DAP sebagai wadah perjuangan. Sontoloyo series no 36
1. Tidak lama dahulu ada seorang kawan saya, seorang peneroka felda bercakap kepada rakan2 nya, juga peneroka
2. Sedari lah semua mereka ini terpelajar. Ada SPM dan STPM. Tapi telah di brainwashed oleh UMNO serta PAS
3. Mereka ada sijil peneroka Malaysia dan sijil tinggi peneroka Malaysia.
4. Kawan saya memberitahu, si A dah masuk DAP.
5. Bila dengar saja DAP macam dengar hantu mak limah.
6. Ramai terbeliak mata dengar DAP dan respon ikut anutan parti politik masing2.
7. Yang pro UMNO kata. Heh, bolehlah melayu masuk DAP?
8. Kan DAP tu anti melayu, anti Islam dan anti raja?
9. Yang pro pas kata, masyaallah ya akhi. Dia dah murtad ke? Nanti DAP ban kawen 4?
10. Kawan saya jawab. Ini politik. Dia pilih satu kenderaan. Untuk memperjuangkan hal2 politik yang dia percaya.
11. Jangan jadi Kabit dan kuno kepala tu
12. Saya tidak perlukan UMNO untuk mensijilkan saya melayu.
13. Begitu juga saya tak perlukan pas untuk mensijilkan saya Islam. Antan dan lesung lagi bertingkah Suami isteri bertikam lidah Saya tukar wadah bukan aqidah Kepada Allah jua Nan ana sembah.
14. The last time I checked, I am still a Malay!
15. I believed in Malaysia. More important I believed in a Malaysian Malaysia.
16. I don't believe in a Malay Malaysia. I don't believe in a Chinese Malaysia. I don't believe in an Indian Malaysia.
17. Wah, macam dailog pembukaan cerita Godfather je.
18. Kali pertama dan kali terakhir saya jumpa TG Nik Aziz, ini berlaku.
19. Jumpa di rumah nya di Pulau Melaka. Sekitar 2014,saya rasa.
20. Dia tak panggil saya DAPig atau anjing ribaan kit Siang .
21. Yang saya tak ingat, samaada rumah dia bersambung dengan masjid atau tidak. Sambung, saya rasa.
22. Satu soalan yang beliau tanya mengejutkan saya. Saya gelabah. Kaget.
23. Dalam loghat Kelantan, beliau tanya:-
24. Gapo demo masuk DAP?
25. Seperti saya kata, menggelupor nak jawab. Mmutaa palo ambo.
26. Nak tak nak, saya beri jawapan yang samdol.
27. Takdir dan jodoh , tuan. Saya kata. Kalu tak silap ketika itu dia DS.
28. Senafas dia jawab. Ini bukan soal jodoh takdir.
29. Mesti DAP ada sesuatu yang bagus menarik minat orang macam kamu masuk .
30. Kalau pas ada macam tu, lebih ramai orang berkualiti masuk pas.
31. Semua ini saya cakap verbatim. Apa dia cakap saya sampaikan. Ambo tokse melawok .
32. Tapi ketika itu, saya tak tahu apa ' sesuatu ' itu atau tak pernah berfikir tentang nya .
33. Saya tak tahu dari mana saya boleh cari jawapan2 kepada soalan2 duniawi ni.
34. Sehinggalah saya pergi berceramah di Pantai Merdeka, Sungai Petani. Di sana, mata hati saya terbuka . Beri aku lidah Aku mahu berkata kata Bagai laut menghempas pantai (yang) Merdeka
35. Pada ceramah tersebut saya berjumpa dengan seorang penceramah bernama Shahril Long. Dari pas. Ketika itu pas se geng dengan DAP.
36. Sekarang tak silap saya, dia ADUN kawasan tersebut. Saya amat kagum kehandalan beliau membaca ayat2 Quran dan mengaplikasikan keatas isiu2 semasa.
37. Setelah ceramah selesai saya tanya beliau, sheikh enta graduate Arab universities ke?
38. No, dia jawab dalam bahasa inggeris, I was a bank officer before.
39. Hobi saya menelaah ayat2 Quran serta apply ayat2 tersebut keatas persoalan2 kontemporari.
40. That's it. Itu satu light bulb moment kepada saya.
41. Yakni saya, orang awam yang bukan agamawan professional boleh berjumpa sesuatu yang DAP ada, daripada ayat2 Quran.
42. Apa ' sesuatu 'itu dalam bahagian ke2 article ini
Bersambung....
0 comments:
Post a Comment