Ramai merindukan UMNO kembali.....ke rahmatullah. Devil's advocate series 59.
1. Sebab2 mengapa rakyat menolak UMNO dalam pru15, sekarang terserlah pada pembubaran DUN Johor
2. Keangkuhan, kesombongan, cakap besar serta pekikan bergaduh, semuanya mendahului kemasukan UMNO dalam gelanggang.
3. Internet serta sosmed dibanjiri dengan ampu2 dari algojo2 UMNO.
4. Dibanjiri dengan alasan serta sebab2 kita meluat serta membenci UMNO sebermulanya
5. Anjing2 ribaan UMNO mengibaratkan UMNO sebagai cakrawala dimana seluruh Dunia revolves around it.
6. Seolah olah tanpa UMNO, orang melayu akan mati bergelimpangan.
7. UMNO tidak berkuasa di Kelantan, Trengganu, nyawa2 ikan di Pahang, tidak berkuasa di Perlis ,Kedah, n9, tidak di Selangor, tidak di wp, tidak di Sabah serta tidak ada di Sarawak.
8. Ada kita lihat orang melayu mati bergelimpangan?
9. Ertinya, secara mutlaknya, orang melayu tidak memerlukan UMNO untuk hidup.
10. Misalnya, saya melayu. Saya tidak memerlukan UMNO untuk mensertifikasikan saya orang melayu. Begitu juga dengan tuan2.
11. UMNO hanyalah seekor harimau kertas. Yang mengkhayalkan hari2 kegemilangan nya yang telah hilang.
12. Hari2 khayalan tersebut di gembar gemburkan oleh anjing2 ribaan UMNO di sosmed dan internet
13. Naratif yang paling menjengkilkan kita ialah claim yang kata rakyat rindukan kembali nya UMNO ke pangkuan kuasa
14. Cer beritahu teman, rakyat mana yang merindukan sang rembulan
15. Katalah , UMNO ada 3 juta ahli. Tak semua gerenti sokong UMNO atas 1001sebab. Mungkin meluat tengok wajah wak J.
16. Katalah , dalam keadaan sekarang, kebencian bukan kerinduan, UMNO dapat 1.5 juta nangoi2 yang sokong UMNO membabi buta kerana UMNO mainkan sentimen bangsa, agama serta tanah air(raja.
17. Katalah pulà jumlah yang boleh mengundi ialah 70% dari population, yakni 21 juta orang
18. Ertinya ada kira2 16 juta tolak UMNO. Atau lebih kurang, setiap 1 undi ke UMNO, ada 4 yang menolak.
19. Maka teruskalah wok, claimlah bahawa rakyat mahu UMNO kembali.,...ke rahmatullah!
20. Maka UMNO Johor masuk gelanggang bukan dengan keyakinan tapi dengan ancaman pupus.
21. Bukannya Onn Hafiz tapi Onn habis!
22. Ada orang lihat Onn mengistiharkan pembubaran DUN Johor? 23. Habis semua makhlul di rangkulnya
24. Bangsa melayu, bangsa johor, Allah serta perkenan Tuanku Johor.
25. Hello encik, Tuanku perkenankan pembubaran, bukannya perkenankan rakyat supaya sokong UMNO
26. Tuanku itu, sultan kepada semua orang bukan sultan hanya pada orang UMNO.
27. Allah pulà bukanya berada pihak UMNO je. God is not on the side of UMNO only
28. Baik anta berjaga ya akhi Onn, kalu anta claim Allah berada pihak awak, anta akan di qunut nazilahkan oleh Ustaz pas!
29. Maka biarlah keangkuhan serta kesombongan mendahului UMNO Johor dalam pertarungan 'Bila timbul cinta (untuk orang lain), pertarungan tidak berguna'. Ahmad + Daud normadiah.
30. Orang akan lihat juga kerakusan UMNO mendapatkan kuasa.
31. PRN ada tempoh 1 tahun lebih lagi. Tapi UMNO Johor nak juga. Kerana tamak serta haloba
32. Kali ini saya kena setuju dengan lobakman, PRN Johor akan membawa malapetaka pada UMNO.
0 comments:
Post a Comment