Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 14 January 2014

Rakyat Malaysia diKangkungkan.




Rakyat Malaysia dikangkungkan: penebangan hutan paling dasyat di Malaysia. 
Harga barang naik, Allah yang tentukan. Banjir berlaku Allah juga yang menyebabkan. Maka, boleh kita salahkan Allah?  Menyalahkan Allah, Allah juga yang menyebabkan nya? Jika kita tdak salahkan kerajaan, kita nak salahkan siapa lagi? Cuba Dato Najib terangkan.
Dato Najib ambil contoh kangkung sebagai bukti ada harga barang yang turun. Najib mahukan pujian kerana harga sayur kangkung turun. Gimmick Najib melahirkan respons negative yang banyak. Jangan kita hairan puak UMNO mengadakan demonstrasi berguling mempertahankan presiden mereka yang kangkung itu. Nyatalah, sementara presiden UMNO bertaraf kangkung, rakyat pula tidak mudah dikangkungkan.
Professor Ungku Aziz seorang yang paling awal menilai pandangan dan pemikiran Zaaba menulis dalam Facebook beliau:-
Pucuknya angkuh memanjat bukit,
tak sedar akar terendam air parit,
rakyat mengeluh lelah dan sakit,
sedikit diberi banyak diungkit..

Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin , rakyat digigit.

Rakyat dikangkungkan mengenai punca banjir.
Minggu lalu saya bertemu dengan seorang rakan yang sekarang exco kanan negeri Pahang. Dia merupakan satu2 nya calun UMNO yang menang di Kuantan. Yang lain semua kecundang. Biasalah apabila sudah jadi exco nada cakap sedikit besar menunjukkan keyakinan dan jati diri. Tapi kita tahulah, dikalangan puak UMNO, keyakinan tersebut datang dari kedudukan dan jawatan. Sayang sekali, keyakinan tidak datang dari kehebatan penghujjahan.
Kami bercakap mengenai banjir yang menimpa Kuantan. Kuantan adalah daerah saya membesar dari umur 5 tahun sehinga saya menamatkan tingkatan 6. Walaupun saya lahir di Pekan Pahang, Kuantan merupakan kampong halaman saya.
Kami bercerita hal banjir yang melanda Kuantan. Kawasan Sungai Isap, kampong Belukar, Bukit Rangin, Cenderawasih, Taman Guru, semua dilanda banjir yang menyedihkan. Rata2 nya, mangsa banjr kehilangan semua.
Sebelum saya tanya lanjut, kawan saya itu mempertahankan mengenai banjir tersebut. Hendak buat macam mana.air naik secara mendadak. Persiapan untuk 30,000, mangsa 60,000. Ini kejadian alam. Kebetulan air laut pula pasang tinggi. Maka air tak dapat pergi kelaut mengakibatkan banjir yang dasyat. Benteng sungai Isap pecah. Ini sebab sebenar banjir tekan kawan saya.
Biasalah, bila berdepan- kita menjaga air muka. Lagi pun verbal joustling tidak berguna. Dia pun belanja saya makan nasi dagang. Tidak manis kalau kita bertekak. Nanti saya menyebabkan belanja nya tidak ikhlas pula. Elok dia dapat pahala.
Tapi kalau hujjah nya diberi depan JKKK daerah Kuantan, mungkin ianya dapat diterima. Atau bercakap depan ajk cawangan UMNO lagi boleh diterima.
Hujan itu memang kejadian alam. Tapi banjir yang dasyat membayangkan bahawa langkah2 mengatasi banjir di Pahang lemah. Pengawasan terhadap pencabulan kawasan tadahan air tidak sedikit pun disentuh.
Malaysia negara yang tidak ada bencana alam seperti Indonesia dan Filipinan. Bencana yang melanda Malaysia, hampir semua nya buatan manusia. Banjir umpamanya, adakah kesan lansung dari pembotakan dan pengondolan khazanah hutan negara kita. 
Kita hanya perlu pergi ke kawasan Sungai Lembing dimana air Sungai Kuantan bermula untuk melihat pembotakan dan pengondolan kawasan hutan. Kalau kita naik helicopter seperti yang selalu dilakukan oleh MB Pahang, maka kita mungkin pengsan melihat penrogolan bersiri kawasan balak di Ulu Kuantan iaitu Sungai Lembing dan kawasan sekitar nya.
Banjir di Kuantan disebabkan pembalakan yang tidak lagi terkawal. Beberapa tahun lalu, ketika saya ADUN UMNO saya telah mencadangkan dalam DUN Pahang supaya membatalkan semua lesen pembalakan swasta. Sebabnya pelsen2 ini lah yang mencuri kayu balak dan menebas hutan sewenang wenang nya tanpa terkawal. Beri lesen untuk 100 ekar, bantai 500 ekar. Kecurian balak berlaku hari hari. Yang lagi terror dikalangan pembalak ialah mereka yang menggunakan nama Sultan Pahang untuk merogol khazanah hutan kita.
Saya cadangkan hanya penebang bertauliah dan dilesenkan oleh kerajaan sahaja dibenarkan mengeluarkan balak. Lebih baik, satu ejensi kerajaan khusus diujudkan. Balak2 tersebut hendaklah dikumpulkan dalam kawasan2 bonded area. Sesiapa yang didapati menebang hutan balak tanpa lesen dan tauliah kita dijelkan. Hanya yang dilesenkan kerajaan sahaja yang dibenarkan. Dengan cara ini kita tahu siapa penceroboh. Di Thailand, pencoroboh hutan ditembak mati.
Apabila balak dihimpunkan dalam kawasan bonded area, semua yang berminat membeli balak untuk diproses dikilang2 mereka membeli nya disana dan membayar cukai ketika keluar gate kawasan bonded area. Tauke besar atau kecil semua ada peluang yang sama untuk beli kayu2 balak dari bonded area.Semua ada peluang sama untuk beli kayu.
Mengapa kita lakukan begini? Pertama kita mengawal pencerobohan kawasan hutan. Kalau hanya pihak kerajaan sahaja yang berlesen untuk tebang pokok, maka semua pihak lain adalah penceroboh. Kecuali pihak kerajaan ada anasir2 yang menceroboh hutan. Ini akan menyebabkan pemantauan lebih mudah dan murah.
Kalau balak hilang juga dan kawasan yang dilesenkan dicabuli, kita tangkap kontraktor dan ejensi yang dilesenkan. Kedua kita menyekat kebocoran revenue dari hasil hutan. Hasil cukai dikutip bila pembeli balak keluar dari gate bonded area. Revenue terus masuk dalam poket kerajaan.
Biasalah, pihak yang berkepentingan membisu apabila dikemukakan cadangan ini. Mana boleh terima- sumber mendapat wang tambahan tertutup. Tauke2 pun tidak datang ke Pejabat Hutan beri angpow. Pembalak2 besar akan terus melobi supaya kaedah pemberian lesen dikekalkan status quo- supaya kepentingan mereka diteruskan.
Apa kaitan dengan banjir?
Jika air melempah kekawasan hilir Kuantan, ini membayangkan betapa banyak nya kayu2 balak telah ditebang. Betapa luasnya kawasan di Ulu Kuantan dirogol oleh pembalak2. Bayangkan ini- setiap batang pokok mampu menampung sebanyak 400 gelen air. Berapa ratus ribu pokok sudah diebang oleh pembalak2 yang tamak haloba yang menyebabkan air di hulu tidak dapat disekat.
Jadi kepada kawan saya yang exco Pahang dan yang mungkin memasang cita2 hendak jadi MB, lain kali bila bercakap jangan ingat kita bercakap depan ahli JKKK atau ahli cawangan UMNO. Bukan semua audiens bodoh dan terikat hidung macam mereka.
Dan kurangkan main golf itu sahabat.

Read more...

