Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 27 November 2016

RUU 355- Bahagian ke-2, Haji Hadi tertipu lagi



Bahagian 2.
Saya ada sebut diatas, saya tidak impress dengan Hj Hadi sebagai seorag ahli politik. Dibawah ini ialah hujjah saya.
Kenapa Haji Hadi berhenti pada perkara 49(1) sahaja dibawah peruntukan Standing Orders Dewan Rakyat? Dengan berbuat demikian, Haji Hadi meletakkan negara dalam keadaan huru hara. Semua orang Melayu mahukan Islam waiima yang pelesit sekali pun. Dan mereka hendak dengar pencerahan dari Haj Hadi. 
Kenapa tidak menggunakan keseluruhan peruntukan perkara 49 dalam Standing Orders untuk mendapatkan persetujuan Dewan untuk bacaan pertama? Supaya dalam sesi parlimen bulan Mac 2017, kita boleh pergi ke bacaan ke 2 dan membahas perkara yang penting ini?
Semua rakyat hendak dengar perbahasan. Orang yang tidak setuju dengan pembentangan usul persendirian ini berhak memperdengarkan bangkangan mereka. Sebab yang lebih penting ialah dengan perbahasan dan huraian Haji Hadi dan penganjur usul pindaan akta 355 ini, rakyat boleh menilai agenda yang dibawa Haji Hadi. 
Keengganan Haji Hadi mengambil langkah berikut nya, mencetuskan polemic dan sengketa dibawah sana. Puak pelampau menggunakan usul 355 ini untuk melakukan spiritual blackmail. Tak sokong usul ini keluar Islam, murtad, tidak masuk syurga, dan sebagainya. Haji Hadi tidak perlu membawa budak2 maahad tahfiz dari serata tempat, muslimin dan muslimah, lelaki dan perempuan, orang tua dan muda, mengepong parlimen mengancam orang yang tidak mahu menyokong nya.
Dia hanya perlu mempersembahkan hujjah nya dalam parlimen.
Ini kali kedua, Hj Hadi membentang usul tanpa bahas. Ertinya dia gagal medapat persetujuan dari dewan dan speaker untuk menyetujui usul tersebut dan dibaca untuk kali pertama. Kenapa tidak di persetujui usul supaya menjadi pembacaan pertama dan mendapat cap dari speaker? Haji Hadi hanya perlu mohon di persetujui oleh Dewan. Apa yang dia tunggu dan mengapa UMNO lengah? Itu maknanya Haji Hadi dipermain mainkan dan perkara ini tidak disedari oleh ustaz2 PAS.
Ini dibenarkan oleh perkara 49(3) Standing Orders Dewan Rakyat.yakni memohon mendapat persetujuan bacaan pertama. Kenapa Haji Hadi berhenti pada tahap 49(1)?
Kalau PAS percaya UMNO ikhlas, mengapa tidak berpakat sahaja dengan speaker supaya Usul dipersetujui, dicap dan disifatkan sebagai dibaca kali pertama dan diserahkan kepada kerajaan? Pakat pula dengan kawan UMNO supaya kerajaan membuat apa2 pindaaan keatas nya, maka bolehlah RUU dibaca untuk kali ke2 dan kemudian dibahaskan. Kenapa tidak pakat memandangkan UMNO kawan kepada PAS?
Kenapa ianya kekal seperti usul sedangkan peruntukan Standing Orders terang menyatakan apabila mengemukakan usul, ianya hendaklah mengandungi keterangan dan huraian mengapa usul dibentangkan. oh- sebab ada pindaan sedikit keatas usul asal. Kita nak taruh had keatas hukuman denda, penjara dan sebat. Semasa memikirkan usul pertama, perkara2 ini dilepas pandang? Ini juga bererti bahawa ketika mahu mengemukakan usul tersebut, Haji Hadi tidak melakukan penelitian dan penghalusan yang rapi keatas usul persendirian nya sendiri.
Kalau saya yang mengemukakan usul tersebut, memang dijangka akan ada kecacatan nya, tapi usul pindaan akta 355 ini dikemukakan oleh Tok Guru yang murabbi, haji Hadi.
Semua orang tertanya, dimana kebijaksanaan Haji hadi seperti yang disebut oleh Nasrudin Tantawi? Kamu dipermainkan kali kedua dan untuk menutup kemaluan tersebut, mencerna naratif yang artificial dan direka reka?
Apa yang bijak sangat? PAS tidak pernah menghasilkan penerangan dan pencerahan mengenai usul persendirian ini. Kita telahpun membuktikan perkara ini, apabila usul dibaca untuk kali kedua dan masih tidak dipersetujui oleh Dewan.
Proses untuk sampai kepada pembacaan kali ke 2 lambat lagi dan apa2 boleh terjadi. Masih jauh lagi untuk melihat pembentukan jawatankuasa pilihan parlimen.
Orang2 Muslim yang meletakkan harapan yang tinggi keatas pindaan RUU355 ini akan terus merasa hampa dan kecewa. UMNO telah menipu Haji Hadi dan PAS dan mereka masih leka dengan putar belit UMNO.
Bahkan ianya memberi peluru kepada golongan pelampau untuk memecah-belahkan umat Islam dan menanam bibit2 persengketaan sesama sendiri. Kafir mengafir, menuduh murtad dan anti Islam dan sebagainya.  Jika golongan pelampau ini mendapat apa yang idamkan, maka kita akan mendapati diri kita dalam proses talibanisation masyarakat kita.
Kenapa tidak ada tindakan undang2 yang diambil keatas ustaz2 yang mengkafirkan orang Islam lain, ustaz yang memfatwakan wan Azizah bila mati dikebumi dijirat Cina dan mufti Pahang yang mengkafirharbi-kan golongan lain? Gaji yang dibayar kepada nya pun datang dari kutipan cukai keatas kafir harbi.
Nasrudin Tantawi boleh beri alasan apa pun, naratif apa pun, untuk mempertahankan sendaan dan hinaan UMNO kepada Hj Hadi. Masyarakat sebaliknya, melihat Haji sebagai seorang bloody fool yang dimanipulasi oleh UMNO. Dia tokoh agama, but is a fool of a politician.
Dalam sessi parliament 2017 bulan March tahun hadapan, besar kemungkinan perkara yang serupa diulang kembali. Usul persendirian Hj Hadi akan ditempatkan dipenghujung sessi, terkemudian dari urusan kerajaan dalam Order Paper. Ianya akan kekal sebagai usul dan UMNO akan melengah lengahkan perjalanan usul ketahap pembacaan pertama dan ke2.
PAS pula- Haji Hadi dan Tantawi, akan merasakan UMNO memberi ruang demi ruang. Berduyun duyun penyokong PAS berkampung dalam kawasan parlimen, menanti saat bahagia akta 355 diberi pindaan yang diidamkan. Mereka akan kembali kecewa.
Akhirnya, usul persendirian akan dibawa ke sessi lagi satu sehingga usul itu diperlakukan sebagai bil kerajaan. Haji Hadi akan diletakkan dalam proses a merry go round dan setiap kali akan menyangka bahawa kerajaan UMNO memberi PAS ruang selepas ruang. Walhal, UMNO hanya bermain dengan waktu sahaja disamping berjaya menunjukkan kepada PAS, mereka memberi ehsan kepada PAS dan has earned PAS’s goodwill.
UMNO yan untung- sebab Haji Hadi gagal menembusi permainan UMNO. UMNO dilihat menyokong usaha Haji Hadi dan PAS akan berhenti menyerang UMNO, selagi mereka melihat UMNO simpati kepada usaha PAS. UMNO akan terus memperlihatkan sikap pura2 ini untuk menyejukkan PAS. Yang rugi ialah parti pembangkang kerana PAS akan terus menyerang parti2 seperti DAP dan Amanah. Parti Bersatu dan PKR pula, masih ada keinginan untuk bermuzakkarah dengan PAS untuk menyatukan umat Melayu. RUU yang dipromosi oleh Haji Hadi yang berpandangan sengkat ini, memecahbelahkan barisan parti pembangkang.
Akta 355 ini , mempunyai sejarah yang agak lama. Dalam tahun 1965, yang membawa usul ini ialah wakil BN iaitu Abdul Rahman Yaakob. Dari Sarawak. Ketika itulah kita ada hukum penjara 6 bulan dan denda RM1000. Masa itu, hukuman2 itu di anggap sudah cukup berat dan disangka akan dapat membenteras kejahatan umat Islam.
Perluasan kuasa mahkamah syariah dan pengenaan hukuman yang lebih berat, gagal mengekang kejahatan kaum Muslim. Apa yang membuat kita memikirkan, kalau kuasa mahkamah syariah luas dan hukuman yang lebih berat dikenakan, problem kaum Muslim di Malaysia akan diselesaikan?
Marilah kita berhujjah dengan fakta2 sedikit bukan dengan emosi dan kesyahduan inginkan Islam. Kita semua hendakkan apa2 Islamik- pusat rawatan Islam, Hospital Islam, Hotel Islam dan sebagainya. Tapi kita mesti melakukan dengan penuh teliti dan jangan menghasilkan poral puranda dan kacau bilau. Kita mahukan respectability mahkamah syariah? Tuntut kualiti dan kecekapan yang lebih tinggi.  Selesaikan kes2 tertunggak. Bela yang lemah dan orang miskin. Layakkan diri kamu untuk dapat  kuasa yang lebih, prestij, gaji, kemudahan yang diperolehi oleh hakim2 sistem perundangan sivil.
Perkukuhkan institusi yang sedia ada, tunjukkan kepada kami bahawa dengan set undang2 yang ada, kamu boleh menyelesaikan masaalah kaum Muslim dengan cekap, pantas, adil dan saksama.janganlah telan berlebihan dari yang boleh kamu kunyah.
Point nya, bukan PAS yang membawa usul ini ketika itu tapi seorang ahli parlimen bukan PAS. Pada tahun 1984, pindaan keatas bill ini dibentangkan oleh Yusof Noor, ketika itu timbalan menteri dan tokoh ulamak UMNO. Dan yang penting ialah, ianya dibentangkan setelah mendapat perkenan Raja2 Melayu kerana, undang2 berkaitan agama Islam ialah perkara negeri dan jatuh dibawah kawalan Raja2 Melayu. Ini berlainan dengan langkah yang sekarang diambil oleh Haji Hadi- tidak ada perkenan di perolehi dari Majlis Raja2 Melayu.
Jika tidak dilakukan perkara2 ini, apa yang diharapkan oleh Haji Hadi? Ianya semua langkah untuk mendapat laba politik. PAS ingin menonjolkan diri sebagai wira yang memperjuangkan perlaksanaan hukum2 Allah.sebab kata orang putih, PAS is one trck pony. Dalam Dewan takde cakap mengenai hal lain, tapi hanya mempromosi brand Islam PAS.
Pindaan keatas akta 355 ini lebih mudah jika di adopt sebagai usul kerajaan yang dengan mudah pula menyampai kepada pembacaan pertama dan kedua. Mengapa Haji Hadi dan PAS memilih jalan yang lebih sukar dan UMNO pula seolah2 play along? Ianya permainan politik yang untungkan UMNO dan PAS kerana sokong menyokong antara PAS dan UMNO boleh dijadikan landasan untuk menyatukan umat Melayu dan Islam.
PAS melihat naungan oleh UMNO akan menonjolkan Haji Hadi sebagai pejuang Islam dan UMNO melihat kelayuan PAS sebagai membantunya kekal berkuasa.
Kerajaan UMNO telah lama berusaha untuk memperkasa dan memperluaskan bidang hukuman makmamah syariah dan ianya sebetulnya tidak memerlukan pembentangan usul peribadi Haji Hadi. Dalam system parlimen kita, tidak ada usul persendirian menjadi bill kerajaan.
Tapi Haji Hadi sekali lagi gagal menembusi permainan politk. UMNO beri ruang kepada Haji Hadi untuk membentangkan usul dan menjadi wira memperjuangkan Islam dan sekali gus, memperolehi goodwill dari PAS. Maka PAS akan mendendangkan lagi sokongan kepada Najib dan Najib mendapat restu dari golongan agamawan untuk terus kekal berkuasa. Haji Hadi menggunakan agama untuk terus kekal releven dalam ingatan orang Melayu yang beruagama Islam dan Najib juga memperkudakan agama, untuk terus menyambung hayat politik peribadi. Kepada najib yang penting ialah personal survival, apa yang digunakan- agama, legitimate coercive forces seperti Polis, dan agama tidak jadi hal kepada nya.
Benarlah kata Al Quran, orang2 munafik ini akan bersokongan antara sata lain. Lihat Al Quran 9:67. Gologan munafik , lelaki dan perempuan ada kesefahaman antara mereka; mereka menganjurkan kemungkaran dan menyekat makruf, dan mereka menggunaka kuasa untuk terus kekal. Mereka lupakan Allah dan Allah melupakan mereka. Gologan munafik ialah golongan yang jahat dan durhaka.
Perkara inilah yang paling ditakuti manusia, tidak ada musibah yang lebih dasyat daripada bila Allah melupakan kita.

11 comments:

Anonymous,  27 November 2016 at 20:21  

Welcome "home" Sir. It is going to be a long struggle ahead.....and by the look of it, it is going to be messier, dirtier and more threatening for those who don't sing the same tune.....

Anonymous,  27 November 2016 at 21:54  

Standing order apa abang ooooi... Stand Up undi hadi tak tahu apa maknanya.

Anonymous,  28 November 2016 at 07:40  

Welcome back Sir.
long time waiting, and very much love your writing

Anonymous,  28 November 2016 at 09:41  

Well written,good points.


keep up our good work.

Anonymous,  28 November 2016 at 09:52  

Hadi ni lebai bodoh dan bebal

Kamal 28 November 2016 at 15:32  

Alhamdulillah... Dato Sak dah online... rindu akan tulisan dato yang meyakinkan... kipidap

Sumpitan Emas,  28 November 2016 at 18:49  

Welcome back Dato’ to blogosphere!

It has been a worthwhile wait from end of May.

Sumpitan Emas,  28 November 2016 at 18:57  

Sebagai persiapan untuk sessi Parlimen berikutnya pada tahun 2017, ingin saya syorkan kepada setiap Ahli Parlimen dan ADUN membaca dan meneliti bab-bab yang relevan dari THE TRUTH SHALL PREVAIL – SPEECHES, PAPERS AND ARTICLES oleh Tun Abdul Hamid Mohamad; penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka; 2016; ISBN 987-983-49-0757-0; 750 m/s; 24cm x 17 cm x 4cm; kulit tebal; cetakan pertama; Rm90.00

Bab-bab yang relevan ialah:
Section 1 – Nation and Constitution; m/s 3 – 46
Section 2 – Civil Law; m/s 47 – 112
Section 3 – Harmonization of Civil Law and Shariah; m/s 113 – 159
- Harmonization of Islamic Law and Civil Law: Is it Possible;m/s 128
- Conflict of Civil and Shariah Law: Issues and Solutions; m/s 133
- Harmonization of CommonLaw and the Shariah in Malaysia; m/s 139
- Common Areas of Interest for Shariah and Common Law courts; m/s 150
- Harmonization of Shariah and Common Law in Malaysia: The Way Forward; m/s153
Section 4 – Civil and Shariah Courts; m/s 161 – 190
- Proof in the Shariah Courts in Malaya; m/s 163
- Civil and Shariah Courts: Conflict of Jurisdictions (abridged); m/s 167
- Civil and Shariah Courts in Malaysia: Conflict of Jurisdictions (IKIM)
Section 9 – Hudud; m/s 445 – 478
- Implementation of Hudud in Brunei: Differences between Brunei and Malaysia (IAIS); m/s 457
- Implementation of the Islamic Criminal Law (Hudud, Qisas, Ta’zir) in Malaysia – Prospects and Challenges; m/s 470

Sekian, dengan harapan “keadilan seharusnya menjadi intipati semua undang-undang” baik sivil mahu pun shariah, lantas daripada tokoh kehakiman, mantan Ketua Hakim Malaysia, Tun Abdul Hamid Mohamad.

Sekian, terima kasih.

troubadour 29 November 2016 at 07:13  

PAS a one-trick pony? A keen observation on your part and a true statement indeed. I asked a close friend who is businessman who used to finance PAS in the past of "what is happening with PAS". He opined "Dah takdok leader PAS ni!". It was the "ulamak" that threw out the leaders. So now PAS has to content with mediocre false leaders under it comparable to the false democrat that is driving the country down the ravine.

Anonymous,  29 November 2016 at 22:07  

Salam Dato,sebagai politician hj.hadi kurang art of manupulative.lebih baik beliau kekal sebagai ostard saja.

Anonymous,  29 November 2016 at 22:09  

shld be manipulative. sori

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP