Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 8 February 2021

Umno Tuai Apa Yang Ia Semai.



1. Marjorie Taylor Greene adalah seorang ahli kongres USA daripada parti repablikan, telah dilucut dari semua jawatan nya dalam jawatakuasa2 kongres.

2. Perlucutan itu disebabkan Marjorie telah mengeluarkan beberapa pernyataan anti semitic, perkauman, bigoted dan menyokong pembohongan besar, bahawa terjadi konspirasi yang telah menyebakan Trump kalah PRU Amerika.

3. Dia juga telah menghasut penyokong2nya membunuh House Speaker Nancy Pelosi.

4. Tapi Marjorie Greene enggan memohon maaf mengenai sikapnya. Alasan yang digunakan oleh Greene ialah mereka telah 'membenarkan' dia bercakap demikian. Siapa 'membenarkan' Greene?

5. Alasan yang digunakan oleh Greene adalah picisan dan palsu. Kalau alasan demikian digunakan ia menunjukkan kamu orang yang lemah.

6. Dahlah kamu lemah, kamu juga tidak ada maruah dan tidak berprinsip. Kamu not fit for any job. Kamu letak jawatan atau dipecat.

7. Bagaimanakah kamu membiarkan persekitaran mengontrol kamu? Kamu bangang. Kamu bukan pemimpin.

8. Dan parti kamu yang menyokong kamu, tak ada tulang belakang dan hilang keyakinan rakyat.

9. Demikianlah saya melihat Wak Jahid berhiba mahukan peruntukan yang lebih.

10. Lima orang dapat RM100 ribu setahun. Tengku Razaleigh tak dapat satu sen pun.

11. Apa yang Wak Muhyi pedulikan? Dia akan kata 'ada aku kisah'

12. Apa jenis pemimpin Zahid ini yang membenarkan alasan picisan memperlakukan diri dia demkian rupa? Alasan palsu dah dapat kalahkan Zahid?

13. Marjorie Greene menggunakan alasan 'membenarkan' untuk mengabsahkan kenyataan2 nya manakala Zahid membenarkan Muhyi memperlakukan dia sesuka hati Muhyi. Alasan yang dangkal sudah dapat mengalahkan Zahid.

14. Jika Zahid di alahkan dengan satu alasan yang dangkal bermakna zahid seorang yang bangang. Dia membenarkan Muhyi memperlakukan dia begitu. Sedangkan alasan membenarkan itu palsu.

15. Zahid mewakili umno, membenarkan Muhyi memberi dia 100 ribu setahun sedangkan alasan 'membenarkan' adalah satu alasan palsu.

16. Jika kepalsuan mengalahkan Zahid, ia memperkuatkan hujjah bahawa PhD nya ialah Penyakit Hasad Dengki dari universiti BD. Dia kurang cerdik yop!

17. Alasan yang palsu sudah cukup untuk membungkemkan Zahid mencerminkan Zahid pemimpin yang lemah. Ia juga menunjukkan Zahid tidak ada maruah. Sesudah diper-bocah2kan (diperbudakbudakkan) oleh Muhyi masih mahu bersekongkol dengan Muhyi. Muka tak malu. Nyata kamu melukut ditepi gantang.

18. Zahid juga tak ada prinsip. Kamu dan parti kamu di sisihkan kamu masih mahu bermuafakat dengan Muhyi.

19. Sikap Zahid meconteng arang pada muka umno. Kerana umno di ibaratkan sebagai 'ditambah tidak mengayakan, dikurangi tidak memiskinkan'.

20. Jadi, mengadu dan merengek rengek adalah perbuatan yang sia2. Ia memerlukan perbuatan konkrit dari hanya bercakap. Perbuatan Muhyi mengundang lebih dari rengekan dari Zahid. Kalau dia berprinsip, serta merta umno mesti keluar dari kerajaan.

21. Prinsip juga mahukan Zahid dan umno menilai kerajaan yang ada. Fakta ialah kerajaan Muhyi adalah sebuah kerajaan yang illegitimate. Bagaimana umno yang ada ethics mahu tidor dengan kerajaan yang tidak sah? Orang umno yang berprisip sejak sebermula ialah Tengku Razaleigh Hamzah, yang enggan ada apa2 dengan kerajaan yang tidak sah. Sikap berprinsip itu harus dipuji.

22. Di bawah pimpinan Zahid, umno berlarian seperti seekor ayam tidak berkepala. Ia tidak tahu halatujunya. Semua prinsip dan kertertiban dibuang tepi. Umno hanya mahukan kuasa tapi cara nya tidak dipedulikan. Asal saja berkuasa, menumpang pun tidap apa. Sikap kemaruk umno membenarkan Muhyi memperlakukan umno sesuka hatinya. Umno deserves what is done on her dan tidak boleh menyalahkan sesiapa.

23. Marjorie Greene menggunakan kebenaran untuk menjustifikasukan perbuatan nya. Zahid pula membenarkan machinations Muhyiddin dan hanya mampu meratap sahaja. Kedua2 membenarkan alasan fiksi untuk menerangkan musibah mereka.

24. Zahid pemimpin yang bodoh, lemah, tak ada prinsip dan melemahkan umno. Itu adalah hukum umum- yakni jika kamu berketuakan orang2 seperti Zahid, Najib, Teuku Adnan, crook2 dan mereka yang korap, perompak dan pecah amanah- nantilah kemusnahan umno.

25. Jadi buang segala dedalu2 ini agar pohon umno itu dapat menumbuh. Biar orang2 bagus, amanah dan berjiwa rakyat seperti Ku Li memimpin umno.

26. Ianya satu hipokrasi untuk umno bercakap mengenai keadilan peruntukan. Sebetulnya umno tak boleh komplen apa2. Dulu semasa umno kerajaan,wakil2 rakyat pembangkang tidak mendapat peruntukan apa2 pun. Umno hanya beromongan kosong saja.

27. Kesan2 kepada parti umno lebih mendukacitakan. Parti itu teryata tidak ada prinsip dan tidak ada ketegasan. Sudah di tunjal2 kepala oleh Muhyi, ia tidak terdaya buat apa2 kecuali bising2 dan berjawatankuasa tapi tidak beraksi. Ia NATO- no action talk only.

28. Zahid adalah presiden satu parti yang berpecah sebenarnya. MP2 yang dapat RM3.7juta setahun, yang jadi menteri dan pegang GLC2 hanya mentertawakan Zahid. Umno akan berantam sesama sendiri.

29. Kalau umno kekal dengan ketua2 yang diskredited dan terus mengamalkan budaya reaksioner, ia akan hanya jadi seekor harimau kertas. Suka atau tidak, hanya tokoh seperti Ku Li saja yang boleh menyelamatkan umno!

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP