Ribut di kementerian pertanian. Part 2. Sontoloyo series no 16.
1. Saya melihat kontrak NAFAS membekal baja dan VO 1.8b &1.2b adalah scandalous.
2. Biar saya kata, walaupun ada yang tak suka. Saya rasa cost build up NAFAS banyak fabricated Dan palsu.
3. Cara ini resam syarikat melayu selalu kelentong mintak duit dari dear daddy kerajaan.
4. Juga saya rasa threshold yang trigger off VO ditentukan secara arbitrary.
5. Adalah satu perkara yang mengherankan, bila tiba Bab alir wang keluar kepada komuniti bisnes sangat senang. Bab mengalir wang kedalam industri padi satu perkara yang susah.
6. This is tantamount to starving your own children at home to feed milk to the monkeys in the forest.
7. Nilai kontrak 1.8b dan nilai VO 1.2b tidak dapat menyembunyikan malapetaka dasyat yang melanda industry padi negara kita .
8. Iaitu, kehilangan beras tempatan dari pasaran kita .
9. Boleh kita tahu,dalam masa kontrak dan VO pembekalan baja,nilai pelaburan keatas industri padi negara, berapa?
10. Mintak maaf. Saya ada kata nilai supply Baja 2.8b . Angka yang benar ialah 1.8b. VO nya yang benar ialah 1.2b. Bukan 2.2b. Maaf ye. Memory fails me sometimes.
11. Yakni untuk 30 bulan , NAFAS ada guaranteed income sebanyak 3b.
12. Dalam tempoh masa yang sama berapa jumlah pelaburan kerajaan keatas industri padi yang boleh membantu penghasilan padi?
13. Bercakap mengenai prodaktiviti padi per ekar, kenapa national average kita 5-6 tan/ekar manakala prodaktiviti/ekar petani sikinchan 10 tan?
14. Apa yang petani sikinchan makan? Makan babi? Anak tikus? Menyebabkan prodaktiviti mereka lebih dan mereka kerja lebih kuat?
15. Adapun dari segi usaha dan rajin, Melayu Cina sama saja.
16. Perkara yang mesenjangkan serta merenggangkan melayu-bukan melayu dari segi prodaktiviti seterusnya pendapatan antara mereka, pada pendapat saya, ialah dalam penggunaan elemen terpenting dalam pengeluaran padi. Iaitu baja.
17. Tapi untuk kepastian, kita tengok kaedah dalam tanaman padi dan seterusnya penghasilan beras.
18. Atau yang terror dikalangan kita, run an econometric test on all the factors influencing padi production dan identify faktor mana yang tertinggi coefficient nya.
19. Tapi sebelum kita lihat kepada kaedah pengeluaran padi, saya ingin membawa perhatian tuan2 budiman mengenai 3 perkembangan muttakhir. Mungkin ada kesan ' positip' keatas pengeluaran padi.
20. Pertama, saintis di China menemui kaedah menggunakan air laut menanam padi .
21. Ada ' potensi' untuk feed 200 juta orang. Klu Malaysia boleh pakai kaedah serupa, tak perlu 200j, 100j pun dah cukup.
22. Bayangkan itu tuan2, Malaysia can meet fully its rice requirements dan ada surplus lagi.
23. Malaysia bukan saja capai self sufficiency in rice, malah bisa jadi pengekspot.
24. Janganlah pula ada mandarins dikalangan deep state, mencadangkan export itu di beri pada satu al monopoly.
25. Ke-2, ialah lapuran penanam padi di China, Vietnam dan Iran serta beberapa negara lain menggunakan itik untuk pest control.
26. Jika Malaysia adopt cara ini, para petani boleh kurangkan kos membeli pesticides dan racun2 lain.
27. Selain Dari selamatkan persekitaran, ia nya boleh nenaikkan income petani
28. Ke-3, ialah lapuran saintis Norwegian berjaya menukar tanah gersang seperti padang pasir ke tanah subur untuk bertani. Dalam masa 7 jam!
29. Saya tak kisah sangat 7 atau 8 jam. Yang menariknya, boleh improve kualiti tanah!
30. Jika lapuran saintis itu benar, untuk Malaysia tanah menanam padi dan tanah yang belum ditanam dengan padi boleh dimanfaatkan untuk padi .
31. Dunia industri pertanian sentiasa dalam keadaan constant flux/berubah. Jika industri pertanian kita tidakk berubah, kita ketinggalan belakang. It's adapt or perish
32. Cara penanaman padi, misalnya melalui beberapa stages .
33. Ada 4 tahap pada asas nya. Land preparation, padi establishment,sawah management Dan penuaian
34. Ada MP cakap. Saya anak penanam padi,saya buat relong- orang lain jangan cakap banyak.
35. Betul, tapi awak study 4 tahap tersebut dan berfikir? Kalu awak cakap begitu, baik tak usah berbincang.
36 . Penyediaan sawah , bendang , relong- melibatkan pembajakan dan meratakan tapak .
37. Penggunaan teknoloji terkini boleh menyenangkan pesawah kita .barulah pegawai2 moa dan pesawah ada time untuk tekno-coli .
38. Crop establishment atau penyediaan tunas padi sama ada kita menabur benihr atau memindahnya benih dari tepak semaian.
39. Crop management termasuk penyediaan infra mengalir air dan penggunaan pesticides mengawal makhluk perosak
39b. Stage ke4 ialah harvesting. Masa untuk menuai. Dibanyak negara proses memisahkan jerami dari bijirin padi dilakukan in situ.
39c. Di setengah negara seperti jepun China dan taÃwan ada padi mill boleh alih. Pesawah boleh memilih untuk mengilang padi mereka menjadi beras.
39d. Cara itu boleh membuat pesawah mengurangkan wastage 20% yang dikenakan oleh rice millers. Ia dapat membolehkan pesawah terlalu bergantung kepada pengilang.
40. Kalu nak solusi murah dan tidak berteknoloji tinggi, taruh poster penyangak2 utuber yang suka maki hamun PM ditengah sawah. Tentu pests lari sebab seram lihat poster2 tu .
41. Poster penyangak2 handsome , kita jadikan jebak dimana pests betina khusus nya, berhimpun. Senang kita habisin .
42. Yang best sekali, kalu kita letak poster2 Najib dilokasi stratejik dalam sawah bendang. Semua pests taknak dekat dengan gambar lanun- in-chief Malaysia.
43. Untuk tujuan consistency Dan uniformity, kita termkan stage padi production ini sebagai protocols padi production.
44. Maka jika average national prodaktiviti pesawah kita misalnya rendah Dari average productivity pesawah Sikinchan misalnya, ia bererti protocols padi production, cacat
45. Ianya cacat kerana ada underinvestment dan sakau di Salah satu atau beberapa protocols padi production. Dan ada sakau .
46. Most probably kecacatan itu berlaku pada stage crop management khususnya dalam pembekalan baja.
47. Land preparation, crop establishment dan harvesting, crop management lebih kurang sama. That leaves us dengan bekalan Baja.
48. Pembohongan dan penipuan dalam bekalan Baja boleh berlaku dengan 2 cara.
49. Pertama, dengan membekalkan baja berkualiti inferior kepada pesawah. Kedua, dengan menipu timbangan Wallahu a'lam bissawab
Bersambung...
0 comments:
Post a Comment