Monday, 13 January 2014

Disebalik Gesaan Mengembalikan Dr Mahathir



Dalam negara kita, kita ada pemimpin yang tidak memimpin. Atau lebih tepat, kita ada pemimpin yang tidak berani memimpin. Kita ada masaalah agama. Islam lawan kristian. Islam lawan Islam. syiah lawan sunnah lawan wahhabi. Kita ada masaalah perkauman. rata2 nya orang UMNO menyalahkan bangsa Cina. Pemimpin besar UMNO semua berakan-kongsi dengan cina tau. Masaalah ekonomi tidak perlu kita sebut lagi. Rakyat marhaen sudah mengharamjadahkan Najib. 
Mana nya kepimpinan dan pemimpin negara ini?
Sebaliknya kita ada pemimpin dalam diri PM yang mengikut citarasa umum dan suka dipandang popular. Kepada sesiapa yang belum mengenali Najib, dia seorang yang mahukan setiap orang menyukai nya. kalau ada 10 oramg, dia mahukan semua kesepuluh menyukai nya, sesuatu yang mustahil. Saya pernah menyatakan kepada beliau- kenapa anda mahukan 100%? 60% sudah pun menang merujuk kepada kecenderungan nya menyukakan hati semua orang. Kebenaran nya, ialah mustahil untuk please everyone.
Elok kita berdepan dengan reaiti dan jangan berselindung dengan pahit yang digula gulakan. Bila Zainudin Maidin menyarankan supaya Dr Mahathir kembali mengetuai kerajaan, ia mengesahkan bahawa Najib seorang pemimpin yang incompetent dan berklas F. lebih teruk dari Pak Lah.
Apa punca masaalah kepimpinan Najib? Beberapa tahun yang lalu, ketika berbual dengan salah seorang adik Najib, saya menyamakan Najib sebagai pemimpin macam suatu dewa Hindu yang berkepala banyak.setiap kepala yang berlainan, digunakan untuk bercakap lain kepada kumpulan yang lain. Didepan cakap lain, toleh arah lain, akan cakap lain. Najib konsistent dalam tidak-konsisten.
Tapi, ahli UMNO terus meyakini Najib. Wanita UMNO gugur iman memandang bibir nya yang mekar merah. Ahli UMNO standard Shahidan Kassim seperti saya nyatakan, akan cium tangan Najib sehingga berciut bunyi nya. kepada mereka, apa yang mereka suka lah. To each his own.
Tidak mengapalah. Mesej saya untuk orang Melayu lain yang lebih ramai dari ahli UMNO yang 3.4 juta. Jumlah orang Melayu yang bukan ahli UMNO 14.6 juta. Misi saya ialah membuat sokongan daripada 14.6 juta Melayu yang bukan ahli UMNO meyakini bahawa masa depan mereka tidak semestinya bersama UMNO. Tidak semesti bersama UMNO ertinya tidak semesti dengan Najib.
Punca nya ialah Najib tidak ada ketegasan/keberanian memimpin. Ciri ini tidak sama dengan kebolehan menjerit jerit- kita tahu Najib boleh menjerit sehingga muka merah padam semasa berucap di perhimpunan. Ciri ini tidak sama dengan menjerit jerit slogan menyemarakkan semangat penyokong UMNO. Kita tahu Najib pernah berkata mengenai menumpahkan darah. 
Cakap, semua orang boleh.
Yang saya maksudkan dengan ketegasan ialah ketegasan moral yakni keberanian mengambil posisi yang berlawanan mengatasi perasaan malu, berlawanan dengan arus dan mengatasi skendel peribadi. Kenapa Najib tunduk kepada tekanan melarang penggunaan istilah Allah dan menyetujui pengharaman 35 istilah agama Islam? Najib tidak perlu lebih Islam dari orang lain. Adakah tunduk kepada tekanan popular dan pengharaman 35 kalimah dan isitilah, mengukuhkan aqidah Islam orang Melayu? Kenapa Najib membisu bila rata2 nya mood perwakilan UMNO baru2 ini menyalahkan orang lain diatas kekurangan serba serbi bangsa Melayu? UMNO yang menyebabkan Melayu jadi demikian. Najib tidak ada telor membetulkan persepsi tersebut.
Sementara kita mengondem Chua Soi Lek kerana pengakuan aksi video nya, sebagai pemimpin dia ada ketegasan untuk menjalankan tugas nya sebagai presiden MCA mengatasi skendel peribadi nya. dia tegas untuk persevere dalam wawasan nya walaupun pendapat popular ahli MCA mengutuknya. Dia tidak kira jika dia tidak dapat memuaskan hati semua orang. Dalam konteks ini Soi Lek lebih merupakan seorang pemimpin dari Najib.
Najib sebaliknya. Bila pemimpin tidak ada ketegasan/keberanian, semua ciri2 perwatakan murni yang lain tidak ada. Takde keberanian, maka tidak ada prudence yakni kebolehan mengurus dan mendisiplin diri dengan menggunakan penalaran/reasoning.Tidak ada ketegasan dan keberanian maka tidak ada ciri keadilan yakni mengimbangi antara pentingkan diri dan pentingkan orang lain. Juga tidak ada temperance atau kesederhanaan  iaitu mengawal diri.
Masaalah nya, Najib dikawal dan dikonkong oleh orang lain. Dia tidak akan bergerak sehinga consultants mencapai kata sepakat. Dia tidak bergerak sehingga pemandu kata boleh jalan. Dia tidak bergerak sehingga bilik perang nya kata OK. Najib ni sebagai pemimpin, nampak nya is a political vegetable. Lama dahulu, saya menggelarkan dia political invertebrate. Kemdian kemudian nya, saya bersedia untuk concede dia ada tulang belakang, tapi sukar untuk saya menemui lokasi tulang belakang nya.
Di Indonesia, prestij PM Malaysia berada pada tahap terendah. Apa nak kita kata bila orang lain memandang PM kita sebagai seorang penakut. Yang paling dasyat, PM kita takut buat keputusan. Keputusan dibuat oleh consultanta umpamanya yang jumlah nya ramai. Najib menyerahkan pemutusan sesuatu perkara kepada consultant bererti Najib telah meninggalkan tanggung jawab memimpin. Bayaran kepada consultant pun mahal- RM72 billion dalam masa 5 tahun atau RM3.9 million sehari. Ambik kau orang kampong.
Keselamatan dalam negeri kita sekarang diambil alih oleh pengawal keselamatan Nepal, Bangladesh, Pakistan. Ertinya, keselamtan rakyat sudah dikontrakkan keluar.
Pemikiran dikontrakkan. Keselamatan rakyat dikontrakkan. Pengurusan ekonomi dikontrakkan. Ini semua tanda2 empire UMNO akan hancur.
 Empire Rome dahulu mulai hancur bila Rome mengontrakkan keselamatan nya kepada askar2 upahan yang terdiri dari barbarians dari selatan. Najib bertindak seperti maharaja2 Rome yang sikit demi sikit mengontrakkan pengurusan seluruh negara kepada orang upahan.
Dengan memimpin negara seperti ini, buta mata kita berdegil mahu menyatakan Najib seoang pemimpin yang baik. Najib lebih teruk dari Pak Lah. Dan Pak Lah kaki tidur. Dalam tidur2, sekarang orang kata Pak Lah lagi baik.
Kita tak perlu berdolak dalik. Najib is an incompetent elader. Biarlah ada orang mengiklankan pemujaan mereka secara terbuka terhadap Najib atau wanita pertama- fakta nya, Najib is an incompetent leader. Gesaan untuk mengembalikan Dr Mahathir memimpin negara adalah euphemism yang mengesahkan incompetence Najib. Berdepanlah kita dengan kenyataan- Najib fails as a leader. Semua nya berpunca kerana dia tidak ada telor.
Lawan keberanian ialah 2 perkara. Berani sangat dia jadi cuai. Kurang sangat berani dia jadi penakut. Kepada saya, kepimpina Najib berada antara cuai dan penakut. Kedua dua sifat negative. Itulah sifat kepimpinan najib sebenarnya- kepimpinan nya keatas Malaysia ialah negative. Sebab itu kita ada esktremism , perkauman dan ekonomi yang buruk.

Read more...

Sunday, 12 January 2014

Hipokrasi Pemimpin Negara



Hendaklah kita ingat- bila kita tentang seorang individu bukanlah peribadi individu itu yang kita tentang- kita menentang perlakuan dan perbuatan nya. bila menteri mengadakan perkahwinan anak mereka atau meraikan harijadi mereka dengan berbelanja ratusan ribu Ringgit malah jutaan Ringgit- perbuatan mereka yang kita tentang.
Apa boleh kita buat jika mereka ada banyak wang? Jangan kita iri hati. Orang Melayu mesti bangga pemimpin mereka tidak papa kedana. Mereka simpan wang sebaik sahaja tahu membaca dan mengenali apa itu wang. Demikian juga kita jangan merungut bila anak DS Rosmah beli penthouse bernilai RM110 juta atau mendanai pembikinan filem- bukankah dia anak yang baik belajar dari ibu nya supaya menabung sebaik sahaja tahu membaca? Kamu orang kampong tidak mengajar anak2 kamu menabung apa pasal?Kamu yang salah kerana tidak mempunyai wawasan untuk anak2 kamu.
Orang Melayu kan suka pemimpin mereka kaya raya sebab biarlah mereka kaya- mereka Melayu. Biarlah mereka masuk rumah kita, meniduri isteri dan anak perempuan kita- bukankah mereka itu Melayu?
Bila kita kutuk nasihat Najib supaya rakyat belanja berhemah, bukan peribadi Najib yang kita tentang- tapi perbuatan hipokrit nya. kaum perempuan tetap sayangkan Najib kerana bibirnya yang merah itu, dan orang2 seperti Shahidan Kassim tetap akan mengucup tangan Najib sehingga berciut bunyi nya.
rakyat disuruh belanja berhemah ketika bil air dan api Najib berjuta Ringgit. Kos selenggara jet eksekutif kerajaan yang berjumlah 6 buah itu memakan belanja yang banyak. Kos minyak kapal terbang RM14.9 juta dan kos maintenance dan menyimpan jet2 VVIP itu ialah RM167 juta untuk tahun 2012. Bill letrik kediaman PM sehari ialah RM813,000 untuk 2012. Bil air pula sebanyak RM852 sehari untuk 2012.
Menteri dijabatan PM, Wahid Omar yang belum lagi menyelesaikan janji nya untuk menjelaskan kes rasuah Alcatel dan Telekoms semasa dia jaga bidang itu dahulu,  berkata dia pergi ke pasar setiap minggu dan tahu harga barang dan menasihatkan rakyat supaya belanja berjimat cermat. Kita tidak benci mereka secara peribadi, tapi kita benci hipokrasi nasihat mereka.
Semua pemimpin2 ini mempunyai ciri kepimpinan yang sama- tidak ada keberanian moral. Keberanian moral ialah untuk melakukan tindakan yang betul dan jujur bila berdepan dengan pandangan popular, rasa malu, skendel dan seumpamanya. Bila tidak ada keberanian, semua ciri2 murni yang lain tidak ada. Tidak ada prudence umpamanya yakni kebolehan mengimbangi antara kepentingan peribadi dan kepentingan orang ramai. Diri sendiri boleh lakukan perkara yang bertentangan dengan nasihat yang diberi kepada rakyat. Diri boleh belanja sesuka hati manakala rakyat disuruh ikat perut.
Kalau nak berjimat- jangan naikkan kadar TOL dan jangan naikkan kadar letrik. Jangan naikkan cukai. Tarik balik semua sabsidi. Naik kapal terbang komersial. Kawinkan anak di kampong dan balairaya atau atas padang. Buat pulut kuning untuk raikan harijadi.
Berhentilah jadi hipokrit.

Read more...

Wednesday, 1 January 2014

Melayu: Dari Sang Sapurba hingga zaman UMNO




Adakah destini bangsa Melayu ialah untuk sentiasa bernasib malang? Melayu itu selalu diperbodohkan dan itu sebahagian dari ketentuan mereka? Bila minyak naik harga, timbalan menteri yang cakap besar ada CGPA 3.8 menyatakan bukan minyak naik, tapi sabsidi di tarik balik. Ini serupa dengan seorang Arab yang jatuh tertiarap. Bila ditanya, sheikh enta jatuh kah dia menjawab; Tidak bukan ana jatuh, jubah ana yang jatuh, kebetulan ana ada dalam jubah.
Pemimpin UMNO terus menghina minda bangsa Melayu dengan jawapan dan penerangan kebudak budakan. Jangan makan gula, nanti nafsu seks akan kurang. Kalau tak suka kerajaan, pindah ke negara lain. Kalau tak boleh beli kasut, jalan kaki ayam.Kalau tak mampu beli rumah, duduk dalam reban ayam?
Adakah destini bangsa Melayu menghambakan diri kepada golongan elit? Sejak Demang Lebar Daun berjanji janjian dengan Sri Teri Buana ketika menyerahkan anak perempuan nya, adakah destini bangsa Melayu ialah untuk menghamba-abdikan diri mereka kepada golongan bangsawan? Dan UMNO itu adalah golongan bangsawan yang menggantikan raja2 Melayu zaman dulu kala.
Najib boleh berdolak dalih memberi alasan demi alasan memungkiri janji2 nya- fakta nya dia gagal mengurus dan memimpin negara. Hampir 11 juta bangsa Melayu mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM1500 sebulan. Berjuta rakyat menerima BR1M majority nya Melayu yang mengesahkan betapa ramainya bangsa Melayu itu miskin. Akhbar dan media milik UMNO spinkan pemberian BR1M sebagai tanda kerajaan ambil berat kebajikan rakyat! P**t*t kau!
Dan timbalan menteri yang ada CGPA 3.8 kata, mereka yang berpendapatan rendah hanya menggunakan sekitar RM130 sebulan untuk RON 95 manakala yang berpendapatan RM 5000 keatas mengguna RM RM370 sebulan untuk RON95. Tentulah yang bependapatan rendah berbelanja kurang ketas RON95 sebab pendapatan mereka rendah manakala yang bependapatan tinggi, boleh belanja lebih. RM130 sebulan daripada RM800 adalah 16% manakala RM370 daripada RM8000 ialah 5%. University mana yang beri Ahmad Maslan CGPA3.8?
Melayu yang kulit tebal macam badak sahaja yang menganggap diri mereka teristimewa sedangkan persepsi umum Melayu itu sinomim dengan orang miskin, peminta bantuan dan sabsidi, rasuah, suka berfoya dan bersukaan,  suka pemberian percuma dll sifat dan perangai2 rendah. Jika perangai seperti ini bukan mengaibkan bangsa Melayu- kita tidak tahu hendak cakap apa lagi. 
Melayu yang kulit tebal dan tak reti bahasa sahaja yang ingat Allah bersama sama mereka bahkan jika boleh Allah itu dianggap sebagai ahli UMNO.
Maka mengikut butiran perjanjian asal Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana, jika pihak raja mengaibkan bangsa Melayu- bangsa Melayu wajib mengeluarkan raja tersebut.
Bangsawan dan raja zaman moden ialah UMNO. UMNO telah menconteng arang dan mengaibkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu mesti menentang dan mengeluarkan UMNO pimpinan Najib.
Apa lagi yang dinanti oleh pemimpin Melayu yang tidak setuju dengan UMNO? Inilah masa mereka tampil kedepan, memimpin negara. Sejarah akan mencela mereka kerana duduk berdiam diri.
Hutang negara melebihi siling 55% GDP jika dikira jaminan kerajaan kepada GLC2. Ini disebut sebagai contingent liabilities. Deficit bajet terus besar . kerajaan menjual harta benda rakyat dan menjual gadaian2 dan pajakan kepada pihak ke3. Fitch Rating menurunkan kredibiliti kewangan negara. Kerajaan Najib berbelanja berbilion Ringgit untuk memang PRU13. Wang haram akibat dari rasuah, pemalsuan harga belian, hasil haram yang lain mengalir sebanyak RM80 billion setahun sejak 10 tahun yang lalu. Pendatang haram dan warga asing hantar RM40 bllion setahun kenegara2 asal mereka. Buat duit disini, belanja dinegara asal.Dibawah pengurusan Najib, Malaysia jadi basket case.
Dan kita hendak terima bila orang kata Najib seorang pemimpin yang bagus untuk Malaysia? Metos Naib sebagai pemimin yang unggul hanyalah ciptaan media dan spin oleh penasihat iklan Najib. Najib ialah PM yang lebih teruk dari Pak Lah.
Menyampah kita dengar ada hamba abdi Melayu menjadi galang ganti menjuarai mempertahankan excesses Rsomah Mansor dan megancam mengasari sesiapa yang menegur Rosmah Mansor. Apa polis buat terhadap ugutan2 ini? Polis bukan kerja untuk Rosmah Mansor kan?
Menyampah kita dengar NGO2 Islam marahkan Murphy Pakiam kerana menegur Najib. Adakah Najib itu maksum?. Najib tahukah beza antara ahli sunnah wal Jemaah dan syi’ah? NGO marahkan Pakiam dan mempertahankan Najib kerana dia Melayu? Jika begitu Melayu itu bangsa yang suka mempertahankan rasuah, incompetence, salah laku?
Adakah kerana seorang pesalahlaku itu Melayu, maka apa dilakukan, dimaafkan kerana semata mata dia Melayu? Jika demikian perkara yang selalu saya nyatakan semasa ceramah sudah pun berlaku, yakni, suatu hari, bandingan nya adalah seperti orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri anak2 perempuan kita atau pun isteri2 kita, maka kita katakan- tidak mengapa kerana UMNO itu Melayu. Inilah ekspresi jiwa hamba abdi waris dari Sang Sapurba.
Masa nya sudah tiba kita menggulingkan UMNO sebab UMNO telah mengaibkan anak bangsa Melayu. golongan bangsawan baru (UMNO) yang merupakan golongan 20% teratas, menguasai 52% kekayaan dan pendapatan orang Melayu. Mengapa pula 40% Melayu terbawah hanya berkongsi 12% pendapatan orang Melayu? Macam mana ini boleh terjadi jika semenjak 1946, teriakan UMNO ialah hidup Melayu?
Melayu yang mana hidup, dan Melayu mana pula yang mati?
Bukankah dibawah kerajaan UMNO, bangsa Melayu adalah kaum termundur dalam negara kita? Dari segi pendidikan, dari segi ekonomi, dari segi perlumbaan dalam kehidupan yang lain2, semua tercorot. Melayulah yang teruk sekali. Bukankah ini mengaibkan bangsa Melayu dan mengikut perjanjian antara D.L Daun dan ST BUana, kalau raja aibkan rakyat, maka musnahlah negeri nya.
Sejak tahun 1970 bila UMNO melancarkan DEB, agihan kekayaan sesama bangsa Melayu masih tetap seperti diatas. Ianya membuat kita orang Melayu bertanya, untuk kepentingan siapa sebenarnya UMNO berjuang? Fakta dan kebenaran menunjukkan bahawa UMNO berjuang untuk kepentingan 20% Melayu teratas, golongan rentier class yang menguasai sumber pengkayaan negara ini.
UMNO tidak berani berdepan lagi dengan bangsa Melayu sekarang ini. Ekwiti kekayaan negara sudah lama puak UMNO capai matlamat 30% nya. bukankah syarikat GLC semua nya syarikat milik Melayu dan jika dihimpun kekayaan dan sumber pengkayaan yang dimiliki oleh GLC, bukankah matlamat 30% ekwiti kekayaan sudah lama tercapai? Tapi ianya dinikmati dan dicapai oleh 20% melayu teratas. Yang lain terus ketinggalan. UMNO itu jurucakap golongan 20%.
Usaha utama bangsa Melayu ialah membebaskan diri mereka dari perhambaan minda dan mental yang UMNO lakukan selama ini. Hak orang Melayu ialah perkara yang mereka perjuangkan bukan perkara yang diberi oleh orang lain. Masa depan bangsa Melayu dilindungi oleh kerajaan yang didirikan atas prinsip perintah ikut undang2. Masa depan orang Melayu dijamin dengan melengkapkan diri mereka dengan nilai2 yang menyokong kemajuan bukan yang menyokong belitan dan cengkaman golongan bangsawan Melayu.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP