Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 21 March 2017

Ketuanan Islam dan Ketuanan Melayu



Satu hari akan tiba- bila kita ditanya, mengapa kita melakukan kemungkaran, bermusuhan sesama sendiri, bahkan hingga sampai kepada tahap mahu mencederakan sesama sendiri. Ketika itu, bila kita sedar kita akan kata- kita jadi begini sebab kita dengar hasutan ketua dan pembesar2 kita dan mereka membawa kita kepada kesesatan. Ketika itu, kita akan berdoa kepada Tuhan supaya menghukum mereka 2 kali ganda dan melaknat mereka dengan laknat yang besar.
Orang Melayu akan menyumpah pembesar2 mereka, tak kira ustaz atau pemimpin secular dengan maki dan cerca kerana merekalah yang menyebabkan kita bermusuhan sesama sendiri.

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Dan mereka akan kata- ya Tuhan kami, sesungguhnya kita telah ikut pemimpin dan pembesar2 kita dan mereka membawa kita kepada kesesatan. Al ahzab, 67.

رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

Ya Tuhan, berikan mereka ‘azab 2 kali ganda dan laknat mereka dengan laknat yang besar. Al Ahzab, 68.

Janganlah kita ikut pemimpin dan pembesar2 kita secara membabi buta. Analisalah baik2 apa yang mereka kata dan anjur. Bukan berdosa kita jika menilai dan menimbang anjuran2 mereka. Ingatlah, sokongan dan persetujuan kita kepada mereka adalah sokongan dan persetujuan yang bersyarat.Jika mereka anjurkan menegakkan kebenaran, keadilan dan kebaikan, ikutlah mereka. Jika sebaliknya, kita tinggalkan mereka.
Sekarang makin ramai orang Melayu sedar bahawa segala ribut mengenai pindaan RUU355 hanya kerja politik sahaja. Ahli PAS rupanya ramai yang tidak tahu mengenai RUU355 iu sebetulnya. Orang Melayu awam pun tak tahu.
Hanya mereka rasa diperas ugut jika tidak sokong, akan dikata murtad dan tidak cukup Islam. Sokongan yang diperolehi melalui peras ugut, adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab.
Haji Hadi sendiri kata, kemenangan untuk RUU 355 ialah untuk politik Islam. Politik itu apa? Politk itu tujuan nya mendapat kuasa. Itu sebab orang PAS berpolitik. Untuk dapat kuasa memerintah Kelantan umpamanya.
Ini sudah bercanggah dengan kenyataan dangkal beberapa pemimpin PAS yang kata mereka ambil bahagian dalam politik bukan untuk menang. Ustaz Nik Abduh umpamanya dangkal bila kata dia tanding jawatan tmbalan pengerusi saja main2.
Saya tidaklah dapat memberi alasan bagi pihak orang yang memberi kenyataan2 dangkal seperti demikian.
Zahid Hamidi pula kata, kemenangan RUU355 ini ialah untuk menyatupadukan orang Melayu. Bukan untuk Islam, tapi untuk menyatupadukan Melayu. Ertinya, untuk politik ketuanan Melayu.
Maka, saya kata- isu RUU355 ini ialah agenda politik. Ianya tidak ada kena mengena dengan agenda memperkasakan Islam kembali. It has nothing to do with making Islam great again.
Maka, yang saya dengar pindaan RUU355 ini ialah untuk (a) mengukuhkan politik Islam (b) menyatukan orang Melayu. Itu yang disebut oleh Ustaz Hadi ( a) dan Zahid Hamidi(b). Semua boleh dengar dalam youtube.
Saya pun tertanya tanya- siapakah yang mengancam Islam kita? Siapa pula yang mengancam orang Melayu? Permainan menyalahkan orang lain ini, perlulah diberhentikan. Kita mendapat apa yang kita usahakan. Ertinya, perbuatan kita yang menjatuhkan Islam dan perbuatan kita sendiri yang melemahka bangsa Melayu.

Jika orang Cina mengancam Islam, sila nyatakan bagaimana? Jika cina mengancam orang Melayu, sebut bagaimana? Apa yang menyekat kerajaan Melayu mengambil tindakan jika ia benar? Tangkap lah orang cina tersebut, humban mereka ke laut atau sula mereka.
Kepada saya yang faqir ini, kenyataan2 Haji Hadi dan Zahid Hamidi ialah kenyataan agenda politik. Yang pertama ketuanan Islam dan yang kedua ketuanan Melayu.
Definisi ketuanan Islam ialah siapa tidak ikut cara Islam kami, bukan dari golongan kami. Ketuanan Melayu pula, sesiapa tidak setuju dengan kami adalah anti Melayu dan musuh kita. Musuh boleh diganasi, malah dibunuh. Kedua dua jenis ketuanan mesti di tolak oleh rakyat Malaysia.
Rupa2 nya inilah yang diributkan sangat oleh golongan yang mempromosi pindaan kepada RUU355. Banyak tenaga , masa dan kegelisahan disebabkan oleh isu ini. Bayangkan ramai mana orang Melayu Islam yang diperas ugut mengenai keIslaman mereka. Ramai mana orang Melayu yang merasa terkilan bila keMelayuan mereka disangsikan hanya kerana tidak bersetuju dengan UMNO. Jenama Melayu itu bukan milik UMNO.  
Satu golongan jahat ada kawan baik yang sokong mereka. UMNO dapat kawa baik baru yang menyokong kemungkaran mereka. Meraka sokong menyokong. 
Keadaan sudah sampai kepada tahap yang sangat memperbodohkan- sehingga wayang gambar Beauty and the Beast pun diharamkan kerana kononnya menjejaskan aqidah Islam. UMNO yang sepatutnya membawa suara rasional terikut ikut cakap PAS kerana mahu memperkudakan PAS.
Kepada saya dan sebahagian besar orang Melayu yang rasional di Malaysia, yang tahu Islam mereka atau tanggung jawab Islam mereka, agenda ini bahaya- kerana rupa2 nya dua agenda ini digunakan untuk melaga lagakan rakyat Malaysia. Juga untuk menyembunyikan kegagalan dan kelemahan.
PAS menyembunyikan rekod dan kegagalan membangun bersama Islam mereka. UMNO guna isiu ini kerana menyembunykan jenama nasonalisme Melayu ekstrim yang ditolak oleh bangsa Melayu sendiri.
Ketuanan Islam beroperasi atas prinsip keIslaman pihak lain mesti disahihkan, diabsahkan diperakui oleh satu pihak. Sebab itu ‘kita nak tengok dahulu cadangan kerajaan mengenai RUU355’.
Apakah mesti mendapat perakuan dari pihak Haji Hadi barulah sahih dan sah, Islam nya cadangan pindaan RUU oleh kerajaan UMNO? PAS dan Haji Hadi jadi badan yang mengesahkan keIslaman cadangan? Ada jawatankuasa syarak kerana keIslaman ulama2 lain yang tidak ikut PAS belum sahih lagi?
Satu pihak ini adalah otoriti mengenai apa2 Islam. Rakyat terbanyak meluat melihat satu pihak mengesahkan kita cukup Islam atau tidak cukup Islam. Siapa yang memberi otoriti kepada satu golongan untuk mengatakan bila kita mati, kita ditanam di jirat Cina kerana kita tidak setuju dengan cadangan mereka? Mereka yang bersikap lebih mulia dari orang lain dan membezakan orang lain mengikut penarafan mereka hanya mengujudkan perpecahan. Kita benci pada mereka yang menganggap mereka lebih mulia dari kita. Demikian juga ketuanan Melayu- satu pihak mengesahkan dan memperakui kita Melayu atau tidak.
Kedua jenis ketuanan ini bahaya dan tidak bertanggung jawab. Cabaran yang sahih terhadap mereka diperlakukan sebagai aksi permusuhan, perang, perkelahian dan sebagai sambutan, mensahihkan tindakan ganas kepada yang menentang. Negara jadi huru hara kalau satu pihak yang beroperasi diatas dua ketuananisme ini melihat legitimate objection sebagai boleh mengistiharkan perang. Ketuanan Islam menghalalkan darah, ketuanan Melayu menghalalkan pemasungan dan pemenjaraan tanpa pembelaan undang2.
Kedua aliran ini mesti diolak oleh semua orang yang berfikiran rasional.

1 comments:

Anonymous,  21 March 2017 at 14:15  

Satu hari akan tiba- bila kita ditanya, mengapa kita melakukan kemungkaran, bermusuhan sesama sendiri, bahkan hingga sampai kepada tahap mahu mencederakan sesama sendiri. Ketika itu, bila kita sedar kita akan kata- kita jadi begini sebab kita dengar hasutan ketua dan pembesar2 kita dan mereka membawa kita kepada kesesatan. Ketika itu, kita akan berdoa kepada Tuhan supaya menghukum mereka 2 kali ganda dan melaknat mereka dengan laknat yang besar...aminnn

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP