Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 12 April 2017

Ada Hati kita hayati denyut nadi, ada telinga kita dengar suara rakyat, ada mata, kita lihat bukti dan kemusnahan.



Saya telah mengambil bahagian dalam sesi parlimen rakyat pada 10 April lalu. Ia di anjur oleh INVOKE yang di pimpin oleh YB Rafizi Ramli.
Ketika mendengar para MP lain bercakap- saya melihat kepada komen2 yang tersiar secara live di monitor TV. Bahasa yang digunakan oleh penyokong PAS adalah bahasa kesat dan jijik.  Mahu hentam kami, hentamlah.
Tapi bahasa yang golongan ini guna untuk menghentam menunjukkan mereka ramai yang tak bersekolah. Mungkin juga terdiri dari yang pergi kesekolah agama di India dan Pakistan tapi tidak habis pengajian. Namun, bila pulang ke kampong, diberi tugas mengasuh anak bangsa kita. Jika mereka yang mengasuh, maka masa depan anak bangsa kita muram.
Bahasa menunjukkan jiwa bangsa. Kepada saya, Malaysia tak perlu penyokong seperti ini yang kacau dan rosak jiwa. Bagaimana kita mahu membiarkan orang jenis ini memerintah dan menguasai system perundangan negara kita?
Saya harap rakyat akan menolak parti PAS dan menjauhkan diri dari orang2 seperti ini. Jangan berikan mereka tempat berkuasa dalam negara kita. Nescaya kita diganasi hanya kita tidak bersetuju dengan pandangan mereka.
Mundur dan rosak negara kita jika puak2 ini memerintah. Kita orang Melayu yang lain, tidak memerlukan PAS untuk mensijilkan keIslaman kita.
Janganlah bangsa kita ini terikut2 dengan kebanyakan orang seperti ini. Jika kita ikut, mereka akan menyesatkan kita.

Peringatan Allah dalam ayat 116 surah Al An’am:-
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Jika engkau menuruti kebanyakan orang yang ada dimuka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan engkau dari jalan Allah , mereka tidak lain hanyalah menurut sangkaan2 semata mata dan mereka tidak lain hanya berdusta.

Kita ada otak, kita fikir sendiri. Jangan kita terpedaya dengan para ustaz yang menunggangi agama Islam.
Mengapa kah kita tidak terlalu hairan melihat gabungan antara pembesar ugama dengan pembesar negara bermuafakat melakukan dan menyokong kemungkaran? dan mereka bantu membantu pula mengukuhkan antara satu sama lain?
Wang membatalkan segala nya. Wang yang berada dalam tangan seorang ustaz, tidak tahu ianya berada dalam tangan seorang ustaz atau seorang awam. Wang boleh menukar karakter seseorang, ustaz atau orang awam.
Najib Tun Razak bertanggung jawab keatas skendal kewangan yang paling besar dalam sejarah Malaysia. 1MDB sudah berhutang mencecah RM95,000 juta dan sekitar RM24,000 juta sudah dicuri oleh Najib dan geng2 dia. Habis segala harta negara ini- pelabuhan tanah, projek2 besar, ekwiti dalam syarikat minyak, semua dijual ke negara China pada harga yang di inflasikan. Mengapa? Supaya Najib boleh ambil bahagian yang di inflasikan utuk mengambus lubang2 dalam 1MDB.
Mengapa ahli agama yang ada hati tidak merasai rintihan dan kegelisahan rakyat dengan suara hati mereka? Mengapa mereka tidak menggunakan telinga untuk mendegar suara bantahan rakyat? Mengapa mereka tidak gunakan mata melihat bukti2 yang ditampilkan dan tindakan2 undang2 diluar negara? Semua ini menjukkan bahawa 1MDB dan orang2 dibelakang nya telah melakukan jenayah dan kemungkaran. 

Sebab nya dinyatakan dalam Al baqarah ayat 7.
خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Allah telah mengunci hati dan telinga mereka dan membutakan mata mereka. Dan untuk mereka ialah hukuman yang amat besar dan keras.

Ketika kemungkaran2  ini berlaku, pembesar dari parti yang berjuang atas landasan agama Islam menyokong. Mendiam diri dan membutakan mata dan mengunci suara hati. Malah ada yang mensahihkan perbuatan mungkar itu dengan mensyaratkan , jika tidak ada 4 saksi yang melihat pencurian itu, maka tidak ada jenayah yang berlaku.  
Erti nya apa?- gabungan pembesar agama dan pembesar pati secular berlaku kerana, apabila negara hendak musnah, Tuhan menjadikan para pembesar yang jahat supaya mereka in melakukan tipu daya dalam negeri itu. Tapi mereka memperdayakan diri mereka sendiri dan mereka akan menerima akibat buruk dari perbuatan mereka. 

Quran 6: 123
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Ini sudah dijanjikan oleh Tuhan. Akan tiba suatu masa, para pembesar parti politik Islam yang ahli pula dalam bidang agama, sokong menyokong dengan penyamun terbesar dalam abad ini.

Golongan agama berkawan dengan golongan pemerintah disebabkan mempuyai kepentingan bersama dalam kemungkaran yang telah dilakukan.
وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Quran Al Aan’am : 129.

4 comments:

Anonymous,  12 April 2017 at 21:20  

Jika seseorang itu mendiamkan diri terhadap kegiatan pengedaran dadah yang dia mengetahui umpamanya, maka orang itu dikategorikan sebagai bersubahat walau dia langsung tidak terlibat dalam apa segi sekalipun. Begitu juga dalam kes 1MDB dan perompakan wang RM2.6bilion, senyap langsung tiada sebarang aksi mempersoalkan isu tersebut, maka adalah amat jelas lobai PAS juga turut bersubahat dengan kerja haram tersebut.

Yahook,  13 April 2017 at 07:20  

Apa boleh buat...dah termakan duit 1mdb...tergadailah body dan serban 7 kg tu!!!Ini yang digelar "ulamak musibat".

Anonymous,  13 April 2017 at 08:09  

Mulai hari in semua jenayah pengedar Dadah yang Kaya Raya...kalau dijumpai dengan dadah dengan harga $100,0000, 0000 juta ringgit dalam beg, rumah, kereta.... terus panggil IGP, AG dan kata kepada mereka aku tak tahu dimana datang, tak tahu mana datangnya Dadah tu, buat siasat siapa derma, cam mana tiba2 dalam rumah, ini perbuatan seorang yang bukan Islam buat.....terus hidup mewah dan upah semua Polis maafkan jenayah pengedar dadah awak....ini cara Rukun Negara Kedaulatan undang2 kat malaySIAL!! Lain kali bunuh sesiapa awak suka dan buat tak tahu aje.....Mahkamah, AG, IGP semua maafkan ....Bukti tak guna ... Dedak - semua Boleh dalam undang2 IS Islam UMNO-PAS!!

Anonymous,  23 April 2017 at 04:36  

Bukti bersepah kalu diam, dikira Syubahah wal Mungkaruni Al Kincun (Kencing Lencun).
Ada akal sendiri mau ingat. Buat apa terus harap lobai dan penyagak.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP