Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 27 February 2013

UMNO Khianat Melayu (3/3)



Orang Melayu mesti sedar perkara ini. Bila Najib kata kalau PR menang, DAP akan perintah negara- dia DUSTA. Bila dia kata Nik Aziz anggap penerima BR1M adalah haiwan- dia DUSTA lagi!. Yang Nik Aziz kata ialah UMNO memperlakukan penerima BR1M seperti ayam yang diberi makan denak. Najib PENDUSTA. Dan semua orang tahu bila Najib kata dia tak kenal Ziana Zain dan Altantuya- dia DUSTA lagi.
Tuhan tak beri kita dekat dengan Pendusta.
Dia beri BR1M kepada rakyat kerana hendak beli kesetiaan rakyat dan lembutkan hati rakyat. Maka dia berlakun cakap lembut macam pondan kerana hendakkan orang lembut kepada dia.  Dia rasuah orang sana sini, sebab rupa2 nya , dia laki bini balun duit rakyat.
Najib guna Islam untuk sumpah sana sini dan menghina orang lain.dia sebut maqasid shar-iyah, wasathiyah dan lain2 tapi nak beri contoh najis mughallazah, dia tak tahu. Orang kata Allah swt- dia kata Allah saw. Orang kata Muhamad saw , dia kata Muhammad swt.
Bila kita hendak beri pendidikan percuma, turunkan harga minyak, hapuskan sabsidi kepada IPP- yakni bila kita hendak buat kebaikan, dia mahu teruskan kezaliman. Pengikut nya kasar, simbah cat, maki hamun orang, baling batu dan kayu, tikam orang, merusuh sana sini. Najib lagak macam kepala gangster kerana dia ingat UMNO ada 3.2 juta ahli. Tapi dalam PRU 2008, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi.
Dan bila orang suka kepada Islam, dia kata kalau system Islam dilaksanakan negara akan huru hara. Ertinya, dia anggap apa yang ada dalam Quran hanya cerita orang zaman dahulu.
Orang Melayu yang beragama Islam hanya ada satu pilihan keatas orang seperti Najib- singkirkan dia dan UMNO dalam PRU13 ini. Melayu tdak mati, dan yang melindung orang Melayu ialah keyakinan kepada undang2 dan sebuah kerajaan yang adil didalam nya ada pemimpin yang baik2.
Budaya UMNO sejak tahun 1981, ialah budaya perompak. Setiap projek untuk rakyat sebenarnya adalah suatu rencana membalun dan melanun rakyat. Dalam UMNO, samun dan rompak sudah diinstitusikan. Makna nya, samun dan rompak sudah menjadi keperangaian kedua- second nature kepada UMNO.
Kenapa jadi begini? Sebab falsafah yang melandasi perjuangan UMNO sejak tahun 1981, bila mamak bendahara mengambil alih kerajaan, berubah. Kepentingan rakyat diganti dengan kepentingan peribadi dan kepentingan kroni. Masa depan pemimpin UMNO dan kroni adalah masa depan gemilang dan penuh kemewahan. Masa depan rakyat adalah suatu masa depan yang kelam dan banyak kesusahan.
Seperti yang saya nyatakan- UMNO mahukan kesamaan dalam hasil- equality in outcome. Semua orang mesti tamatkan perlumbaan pada masa yang sama. Oleh kerana matlamat UMNO ialah equality in outcome- ianya menyebabkan campurtangan kerajaan dalam proses ekonomi. Kerajaan membesarkan penglibatan dengan meletakkan syarat2 dan halangan2 menyekat suatu kelompok manakala mempromosi kelompok yang lain.
Kelompok terbanyak berdepan dengan masa depan yang pernah dilalui oleh S Jibeng, Yahya Sulong, anak P Ramlee, dan Saloma.
Kelompok terpilih yang ada bin dan binti yang tertentu- jadi kaya raya dan mewah. Ini lah system UMNO.
Lihat kaedah UMNO merompak negara melalui mempromosi projek2 gila. Dalam artikel yang lalu, kita lihat bagaimana ketika Syed Mokhtar cemas melihat projek EDTP nya dibatalkan, dia guna Gamuda dan Shah Hakim dan anak Pak Lah dan seterus nya laki Jaqueline.
Apa Effendi dapat? Kerana memberi buah fikiran yang geliga ini, Effendi meminta CEO Lin Gamuda membiayai hobi Tiara Jacqueline membuat filem dan teater. Dengan cara itu, Tiara Jacqueline ada wang yang banyak untuk mempersembahkan drama Melayu yang glamour dan termahal pada saat ini  -- Puteri Gunung Ledang. Lin dan Syed Mokhtar juga mengongkosi projek2 kesukaan isteri Pak Lah- Kak Endon. Projek2 tersebut termasuklah Pride Foundation and Endon Award for Performing Arts Excellence scholarship fund.
Pak Lah dan keluarga dan rakan2 kabinet lain nya mahu mengajar , Syed Mokhtar dan rakan lanun nya Lin, suatu pengajaran kerana menepikan Pak Lah pada zaman Mahathir. Hangpa semasa Mahathir, tengok aku pun hangpa tak mau. Sekarang aku PM, mampuih hang. Aku buat hangpa tercirit, noo. Cara nya- buar MMC-Gamuda bayar apa2 hobi kesukaan Pak Lah.
Pak Lah si pencari damai abadi sebenar nya menyambung apa yang lazim dilakukan oleh dan kepada pemimpin tertinggi UMNO. Perkara yang serupa dilakukan oleh tauke2 besar kepada Tun Siti Hasmah. Sekarang syarkat2 gergasi yang mendapat projek2 kerajaan berpentesan kaki membodek bini Najib, Rosmah Mansor. Dan media arus perdana akan memasyorkan sumbangan yang diberi oleh perompak2 korporat tadi kepada Kak Mah. Puak2 inilah yang mebiayai ketagihan Rosmah kepada beg tangan Hermes Birkin dan permata berlian.
Cerita mengenai pemberian EDTP tentulah tidak lengkap tanpa memberitahu pembaca bahawa pengerusi cabinet mengenai Infrastructure ketika itu, ialah Najib sendiri. Najib mengesahkan hidup semula EDTP kerana Syed Mokhtar bersetuju, bahawa adik beradik Najib akan mendapat bahagian mereka dalam projek ini. Dan bahagian mereka, bukan lah kecil, woi.
Nazim Razak (Jim) ialah arkitek yang akan reka bentuk stesyen2 projek landasan berkembar itu. Nazir Razak (Jay) bos CIMB akan menjadi bank saudagar kepada projek itu. Nizam Razak memberi khidmat nasihat kewangan dan penjualan saham. Peranan Najib ialah menghidupkan projek tersebut.
Kalau semua perompak dapat bahagian masing2, mengapa pihak Shah Hakim mahu menyaman Syed Mokhtar? Sebab Syed Mokhtar janji nak beri RM600juta, tapi kemudian menurunkan komsiyen kepada RM300juta. Mana cukup!
Shah Hakim telah pun mempengaruhi Effendi Norwawi supaya membahagikan projek tersebut kepada 2 bahagian– kerja2 Infrastructure dikurniakan secara langsung kepada MGJV pada kos RM10 billion tapi kerja2 Systems bernilai RM2.38 billion diberi kepada kontraktor yang dipilih oleh kerajaan. Dan kerja2 sistem dicadangkan diberi kepada NR Sistem, syarikat yang diujudkan oleh Shah Hakim untuk kepentingan dia dan geng2 penyamun yang lain.
Daripada harga RM2.38b ini berapa bahagian Shah Hakim? Budak ini mahu sapu 30% yakni, RM600juta. Syed Mokhtar naik berang- dia mengadu kepada Mamak  Mahathir  bagaimana Pak Lah telah membatalkan EDTP dan sekarang Syed Mokhtar terpaksa menggunakan khidmat Shah Hakim yang akan mengenakan yuran sebanyak RM600 juta ‘atas angin’.
Mahathir mengeluarkan fatwa kepada Syed Mokhtar untuk  melambatkan menanda tangan perjanjian apa2 dengan NR Sistem untuk keraja2 Systems.
Najib pulak menonjolkan diri sebagai pihak yang tidak memihak mana2 geng. Dia tak kata dia sokong Mahathir, dan tak juga kata dia sokong Pak Lah. Tapi kita tahu, Najib yang takut pada Mahathir tentulah menyokong Mahathir. Yang penting bagi Najib, dia dah dapat bisnes untuk adik2 dia. Najib tahu Mahathir masih berpengaruh maklum sahajalah Mahathir ialah mursyidul am UMNO. Fatwa dia yang terkenal ialah menyuruh orang UMNO berkawan dengan syaitan daripada malaikat. Dan jika serangan Mahathir berjaya, fikir Najib, dia dapat menggantikan Pak Lah tanpa mencabarnya dalam pertandingan UMNO.
Dan mulai tahun 2007, Mahathir memulakan serangan nya keatas Pak Lah dan memerli dan mengejek Mr Clean.  Pada masa yang sama, Syed Mokhtar mengarahkan Lin untuk memaksa Seow dan Shah Hakim supaya menerima komisyen yang sudah dikurangkan dari RM600juta kepada RM300juta.  
Kali ini, Shah Hakim dan Kamaluddin pula naik berang sebab mereka fikir mereka dah bersetuju bahagian 30% sebanyak RM600juta. Dan duit tersebut bukan sahaja diperlukan oleh mereka tapi juga untuk membiayai PRU Pak Lah pada tahun 2008.
Syed Mokhtar ingkar memberi Pak Lah dana untuk berdepan dengan PRU12. Mahathir menasihatkan Syed Mokhtar jangan komit apa2 janji kepada Pak Lah kerana Mahathir mahu Pak Lah susah dalam PRU12 dan akan ditendang keluar.  
dalam system UMNO , orang yang mahukan jawatan PM mesti bayar sana sini, atas bawah, depan belakang dan kiri kanan. Kena merasuah dan membayar pengundi dan penyokong UMNO. Tanpa dana, Pak lah tak dapat bayar untuk mendapat undi dan akan ditendang keluar. Ini system dalam UMNO. System untuk orang yang istimewa dan terpilih dan kaya.
Dan tanpa dana, rancangan dan pakatan jahat Mahathir menjadi kenyataan. Pak Lah dapat keputusan teruk dalam PRU March 2008  -- yang dilihat oleh ahli UMNO sebagai bukan sahaja menyebabkan pencari Al Ghazali dan As Shafie kalah PRU tapi juga jatuh muka. Tauke2 besar enggan membiayai kempen Pak Lah.
UMNO kalau takde wang, akan jam tak boleh buat apa2. Ini membimbangkan imam2 perang dalam UMNO dan mereka semua melaungkan darah Pak lah.  
Selepas PRU 2008, semua orang tahu lambat laun, Pak Lah terpaksa menyerah kepada Najib. Syed Mokhtar, saudagar yang lihai, mengarahkan LIN supaya jangan sign apa2 dengan Shah Hakim dan syarikat NR Sistem – walaupun untuk komisyen yang dikurangkan kepada  RM360juta. Kenapa? Sebab Pak Lah sudah jadi harimau takde taring lagi dan tak dapat mengancam mereka. Syed Mokhtar juga mahukan  Kamaludin dan Shah Hakim meminta sedekah untuk  RM360juta yang CEO Lin janjikan kepada mereka.  
Fakta nya, ialah Syed Mokhtar tidak bercadang membayar Kamaluddin dan Shah Hakim komisyen RM600 juta mahupun bahagian 33% atau RM3.3 billion dari harga  RM10 billion kerja2 Infrastructure EDTP. Syed Mokhtar yang dapat semua- dia dapat RM3.7billion dari harga keseluruhan RM12.4 billion untuk EDTP ini. Jadi kalau hari ini, Syed Mokhtar beri UMNO RM500 juta tunai seperti yang dia lakukan sekarang, jumlah tersebut sap sap suwe.  Dia akan balun lagi banyak melalui MRT, keretapi laju antara Malaysia-Singapura. Hidup Melayu!
Dari episode tersebut lah kita tengok syarikat Kamaludin Scomi di pinggirkan dalam projek2 dengan kerajaan. Akhirnya, Kamaluddin Badawi dan Shah Hakim terpaksa menyaman MMC – Gamuda dan mendedahkan dalam mahkamah bagaimana BN/Umno menyarai pilihanraya mereka dan melanun dan merompak negara.
Cuba bayangkan! Rencana Transformasi Ekonomi si Najib apa sebenarnya? Kerajaan konon nya akan melaksanakan projek raksasa dengan alasan memulihkan ekonomi tapi sebenarnya setiap projek yang dijalankan harga nya di UMNOkan dan pihak2 mendapat bahagian masing2. Ini hukum faraid style Mahathir yang diteruskan oleh Najib.
Dan bayangkan banyak mana bahagian yang akan diperolehi oleh Syed Mokhtar dari projek MRT yang dianggarkan bernilai RM50 billion. Kroni2 UMNO menjilat lelehan air liur membayangkan untung 30%.  Itu bersamaan dengan RM15 billion yang Mat Arab akan agih2kan!
Bayangkan banyak mana UMNO rompak dan sapu bila memberi projek pembinaan lebuh raya KIDEX kepada peguam UMNO Hafarizam Harun, dan bekas Ketua Hakim, Zaki Azmi. Bayangkan banyak mana UMNO sapu lagi apabila menjual lebuhraya sepanjang 26 kilometre Kuala Lumpur-Putrajaya yang dikenali sebagai  Maju Expressway (MEX), kepada  EP Manufacturing Berhad pada harga RM 1.7 billion. Sedangkan kos nya RM976.6 juta yang dibiayai dengan grant kerajaan atau duit kita semua.
Campurkan pula komisyen UMNO bila 1Malaysia Development Berhad syarikat  membeli syarikat pembekal kuasa letrik yang dimiliki oleh Ananda. Harga nya ialah RM8 billion. Kalau komisyen 30%, bahagian UMNO sudah mencecah RM2.4billion.
Semua ini menunjukkan bahawa UMNO sedang mengumpul dana yang banyak untuk merasuah rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, inilah kaedah yang digunakan oleh pemimpin2 UMNO untuk merompak dan melanun negara ini.  
Ini cara UMNO dan budaya UMNO. Ianya akan membengkrapkan dan memapa-kedanakan rakyat Malaysia. Malaysia akan menjadi Greece untuk Asia jika kita menyingkirkan UMNO.
UMNO akan peras dan picit negara ini. Sebab itu orang Melayu khususnya mempunyai alasan dan sebab menolak UMNO. Benar apa yang dikatakan oleh pendita Zaaba- golongan penindas keatas bangsa Melayu ialah pemimpin yang bersikap feudal seperti UMNO. Mereka akan menghisap darah rakyat dengan menggadakan kos2 projek berlipat ganda dan rakyat membayar nya dengan darah dan air mata.
Ini cara UMNO merompak dan melaunun gera kita. UMNO mengawal pemberian kontrak dan beri kepada siapa yang mereka suka. Projek diberi kemudian dibatalkan kemudian dihidupkan kembali. Ia nya diberi nama baru dan akhirnya akan di pikul oleh kerajaan. Melalui projek2 ini, UMNO dan pemimpin mereka dapat wang yang banyak. Dengan wang yang dirompak inilah, masa depan gemilang lagi mewah tercipta untuk pemimpin dan kroni UMNO. Masa depan untuk rakyat pula, adalah suatu masa depan yang kelam dan gelap.
Berapa lama lagi bangsa Melayu boleh menanggung lintah darat seperti UMNO?

10 comments:

Anonymous,  27 February 2013 at 10:06  

Salam,

Pak Jib ni sebenarnya ada sifat pondan dan mak nyah.

Apa tidaknya :

Lihat YouTube ini :

1. Najib pondan penakut, tidak seperti PM Australia Gillard, seorang wanita.

http://www.youtube.com/watch?v=FbJQEL32J2Q

2. Najib penakut, takut berdebat denang AI. Di Kenya, LIVE presidential debate DALAM tv.

http://www.youtube.com/watch?v=B6XQDO0W9wM

3. Di USA, LIVE debate kat University. Di Malaysia???? Tempat Listen! Listen sahaja. Najib ada beranikah debat sama Anwar di UM?

http://www.youtube.com/watch?v=zTjpgYfYml8

4. Di Filipina, debat dalam TV umum.

http://www.youtube.com/watch?v=4r1S5dxVgg8

Jadi ... apa yang UMNO BN hendak rakyat lakukan untuk pemimpin :

Macam inilah kalau UMNO BN berkuasa 50 tahun akan datang:

1. http://www.youtube.com/watch?v=tZsVP2WoE9E

2. TV3 Korea Utara

http://www.youtube.com/watch?v=PF3jpT-MLck

Maka sahlah Pak Jib pengecut. Malulah penyokong totok UMNO mempunyai seorang pemimpin yang dayus, pengecut dan tidak tahu malu.





Anonymous,  27 February 2013 at 11:16  

Dato Sak,I believe you have said enough of these plundering and stealing by these UMNO Goons. Jika Melayu2 ni masih teragak2 nak tendang keluar penyamun2 tarbus sudah agak jelas yang bangsa ini memang sudah kena sumpah sial akibat dari perbuatan pemimpin2 lampau. Yang paling ketara adalah AlKutty yang sering mempersendakan kesucIANan agam Islam.Yang tak sedapnya Melayu2 yang tidak bersalah akan menerima musibah yang sama. Betul2 celaka mereka2 ni.

Paradigmshift.,  27 February 2013 at 12:07  

Dear SAK,
Kegilaan Najib dan konco-konconya sekarang ialah mengwar-warkan slogan-slogan kosong semata-mata bertujuan untuk mengabui mata rakyat .Slogan yang paling menjadi 'the in thing' ialah 1Malaysia. Macam benda dilabelkan 1Malaysia. Yang belum di labelkan 1 M ialah tandas yang dirasmikan oleh Najib dahulu! What is so great about these 1M items? Nothing? Sejauh mana mereka mencapai matlamat 1 Malaysia yang sebenarnya iaitu untuk mengujudkan satu komuniti rakyat Malaysia yang melihat diri mereka sebagai Malaysians dahulu baharu kemudiannya Melayu, China, India, Benggali, Orang Asli, Kadazan, Murut , Iban dan sebagainya? Jauh panggang dari api! Bercakap pasal kedai kain, kedai kain Nagoya pun dikunjungi oleh pelbagai bangsa; klinik? klinik kerajaan yang ada sekarang pun didatangi oleh pesakit dari pelbagai bangsa termasuk Bangla, Ronhingyas dan Indon. Kedai runcit? kedai runcit Ah Chong di kampung pun didatangi oleh pelbagai rupa pembeli. BR1M,Bantuan Smartphone, Baucer Buku? Apa bezanya dengan handout handout yang pernah diberi sebelum ini. So, what is new?. Nothing!. Lebih baik saja benda-benda itu dilabelkan sebagai 1N ( 1Najib) atau 1RN (1Rosmah Najib) saja. That will be the most appropriate labelling.
Satu lagi slogan ialah transformasi. Transformasi Kerajaanlah, transformasi ekonomilah, transformasi politiklah. Dan yang akhir sekali saya terbaca ialah melabelkan JKKK ( kependekan Jawatankuasa Kerabat Ketua Kampung!) sebagai Agen Transformasi Kampung. Wah hebat betul! Sebelum itu ialah pelancaran program Transformasi Luar Bandar!. Kemudian dilonggokanlah klinik 1M, kedai kain1M dan kedai runcit 1M di satu tempat, dan dinamakanlah pengelompokan itu sebagai Pusat Khidmat Transformasi Bandar! Wah!, lagi hebat! Yang anihnya dan yang menyebabkan saya menggaru kepala saya yang tidak gatal ialah, JKKK itu tetap JKKK yang sediaada yang dianggotai oleh orang-orang (kebanyakannya orang UMNO) yang pemikirannya masih di takuk lama. So, the question is, what is new? and the answer is, nothing! JKKK akan terus membuat kerja yang sama mereka buat selama ini seperti menyenaraikan permohonan peruntukan mengecat surau, membaiki dewan, membeli perkakas kenduri kahwin, merancang majlis maulud nabi, majlis kedatangan dato penghulu atau mendengar laporan dato koperal OCS dan sepertinya. Buat minit, salinkan kepada tok penghulu dan Tuan DO. Transformasi apanya? Di zaman Tun Razak dahulu, beliau telah melaksanakan pelbagai program dan projek bagi mengubah wajah kawasan luarbandar daripada wajah kemunduran infrastruktur dan sosio-ekonomi kepada wajah kemajuan dan keselesaan hidup, tanpa melabelkan apa yang beliau lakukan itu sebagai transformasi pun! Melalui sekim-sekim FELDA, melalui penyediaan projek-projek jalan luar bandar, bekalan letrik dan air luarbandar dan kemudahan-kemudahan sosial yang lain, melalui penubuhan JKKK ( the real ones bukan macam yang ada sekarang) dan pembukaan serta pengoperasian bilik-bilik gerakan pembangunan di kampung-kampung, daerah, negeri dan negara , pelaksanaan rancangan buku hijau dan pelbagai lagi ;sebenarnya Tun Razaklah yang sewajarnya digelar Bapa Transformasi Malaysia, bukan anaknya. Tranformasi ialah perubahan sesuatu benda kepada sesuatu benda yang sangat nyata perbezaannya daripada yang asal. Seperti dalam kartun transformer. Jerit 'TRANSFORM!', maka lori pun bertukar jadi manusia dalam bentuk robot. Tapi apa yang Najib dan Hizbinya jerit-jeritkan sebagai transformasi itu, habuk pun tak ada. Jeritlah 'TRANSFORM!' , benda itu tetap macam yang lama juga. Eksyen saja, kata orang, sebab nak ikut fashion dan nak bodek big boss yang begitu 'obssessed' dengan slogan dan label yang pada analisa terakhirnya, adalah slogan dan label kosong yang mengabehkan bogheh jo, kata orang Negeri.Saya sedang menunggu sekolah pondok Abdullah Samaah di Kelantan diresmikan oleh Najib atau Jamil Khir sebagai pusat transformasi Islam yang pertama di Malaysia!. Wallahu waalam.

bruno,  27 February 2013 at 12:16  

The invading Phillipino rebels have been a pain in Umno/BN's asses the minute they landed on the shores of Sabah.Now they have dug in and decided to stay.The gomen have their balls caught between the legs of a saw horse.You know how painful it is if your balls are clampped in between the two saw legs of a saw horse.It is more painful than having that dicky neutered.

Anonymous,  27 February 2013 at 14:27  

dato' ,
felda umum peneroka yang pegang 800 saham boleh dapat dividen RM1028.00..
bagaimana dorang "derive profit" sedangkan kita sume tahu harga pasaran minyak sawit yang merudum..
adakah ini satu lagi siri rompakan oleh najib dan kuncunya..

Cahaya Qalbu,  27 February 2013 at 16:07  

UMNO/BN telah menguasai media massa utama, kehakiman, pdrm, sprm dan hampir kesemua agensi2 awam yang lain tetapi masih lagi mengganggu ceramah2 PR. Ini petanda UMNO adalah sebuah parti yg lemah.Pemimpin2 BN hanya pandai berucap cara syok seorang dlm TV/Radio. Bila ajak berdebat, Dr M kata rakyat belum matang & Pak Jib cakap bukan budaya Msia.1/2 abad memerintah rakyat masih tak matang,menunjukkan UMNO/BN gagal memajukan minda rakyat & politik Msia, terutama bangsa melayu. Atau pun nak elak berdebat, bertujuan menyembunyikan kebodohan2 mereka. Rakyat tak matang atau UMNO/BN memang tak matang2 macam kanak2?

UMNO/BN juga masih lagi mengamalkan budaya samseng mencerminkan keperibadian dan mentaliti pemimpin2 UMNO yg telah jauh ketinggalan zaman. Begitu primitive sekali tindakan yg mereka lakukan. Jika dikaji secara halus dan mendalam, rakyat tidak dibenarkan menyokong parti2 lain selain UMNO/BN. Demokrasi apa ini???

Kalau benarlah pemimpin2 UMNO berjiwa besar dan bermentaliti negara maju dan selalu terjerit terlolong slogan2 demokrasi kenapa tidak diberi sedikit ruang diTV perdana atau saluran berbayar Astro utk PR dan NGO2 bebas menyampaikan perancangan2 mereka utk Msia. PR pun mewakili jutaan rakyat Msia, bukan BN shj. Kementerian Penerangan dibayar oleh rakyat, bukan Mak Bapak UMNO/BN punya !!!

Parlimen Msia memberi PR tugas sebagai parti pembangkang tetapi tak boleh bangkang penyelewengan UMNO/BN. Dituduhnya pula pengkhianat agama, bangsa dan negara. Sememangnya pengundi2 inginkan pembangkang yg kuat supaya UMNO/BN tidak bermaharajalela tetapi dikatanya pengundi2 yg silap. Memang bodoh sombong pemimpin2 UMNO/BN nei .

Kepada penyokong2 keadilan dan kebenaran, kita tong sampahkan budaya kenang budi, bodek membodek, rasuah merasuah, perniagaan monopoli, mementingkan perut sendiri, salah gunakuasa, mencuri duit rakyat/negara dll kemungkaran yg akan menghancurkan negara Msia.

Kesusahan yg akan dialami generasi akan dtg adalah kesilapan kita di masakini. Dan perlu diingati selalu, tak kira BN atau PR yg menerajui Msia, kita sebagai rakyat adalah majikan/pembayar gaji mereka. Jika bagus bekerja kita kekalkan, jika tidak kita singkirkan.Gangter2 berbayar yg mengacau ceramah2 PR hanya mencerminkan yg BN terlalu terdesak mengekalkan kuasa seolah-olah Msia atuk nenek dia org punya.

Agama, bangsa dan negara,tapi pemimpin2 UMNO/BN mencuri wang rakyat dan simpan di luar negara. Merekalah pengkhianat negara yg sebenar !!!

###

Anonymous,  27 February 2013 at 19:00  

Tak tau la jika bn menamg lg, rakyat msia betul betul tolol. Kena tipu kat bn. Negara jiran jauh tinggalkan kita kerana mrk sentiasa tukar kjaan yg korup dan penipu. Tp kita asyik brim brim brim . Adui.

the mean machine,  27 February 2013 at 22:13  

Ridzuan Tee the Melayu with Cina DNA has surged past Abrahim Ali in popularity ratings,as the most disgusted pariah racial bigot representing Umno.Najib is so lucky to be blessed with this man, that Umnoputras are making preparations for relocating to third world countries.

Anonymous,  28 February 2013 at 02:39  

Hello,

Just to pump up our spirit in kicking out UMNO from this great country, I would like to request from my dear Sakmongkol to share this awesome video clip in your blog. This is the song of our people. Your people. Us. Let it be heard through the entire inter web. Song from Yasin entitiled "REFORMASI"

http://www.youtube.com/watch?v=VGSQfwr476k

Ini kalilah!! We, Malaysian, support you Dato'. Keep us informed. And for that, action taken on your behalf is met with my deepest gratitude.

Regards,
DesaKweng fella.

Anonymous,  28 February 2013 at 03:54  

the mean machine, Round 1: Vell Paari ak Samy Velu lawan Ridhuan Tee. Kononnya ada masalah jiplakan.

Mungkin, mungkin je, Dr Ridhuan kenal sangat
Dr Airil Sametok.

Sila ke:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/27/shocking-ridhuan-teaches-ethnic-relations/

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP