg melawan raja tersebut - misplaced loyalty? Loyal yes, but how smart was he?
2. Orang melayu mengharapkan orang seperti hang tuah untuk menyelamatkannya dari bahaya bencana dan musibah, tak kira ht yg semakin tua itu berkeupayaan atau tidak. Bila ht hilang, orang melayu seumpama hilang semangat untuk terus hidup....tetapi kata-kata keramat "...tidak melayu hilang di dunia..." memberi nafas baru dan keyakinan bahawa bangsa melayu akan terlindung secara ghaib (tidak difahami - menyerah sahaja kepada nasib?) di atas dunia ini.

HT=UMNO?

There are a few "good men" who are taking action. Tapi in general kita orang melayu are not responding to them!

Anonymous,  18 April 2016 at 11:28  

Ya kita melayu seolah-olah sudah hilang moral compass. Tapi cuba tanya, masing-masing akan kata yang orang melayu ni ada moral compass yg terbaik, iaitu agama Islam.....nak yang macam mana lagi? Ditambah dengan adat resam bernilai murni sampai nak berparang kalau ada sesiapa yang celupar dan kurang ajar berani mempertikaikannya. Yang terjadi sekarang ni apa? Kenapa? Akibat dari pendidikan dan pengamalan cara hidup yang macam mana? Aduuiihh.....

Anonymous,  18 April 2016 at 16:10  

Itulah...me...layu...layu dgn rasuah br1m..

Anonymous,  18 April 2016 at 20:18  

Majority are only with form without subtance.

Anonymous,  18 April 2016 at 21:06  

Satu kupasan berkaitan melayu yang menarik...

Sangat bersetuju dengan pernyataan tuan berkaitan UMNO yang menjadikan mejoriti melayu seakan bergantung kepada mereka. Walaupun terdapat segelintir pemimpin UMNO yang terlalu rakus mengejar kekayaan sehingga mengabaikan tanggung jawab sebenar sebagai wakil rakyat. Melayu masih mengharapkan mereka.

Sebenarnya Melayu berada dalam keadaan delima. Sangat mengharapkan ada parti Melayu yang berkemampuan menggantikan UMNO. Dalam masa yang sama masih menaruh harapan pemimpin UMNO berubah. Sayangnya harapan tinggal harapan. Pemimpin umno terus rakus dan pemimpin Melayu dari parti Melayu yang lain masih bertelagah sesama sendiri. Adakah Melayu wajar beralih kpd parti bukan Melayu?

Saya berpandangan, jika ada Melayu yang mengharapkan parti bukan Melayu memperjuangkan Melayu...hentikanlah angan2 itu. Hanya Melayu Islam yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib agama dan bangsanya...dan kita sewajarnya tidak berhenti untuk berharap.

Mengharapkan akan ada pemimpin Melayu dari parti Melayu yang benar tulin, tulus ikhlas, amanah dll memperjuangkan nasib Melayu disamping tidak meminggirkan nasib bangsa lain....

Unknown 21 April 2016 at 21:21  

Saya memang bukan Melayu. Setuju tu. Melayu perlu pemimpin yang berwibawa disamping mempunyai nila murni demi memajukan masyarakat Melayu. Bergatung kepada orang lain tiada gunanya. Bagi bukan Melayu pula, kita juga perlu majority bangsa dinegara menjadi maju supaya keseluruhan Negara boleh terus bangun. Minority tidak berupaya meperkasakan negara kerana keupayan terhad.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP