Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 18 December 2015

Parti Bermaruah yang Memartabatkan bangsa Melayu!



Berbillion pun masuk dalam akaun peribadi Dato Najib tidak mengapa. Dia akan jaga orang Melayu kan? Maka tidak apa. Ambil lah seberapa banyak pun. Untuk orang Melayu.

Kalau pembangkang berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga.
Begitulah hujjah yang digunakan oleh orang UMNO. 

Tidak, orang lain tidak buat begitu. Yang buat begitu setakat ini hanya Najib seorang.

Najib kan pahlawan Bugis? Tapi bukan pahlawan Bugis yang memenangkan bendahara Wah Ahmad dalam perang saudara Pahang dalam tahun 1880an.Orang Pahang kena ingat perkara ini.

Najib jaga orang Melayu kan? Melayu itu kanak2 sepanjang zaman yang mesti dijaga. 
Untuk jaga orang Melayu mesti banyak wang sebab orang Melayu mahu sekurang2 RM50 bila mahu menyertai PAU. Dan untuk menang PRU mesti banyak wang. Kalau tidak macam mana hendak beli pengundi? Bagaimana hendak jaga Islam kalau tidak ada wang.

Jika pemikiran seperti ini menjadi keperangaian kedua orang Melayu, maka habis lah Malaysia.
Tidak mengapa duit YAPEIM hilang, ianya untuk Islam dan orang Islam. Ambilah duit banyak mana pun dari perbendaharaan, asalkan pengambil nya Melayu, untuk orang Melayu konon, untuk Islam konon.

Pemikiran anarki seperti ini jangan dijadikan budaya Melayu hari ini.

Saya telah menyebut mengenai suatu teknik lihai yang digunakan oleh mereka2 yang tidak boleh menjawab apa2 lagi. Teknik ini disebut prospective blackmailing- yakni menyatakan secara terlebih dahulu, perkara buruk yang dilakukan oleh encik x hari ini, akan dilakukan oleh encik y dimasa hadapan. Oleh yang demikian, adalah lebih baik, semua orang kekal dengan encik x.  encik y , dua kali lima juga.

Apa yang saya khuatiri sudah pun berlaku. Ada seorang perwakilan berkata- biarlah Najib ambil RM2.6 billion atau lebih pun tak apa, sebab ianya untuk Melayu. Inilah pemikiran yang akan menjahanamkan bangsa Melayu apabila kemungkaran diterima sebagai satu kebiasaan. Orang seperti inilah yang akan kata- tidak mengapa pemimpn2 x, y, z tidur dengan anak2 dan isteri2 kita- demi orang Melayu!.

Bagiamana UMNO mahu membela bangsa Melayu dengan pemikiran rosak seperti ini?

Aabar dan International Petroleum Investment Company bertegas menyatakan bahawa bukan pemilik sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgns Island. Mereka tidak menerima bayaran USD1.4 billion yang dikatakan dihantar oleh 1MDB. Jika mereka tidak menerima, kemanakah dihantar nya USD1.4 billion itu?

Saya harap bukan dalam akaun peribadi sesiapa.

Sekarang didedahkan pula, satu unit dari 1MDB hantar USD850 juta kedalam akan sebuah syarikat yang nama nya hampir sama dengan syarikat milik AaBar, tapi bukan milik nya.

Sekali lagi, USD850 ini di hantar kemana?

Saya harap bukan dalam akaun peribadi sesiapa.

Bagaimana 1MDB lalai dan cuai hantar duit kepada syarikat bukan milik Aabar yang menjamin penerbitan bon oleh 1MDB? 
Apa kaitan urusniaga kewangan 1MDB dan Aabar dengan tajuk hari ini? 

Ianya begini:  jika perkara seperti ini ketahui oleh perwakilan di PAU, yang bangsa nya Melayu, agama nya Islam, Raja nya Melayu- ada perwakilan akan kata, tidak mengapa- ambil duit tersebut kerana untuk UMNO dan Melayu!
Bolehkah parti yang 'bermaruah' tinggi seperti ini, memuliakan dan memartabatkan bangsa Melayu? 

5 comments:

Anonymous,  18 December 2015 at 09:13  

It is all because their flesh and blood have been tarnished with stuff bought with wang haram! They could not differentiate anymore between right and wrong. Parti Keramat? More like Parti Kiamat.

Shame on us all to have among us who think like that Penang guy. No wonder the so called Penang Malays are neither here nor there - and they blame the Chinese Dap?

Also it needs to be noted what the other so called "Malay" head of the Umno Wanita remarking in her speech that let blood whatever... Well, here is my response: remember the aftermath of Rwanda's genocide, remember the Balkan butchery, remember the Killing Field of Kampuchea - and Germany's Jews Holocaust! And she and her kind think the civilized world will just watch if similar stuff were to happen in Malaysia when the latter has also hundreds of billions of investment in the country?

Yes, lady of no shame and her kind: bring it on - and see what shall come your way... The world is watching. And the world is going to parade you and your kind for all to see. Malaysia is truly theirs to do and say whatever they like? Not for long… And the rest of us Malays have still not forgotten that it is her type and the type of the Penang guy too who helped to bring the Malacca Sultanate of old down half a millennium ago. (But of course we are not saying that that sultanate did not deserve what happened to them: after all, recall what the then sultan did to the family of Tun Fatimah…) And it is this type which is helping to do the same to Malaysia these days…?

Anti Fitnah,  18 December 2015 at 10:09  

"Kalau pembangkang atau sesiapa sahaja berada ditempat Najib, mereka akan buat begitu juga. Sesiapa berada ditempat najib, dia orang akan buat begitu juga."
Begitulah hujah yang digunakan oleh orang UMNO.
Dato',
Saya dah dengar hujah pada zaman 80an lagi semasa saya masih belajar di universiti. Pernahkah saya pertikaikan hujah sebab ia menunjukkan manusia yang duduk kat Malaysia semua korup-korup belaka. Tapi selepas saya fikir dan analisis hujah, memang ada benarnya sebab apabila seseorang itu disuap dengan benda-benda haram, maka pemikiran akan jadi "haram" juga yang akan menjadi bahan bakar api neraka. Jadi depa dah tak nampak orang yang jujur dah. Bagi depa tu, manusia yang jujur ni adalah manusia yang jahat dan luar biasa manakala manusia seperti Najib atau puak UMNO, maka itulah manusia biasa yang sepatutnya ada di Malaysia.
Kita dok bangga dengan Islam. Takut Islam dihina? Takut Islam dicaci? ... Bukankah tindakan dan kelakuan kita sebenarnya telah menjadi Islam tu nampak HINA, PARIAH, ... Melayu hina Islam ... tak pa. Melayu buat jahat macam mana pun ... tak pa. Tapi Melayu yang bukan UMNO ter"silap" apa-apa sahaja, ... buruk padahnya.
Adakah Melayu ni bangsa yang KORUP ... korup dari segi keBENDAan, SAHSIAH, MINDA, ... Entahlah ... Inilah keHEBATan bangsa aku MELAYU.

dt rahman pekan 18 December 2015 at 16:37  

saya amat hairan bagaimana kes nfc yang melibatkan berjuta ringgit bolih terbatal begitu sahaja.

saya dapat maklum suami ketua wanita asal dari Kelantan. ag juga asal dari Kelantan.
adakah kemungkinan mereka berdua ini ada tali persaudaraan.

somebody need to check this.

Anonymous,  22 December 2015 at 23:07  

en rahman jpc...jangan hairan dah..
ketua dia 2.6 billion masuk akaun sendiri pun lagi dia orang tak kisah..

tapi kalau dia dan ketua dia kena dakwa dan masuk penjara baru saya hairan...
(as current leading government now)

Hidup Melayu Islam 2 January 2016 at 13:45  

DAP tetap anti melayu dan islam.....

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP