Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 9 September 2012

Kenanglah Jasa, tapi TOLAK Kemungkaran!


Apabila Rais Yatim keluarkan kenyataan, saya rasa seram. Terutama apbila Rais membilang. 300 ribu dikatakan 2 ribu. Bagaimana seseorang boleh lie through his teeth. Bercakap bohong tanpa ada rasa bersalah. Setelah merenung panjang, saya rasa tidak ada kontradiksi. Beginilah gaya nya pemimpin UMNO yang telah membiasakan diri dengan pembohongan. Sehingga bercakap bohong dan menipu tidak menjadi apa apa. Memfitnah dan membohong merupakan keperangaian kedua UMNO.( is second nature to UMNO)
Setelah Jepun tewas dalam perang dunia ke2, Jepun ditadbir oleh Amerika melalui General McArthur. Apabila demokrasi di pulihkan, Jepun ditadbir oleh parti LDP Jepun semenjak tahun 1955. LDP ini adalah UMNO untuk rakyat Jepun.
LDP Jepun membawa kemajuan dan pembangunan untuk bangsa Jepun. Ekonomi Jepun sehingga sekarang merupakan salah satu ekonomi terbesar dan bertenaga didunia. LDP juga telah membina dan menyediakan prasarana untuk pembangunan dan kemajuan Jepun. Mereka telah lakukan sama seperti yang Rais Yatim sebut dilakukan oleh UMNO dan Perikatan.
LDP pun buat macam Najib buat. Mentransformasi negara nya melalui menswastakan syarikat milik kerajaan dan mempromosi  kelajuan ekonomi dengan memilih kawan kawan untuk memangkin kepesatan ekonomi. Jho Low dan geng membangunkan Sungai Besi. Seorang rakan lain diberi kontrak kerja tambahan LRT Ampang. Kawan yang sama membekal gerabak keretapi dan kawan yang sama juga broker mendapatkan komisyen dari kerajaan negeri China. Seorang kawan lagi, lambang orang Melayu diberi monopoli keatas seluruh Malaysia- gula, IPP, beras, air, pelabuhan2, jalanraya, syarikat buat kereta, KTMB dan apa sahajalah yang mata dapat pandang. Seorang kawan lain sebab dia sekolah sama dengan Kak Ros, diberi grant 250 juta supaya suami kawan tersebut dapat membangunkan suatu projek menternak lembu. Walaupun kawan itu tidur bersama suami, dia tidak tahu apa sang suami lakukan.
Biarlah lembu jadi lembu. Jangan manusia jadi lembu.
Tapi LDP tetap ditolak oleh rakyat Jepun. Bukan sebab rakyat Jepun tidak menghargai sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh LDP. Peranan dan sumbangan LDP lebih besar dari UMNO kerana ekonomi Jepun lebih besar dari ekonomi kita.
Rakyat menolak LDP sebab parti itu korap dan parti itu angkuh. Ia bermula dengan skendel rasuah Lockheed.
Demikian juga kalau rakyat Malaysia terutama orang Melayu menolak UMNO itu bukan bererti orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak menghargai peranan dan sumbangan UMNO semenjak menang PRU 1955 sehingga sekarang, tapi orang menolak UMNO sebab parti itu melambangkan rasuah dan sombong dan angkuh. Sebab UMNO membenarkan lanun dan perompak bermaharajalela.
Rakyat Jepun juga sedar, bukan LDP sahaja yang boleh membawa pembangunan. Parti lain pun boleh. Demikian juga dinegara ini- rakyat sedar bukan UMNO sahaja yang boleh bawak pembangunan. Parti lain juga boleh. PAS di Kelantan dan Kedah boleh. DAP di Pulau Pinang boleh. PKR di Selangor boleh. Apa UMNO boleh buat, boleh juga dilakukan oleh parti lain dengan lebih baik.
Maka kalau berdasarkan kita mesti sokong kerana mengenang jasa kerajaan, maka rakyat Kelantan jangan tukar PAS kerana parti itu melakukan jasa yang banyak. Rakyat Penang jangan tukar kerajaan kerana Lim Guan Eng banyak jasa. Jangan tukar Khalid Ibrahim sebab dia bawak lebih baik kemajuan dari kerajaan2 UMNO. Jangan tukar PAS Kedah kerana mereka mentadbir Kedah lebih baik dari UMNO.
Takkan lah perkara ini tidak difahami oleh Rais Yatim yang memilki PhD tulin dari university UK. Ini bukan doctorate beli punya. Ini ori. Takkan lah Rais Yatim tak pandai membaca isyarat dari orang Melayu. Dalam tahun 2008, dari 5.7 juta orang Melayu, yang menyokong calun2 UMNO hanya 2 juta. Rakyat sokong atau tolak bergantung sama ada parti itu baik atau jahat. Apatah lagi waktu ini, Dr Mahathir bekas presiden UMNO kata UMNO dan BN parti syaitan. Takkan oleh orang Melayu yang kuat berugama mahu memilih syaitan?
Pengundi yang telah menolak UMNO, adakah mereka akan kembali ke pangkuan UMNO? Orang yang berani menolak UMNO walaupun parti itu `berjasa’ dan sebagainya, melakukan demikian atas dasar keyakinan dan kepercayaan. Kualiti undi seperti itu lebih tinggi dari undi yang didapati dengan cara membeli, membayar dan mengugut. Orang yang sudah menolak UMNO, 90% tidak akan kembali ke pangkuan UMNO. Mereka sudah mengucap Sadaqallah. Tamat.
Di kampong saya Pekan, bila kita tanya berapa orang datang hari raya rumah terbuka Najib- Ramai jawab nya. Bayangkan- 100 ribu bungkusan habis. Kalau 100 ribu bungkusan, saya kata lebih kurang 20 ribu lah yang datang. Tamah 10 ribu lagi, habis kuat 30 ribu. Jumlah itu macam biasa biasa.  Eh.macam mana gitu? Yelah, kalau setiap orang ambil 5 bungkusan sebab anak kat rumah dan suadara mara ramai, maka setiap orang akan ambil 5 bungkusan. Itu tak termasuk yang datang round ke2 untuk ambil lagi. Cuba bayangkan, pengunjung tak ambil satu tin biskut- mereka ambil 1 crate tin biskut.
Tamrin Tun Ghafar dijadualkan buat ceramah di Serkam Darat, Jasin.  Ahli parlimen dan ketua bahagian UMNO ialah Ahmad Hamzah, adik ipar kepada Tamrin. UMNO Jasin memutuskan mengadakan ceramah saingan bersebelahan dengan ceramah Tamrin Tun Ghafar. Oleh kerana tidak mahu menyinggung rasa kekeluargaan Tamrin Tun Ghafar mengalih lokasi ceramah ke Serkam Pantai.  UMNO Jasin pun turut menjejaki langkah ini dan memutuskan untuk mengadakan ceramah ditempat yang sama, lebih kurang 400 meter jarak nya. Ceramah Tamrin dihadiri oleh 3 ribu orang, ceramah UMNO Bahagian dihadiri lebih kurang 100 orang. Ahmad Hamzah hanya sempat berkata- saya sebak malam ini, tak dapat bercakap kerana ipar saya mengkhianati bangsa dengan masuk PAS. Speaker DUN pun tak cakap banyak sebab pendengar hanya 100 orang.
Berminggu minggu, akhbar UMNO mengatakan Tamrin seorang yang tidak berguna. Ketua Pemuda UMNO nasional pun hentam Tamrin. Tamrin seorang reject dan sebagainya. Kalau benar Tamrin itu bukan ancaman, maka mengapa lebih ramai orang mendengar ceramah nya dari ceramah UMNO Jasin? Dan mengapa harus gundah gulana terhadap Tamrin kerana sebagai seorang yang tidak berguna, tentulah dia tidak dapat mengancam kekuatan UMNO.
UMNO Kedah buat rumah terbuka hari raya. Jemput 70 rinu orang. Yang datang 3 ribu orang. UMNO Bentong buat rumah terbuka, jemput 20 ribu, yang datang 2 ribu.
Kalau dikaji dari sudut angka atau numbers, UMNO kian hari seperti yang benar2 terjadi, ditolak oleh rakyat. Pemimpin UMNO sedar hakikat ini tapi masih terus bercakap besar.
Dan selain Najib yang paling bercakap besar dan yang sudah naik jobo, hanya Rais Yatim sahaja.

Read more...

Saturday, 8 September 2012

Dakyah Penghulu Parti Syaitan( bah 2)



Diserata tempat, orang Melayu ditakutkan dengan gambaran bahawa DAP akan menguasai pemimpin Melayu. Pemimpin Melayu hanya jadi boneka. Lihat apa yang berlaku pada Nizar, kata sahabat saya. Nizar MB Perak dijadikan contoh bagaimana seorang pemimpin Melayu dibonekakan oleh DAP.
Oleh yang demikian, mari kita lihat apa yang telah terjadi semasa Nizar menjadi MB Perak.
Nizar menjadi MB perak selama 11 bulan. Dia telah dibuang dari jawatan melalui suatu rampasan kuasa yang melibatkan pihak istana Perak. Cara rampasan kuasa dilakukan telah menaikkan kemarahan rakyat. Saya khuatir, institusi istana mengundang malang kepada diri mereka sendiri.
Dalam krisis perlembagaan tahiun 1993 yang bertembung dengan pihak istana ialah UMNO. Kali ini, pihak istana bertembung dengan gelombang rakyat. Gelombang rakyat lebih besar dari UMNO. UMNO bermain politik. Kepada nya, menakutkan dan membuli istana hanya permainan. Rakyat, sebaliknya tidak berpolitik. Apabila mereka mahu berubah, sukar untuk dibendung oleh sesiapa.
Dalam keadaan terdesak, UMNO menggunakan institusi istana untuk mengekalkan kuasa. Penggunaan tersebut membuktikan bahawa UMNO pada asas nya, sebuah parti feudal yang menghamba-abdikan rakyat. Itu kesemulajadian UMNO.
Pihak istana meletakkan diri mereka dalam keadaan yang bahaya dan ianya adalah buatan mereka sendiri. Dengan meglibatkan diri dengan UMNO, maka raja2 Melayu lah yang compromise kedudukan mereka. Bolehkah UMNO gerenti dapat membendung amarah rakyat? Akhirnya, rakyat akan tahu bahawa yang menyebabkan institusi istana dibenci rakyat ialah UMNO.
Nampaknya penglibatan lansung pihak istana dalam politik semakin menjadi jadi. Istana Selangor tersinggung kerana kerajaan negeri menjemput Anwar Ibrahim ke majlis sambutan merdeka. Istana Johor berkelahi secara terbuka dengan Nizar kerana Nizar memberi pandangan nya kepada perbelanjaan yang membazir. Setelah identity pembida nombor plet kereta WWW 1 diketahui, ianya tidak mengensel kesahihan kritikan Nizar terhadap `idea’ pembaziran. Pihak istana pergi kesana sini seolah olah berkempen untuk parti UMNO.
Mereka tidak sedar mereka dikudakan oleh UMNO. Kenapa pihak istana mahu melibatkan diri mereka dalam gelanggang politik? Adakah keudukan istimewa mereka diganggu gugat? Mereka terancam? Saya menyerulah pihak Istana, jadilah raja payung kepada semua rakyat. Jangan jadi raja kepada orang UMNO sahaja. Orang UMNO lah yang telah menjijikkan dan menghina pihak Istana. Siapakah yang mendedahkan perilaku raja2 Melayu? UMNO. Siapakah yang mendedahkan perilaku beberapa raja2 Melayu yang kaki mabuk dan penzina tahap tegar? UMNO.
Tapi lebih dari itu, penglibatan pihak istana dalam gelangang politik secara lansung , mencetuskan precedent yang tidak baik kerana ia membuka pintu penahan kebanjiran. Dan air yang masuk kelak menjadi gelombang yang menakutkan.
Prinsip pertama yang kita mesti terima ialah kedaulatan rakyat mengatasi kedaulatan istana. Saya mohon teguran ini diterima dengan berlapang dada. Pihak istana mesti sedar bahawa hendak mengajar rakyat membenci istana tidak memerlukan hasutan. Rakyat jelek dan benci melihat laku perangai warga pihak istana. Si pemabuk dan si kaki betina memalukan bangsa Melayu kerana pihak istana adalah ketua agama Islam. Bagaimana orang akan menghormati agama Islam jika ketua agama nya, berlaku perangai yang buruk?
Rakyat tidak mempunyai agenda untuk menghapuskan institusi istana. Namun demikian, pemuliaan dan sanjungan rakyat kepada istana ,wajib dibalasi dengan penghormatan kepada kedaulatan kehendak rakyat. Dan kehendak rakyat Perak sebagai contoh ialah berkehedakkan suatu kerajaan yang dipilih secara sahih. Kerajaan yang dipilih secara sahih bersandarkan kepada kedaulatan kehendak rakyat mesti dihormati dan tidak boleh dibuang melalui cara undang2 tipu helah.
Dosa Nizar yang paling besar mengikut puak UMNO ialah memberi tanah kepada rakyat Petak, terutama orang Cina. Orang cina ini bukan rakyat Malaysia? Orang UMNO asyik gadai dan beri tanah kepada orang cina dan tauke cina bagaimana? Belasan ribu ekar tanah di bukit Tinggi Pahang di berikan kepada Vincent Tan bagaimana? Ratusan ribu ekar tanah balak yang terjual kepada tauke cina di Pahang bagaimana? Dan di negeri2 lain pula? Ribuan ekar tanah reseb Melayu yang tukar status nya dan di beri kepada kroni Cina di Negeri Sembilan ketika Isa Samad jadi MB bagaimna?
Semasa Nizar jadi MB Perak, dia telah meluluskan tapak2 rumah untuk kampong tersusun dan kapung baru. Kampong tersusun didiami oleh majority nya oleh orang melayu. NIzar telah meluluskan lot kediaman untuk 314 kampong tersusun dan untuk 134 kampung baru. Kampong tersusun didiami oleh orang Melayu manakala kampng baru oleh cina.
Dari segi nombor sahaja, kelulusan kepada orang Melayu mengatasi kelulusan kepada orang Cina.
Bukti untuk mengadili Nizar ialah melihat berapa banyak tanah diberi kepada orang Melayu dan berapa pula diberi kepada orang cina?  
Sebagai bekas ADUN saya hairan apa yang sukar sangat meluluskan permohonan tapak rumah. Semasa Pilihanraya Kecil, hak milik permohonan tanah boleh diselesaikan dalam masa seminggu!
Berapakah jumlah lot yang diluluskan untuk orang Melayu? Nizar telah meluslukan 102,000 lot berjumlah 7500 ekar. 95% dari penghuni di kapung2 tersusun ini menanti lebih dari 30% untuk mendapatkan tapak rumah. Dan mereka hanya meminta tapak seluas 3200 kakipesegi sahaja. Ertinya, luas rumah penduduk kampong tersusun ini lebih kecil daripada saiz bilik tidur orang2 kaya UMNO dan golongan bangsawan.
Banyak mana pula yang Nizar luluskan kepada orang Cina yang dihebohkan oleh puak UMNO? Nizar telah luluskan 47,000 lot dimana setiap lot bersaiz 1125kps.(25’ x 45’). Itu saiz sebuah garaj kereta dan keluasan tanah keseluruhan nya ialah 1250 ekar.
kategori
Jumlah lot
Saiz lot
KPS
Keluasan
 tanah(ekar)
Untuk bangsa:-
Kg tersusun
102,000
3200
7500
Melayu
Kg baru
47,000
1125
1250
Cina
jumlah
149,000

8750







68% dari jumlah lot yang diberi adalah untuk orang Melayu. Orang Melayu dapat 102 ribu lot dan orang Cina dapat 47 ribu lot. Dari segi keluasan tanah pula, dari 8750 ekar yang terlibat, 86% adalah untuk orang Melayu. Jadi cuba orang Melayu jawab dan puak UMNO jawab, semasa Nizar jadi MB , golongan mana yang mendapat faedah yang lebih besar?
Lot untuk orang Melayu pun lebih besar(3200kps) berbanding dengan lot cina di kampong baru( 1125 kps)  
Lihat pula bagaimana layanan Nizar terhadap pihak istana sendiri. Semasa Ramli Ngah Talib jadi MB Perak, kerajaan UMNO membuat perjanjian mulut untuk memberi tanah seluas 600 ekar terletak Tanjong Tualang. Janji mulut UMNO tidak ditepati kerana janji tersebut tidak dilaksana dan pindah hakmilik tidak disempurnakan.
Bila Nazar jadi MB, kerajaan nya telah menyempurnakan apa yang gagal dilaksanakan oleh UMNO. Parti yang membela bangsa, agama dan tanah air, pembela bangsa, agama dan istana menipu raja Melayu. Tanah seluas 600 ekar itu dipindah milikkan kepada penama dan wakil pihak istana yang bernama Pak Tok Khair.  Wakil pihak istana membayar premium, dan melengkapkan transaksi tanah tersebut dan hakmilik disempurnakan untuk kepentingan istana.
Parti pembela istana gagal melakukan nya, Nizar yang dikatakan anti raja menjayakan nya.
Bagimana layanan Nizar kepada golongan agama pula? Maklm sahajalah, boneka DAP yang kafir harbi dan anti Islam tentu akan menentang pemberian tanah kepada gerakan Islam.
Seorang tok guru agama yang mentadbir sebuah sekolah pondok, Tok Guru Pak Teh telah memohon sebidang tanah untuk padang ragut semenjak tahun 2004. Permohonan itu ditolak oleh kerajaan UMNO walaupun rayuan dibuat. Luas tanah yang dimohon hanya 45 ekar. Sekali lagi apa yang UMNO gagal buat, Nizar yang buat. Kawasan padang ragut tersebut diluluskan untuk Pondok Tok Guru Pak The dan kawasan tesrebut diwartakan. Apabila diwartakan, dibelakang hari syarat untuk mengubah maksud dan tujuan tanah digunakan tidak boleh diubah.
Bandingkan apa pula pemimpin parti syaitan telah lakukan.
1.     22,000 ekar tanah milik PKNPk di  Lekir Manjong yang ditanam dengan sawit di pajak kepada syarikat KL Kepong atau KLK. Pemilik KLK ialah  which Tan Sri Lee Oi Lean seorang yang bebangs Cina.  
2.     500 hektar atau lebih 1000 ekar tanah Reseb Melayu do Padang Rengas (Nazri Tan Sri Aziz’s seat) bresekali dnegan kilang pembuat simen yang di JV oleh KNPk dan syarikat Hanjoong dari  Korea dijual kepada YTL. Hari ini, kerajaan Perak yang dipimpin oleh Zamry Kadir sedang rancak mengambil lebih banyak tanah reseb Melayu untuk faedah kilang simen ini. YTL itu bangsa Melayu baru?  
3.     Kerajaan UMNO telah memberi 1300 ekar tanah kepada Ah Ling Liong Sik di Kampar untuk membina Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman( UTAR).  
4.     Sementara Nizar memberi tanah seluas 3200kps dan 1125kps , kerajaan UMNO memberi tanah seluas 15-30 ekar seorang kepada peladang2 cina di kawasan2 antara Bikar dan Bidor dan Teluk Intan.
Mari kita lihat apa pula karenah Zamry Kadir. Dalam masa 2 bulan menjadi MB Perak, Zamry menjual hotel milik PKNPk, Hotel Casuarina kepadamenantu Sultan Perak, Tengku Farouk. Harga jualan ialah RM48 juta walhall nilai tanah yang berlokasi stratejik tersebut ialah RM94 juta.
Siapa yang mengkhianati bangsa Melayu, agama dan tanah air?

Read more...

Friday, 7 September 2012

Dakyah Penghulu Parti Syaitan





Inilah dia lambang atau logo UMNO yang sebenarnya. Lebih baik kita pilih syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tidak kenal. Bukan saya kata, Dr Mahathir yang kata. Setiap hari kita baca A’uzubillahiminasyaitanirrajim. Aku berlindung dari syaitan yang kena rejam. Kita mohon lindung dari UMNO rupa2 nya.
Dr Mahathir terus menerus menyalahkan Pak Lah kerana mewariskan kerajaan yang lemah kepada Najib. Bukankah Najib sebagian dari pasukan Pak Lah dahulu? Penyokong2 Pak lah hendak duduk diam sahajakah bila Dr Mahathir berkata demikian? Pergi ke mana tukang cium tangan dan kaki Pak Lah sekarang? Seekor pun tak berkokok.
Seorang sahabat saya dari Pekan bertanyakan suatu soalan. Jika PR memerintah tidakkah DAP akan menguasai kerajaan? Ini lah ditakuti oleh orang Melayu. Ini yang buat orang Melayu resah.
Lihat sahajalah apa yang telah berlaku pada Nizar di Perak. Dia jadi MB sebab ehsan DAP. Lepas tu DAP control dia. Dasar yang dia jalan ditentukan oleh DAP. Nizar telah memberi banyak tanah kepada orang Cina. Habis lah orang Melayu. Kalau PR memerintah , DAP lah yang menguasai segala nya.
Maklumat tu datang dari mana tanya saya? Dari surat khabar, dari orang UMNO, kata nya. Saya tanya kawan saya, siapa yang menakut nakutkan orang Melayu? UMNO jawab dia. Tugas ketua parti syaitan memanglah demikian jawab saya. Memesong dan menyesatkan orang.
Saya jawab semula. Itulah modal terakhir UMNO. Bila orang tak layan hasutan mereka supaya Melayu dan Cina berkelahi, bila tak layan cerita Melayu mati kalau UMNO tewas, orang Melayu akan hilang institusi raja Melayu kalau UMNO kalah, dan akhir sekali bila orang cakap mampuslah UMNO kerana menghasut akan terjadi rusuhan kaum bila UMNO tewas, maka inilah modal dia jaja keserata kampong.
Awak tahulah orang kampong- dia dengar UMNO cakap dan baca Utusex Malaysia. Tengok TV ¾, jadi bolehlah UMNO cakap apa dia orang suka. Itulah rasmi UMNO pun- dia orang ingat orang Melayu ni bodoh belaka.
Cuba awak fikir, saya meneruskan. Setiap 6 orang Melayu , seoarang adalah ahli UMNO. Mati Melayu UMNO, ada 5 lagi orang Melayu. Kalau UMNO mati, orang Melayu mati atau tidak?
Orang Melayu bukan budak kecik yang kena UMNO jaga sepanjang zaman. UMNO melakukan orang Melayu macam bayi baru lahir. Kena tukar lampin, basuh punggung, mandikan – semua sekali lah. Bab menetek tu yang paling disukai. Awak sendiri kata- kadang2 awak memikirkan yang Najib asyik sogok orang Melayu adalah kerana dia hendak orang Melayu bergantung kepada dia. Pagi tadi saya khabar kat awak- Tun Razak –dia nak beri  kail dan joran dan pancing kepada orang Melayu. Anak dia nak beri ikan memanjang.
Ada 2 jenis manusia buat macam ini. golongan bangsawan yang bela hamba abdi zaman dulu dan golongan komunis. Dua jenis manusia yang hendak menghamba abdikan orang Melayu. Ini yang Najib buat- nak hamba abdikan orang Melayu.
Nampak sangat- Najib ada satu sahaja strateji ekonomi. Bayar sana dan bayar sini. Dia tadbir negara macam mentadbir UMNO bahagian Pekan.
Nampaknya, UMNO menggunakan apa yang berlaku pada Nizar Perak sebagai contoh bagaimana DAP menguasai dan menakloki orang Melayu. Maka jika PR memerintah, maka DAP lah yang akan menguasai dasar. Habis lah orang Melayu.
Inilah pendustaan dan pembohongan yang dilakukan oleh UMNO. Menakutkan orang Melayu. Daripada 28 juta rakyat Malaysia, jumlah orang Melayu ialah 18 juta. Jumlah orang Cina ialah 7 juta orang. Maka mengikut UMNO, 7 juta orang ini boleh menguasai 18 juta orang Melayu. Dari segi fisikal tentulah perkara ini mustahil.
Kalau dia kata orang Cina mendominasi ekonomi- itu saya boleh terima. Yang terjadi demikian pula, adalah kerana dasar pemimpin UMNO ialah mengayakan diri mereka dengan beregu bersama towkay Cina. Yang terjadi demikian lagi ialah kerana dasar ekonomi UMNO untuk orang Melayu tidak bagus. Macam nak bagus- Najib asyik rasuah orang Melayu supaya jadi budak kecik dan hamba abdi budak suruhan dia dan Rosmah.
Ketika UMNO perintah, ada kita tengok MCA mendominasi UMNO dan orang Melayu? Orang Melayu dalam PKR, dalam PAS bahkan dalam DAP sekali pun, Melayu mereka kurang ke dari Melayunya orang UMNO? Awak kenal saya dari kecik- awak tengok semangat Melayu saya kurang dari semangat Melayu orang UMNO?
Kecuali pemimpin Melayu terdiri dari orang bodoh seperti pemimpin UMNO. Bukan saya yang kata, tapi Dr Mahathir yang kata. Pemimpin UMNO kata Dr Mahathir terdiri dari half past six. Orang Pahang kata , tak semenggah. Kemudian, kata Dr Mahathir, pemimpin UMNO semua rasuah dari bawah sampai atas. Sudah tentu ungkapan sampai atas termasuklah Dato Najib. Mahathir sudah tentu tahu segala rahsia semua menteri2 yang berkerja dibawah nya dahulu. Dan seperti kata Tun Daim- bagaimana kita mahu mengawal dan membenteras rasuah, kalau fulus sudah sampai ke nombor satu.
Dr Mahathir pernah kata yang tak rasuah dalam UMNO hanya 2 orang je- Mustapha MOhamad dan Tengku Razaleigh. Itu dahulu lah- hari ini yang tak ambik duit orang boleh jadi hanya Tengku Razaleigh. Tapi tengok pulak macam mana orang UMNO perlakukan Tengku Razaleigh. Dia macam orang sakit kusta.
Kembali pada DAP. Nampak nya parti ini menjadi sasaran pukulan oleh UMNO. Selagi boleh hentam, gunalah apa sahaja cara. Lim Kit Siang dituduh sebagai dalang May 13. Rekod menunjukkan bahawa Kit Siang berada diSabah dan bukan di Kuala Lumpur pada 13 May. Lagi pun kalau Kit Siang terlibat, ambil tindakan mahkamah. Mengapa mengadili dan menghukum Kit Siang melalui akhbar citak dan media elektronik? Sebab UMNO tahu itu semua dusta. Kalau betul, lama dah Kit Siang kena salai.
Guan Eng yang ketika itu berumur 8 tahun pun turut dikatakan sebagai terlibat dalam mencetuskan 13 May.  Budak yang kencing tak lurus lagi ketika itu mendalangi 13 May? UMNO akan sentiasa tuduh DAP sebagai anak didik PAP Singapura. Dan sekarang, suatu jembalang bernama DAP menghantui ketenteraman orang Melayu. Orang Melayu tak boleh tidur dibuatnya.
Kalau bertubi tubi UMNO menyerang DAP dan PR dengan ganas sekali, ia menunjukkan UMNO ketakutan. Parti2 komponen dalam BN sudah lama tidak lagi releven kepada UMNO. Parti2 ini parti peminta sedekah. Ada tidak menambah, tidak ada, tak mengurang.
MCA yang ada 15 kerusi akan hampir pupus. Paling kuat akan hanya menang 3 kerusi. MIC yang ada 3 kerusi sekarang akan tamat riwayat juga. MP dan ADUN India lebih ramai dalam DAP dan PKR dari MIC. Bagaimana MCA dan MIC mahu menyatakan mereka mewakili bangsa2 mereka sendiri? Mereka sudah hilang legitimacy sebelum masuk gelanggang lagi.
Pertama tolong nyatakan, bagaimana DAP boleh mendominasi. DAP akan hanya bertanding habis banyak 53 kerusi. Kalau ia menang semua, jumlah kerusi itu tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan. Ia hanya akan menjadi suatu kuasa politik yang handal dan perkasa. Tapi sifat tersebut bukan disebabkan MP DAP adalah Cina. Ia jadi parti yang kuat dan handal kerana mutu ahli parlimen dan ADUN mereka tinggi. UMNO yang hanya mampu menawarkan calun2 bermutu rendah sudah tentulah ketakutan berdepan dengan DAP. Kalau tidak bersedia dan membaca dan membat kajian, bagaimana mahu berdebat dan berhujjah?
DAP akan mendominasi kalau kita pilih orang melayu lembik dan bodoh. Pemimpin lembik dan bodoh datang dari kalangan UMNO. Kalau kita pilih jaga sekolah, security guard jadi wakil orang Melayu, tentulah sesiapa sahaja, bukan hanya DAP, akan mendominasi orang Melayu. Hanya dalam UMNO sahaja, orang cerdik jadi makanan orang bodoh. Oleh kerana ianya begitu dalam UMNO, orang UMNO ingat kalau PR memerintah, kita akan pakai budaya UMNO jugak.
Jadi besar kemungkinan, oleh kerana ramai orang seperti ini yang jadi pemimpin UMNO- fikiran standard jaga dan security guard lah yang mewarnai fikiran Melayu UMNO. Orang melayu yang lain tahu yang jual negara ini, yang merompak dan melanun negara ini ialah Melayu UMNO. Pemimpin Melayu yang berkaliber tinggi tak takut pun bersaing dan berdepan dengan pemimpin DAP. Tapi pemimpin Melayu yang berkaliber tidaklah berkelahi dengan orang lain atas soal2 remeh seperti kenapa pijak gambar Najib dan Rosmah. Orang pijak atau kencing atau apa sahaja gambar Rosmah dan najib mempunyai alasan yang sama mengapa orang pijak, kencing, bakar dan lempar najis atas gambar Nik Aziz, Haji Hadi, Kit Siang, Anwar Ibrahim dan sebagai nya. Kenapa tak tanya apa pasal budak2 UMNO buat demikian?  
Jadi 0-0 lah. Awak pijak gambar pemimpin pembangkang, maka ada orang pijak gambar Najib dan Rosmah.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP