Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday 21 March 2009

Justice Rushed is Justice Buried!

Saya baru habis membaca sebuah buku yang di tulis oleh seorang peguam jinayah Singapura. Nama peguam tersebut ialah Subhas Anandan. Judul buku tersebut ialah The Best I Could. Buku nya amat menarik sehingga saya bersemangat untuk habis membaca nya dalam satu hari.

Saya amat tertarik dengan satu falsafah mengenai perundangan yang di pegang oleh peguam ini. Falsafah tersebut berbunyi: Justice Delayed Is Justice Denied; Justice Rushed Is Justice Buried.

Dalam bahasa Melayu, falsafah ini bermaksud: keadilan yang di lambatkan adalah keadilan yang di mungkirkan; keadilan yang di segerakan, adalah keadilan yang di kebumikan.

Lembaga Disiplin UMNO telah pun membuat keputusan mengenai kes kes yang di bawa kepada nya. LD UMNO membuat keputusan berdasarkan fakta fakta serta penyelidikan yang di buat nya. Tentulah sesuatu keputusan yang di ambil telah pun melalui penghalusan dan penghujjahan sesama sendiri. Tentulah juga, ini semua di lakukan diatas kesedaran bahawa sesuatu keputusan yang di ambil oleh LD akan di skrutini oleh pelbagai pihak.

Apabila keputusan di buat tentulah ada yang tidak berasa puas hati. Namun, bagaimana kita mahu membuat sesuatu keputusan melainkan ianya bersandar kepada fakta yang ada dan penalaran/reasoning yang di buat? Membuat keputusan atas dasar yang lain daripada ini, akan memusnahkan integriti keputusan itu sendiri.

Kalau LD UMNO melambatkan pengadilan nya, tentu sekali ini akan memberi gambaran bahawa LD UMNO tidak serius dalam tugasan yang di berikan kepada mereka. Kerja kerja untuk menapis dan mengesahkan kesasihan mana mana aduan salah laku dan korapsi adalah kerja yang rumit. Orang awam tidak tahu bagaimana LD UMNO beroperasi dan kita juga tidak tahu sumber yang mereka ada untuk menjalankan risikan mereka. Kita percaya, LD mempunyai rangkaian bantuan dari ejensi ejensi kerajaan dalam usaha mereka tersebut.

Oleh kerana sesuatu keputusan mempuyai ramifikasi yang amat meluas, ia terpaksa di lakukan dengan cermat dan tertib. Keputusan tidak boleh di lakukan bersandarkan kepada perasaan dan persepsi. Jika pengadilan di buat atas dasar perasaan dan persepsi, tentulah semua pihak yang di adukan kepada LD akan di dapati bersalah.

Adakah keputusan yang di buat oleh LD UMNO mensucikan misalnya Khir Toyo? Semua orang merasa hairan bin ajaib bila mendapati bahawa Khir Toyo dari segi fakta nya, bebas dari semua aduan salah laku. Dari segi persepsi moral Khir Toyo tetap di anggap melakukan pelbagai salah laku.

Akan tetapi oleh kerana LD hanya boleh membuat pengadilan berasaskan fakta, dan fakta yang ada dalam tangan mereka tidak mencukupi, maka Khir Toyo bersih dari apa apa kesalahan.

Kenapa pengadilan keatas Khir Toyo tidak menimbulkan apa apa kesangsian, tapi kesalahan yang di lakukan oleh Khairy Jamaludin di persoalkan? Bersikap demikian adalah subversion of the idea of justice.

Hujjah saya ialah jika kita dapat menerima bahawa KT bersih dari salah laku, maka KJ juga harus diberi layanan keadilan yang serupa. Yakni, LD tidak boleh di paksa untuk menyampaikan suatu keputusan yang kita suka berdasarkan persepsi kita.

Hakikatnya, fakta fakta untuk menthabitkan KJ kepada kesalahan yang lebih besar tidak ada. Maka pengadilan yang di lakukan oleh LD UMNO terhadap KJ adalah suatu pengadilan yang bersandarkan fakta. Untuk subvert keadilan semata mata untuk memuaskan perasaan, akan mencabuli integriti pengadilan tersebut.

Saya percaya, LD UMNO pun berpegang kepada prinsip justice rushed is justice buried.

Jadi, saudara saudara perwakilan- ikutlah panduan LD UMNO. Buatlah keputusan berdasarkan FAKTA bukan PERSEPSI!

10 comments:

Quantum Metal Consultant 21 March 2009 at 21:27  

Betul tu, KJ hanya dipersepsi seperti KT, cuma KT kurang bukti untuk disabitkan dan bukti TER ada untuk mensabitkan KJ.

Jika KT boleh maksum, kenapa tidak KJ...dan jika kedua duanya maksum, apa pula status MM yang langsung tidak disiasat ?

Keadilan untuk memuaskan siapa ?
Hujah untuk menyokong dan menegakkan benang yang basah untuk memuaskan siapa pulak?

Anonymous,  21 March 2009 at 23:02  

Banyaknya benang yang basah dekat2 nak pertandingan Pemuda UMNO ni.TDM pun ada benang yang lagi basah,blog2 yang menyokong KT ada tali basah langsung!

Anonymous,  21 March 2009 at 23:44  

mensucikan KT bermakna kelebihan pada KJ. bayangkan perasaan perwakilan yg telah di fuluskan KT. pasti meluat akhirnya. biar persepsi budak nakal KJ kekal dgn tabiatnya tak berpura2. tengok apa jadi pada DSAI. persepsi pak sheikh tapi lepas tu buat pulak hal tak senonoh.

jadi kita nampak siapa paling popular la ni. yang paling banyak di hentam tu lah yang paling banyak dapat simpati. Jadi I rasa KJ ada peluang...

fazilogic 21 March 2009 at 23:48  

Dato' Sak,
One thing I've to give you the due respect is that you are very consistent in supporting and defending KJ. And that's in by hook or by crook.

Your consistency of course at the expense of being blind to the fact that KJ was found guilty while KT was not.

Your consistency is at the expense of overlooking the fact that both Ali Rustam and KJ were both found guilty but were given different kind of punishment. In fact the warning given to KJ is not a punishment at all if you look at the bigger picture. The perception is credited to the different component in variables.

What's the defining factor? While AR is Pak Lah's man out and out, but he's still not the latter's SIL.

Bro Jinggo 22 March 2009 at 00:49  

Dato saya kesian sungguh dengan kelawar-kelawar jadian dalam blog dato Sak ni...

Siang malam pagi petang dia org dok bersarang dalam blog dato ni...

Ini bermakna mereka goyang dengan setiap artikel yang dato siarkan...

Mereka nilah yang sebenarnya cuba menyokong dan menegakkan benang yang basah... tak payah la nak cakap siapakan? pembaca semua tahu siapakan? sama juga dengan keputusan LD UMNO, semua orang tahu... Kluangman pun tahu...

Salam setiakawan
Salam Perjuangan

BJ

Anonymous,  22 March 2009 at 04:22  

kt is found not guilty, that is the reality. that he is guilty is a perception and for that he can find defense in previously oft used kj's line, "look at the reality not perception".

kj is found guilty, that is the reality. that he is not guilty if u insist is a perception.

so now kj's defense probably "look at the perception not the realty".

macam katun la nampak kj.

your logic and your measure to compare perceptions of kt and kj is totally skewed and a play of words.

probably u r betting on the stupidity of the UMNO GA delegates, I don't dato, not after 5 yrs of insult of the intelligence, ppl do wise-up.

ppl's the beef with UMNO DB is the punishment or rather lack of it meted out on kj.

its like pak ali murder a person twice n sentenced to hanging but bcoz young kery murder a person once he was not punished.

i wonder what sentence the UMNO DB will give to someone who murder a person 3 times, maybe hanging n shot by firing squad at the same time. :)

Quantum Metal Consultant 22 March 2009 at 05:41  

Pantun dua kerat:

Sak, satu peluru - dua mangsa.
Kok ada pulak yang terasa..

Anonymous,  22 March 2009 at 09:43  

Bro Jinggo,

Kau baru bangun tidor apa? Ingat sekarang 3, 4 tahun dulu orang nak goyang dengan KJ.

Tak nampak Dato Sak tengah berhempas pulas bagi penafasan mulut ke mulut kat kempen KJ yang dah nazak ni.

Doktor pelatih

Anonymous,  22 March 2009 at 11:05  

alooo doktor pelatih.. i rasa dr.KT yang kena bagi pernafasan mulut ke mulut. dah lesap selangor nak jadi pulak pemimpin peringkat nasional. gosok ler gigi dulu depan cermin baru ler nak korek gigi orang...

Anonymous,  22 March 2009 at 11:20  

Hahahahaha!

Bagus lah org2 KT dan KJ bergasak, dua2 dah nazak lepas tu dua2 kiok.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP