Orang Melayu dan GST.
Saya sukar nak faham lojik ahli parlimen BN terutama dari UMNO. GST- cukai keatas semua pengguna dianggap sebagai suatu yang baik. Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata2 nya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus. Mereka kena bayar, tapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?
GST hanya
bagus kepada kerajaan. Kerana mereka dapat kutip lebih banyak hasil. Menurut mereka,
bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan untuk kepentingan
rakyat. Benarkah begitu?
Ini pendustaan
yang paling besar. Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka
belanja atas projek yang mengayakan kroni. Lebih banyak ada wang dalam tangan,
maka lebih besar belanja dari pendapatan. Belanja berhemah dan cermat tidak ada
dalam kamus BN dan UMNO. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun,
rompakan dan ketirisan yang dilakukan.
Orang Melayu
yang betegas untuk bayar GST ini- apa kena dengan kepala mereka? Kaya sangatkah
orang Melayu? Incidence of poverty dikalangan orang Melayu mengikut perangkaan
EPU ialah 2.2 iaitu ukuran peratusan orang Melayu yang berada dibawah garis
kemiskinan. Garis kemiskinan ini berapa? RM650 sebulan. Ertinya, terdapat 2.2%
orang Melayu berada dibawah garis kemiskinan. Jika jumlah orang Melayu ialah
15,000,000 maka yang miskin papakedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang
Melayu.
Golongan ini
yang menerima BR1M 300. Mereka penerima jika ketua kampong kata OK. Golongan ini
lah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan. Dicampur dengan
RM300 adalah pendapatan bulanan mereka RM700, masih tersangat rendah dari
RM3000 penanda aras layak mendapat BR1M. jika BR1M dapat RM600 untuk satu
tahun, adalah disana tambahan RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh
dibawah RM1000 seblan.
Pendapatan bulanan
20% Melayu teratas ialah RM10,666. Pendapatan 40% Melayu yang tengah ialah
RM4123. Manakala pendapatan Melayu yang 40% terbawah ialah RM1686. Makanya
kalau kita campuar pendapatan purata bulanan untk semua kategori orang Melayu,
pendapatan bulanan orang Melayu kesemuanya ialah RM16,475.
Ini bererti
Melayu yang 20% teratas menguasai 65% pendapatan bulanan orang Melayu. Yang dibawah
iaitu 40% terbawah hanya menguasai 10% dari pendapatan purata bulanan.
Mengapa yang
terbawah ini mahu menyokong GST?
Walaupun ada
barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga
yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit dari mengenakan harga
yang tinggi. Malah GST bersih mereka kena bayar, entah2 dimasukkan kedalam
harga jualan kepada pengguna. Dan oleh kerana pengguna akhir tidak berdaftar
dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.
Maka amatlah
hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST. Malah
ada yang dirasuk oleh UMNO untk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu
membayar GST. Kaya sangatkah orang Melayu?
Ini bererti
sudahlah orang Melayu hidup susah, tapi mereka membenarkan UMNO menipu mereka. Sebelum
in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk
perasaan mahu bayar PTPTN. Mereka diawarkan pendidikan percuma sehingga
universiti, mak bapak pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan
rendah, memprotes mahu membayar PTPTN! Apa sudah jadi kepada meraka? Siuman atau
tidak?
Jawapan nya
ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah
penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah. Tapi
UMNO memeperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan
melayu tapi ditentang oleh kaum lain terutama oleh bangsa Cina. Ini membuktikan
UMNO itu rasis dalam semua perhitungan nya.
Tersembunyi
disebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh UMNO,
ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan
itu Melayu.
Maka seperti
yang pernah saya katakan banyak kali, akan tiba masa nya orang UMNO masuk
kedalam rumah kita, meniduri isteri dan anak2 perempuan kita, orang Melayu rela
sebab penceroboh itu Melayu dan UMNO lagi.
Hidup Melayu!
13 comments:
Dato,a sitting or incumbent gomen can only be chased out of office if their hardcore or staunch supporters are very very angry.This implementation of the GST will get the grassroots supporters of Umno/BN very very angry.
HSR rail to singapore.... cost 40 billion++ approval dari rakyat..TIADA
Askm took
Org2 felda yg bebal Fikri senang je
Ambit barang kt loperasi bila habis barang
X de duit pun ambik barang koperasi Juan kt luar
Yg hair an ank2 yg pandai belajar pun blh Fikri mcm mak speak dia org semuanya Kerala melayu......
Bak kata took kalau Ada org um no dtg menenkek ank bini pun Xperia pascal melayu....
bruno, don't know how these hardcore supporters can get very angry with GST, when they had even aggressively declined free education, lower toll charges (even leading to abolishment), lower petrol pump prices, subsidized water, etc.
Dato,
The question: How to reach the not-very-bright hordes, when they simply refuse to be reached by logic, fact, or modern mode? How to communicate obvious and vital truths, the lack of understanding of which keep the country straggling and embarrassing, the laughingstock of the civilized world?
Is failing education to blame? A dumbed-down media? Reality TV? Why is the chasm so wide?
Research suggests global average IQ is rising, but how do we reconcile that with these persistent stupidity? What hope is there for humanity if the lazy, self-serving, toast-burning creature of system one cannot change?
Benar Dato,
Air sebanyak mana pun kalau dikumpul dalam sebuah tangki besar yang besar juga bocor dan ketirisannya, ia cuma sia sia. Lebih menyakitkan hati jika air yang bocor itu ditadah ke takungan pihak lain. Begitu juga sebuah negara yang kaya hasil mahsulnya, rakyat akan terus kekal miskin malah lebih miskin dari rakyat negara yang tidak pun memiliki sumber kekayaan alam jika urus tadbirnya banyak kepincangan. Cukup untuk membandingkan Malaysia dengan Singapore...bagai langit dengan bumi...kita jauh ketinggalan walhal Singapore menumpang kemerdekaan sewaktu bersama Malaysia.
Siapa boleh nafikan bahawa Malaysia lebih kaya sumber alam berbanding negara kecil Singapore itu. Malaysia dan Singapore dari awal kemerdekaan terus mengekalkan parti yang asal tanpa bertukar. Malaysia diterajui Melayu UMNO dan Singapore dikepalai China PAP. Kenapa outcome nya jauh berbeza selepas puluhan tahun 2 negara ini merdeka. Tanpa DEB di Singapore, Melayu sana mampu ke mercu. Dengan DEB di Malaysia, majoriti Melayu kian layu. Salah kaum Cina kah? Angkara kaum India kah atau yang memerintah Malaysia 50 tahun lebih adalah China DAP, China PKR atau China PAS?
Implementasi lah apa pun dasar/ polisi kewangan dan fiskal untuk 10 abad lagi pun, bantailah apa pun tax sehingga 50% agar kewangan negara melimpah ruah...namun selagi ada makhluk jenis toyol dan kaki songlap dalam kerajaan yang diwarisi sekian lama ini...kaum Melayu jangan mimpi untuk menjadi lebih hebat berbanding Melayu Singapore. Melayu di Malaysia hari ini terpisah dan berkasta kerana polisi dan dasar Melayu sendiri dalam UMNO. Kerana kewujudan kasta inilah peruntukan kepada negeri Melayu bukan UMNO sekian lama di anak tirikan.
Perkenalkanlah apa apa SUPER SUPER SPECIAL GST pun...selagi toyol berkolar putih dalam UMNO tidak dibakar rentung...tangki kejayaan negara akan terus ditebuk oleh toyol toyol ini untuk nenyalurkan isinya dan mengagih sesama mereka. Rakyat ramai akhirnya menelan isi yang bercampur karat dan kelodak dari tangki berkenaan.
Dato',
Mentang-mentang orang Melayu UMNO ni semuanya termasuk dalam golongan 20% teratas kot?
walaupun aku penyokong kerajaan, tetapi aku tidak sokong GST. aku tidak teragak-agak beri sokongan kepada pihak lawan jika sanggup mansuhkan GST dan turunkan cukai pendapatan. sekian. terima kasih.
Betul kata Dato. Saya pun tak faham kenapa ramai rakyat Malaysia masih menyokong kerajaan UMNO/BN yang sudah kehilangan akhlak & moral. Sampai bila masa mereka nak sedar?
Mari Beri Pendapat
Dijemput saudara/saudari meluangkan masa untuk memberikan pendapat pada link berikut.
https://docs.google.com/forms/d/12BTtyPup0d61QBXQZqDgas9gKOSPMOpTfyQfbWASQHQ/viewform
Terima kasih
melayu yg susah ni sudah pasrah.. Jika tiada gst pun diorang tetap susah. harapan untuk taraf hidup berubah hampir tiada.
PR juga tidak menapilkan idea yg baik. Jika sekadar berjanji hapuskan tol, turunkan harga minyak, hapuskan gst. Apa faedah kepada mereka. Khusunya melayu luar bandar.
AMNO menghalalkan yg HARAM
yg HALAL akan Dipadamkan. Sedih bila MELAYU sendiri memperbodohlan MELAYU.Kita telah lama diperbodohkan dan diperkudakan oleh AMNO.Kita seumpama telah kembali ke zaman JEPON. Sgalanya yg buruk dari PR, Yg MAKSUM adalah AMNO. Sembahyang 5 waktu akan tetapi KERAKUSAN didepan Mata yg dizalimi oleh AHLI AMNO masih boleh dihalalkan. MUFTI seakan membisu. Adakah kerana Poket telah berat? ...JANGANLAH KITA DIPERBODOHKAN OLEH MELAYU AMNO KERANA AKU MELAYU JUGAK. SEMAT DIHATI AKAN DITENTANG SAMPAI MATI....TUNGGU SAHAJA NEXT ELECTION. ...PLS HELP MALAYSIA NOT 1 MALAYSIA.
Dato, yang paling tidak masuk akal ialah, UMNO akan naik GST ini di masa hadapan - mereka sudah kata ini cara untuk masa hadapan - bila minyak bekuarangan atau wang tidak cukup, GST akan naik sampai cukup..
Mengapa orang Melayu nak beri UMNO peluang bila sudah nyata mereka BOROS?
Post a Comment