Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 5 April 2016

GST, Kos Hidup Hidup Tinggi, Rakyat Derita, Masyarakat Sengketa, Pemimpin Berdusta dan Berfoya foya



Saya ada ketika Dr Mahathir, umur 91 tahun, berucap diatas lori dalam kawasan Dataran Merdeka. Orang ramai berhimpun untuk membantah GST dan mendesak Najib undur. Himpunan kali ini tidak seramai himpunan Bersih. Suhu yang terlalu panas dan isiu yang teknikal, mungkin menyebabkan himpunan tidak sehebat himpunan Bersih. 
Orang ramai lebih menyukai isiu yang lebih besar atau the big picture perspective; yakni segala musibah yang melanda negara hari ini disebabkan  oleh Najib Tun Razak. Oleh yang demikian, prioriti rakyat ialah melihat Najib di keluarkan dan diganti oleh sebuah kerajaan yang mengujudkan persekitaran dan iklim sosial yang lebih baik. 

Orang yang menyebabkan keadaan negara kita seperti sekarang ini ialah Najib Tun Razak. Dan ketika Dr Mahathir berucap, saya tidak dapat elak dari memikirkan bahawa ini juga silap Dr Mahathir.

kesilapan Dr Mahathir ialah dia sangka kerana Najib datang dari keluarga bangsawan, secara semulajadi tentulah mampu melakukan perkara murni. Ini kesilapan tipikal orang Melayu- percaya dan memikir hanya orang bangsawan sahaja yang ada monopoli keatas nilai2 dan perlakuan murni.

Sedikit sebanyak pemuliaan orang bangsawan ini ialah pecahan dari kepercayaan bahawa pemerintah itu bayangan Allah dimuka bumi. Oleh yang demikian, pemerintah tidak boleh melakukan kemungkaran. Walaupun zalim, rakyat harus bersabar.Sangat mendukacitakan, inilah sikap beberapa pemimpin PAS yang saya kenal.

Berapa kali kita sudah dengar para juak UMNO menyamakan Najib sebagai personifikasi Islam dan tentangan terhadapnya berdosa dan murtad? Ismail Sabri umpamanya, menyamakan taraf Najib setahap dengan Nabi Muhammad saw. Ungkapan Najib ibarat sabda Nabi. Dalam PAU tahun lalu, ada seorang sarjana yang mengeluarkan kenyataan bahawa setiap butir beras yang kita makan, adalah kerana UMNO.  Orang UMNO sanggup bersyirik untuk kekal kuasa.
Demikian juga, dalam masyarakat barat, bertaat kepada pemerintah yang walaupun zalim, adalah wajib kerana orang bangsawan yang memerintah itu adalah jelmaan tuhan2 dan dewa. Dalam pemikiran politik barat( suatu ketika) mereka yang menyokong keberadaan pemerintahan yang keras dan zalim mendapat inspirasi dari penulisan Hegel; dia berhujjah bahawa pemimpin ialah hasil deification- jelmaan tuhan dan dewa. Maka pemimpin itu mempunyai ciri2 ketuhanan. 
Hasil dari kepercayaan ini ialah pemerintah tidak mendengar rintihan rakyat, mereka hanya tuntut taat setia mutlak.Najib tidak dengar rintihan rakyat, dia hanya menuntut kesetiaan dan kepercayaan rakyat. Dan dia sanggup membeli kesetiaan.

Berapa kali kita dengar Najib mengaitkan dirinya dengan tetesan darah pahlawan Bugis seolah olah baka Najib adalah baka yang secara semula jadi, berhak memimpin Malaysia? Najib sudah tidak lagi mampu mempertahankan dirinya atas pencapaian dan rekod nya; dia sudah sampai tahap mengungkit baka dan keturunan. 
Its game over untuk Najib kalau deimikian defence nya.

Kita orang Melayu mesti berhenti dari mempercayai cerita dongeng dan karut ini.

Dr Mahathir antara sebab Najib ada di tampuk kuasa. Dia menyokong Najib untuk ganti Pak lah, serigala yang berwajah kebiri. Rupa2 nya, tindakan Dr Mahathir ialah seperti membawa harimau menghalau serigala. Harimau akhir nya mengambil alih kuasa dan menganiayai rakyat. Sang harimau membaham semua harta negara.

Sekarang kita berada dalam keadaan duka dan sengsara. Dan Dr Mahathir pada umur 91 tahun, mahu membetulkan penyesalan nya. Kita tidak ada pilihan mesti menyokong nya. Bukan untuk Mahathir menebus kesalahan, tapi Malaysia mesti diselamatkan dari Najib.


Kita sekarang tumpukan perhatian kepada Najib Tun Razak- the embezzler–in-chief. 


Saya suka deskripsi dalam tulisan Jebat Must Die.

It is funny to see exasperation coming from people who desperately try to defend the indefensible. By now, we all know Najib Razak is a morally decadent, globetrotting brat; a greedy merchant of the opulent life and a flagrant seller of the nation’s coffer.


Ini deskripsi yang sangat tepat. Sekarang orang sedar bahawa Najib seorang yang morally decadent. Decadent ini bermaksud ; dissolute, dissipated, degenerate, corrupt, depraved, sinful, unprincipled, immoral;

Najib telah hilang pedoman antara salah dan benar, antara bathil dan sah. Orang yang berfikiran begini memerintah negara ikut suka hati nya. Harta rakyat menjadi harta dia. Kuasa  rakyat dia cabul. Kepercayaan rakyat kepada nya menyusut. Tapi orang seperti Najib tidak peduli itu semua. Selagi dia control apparatus kerajaan, dia ingat dia kebal.

Sebab dia ingat dia ada kuasa dan menguasai pula institusi yang menyokong dia berkuasa, maka dia hanya perlu berdiam diri. Jentera kerajaan yang ada dalam tangan nya, mengugut dan mengancam rakyat; undang2 yang ada digunakan untuk menakutkan rakyat, mereka yang bersemangat lemah di suap dengan bantuan dan wang.

Inilah Najib yang kita kenali sekarang. Najib yang berbohong sehingga tidak ada lagi orang yang boleh dibohongi. Najib yang menggunakan isiu2 lain untuk mengalihkan tumpuan rakyat. Isiu seperti pembelian rumah Lim Guan Eng. Jika ada substance bawa lah ke mahkamah. Lim Guan  Eng bersedia untuk diadili. Tapi Najib menggunakan 1001 helah untuk tidak di adili.Malah Najib menyekat keadilan.

Pemimpin yang tidak bermoral, suka berfoya foya dan berseronok seronok atau seperti kata Zaaba-mengasyikkan diri dengan memuaskan nafsu syahwat dan kebinatangan, hilang kualiti moral, dan sedia melakukan pembohongan untuk mendapatkan wang dan imbuhan peribadi. Dia menggunakan wang yang banyak untuk membeli belah. Dia terbang kesana sini bergentayangan dengan jet milik kerajaan yang berjumlah 8 semua nya. Dia seorang yang berpegang kepada prinsip cash is king atau wang itu raja. Wang boleh beli kesetian dan perasaan kasih rakyat.

Antara yang paling mudah di beli ialah orang Melayu.

Orang Melayu yang bermaruah tidak dapat memerima kualiti ini dalam pemimpin mereka kecuali mereka sudah hilang pedoman mengenai nilai2 murni.
Sudah tentu, keadaan demikian lebih mendukacitakan kerana Melayu melaungkan mereka Islam; setiap pagi mengistiharkan bahawa sibghah Allah itu yang terbaik. Celupan Allah yakni nilai2 Islam mewarnai kehidupan mereka- tapi bila tiba kepada Najib melakukan maksiat dan kejahatan , pencurian, songlap wang, orang Melayu sanggup mensahihkan perbuatan Najib?

Jadi kemana nilai2 ini dibuang oleh orang Melayu? Saya harap yang melakukan ini hanya Melayu UMNO yang 3 juta itu. Jika baki 15 juta Melayu lagi enggan melanggani idea dan nilai Melayu UMNO, Malaysia masih boleh diselamatkan.
Dan ahli UMNO hanya 1 dari 6 orang Melayu yang bererti tanpa 1 Melayu UMNO, 5 Melayu lain boleh terus hidup. Kita tidak perlukan UMNO. Kita perlukan kerajaan yang memerintah secara berundang undang.

Saya telah cakap mengenai peribadi Najib sejak 3 tahun dulu lagi. Saya pun malas hendak mencungkil artikel saya yang terdahulu. Tapi ramai orang tuduh, saya hentam Najib kerna tidak dipilih sebagi calun dan tidak dapat projek. Fikiran dangkal seperti ini kadang2 perlu dijawab kembali- sebab jawapan dahulu tidak dibaca oleh pembaca mutakhir.

Tidak ada orang melayari hidup dengan dendam. Frustration saya kerana tidak dipilih, hanya mungkin berhayat tidak sampai setahun pun. Selepas satu tahun, yang sustain kritikan saya keatas Najib ialah kesangsian dan keraguan saya kepada Najib sebagai pemimpn, kejujuran nya, pemikiran nya, dan character flaw nya.  bagaimana seorang yang morally decadent boleh memimpin negara ini? Bagaimana seorang yang hipokrit seperti Najib boleh pimpin negara ini?
Dia saudagar yang membeli kehidupan berfoya foya yang dibiayai dengan wang rakyat. Orang Pahang kata- bukan duit bapak aok. 

Kedua- mengenai projek2- memang tabiat orang melayu suka menjaja fitnah. Kalau saya hendakkan projek, lebih elok saya duduk dalam kem Najib dan menggunakan kapasiti penulisan untuk bodek Najib dan Rosmah- mereka suka pembodekan. Seterusnya, kalau ada tuduhan mengenai saya dapat ini dan itu, ianya senang sahaja untuk di verify- dapatkan bukti dari institusi yang memberi nya. Seperti berapa lombong besi, timah, bauxite, emas yang diberi kepada saya. Kalau balak- keluarkan maklumat dari pejabat hutan atau mana2 institusi. Habis cerita.

Fakta nya, semua itu hanya fitnah. Sebab tabiat orang Melayu UMNO, seperti yang saya kata dulu2- apa yang sepatutnya keluar dari lubang bawah, dikeluarkan melalui lubang atas.

Itulah juga apa yang dikeluarkan oleh juak2 UMNO hari ini. Tidak ada transformasi minda berlaku pada Melayu UMNO. Emas berlian Rosmah tidak sampai kesiku. Biasalah, orang jantan suka membeli barang kemas untuk isteri dan girlfriend. Saya dengar ramai juga hendak tahu, banyak tak hadiah dan barang kemas diperolehi oleh Kartina Aziz dari seorang pembodek Najib.

Najib boleh lari ke 4 penjuru dunia, tapi dia tidak dapat lari dari kebenaran. Australian Broadcasting Corporation ( ABC) menyiarkan lorong2 tikus pengaliran wang kedalam akaun peribadi Najib. 
Ini pun sudah jadi kesalahan. Kita ada PM yang menggunakan jawatan public nya untuk mendapatkan untung dan wang. Surat2 yang konon nya datang dari putera Arab kemungkinan besar adalah palsu . bagaimana mungkin isi surat seolah olah anticipate orang akan kata derma itu rasuah? Surat2 tersebut hanya untuk mengaburi mata rakyat. Kalau ada surat seperti ini mengapa tidak disiarkan awal2 lagi.

Kita tahu respons Najib- seperti biasa dia akan buat tidak tahu. Tidak mengapa. Budak2 suruhan nya akan berpentesan kaki ‘menerangkan’ keadaan’. Seperti biasa, penerangan mereka menyebabkan kecelaruan yang lebih banyak. Mereka berbohong untuk menutup bohong yang lagi satu.

Ketika selesai deklarasi rakyat pada 4 mac lalu, ada sekumpulan pemberita bertanya- mengapa mahu singkirkan Najib? Apa yang dia buat.

Saya selalu bertanya- pemberita kita ini datang dari planet marikh kah? Atau mereka ini budak upahan dan hingusan dan pelajar tercicir yang memilih kewartawanan sebagai career?

Yang buta pun dapat lihat. Yang pekak pun dapat dengar apa yang Najib telah lakukan. Dia bukan pemimpin yang jujur dan amanah yang menyalurkan berbiliun Ringgit dalam akaun peribadi nya. Tidaklah semudah seperti bercakap saya tidak pakai untuk tujuan peribadi. Wang RM4 billion yang masuk dalam akaun nya, mesti sedia di oditkan untuk membersihkan nya.

Najib berbohong kepada ramai orang dan kini, tiada siapa lagi yang tinggal untuk dibohongi nya. Kecuali tukang ampu dan yang seminda dengan nya- yakni yang merompak dan menyamun dan yang merasakan bahawa, Melayu mereka itu, suatu hak untuk menyamun.

13 comments:

Unknown 5 April 2016 at 08:32  

Sir,tq for making Raub a cool place to live in. Yr efforts are incomparable. Let's make Raub a must visit place ya.

Anonymous,  5 April 2016 at 09:33  

Kamik di Sarawak, harap sangat parti BN boleh dijatuhkan jika tidak pun majority mereka dikurangkan. Harap si penipuk dan perumpak disiai dan diadilkan ke rumah pasung. Malaysia jadik lebih baik tanpa orang cam Najjib. Muka elok topeng iblis,.

Emer 5 April 2016 at 10:03  

Dato

Saya pernah menulis tentang kesilapan-kesilapan Dr Mahathir Mohamad yang menjadi punca kerosakan ke atas tanahair tercinta ini. Saya menulis dengan harapan beliau membacanya. Saya tidak berniat menjatuhkan maruahnya sebaliknya mahu beliau sedar dan memperbetulkan apa yang beliau mulakan/izinkan. Semoga Allah membantu beliau dan kita semua melalui kecelakaan ini.

Anonymous,  5 April 2016 at 11:51  

there is an article in MT entitled "what's the point in removing najib from office".
I've never read such a juvenile, imbecilic and irresponsible writeup, they are propagating there is no one capable of replacing the anointed one, its like saying if a father is caught raping the daughter, who is capable of replacing the father, you cannot incarcerate him, the crime committed is immaterial

Anonymous,  5 April 2016 at 13:05  

Dato
Problem najib kbnyakan dtng dri RM rosmah mansor ringgit maysia
Rosmah nilh dalang n Tok guru najib
Waktu nk pilih pm dulu Ada yg nk abik mahyuddin ysin
Ini krana najib Tak Boleh pm sebab istri nya
Skarang bila ada imdb yg ank rosmah baik dgn jholow habis duit rakyat
Bila Ada reporter tnya Rosmah jawab fitnah

Waktu Najib dgn istri pertama dulu reputasi najib ok jer
Bila bekas pljr Tunku kursiah kolej dpt najib macam2 crita kluar
So pompuan rambut kembang caj rm1200 utk kembngkn n nk kelihatan tinggi punca segala mlapetaka k Negara ni

Ahtan,  5 April 2016 at 16:04  

Salam Datuk,

Memang sesuai artikal ini Datuk tujukan kepada orang-orang Melayu di Malaysia ini. Kerana Melayu sahajalah yang akan terus bermautastin, memerintah di bumi Malaysia. Segala kehidupan yg baik atau buruk akan lebih terkesan kepada Melayu dari bukan Melayu. Orang bukan Melayu sudah lama terasa tersingkir dan kami memang terasa menumpang di bumi kelahiran ini. Biarlah kami di panggil unpatriotic, pendatang, dan bermacam-macam lagi, kami insaf dengan kedudukan kami. Sememangnya British telahpun menjangka Malaysia ini akan terus terpalit dgn isu sensitif perkauman bilamana mereka mempersetujui dokumen perlembagaan Malaysia yang memberi taksiran longgar tentang hak istimewa yg jelas disalahgunakan. Kalau dari mula negara dibentuk tidak sama rata, masa kan kini dapat kita perbaiki untuk anak cucu kita kemudian hari? Kenapa harus bukan Melayu melayangkan bendera Malaysia kalau di pesuk hati nurani, kami terasa tidak dianggap rakyat tulin negara ini dan senantiasa dilabel pendatang? Kenapa harus kami terus korbankan nyawa pertahankan negara ini apabila Melayu sewenang wenangnya mencabar bukan Melayu balik negeri asal masing masing. Ya, kami akan pergi, tetapi bukan balik negeri asal, kami akan melihat diseluruh dunia untuk mencari bumi baru dimana kami rasa kami dihormati sebagai manusia dan rakyat, tidak lagi perlu risau diambil kesempatan untuk rasuah oleh pasukan polis Melayu yang sering mengadakan sekatan jalanraya di perkampungan dan taman taman bukan Melayu. Saya percaya Datuk Sak adalah seorang yang adil dan inginkan keadilan, tetapi golongan seperti Datuk ini adalah minoriti, dan Datuk, anda tak empunya wang untuk mengubah jati diri orang Melayu.

Anonymous,  5 April 2016 at 17:23  

salam tuan,

saya menyokong usaha tun m menurunkan ds najib dari jawatan perdana menteri. cuma saya berharap tun m tidak menamakan sesiapa untuk mengisi jawatan kosong tersebut

Aku,  6 April 2016 at 00:26  

Sak, salaam.
Wahh, terimakasih banyak atas nukilan terbaru. Izin kan saya turunkan sedikit garapan mengenai isyu2 yg ditimbulkan.
1. Orang2 melayu kebanyakkannya beragama islam. Tidak benar. Pd pengamatan saya, orang2 yg cuba bersungguh sungguh mengamalkan ajaran islam, percaya Bahawa iman mereka sangat tidak seberapa, malah "lebih nipis dari kulit bawang". Dan jumlah yg sedar Akan hakikat ini sangat sikit. Bagaimana yg lain, yg gah bahawa merekalah Islam, wasatiyah, umat pilihan, hadari, Sunah wal
Jema'ah Dan syi'ah, tidak sekali kali.
2. Hegel mensabitkan pimpinan adalah 'deification'...? Dikalangan orang2 Melayu, ini mungkin sisa dari agama atau kepercayaan2 pra islam, yang terus2an dipegang. Polemik "tengku fraud" baru2 hi, mungkin juga serangan penjelmaan semula aliran pegangan ini.
3. Menyalahkan Najib 100 peratus bertanggungjawab memaksakan kebejatan yg menimpa juga kurang tepat. Selain peranan 'cash is king', dan "you help me and I help you', boleh dicerap bahawa Wujud sekelompok penyokong tegar dikalangan rakyat termasuk penjawat awam yg mempunyai Dan memupuk satu "symbiotic relationship". Mungkin Sebab utama adalah kemalasan berfikir, kurang maklumat, atau ilmu dll, lantaran begitu serasi Dan enak Ramai dlm 'comfort zone'.

Wallahua'lam.

Anonymous,  6 April 2016 at 12:38  

As salam,

Setuju dengan nukilan tuan, apabila ada pemimpin salah guna kuasa aka mengamalkan rasuah, yang menjadi mangsa adalah RAKYAT dan ianya membawa kerugian besar kepada kemajuan negara.. Lagi malang pemimpin rasuah/"cash is king" ini terus disokong oleh ahli-ahlinya yang kemungkinan terlibat dengan rasuah juga. Rosak negara hancur agama dan bangsa. Moga Malaysia terus aman sentosa dan mohon Allah lindungi kami rakyat marhaen ini daripada pemimpin yang kononnya Melayu beragama ISLAM tetapi kufur. Allahua'lam

Anonymous,  6 April 2016 at 22:17  

Well said. I have always maintained that this so called bugis warrior be thrown out. He is making Malaysia looks like a place where all Banglas love. I used to read from a SMS whereby a bangla said " Malaysia Boleh-semua pun bolih" show the Malaysian currency in his hand. What does that mean? Money is King. Let's throw him out before Malaysia goes to the dog.

Anonymous,  7 April 2016 at 15:41  




http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/07/cops-to-record-statements-from-participants-of-protest-march/

"We will record their statements. Under PAA, they aren’t allowed to organise the demonstration, and yet they went ahead with it.

"They are legislators, and they enact the laws. They should know better that prior to organising any demonstrations, they should give police a 10-day notice.

"We have opened up investigations and will call the organisers and participants," he told reporters at the city police headquarters on Thursday.

Comm Amar confirmed that Bukit Aman had received a memorandum from the group, but said that he was not aware of the content of the document"

When the red shirts invaded the Perdana Foundation, did they give 10 days notice?

yet the police said:

"No, it was just handing over a memo".

Putrajaya deputy police chief Supt S. Vijaya Rao said yesterday that no action will be taken against Datuk Jamal Md Yunos and hundreds of his “red shirts” members who gathered outside the Perdana Leadership Foundation on Friday.

According to Supt Vijaya, there was not an illegal assembly and did not break any laws.

He added that there had also been no need for Jamal to notify the police about the event before hand as it was not a public gathering, and therefore the PAA did not apply.

On Friday, hundreds of “Mat Rempit” and “red shirts” congregated at Dr Mahathir’s office as part of Sungai Besar Umno chief Jamal’s bid to submit a memorandum in protest of his Citizens’ Declaration."

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/cops-being-selective-bersih-2.0-says-after-red-shirts-not-probed-for-friday

Can Amar Singh explain the difference, and why the police are applying two different sets of laws depending on who is doing the memo handover?

Why are the police being selective?

What is the correct application of the PAA?


Damerdeka 8 April 2016 at 08:40  

So very sad that its history.... . . our country was once d least corrupted country in this region. Now what a shame we outbeat our neighbours n became famous for d wrong reasons. We call ourselves muslims yet only to use it to convenient ourselves.Remember d glory of d muslims during prophet Mohammad n his sahabat2.Why were d earlier muslims so successful? Its becuz d leaders are of d highest integrity in character , live their life guided by d quran n sunnah ie they are true muslims exemplery to d world then.Its not too late yet for us to study d quran n sunnah n emulate d best we can from it n lets start with ourselves d so called muslims.

Anonymous,  15 April 2016 at 11:14  

so sad moga Allah mmbantu mnyelesaikan masalah yang begitu rumit tolonglah jangan
jadi amalan ikutan pemimpin di kemudian hari cukup cukuplah,drama sebegini...
aku yang terkecewa...land below the wind takut jadi land below the......
aku juga berhak bersuara ,yg benar di benarkan yg salah di luruskan,

dapat jawatan rakyat yang kurnia
bahu yang memikul sangatlah berat
walau tak rasa penjara dunia
gentarlah sungguh penjara akhirat

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP