Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 6 February 2013

Mari kita MenTalqinkan UMNO dan BN



Kita biarkan Muhyidin melalak sana sini. Dia kata menawan kembali Pulau Pinang bukanlah perkara yang mustahil. Hendak menyedap hati sendiri dan pendengar, boleh lah. “kita ada pasukan yang boleh mentadbir Pulau Pinang lebih baik”. Benar- kamu sudah memerintah Pulau Pinang lama sebelum Guan Eng jadi KM. apa yang dicapai oleh pasukan kamu? Orang Melayu merempat, berniaga tidak teratur, kontrak2 kerajaan disapu semua oleh gerombolan UMNO.
Kita biarkan Najib susun batu bata surau sana dan sini. Sambil itu boleh bercakap mengenai wasathiyah. Kalaulah wasathiyah menjadi panduan dan pedoman hidup UMNO, kita tidak ada skendal pembelian scorpene, tidak ada puspahanas, tidak ada skendel NFC dan puluhan lagi kes samun dan rompak harta benda rakyat. Fakta nya, konsep wasathiyah itu hanya dipakai untuk menjual bangsa Melayu. Bangsa Melayu ini mudah dihamba-abdikan pemikiran mereka sehingga berfikiran kalau UMNO tidak ada dalam hidup mereka, maka dunia orang Melayu akan hancur lebur.
Demikianlah buruk nya keadaan pemikiran dam minda orang Melayu, yang rata2 nya miskin dan 8.7 juta dari mereka hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah, sanggup menunjukkan perasaan bertegas dan berdegilan mahu anak2 mereka bayar PTPTN dan bayar denda AES. Bukan rosak pemikiran orang Melayu? Kita tawarkan pendidikan percuma , dia hendak bayar? Kita nak hapuskan AES, mereka berdemonstrasi mahu bayar? Kaya sangat ke orang Melayu? Sedar atau tidak , bila bayar maka yang kaya ialah kroni UMNO. Yang kaya, syarikat Beta Tegap yang mencadangkan AES. Sedangkan yang mati ramai dijalanraya ialah penunggang motosikal.
UMNO dan BN menang hanya dalam kepala mereka sahaja. Diseluruh negara, gelombang perubahan melanda merempuh segala pembohongan dan penipuan yang UMNO lakukan.
Saya mengajak pembaca budiman berfikir. Najib ada duit. Najib ada pengundi hantu- indonesia, Myanmar, kemboja, Nepal dan lain lain. Najib punya poll rating masih ok. Jika ada semua ini apa pasal tak buat PRU lagi? Sebab nya satu sahaja. Setelah telek sana sini, ramal sana sini, jumpa sami Hindu , Siam dan bomoh jawa- semua berkata Najib akan kalah. Benarlah seperti kata Tun Daim- nombor 11 kesukaan Najib adalah juga lambang batu nisan untuk Najib dan UMNO.
Kalau ditunda lagi, maka rakyat akan menterjemah ketakutan melakukan PRU sebagai BN dan UMNO sudah kalah.
Saya berada di negeri Perak. Menyertai ceramah yang dianjurkan untuk menyokong calun2 PR. Di Kuala Kangsar saya berceramah bersama Ustaz Khalil Idham Lim dan Walaupun Rafidah Aziz sejak akhir2 ini kerap pulang ke Kuala Kangsar, dia tidak dapat membendung keinginan rakyat Perak menghukum kumpulan yang merampas kuasa rakyat. Rakyat Perak, berbeza dengan rakyat dalam negeri lain, mempunyai misi yang khusus- mengembalikan kuasa rakyat kedalam tangan rakyat. Maka balasan yang terbaik orang Kuala boleh lakukan ialah meyokong dan mengundi Ustaz Khalil Idham Lim sebagai wakil parlimen mereka. Halakan kemarahan dan kebencian kepada Rafidah Aziz sebab dia lambang pemerintah yang zalim.  Demikian juga keluarlah beramai ramai menyokong dan mengundi calun2 PR yang lain dalam kawasan Kuala Kangsar. 
Dari Kuala Kangsar saya berceramah di kawasan Parlimen  Larut . Larut mempunyai 3 kerusi DUN. (1) Selama (2) Batu Kurau (3) Kubu Gajah . keputusan dalam PRU12 dahulu adalah seperti berikut:-
Untuk kerusi parlimen, Dato Hamzah Zainudin menang dengan majority sebanyak 1911 menewaskan calun PAS Dr Dhari Osman. Kali ini Hamzah akan ditentang oleh bekas pegawai tingi PDRM, Dato Fauzi Shaari. Bila Hamzah(Melayu ) tewas, dia akan diganti dengan Fauzi(Melayu). Orang Melayu tidak rugi apa2.
Maka tidak benarlah apa yang didakyahkan oleh UMNO- jika UMNO tewas, Melayu akan rugi. Kita mesti nyahkan dari kepala kita, tanggapan bahawa hanya Melayu dalam UMNO itu sahaja yang Melayu. UMNO sekarang menjual nama bangsa untuk kepentingan peribadi. Depan orang ramai, jerit dan laung hidup Melayu- belakang rakyat rompak dan samun harta benda rakyat.
Rakyat mesti keluar beramai ramai untuk menyokong Dato Dato Fauzi Shaari.
Kita sudah memberi UMNO 55 tahun memerintah dan perkara terpenting yang mereka lakukan ialah( 1) menakutkan orang Melayu supaya berfikiran kalau UMNO tidak ada Melayu akan hancur, kalau UMNO tidak ada, Raja2 Melayu akan musnah dan jika UMNO tidak ada, maka Islam akan tergugat. (2) membodohkan orang Melayu.
Maka pencapaian terbesar UMNO ialah(1) menakutkan (2) membodohkan. Kedua perkara ini menghamba abdikan minda orang Melayu. Dimana maruah suatu bangsa jika minda nya dipenjarai?
Setiap hujung tahun, ketika saya menjadi ADUN dahlu, berpusu pusu orang Melayu yang susah bergolok bergadai untuk menampung persekolahan anak. Orang Melayu bersegera mendapatkan ADUN2 mereka meminta bantuan kewangan hendak beli alatan sekolah, bayar yuran dan 1001 belanja. Bahkan tambang untuk menghantar anak2 pun mintak dari ADUN. Tidakkah Melayu sudah dibodohkan jika sekarang kita tawarkan pendidikan percuma, tapi Melayu yang UMNO telah bodohkan menunjuk perasaan mahu membayar PTPTN? Apa sudah jadi kepada orang Melayu? Kaya sangatkah mereka mahu membayar PTPTN sedangkan dihujung tahun, terjadi perkara2 yang sebut diatas?
Demikianlah pencapaian UMNO selama 55 tahun. Kita sudah beri mereka 55 tahun, mengapa mahu 5 tahun lagi? Apa yang boleh UMNO lakukan dalam masa 5 tahun yang tidak mereka lakukan selama 55 tahun? Jangan beri sesaat pun kepada mereka.
Kita tahu Hamzah Zainudin ditawarkan untuk bertanding dimana2 DUN di Perak- Batu Kurau sebagai contoh. Tapi dia tidak mahu kerana mengikutnya, mengapa nak jadi ketua dalam negeri yang akan kalah? Orang UMNO sendiri pun sedar, PRU13 ini, UMNO akan tewas.
Warga Selama- N5 patut bertanya- adakah orang2 kampung selama diambil pusing oleh wakil UMNO? Kamu tidak lain hanya suatu perangkaan yang dilaungkan UMNO untuk dijadikan bahan menaikkan semangat perjuangan.
Dalam PRU12, pengundi Selama telah memberi calun UMNO kemenangan dengan majority 355 undi. Ada pengundi lihat Daud Mohd Yusuf datang berkhidmat kepada tuan2? Sebab itu pengundi Selama telah mengurangkan majority yang dipeorlehi Daud dalam PRU11 sebanyak 2000 undi kepada 355 undi dalam tahun 2008.
Keluarlah beramai ramai dan sokong calun PAS, ustaz Akmal seoarang anak muda lulusan Timur Tengah untuk mengangkat martabat dan maruah warga Selama.
N6 ialah kod untuk dewan undangan negeri KUBU GAJAH. Sekakarang ianya tempat Raja Bola, Raja Ahmad Zainudin Raja Omar. Tidak ada seoang pun rakan2 sekolah Raja Ahmad ini semasa kecil menyedari bahawa ada gelaran Raja pada nama nya. Saya berjumpa dengan 2-3 orang warga Kubu Gajah yang bersekolah dengan ‘Raja” Ahmad- tak seorang pun ingat dia dikenali dengan gelaran tersebut.
Tidak mengapa. Dalam PRU12, Raja Ahmad yang sekarang lebih popular dengan gelaran Raja sampah hanya menang dengan majority 66 undi. Sekali lagi dia akan ditentang oleh Ustaz Nazri Din. Warga Kubu Gajah boleh menyaksikan dengan mata sendiri prestasi yang ditunjukkan oleh Raja Ahmad. Dan bandingkan perkara tersebut dengan kesungguhan dan dedikasi Ustaz Nazri Din.
DUN N7 BATU KURAU
Dalam tahun 2008, kerusi ini dimenangi oleh calun UMNO  Kapt. (B) Datuk Mohd. Najmuddin Alias (BN) (7,023) dengan majority  2,439. Dia menewaskan calun PKR. Sekali lagi dia akan ditentang oleh calun PKR Ustaz Fadhil Elias.  Kita lhat sendiri pengurangan Majmudin Alias dari 4095 dalam PRU11 ke 2438 dalam PRU12. Ini membuktikan bahawa pengaruh calun UMNO kian menurun.
Semasa saya berceramah di Batu Kurau pada hari Pekan Selasa, teriakan ini kalilah berkemundang diudara. Semangat dan keinginan rakyat Perak untuk mengembalikan kuasa kedalam tangan mereka, setelah dirampas dengan ganas dan dengan cara yang paling kotor, mebuak buak menyebabkan mereka tidak sabra lagi menanti PRU13.
Maka pada PRU13 yang malang untuk UMNO dan BN, marilah kita sama2 mentalqinkan UMNO dan BN. biarkan nombor 11 kesukaan Najib menjadi batu nisan mengkuborkan UMNO.

30 comments:

Panglime Itammm,  6 February 2013 at 11:46  

Pendapat yang sangat betul dan hebat...ini kali kita campak BN dalam Sungei Perak bior dimakan dek buaye...hampes punye BN ini kali mike taule langit tinggi rendah... nak masuk dalam kubor... malaikat maut sedang mengelilingi BN dan Nungka Nangkir akan menanya soalan... semuanya bersifat baharu dan akan binaseee...mike paham ke?

Anonymous,  6 February 2013 at 12:42  

Salam Dato!

Nampaknya Dato sungguh hot kebelakangan ini. Saya dari zaman kejatuhan DSAI sudah nampak kejahatan umno lahanat yang kerjanya nak pekena rakyat jadi bodoh dan hamba abdi, selepas tu mereka mengaut kekayaan negara seolah2 tiada lagi esoknya.

Kalau ketua umno mamak Madey tu kepala penyamun, adakah Dato ingat penyamun-penyamun lain nak dok diam. Sama-samalah melanun.

Malaysia sekarang dalam keadaan getir, ekonomi tak bergerak, hutang menimbun. Si Najib penyamun tu ambil duit KWSP bagi BRIM 1,2 dan tak tahulah berapa brim lagi. Tujuannya hanyalah nak melingkup negara ini. DIa ingat duit BRIM tu duit mak bapak dia punya ke? Itu duit kita, dan di ambilnya duit kita itu diberikan pada kita semula. Tranformasi kepala hotak dia!

Inikah yang dinamakan pemimpin yang kononnya nak tolong rakyat,tapi tiada kepandaian pemikiran, memalukan rakyat Malaysia saja mata dunia.

Saya sungguh sedih dengan negara yang kaya raya tapi ditadbir oleh manusia yang tiada otak seperti Najib dan juga pengikut-pengikutnya dalam parti umno. Memang benarlah tiada ada manusia yang cerdik lagi dalam umno, yang tinggal hanyalah manusia berotak lembu dan kerjanya meragut rumput ditengah padang, seperti merompak, melanun, merosakkan akidah seluruh umat islam dalam negara ini.

Anonymous,  6 February 2013 at 12:50  

Salam..
Tentang AES tu nampaknya hang la yang bodo..dah tau depan ada lubang hang langgar buat apa..lepas tu nak salahkan kerajaan pulak..akal letak kat lutut ke..jangan jadi pencacai cina sampai mati la..

Anonymous,  6 February 2013 at 13:11  

A change of government for Malays will see an endless of towering Malays.

Anonymous,  6 February 2013 at 13:21  

DATUK
SABENARNYA UMNO TELAH PUN DIKUBURKAN OLEH MAHATHIR PADA TAHUN 1987.

SAYA ANAK KAMPUNG SUNGAI BAYOR, SELAMA PERAK. SAYA TELAH MENDAFTAR SEBAGI AHLI UMNO SEUMUR HIDUP SALEPAS TUNKU ABD RAHMAN MELAWAT KAMPUNG SAYA. MAHATHIR LAH YANG MENGKHIANATI UMNO.DIA MULA MENYEMAI BENIH KEMUSNAHAN UMNO DENGAN MENYEBAR SURAT LAYANG DAN MEMPERALATKAN SULAIMAN PALESTIN MENENTANG TUNKU(DALAM TAHUN 1980 SEKALI MAHATHIR LAGI MEMPERALATKAN SULAIMAN PALESTIN UNTUK MENYINGKIR HUSSIN ONN).KEMUDIAN MAHTHIR INI TERUS MEMBUNUH UMNO DAN MENUBUHKAN PARTINYA- UMNO BARU (LEBEH DIKENALI SEBAGAI UNITED MAMAK NSIONAL ORGANISATION). KEAHLIAN SAYA DIDALAM UMNO TURUT TERKUBUR.
SAYA TIDAK PERNAH MENGHIDUPKAN NYA DENGAN MENYERTAI PARTI UMNO BARU MAHATHIR INI.

SAYA KIRA CALON PAS(PKR) UNTUK ADUN2 LARUT N5 N6 & N7 - SELAMA,BATU GAJAH, BATU KURAU - BOLEH DIPERCAYAI TIDAK AKAN MELOMPAT.

TETAPI KESETIAAN DATO FAUZI SHAARI AGAK MERAGUKAN.BELIU INI DIKATAKAN AKRAB DENGAN MUHAMMAD TAIB(TYSON). MALAH DIPERCAYAAI PENYERTAAN NYA KADALAM PAS PUN ADALAH HASIL KUNJUNGAN MUHAMMAD TAIB BERSERTA HADI AWANG KERUMAHNYA TIDAK BERAPA LAMA DAHULU.APA AGAKNYA MUSLIHAT HADI AWANG BERSAMA2 MUHAMMAD TAIB BERKUNJUNG KARUMAH DATO FAUZI INI?

PAS PUN SEPATUTNYA DIJENAMAKAN---PARTI ANGKUT SAMPAH- KERANA TERLALU GHAIRAH DENGAN "ALL THE HAS BEEN". BARU2 INI HADI PUN MENGESAHKAN YANG PAS INI "PARTI ANGKUT SAMPAH" ATAU SUKA MENYIMPAN SAMPAH TELAH MEMBUAT KENYAATAN AGAR KITA JANGAN TERKEJUT KALAU PAS MENYENARIKAN BEKAS MENTERI ATAU TIMBALAN MENTERI UMNO BARU SEBAGAI CALON.PENDIRIAN HADI AWANG SEBAGAI RAKAN SETIA PKR PUN MENJADI TANDA TANYA.

DENGAN TINDAK TANDUK PAS DAN DAP AKHIR2 INI PKR BOLEH TERUS BERMIMPIKAN PUTRA JAYA.UMNO BARU AKAN MENANG DENGAN SELESA.

Anonymous,  6 February 2013 at 13:30  

Salam, hujung minggu lalu, saya balik kampung, K. Pilah ada kenduri sepupu kawinkan anak. Sedang berbual dengan tuan rumah muncul wakil rakyat. Sepupu saya terpinga2, setahu nya tak ada menjemput wakil rakyat, mungkin anak nya yg PTD menjemput. Tapi orang kampung heran dah hampir 5 tahun wakil rakyat tak pernah tunjuk muka masok kampung tersebut. Mentang2 nak PRU13 baru tunjuk muka...sikap UMNO

UMNO cekelat angin,  6 February 2013 at 13:41  

Apabila UMNO mati kita cepat2 kafan & talqinkan UMNO. Mayat2 UMNO lebih busuk dari mayat orang kafirun sbb kebanyakan pemimpin2 UMNO adalah manafikun. Seumur idup menipu sana sini

Anonymous,  6 February 2013 at 14:17  

Pada pandangan saya, BN masih mengekalkan kerjaan pusat selepas PRU13 ini. Ini adalah kerana rakyat telah diberi berbagai-bagai imbuhan dalam bentuk wang. BN tahu dengan menabur wang kepada rakyat disaat-saat akhir dapat menarik undi serta menutup segala kejahatan lalu mereka. Tambahan pula, masyarakat melayu dimomokan dengan isu-isu yang diada-adakan seperti melayu/institusi raja hilang kuasa apabila PR memerintah, orang melayu akan dikristiankan oleh DAP dan melayu PKR/PAS akan jadi pak turut DAP. Ia dapat diibaratkan sebagai cerita-cerita hantu kepada orang melayu supaya melayu takut pada bayang-bayang sendiri.

Anonymous,  6 February 2013 at 14:59  

Mereka mereka ini kalau meninggal dunia harus dimandikan dalam masa 45 minit kerana akan jadi busuk satu kampong dan kawasan.
Saorang kawan pernah berkata ..kalaulah pemimpin Umno ini mati pukul 11 pagi..dimadi,kapankan ,solat jenazah ,dikebumikan dan ditalkin pada jam 2 lepas zohor ..maka jam 3.50 akan terus masuk neraka. inilah jenaka musibah dan tauladan pekerti Pemimpin Melayu UMNO. Maka yang sedar akan perkara ini ramai yang bertaubat dan lari masuk PKR ,DAP dan PAS untok menebus dosa dosa yang tak tahu berapa banyak mereka lakukan sebagai peminpin yang gila dan tamak macam serigala.

Anonymous,  6 February 2013 at 14:59  

Salam,

Bukan hanya Perak. Dari Perlis sampai ke Sabah, kalau boleh, campak semua penyamun UMNO dan BN baru ke gelanggang pembangkang. Lagi bagus, penyokong UMNO samseng selepas GE13 nanti jadi penyokong UMNO sebagai pembangkang satu hari nanti. Biar mereka menjerit, menyalak macam monyet di hutan tebal. Masa itu nanti monyet-monyet ini tidak ada lagi rasuah Ringgit 20. Pakai duit syiling sendiri sahaja. Pandai-pandai sendirilah simpan duti.

Bagi pekerja TV3/RTM - TV1 (tidak semua) yang hantu penyangak UMNO, biar mereka kerja di Radio FM Barisan Nasional Najib. Jangan risau, PR bila perintah nanti akan menjadi negara demokratik, mass media demokratik, kerana ada Rancangan Realiti terbaru "Slot untuk Pembangkang Pakatan BN UMNO" Dalam rancangan itu nanti, biarlah Najib sebagai Ketua Pembangkang di beri dua jam untuk beri hujjah mengapa mesti pilih BN GE14 nanti.

Cadangan saya ini boleh beritahu Pak Cik Anwar Ibrahim, supaya Kementerian Penerangan bawah PR nanti betul-betul demokratik. Biar Pak Jib berdebat dengan Kekanda Hassan Jati LIVE selepas Berita Perdana. Kah...Kah ...Kah...



Anonymous,  6 February 2013 at 15:00  

Isteri saya kata, kalau BN menang di P.Pinang GE 13 nanti, dia akan benarkan saya kahwin satu (saja)lagi.

Suci Dalam Debu 6 February 2013 at 16:12  

Cina beTuankan AGONG ($$$), Melayu berTuankan Mahathir.

Kalay Melayu mahu maju, kena buang Mahathir & UMNO & kerja kuat, bukan kuat bodek UMNO.

Bagilah peluang kepada Pak ABU.

Pok Li,  6 February 2013 at 16:26  

Haha.. contoh terbaik pembodohan orang Melayu. Isu AES ialah memperkayakan kroni, bukan isu keselamatan. Kerja polis & JPJ di sub-contract kepada kroni UMNO/BN.

Anonymous,  6 February 2013 at 17:47  

Assalamualaikum Tuan,

saya nak komen perihal PTPTN saja. Kita tahu di IPTS, gred dan markah boleh dibeli. Kalau kita nak percumakan PTPTN ini, mereka yg belajar di IPTS, insyaAllah akan dapat gred 3.5 ke atas. Ini boleh dirunding. Tapi di IPTA, pelajar akan terus bayar hutang macam biasa. Mungkin pembaca lain ada pandangan berbeza?

Anonymous,  6 February 2013 at 18:24  

Dato ada tahu apa apa tentang pemilihan Mahathir untuk mengantikan Hussin Onn ketika dia tenat dihospital di UK?.

Yang saya dengar, Tg Razaleighlah yang patut menganti Tun Hussin, tetapi Mahathir dan pembodeknya pergi melawat Tun Hussin dan kembali mengishtiharkan dia dilantik oleh Tun Hussin untuk menggantinya, adakah itu benar ? Atau itu adalah suatu penipuan Mahathir dan kucunya ?

nasiaqq,  6 February 2013 at 18:38  

sebelum merdeka penjajah inggeris bawa masuk cina dan india,selepas merdeka lagi hebat penjajah mamak kerala mahathir bawa masuk segala bangsa.....ooh Malaysiaku

Anonymous,  6 February 2013 at 18:58  

..........you are near to the jugular vein.......don't stop

Anonymous,  6 February 2013 at 19:07  

Hahahahhahahha. Woi bodoh anon 6 feb 12:50. United MALAY National Organisation patut utk MELAYU kan? Apa MAMAK mcm KP umno Penang buat dlm UMNO? Satu sebab Melayu bodoh dalam Umno dgn bagi MAMAK (INDIA Muslim) jadi ketua. BODOH

Anonymous,  6 February 2013 at 20:28  

Pak Sak masih belum terlambat untuk buat pusingan U sebab nampak gayanya PR dah tiada isu yg relevan utk di ketengahkan... kecuali isu yg menggali kubur sendiri. Oleh itu bacalah talqin utk diri sendiri... lebih afdal.

Anonymous,  6 February 2013 at 20:57  

Sesi pertama parlimen selepas pru12 dulu pada 28 april 2008. Ertinya kalu parlimen bubar sendiri, spr ada 2 bulan, paling akhir 28 jun 2013 untuk buat pru13. Lama lagi la nak ngundi. Jenuh nunggu. Maaf le saya rasa macam ubn tak nak buat pru je.
Apa pulak plan madey? Dengarnya dia dah bagi hint suruh najib undur, bagi muhyidin ganti. Muhyidin akan cuba buat perubahan pro rakyat mcm dolah dulu kononnya yg menang besar 2004. Umno akan terus guna isu kaum, tak pelik pun kalu pru pada 13 mei 2013. Masa dah begitu suntuk untuk umno. Kawan lawyer saya pulak kata tak mungkin umno akan lepas kuasa. Mcm genocide bunuh diri ramai2 sebab deme semua ada kes. Madey dah ungkit isu kerakyatan cina dan india. Apa ertinya semua ini? Adakah dia mau suruhanjaya untuk semak isu ini sebagai helah untuk menggantung pru?
Saya harap perubahan kuasa di malaysia berlaku aman melalui pru dan rakyat tidak perlu menjadi mangsa seperti arab spring. Saya amat yakin perubahan kuasa akan berlaku.

ahli umno terpedaya,  6 February 2013 at 21:59  

Bravo bro Sak. Let me share ur point. One more thing about "kejayaan terbesar umno". Kejayaan no.3 ialah brjaya mensamsengkan melayu umno. Walhal sesetengah samseng upahan tahi minyak ni belum layak mengundi pun. Maap ada satu lagi iaitu no.4 berjaya memalaskan melayu umno. Jadi, melayu yang bjaya ditakut2kan jadi sarapan enak umno. Melayu yang dibodohkan akan jadi laok makan tgh hari pemimpin umno. Melayu yang samseng akan jadi hang tuah upahan umno.dan melayu yang malas akan jadi ulam mkn malam umno. Samseng adalah natijah pemimpin umno. 4 kejayaan ini membolehkan umno memerintah 56 tahun.
Oleh itu aku sediakan lot kubor utk umno depan rumah aku ditepi jalan masok. Sapa nak derma batu nesan berlogo umno ? Tarikh kojol 08-03-2013.
Dan akhirnya, pecacai umno yang beri komen sampah di atas nu merupakan penulis upahan Rm 20/komen. Dema nu adalah penyambong lidah dan naps najib dan umno dan mahathir a/l sikitol. Dema dah jadk antah... Tak kan kiamat dunia ni kalu umno mati. Takkan karam bumi melayu ni kalu kapal umno pecah. Perchayalah..
Teruskan hantam umno. Kami bersama mu Sak.. 500k peserta himpunan rakyat brsama mu..hanchor..hanchor..hanchor umno..hidop..hidop..hidop PR..,

Anonymous,  7 February 2013 at 00:12  

Salam Sdr Ariff,

Masalah orang Melayu adalah malas belajar, malas membaca, malas mendengar.

Kegemaran orang Melayu, joli, berhibur, membuang masa dengan bermalas2.

Tapi jika kita lihat, orang Melayu yang belajar seangkatan kita telah banyak merubah perangai, kegemaran dan feel yang buruk ini.

Jangan percaya sangat dengan propaganda media barua BN yang memaparkan sokongan Melayu/rakyat terhadap BN.

Cuba perhatikan setiap isu yg dibangkit;
Sanggup Bayar PTPTN, sanggup bayar TOL, Sanggup bayar apabila sesuatu perkhidmatan dan barang naik, dll lagi.

Cuba lihat jualan akhbar barua BN sekarang, Bilangan orang yg menyokong agihan rompakan wang rakyat $500.? $200? Bilangan pemegang poster semasa menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan BN, Ketua barua semasa menggangu program mentarbiahkan rakyat oleh PR;
Fikir balik, bukankan perkara yg di utarakan, disanjung dan dibela oleh BARUA mreka SONGSANG? dengan berebut2 imbuhan yg tak seberapa?.
Mana ada jika rakyat selesa, kerajaan bagus, sebut saja nak beri imbuhan $500, $200, sampai pechah pintu Pejabat. Mana ada jika rakyat makmur, wang $20-$30 elaun kehadiran rakyat berduyun2 pergi.
Mana ada orang senang menghabiskan masa berjam2 berpanas kerana mengharap $200-$500?

Gambaran jelas rakyat telah menolak BN, rakyat yg besekolah bermula dari umuran kita (55thn 58thn) adalah gulungan yg membaca.
Saya masih ingat kita adalah gulungan yang mengagungkan keberanian Sdr Anuar dalam memperjuangkan hak pelajar/rakyat di awal 70an.
Kita kerap berdebat semasa memberi pendapat walaupun benda sekecil isu.Semasa kita belajarlah kita mula2 dikenakan yuran sekolah, bulanan dan tahunan.Gulungan kita telah pandai berfikir, kecuali mereka yg malas berfikir.

Alhamdulillah kita pandai dan boleh berfikir, saya rasa dengan kesedaran/ingatan dari masa kemasa yg diberi oleh puak2 penyedar spt sdr, Insyaallah kita boleh mengganti kerajaan yg beracuan 60an yg ada sekarang/waris orang kaya2.

Perjuangan sdr2 sangat2 dihargai.
Jangan menghianati rakyat jika telah berkuasa kelak......Myi




ben 7 February 2013 at 08:41  

Kenape cabar setakat menang kat Pulau Pinang aje ... apa kata kalau BN tak dapat pertahankan Putrajaya? More than two?

Anonymous,  7 February 2013 at 10:15  

Datuk Sak

Pemimpin-pemimpin UMNO Baru-BN yang menhadiahkan IC biru dan status warganegara Malaysia kepada
illegal immigrants adalah pengkhianat kepada negara/tanahiar kita.

Reckless granting of blue ICs and Malaysian citizenship to illegal aliens will also pile up social problems for the future:

1. Being low skilled and poorly educated, they will be in direct competition for jobs with low skilled and poorly educated Malaysians. The latter
include lower class Malays (crazy UMNO Baru-BN is once again
foolishly undermining its own political base for short term political gain)

2. Downward pressure will be exerted on working class wages
How will industrious working class Malaysians get out of poverty, even with full employment?

3. This supply of cheap labour will reduce the pressure on Malaysian employers to go up the value chain, automate production etc.

4. Similar to other Third World settler regimes (e.g. Israel, whites in Algeria before Algerian independence, whites in Kenya before Kenyan independence), we may get a hard core of immigrant far right supporters who will defend their shaky legal status (and undeserved special privileges) with hard right politics

5. Some of the Bangladeshis and Pakistanis may bring in extremists versions of political Islam into the country. Remember, Pakistan is imploding and turning into a failed state because of the extremism promoted in some of its
madrasah religious schools

The PAP in Singapore, losing support from its Singapore-born population, brings in skilled and highly-educated foreigners to gain votes.
UMNO Baru-BN in Malaysia, losing support from its Malaysia-born population, brings in unskilled and poorly-educated foreigners to gain votes!

Phua Kai Lit

Leave a Reply

KKB,  7 February 2013 at 11:37  

Kepada "Anonymous said...
Salam..
Tentang AES tu nampaknya hang la yang bodo...jangan jadi pencacai cina sampai mati la..

6 February 2013 12:50"


Hehehe! Kamu ni yang bodoh! AES tu di rencana oleh siapa? Siapa Menteri Transport? Kamu pernah dengar nama Dato Kong? Dia Cina atau Melayu UMNO?
Dua dua pun bukan, dia tu UMNO Cina!

Faham? Bodoh anonymous!

Anonymous,  7 February 2013 at 17:00  

Kepada KKB

Isunya ialah kalau tak langgar undang2..tak kena saman la tongong..aku rasa hang ni selalu kena saman kot..sebab tu hang rasa syarikat kroni tu buat duit..tapi cuba hang guna kepala hotak hang yang berkarat tu..kalau semua ikut undang2 syarikat bapak hang pun boleh bangkrupt..bangang!Lagi satu cina mca masih dibawah telunjuk orang melayu tapi cina dap dan benggali tua tu dah ada atas kepala orang melayu..especially org melayu macam hang..baghal!

Anonymous,  7 February 2013 at 21:46  

Hehe... Komen hang hampeh lah... Baco lah artikal dato ni dulu, baru komen...

Anonymous,  7 February 2013 at 21:52  

Sama lah dgn YB aku... Datang ke Pasar Malam pas 5 taon menang... Itu lah amalan pemimpin yg terpimpin.. Hampeh... Apa2 pun aku tatap ama PR...

Anonymous,  10 February 2013 at 14:57  

Salam.
Aku ingat hang ni yang tak faham apa yang Dato' nak cuba sampaikan dalam blog dia.

Dato' sebut "..sedangkan yang banyak mati di jalanraya adalah penunggang motosikal.."

Jadi kalau hang pi buka balik manifesto AES, tujuan yang disebut adalah untuk keselamatan pengguna jalanraya. Tapi, kamera AES tu tak tangkap pun gambar motosikal bawak laju, terbang superman, dsb. Apasai?

Jawapannya mudah aja la. AES tu bukan nak kasi orang selamat; tujuan AES nak kasi Beta Tegap kampeni kroni UMNO yang hang sayang tu jadi kaya hasil dari duit rakyat.

Harapnya hang faham la ya. Sebab memang kalau orang yang totok UMNO ni tahap bebal mereka tu agak tinggi dan payah nak terima pendapat orang lain.

Anonymous,  11 February 2013 at 18:43  

Oh Pahlawan Melayu Sejati Tolong tulis juga tentang Half Breed Doctor Gila dari Kerala dengan virus bahaya nya jadi Malaysia dan Bahayakan seluruh Anak Bumi Sejati.

What do u expect when u have a half breed kerala devil multated DNA potently combined with a political pariah from the poisonous Toad katak species.This deadly virus must be quickly contained with Operations Jom Ubah.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP