Saya
berada di Seremban pada 28 Januari lalu. Berjumpa dengan seorang kawan. Pada pagar
yang menyempadani padang berdepan dengan sekolah KGV Seremban, ada kain
pemindang. Ia menghebahkan perihal tokoh komentari politik- Tunku Abdul Aziz
akan berucap diatas tajuk politik semasa. Oleh kerana saya sedang memandu, saya
tidak pasti sama ada lain2 penceramah menyertai Tunku Aziz. Saya rasa ianya
sessi bersama Tunku Aziz sahaja kerana hanya kelihatan wajah Tunku itu pada
kain pemidang tersebut.
Tunku
Aziz ialah bekas naib presiden DAP. DAP memandang tinggi Tunku Aziz. Sejak meninggalkan
DAP, Tunku Aziz bertugas sebagai algojo bagi pihak UMNO. Kerja nya 24 jam
menghentam DAP. DAP tidak pernah mencerca nya semenjak berpisah. Hanya ahli DAP
yang tak seberapa seperti saya sahaja yang rasa perlu menyanggah tindakan Tunku
Aziz.
Saya
bertanya kawan saya, apakah acara, apakah majlis dan apakah gerangan nya yang memerlukan kehadhiran Tunku Aziz di
Seremban untuk mengadakan sesi penceritaan kepada penduduk Negeri Sembilan? Adakah
garuda hendak menyerang Negeri Sembilan. Adakah musuh datang menyerang? Todak melanda
di pantai Port Dickson? Adakah Negeri Sembilan diancam musuh dan kelak menjadi
padang jarak padang terkukur? Kerana itukah
maka, bersegera setengah rakyat negeri Sembilan mendapatkan bantuan dari tunku
Aziz yang bijaksana lagi terbilang?
Tidaklah
sampai demikian, jelas kawan saya. Kawan saya memberitahu bahawa Tunku Aziz
telah datang ke Pokan Soghomban untuk memberitahu pendengar ceramah nya, bahawa
DAP telah berjumpa dengan anak Tuanku Negeri Sembilan melamarnya menyertai
perjuangan DAP.
Cis
bedebah sungguh DAP ini? Apa gerangan DAP ini? Geruda? Naga? Tentera Siam?
Mojopahit? Musuh dari benua Keling? Beritahu hamba, supaya dengan keris lok sepuluh
naga sri cini akan hamba amukkan!
Anak
Tuanku yang dimaksudkan ialah Tunku Zain Al Abidin ibni Tuanku Muhriz. Semua orang
tahu( sekurang kurang nya mereka yang membaca) Tunku Zain seorang anak raja
yang mempunyai fikiran progresif- tidak semestinya menyokong politik parti
pembangkang. Dia mengetuai suatu NGO yang bernama IDEAS yang diperlakukan
sebagai forum menyibar pemikiran2 yang baik dan perdebatan yang sihat mengenai
pelbagai isiu social dan politik. Ini ada raja yang cerdik.
Nyatalah
dari segi pemikiran, ini bukan seorang anak raja yang pengecut dan apatah lagi
menerima kenyataan bahawa berdebat bukan budaya Melayu. Tunku Zain adalah
seorang anak Raja yang berkelulusan dari London School of Economics(LSE) dan
pernah berkhidmat di Palace of Westminster atau Parlimen British. Kepada mereka
yang berminat dan faham- Palace of Westminster dahulu nya istana Raja2 England
yang dijadikan bangunan2 parlimen. Bukan sahaja raja bahkan rumah raja pun
mengiktiraf reality politik. Tapi Tunku Aziz nampak nya hairan mengapa anak
raja mahu berpolitik? Dengan DAP pula. Tunku Aziz tidak suka DAP, tapi ramai
juga yang menyokong DAP.
Tidak
menjadi kesalahan lansung jika anak Raja Melayu mahu menyertai politik. Mustahil
perkara begini menjadi suatu kepelikan kepada Tunku Aziz dan pihak2 yang
menaungi Tunku Aziz. Jadi, mengapa kencenderungan Tunku Zain dipersoalkan? Keran
dia tidam memilih UMNO? 3.7 juta Melayu menolak UMNO pada tahun 2008. Hanya 2
juta Melayu yang menyokong calun UMNO. Jika Tunku Zain menyokong bukan UMNO<
bererti dia berada pada pihak yang majority.
Ertinya,
Tunku Zain bukanlah seorang yang tidak mempunyai ilmu lansung mengenai politik.
Sesiapa yang pernah berjumpa dengan Tunku Zain akan mengkagumi kepetahan dia
bercakap mengenai pelbagai isiu. Mereka juga akan menghargai keintelektualan
anak Raja ini dan ketajaman fikiran nya. Ini seorang anak raja yang boleh
berjalan sambil mengunyah chewing gum.
Jadi
apa isiu yang menggegarkan dunia? Tidak ada undang2 yang kata, DAP tidak boleh
berjumpa dengan anak raja. Raja Melayu itu bangsa nya Melayu- rakyat nya semua
bangsa. Cina, India dan Melayu masih rakyat setia kepada raja Melayu.tidak
menjadi kesalahan DAP berjumpa dengan Tunku Zain dan melamarnya menyertai
perjuangan DAP.
Perjumpaan
itu bukan suatu isiu. Fakta bahawa lamaran itu tidak membawa hasil pun bukan
isiu nya. Sesiapa bebas menterjemah penolakan lamaran DAP tersebut. Bahkan puak2
UMNO dan Tunku Aziz sendiri bebas untuk merumuskan, anak raja tidak suka kepada
politik DAP. Tapi tidak ada siapa pun yang boleh menyalahkan perjumpaan
tersebut. DAP dan Tunku Zain bebas untuk berjumpa satu sama lain. Lagi pun
mustahil Tunku Zain berjumpa dengan pemimpin DAP untuk melakukan sesuatu yang
membeloti negara atau sesuatu yang treasonable seperti memberi dan menjual kad
pengenalan. Bukan begitu?
Ketika
dalam DAP, Tunku Aziz telah ditanya sama ada dia kenal dengan Tunku Zain. Tunku
Aziz jawab dia rapat dengan keluarga Raja Negeri Sembilan. Maka dia bersetuju
untuk membolehkan perjumpaan antara Tunku Zain dan pemimpin DAP.
Tunku
Aziz seorang yang pandai dan tentulah mengetahui tujuan perjumpaan tersebut. Dalam
kamus peguam- dia tentu ada actual knowledge yakni dia diberitahu secara
lansung mengenai tujuan perjumpaan tersebut. Atau dia mempunyai imputed knowledge
yakni dia dapat mengagak tujuan perjumpaan tersebut. Dia pun mencadangkan
perjumpaan pertama diadakan di rumah nya sendiri pada suatu jamuan makan. Tapi berubah
venue, dan pertemuan pertama diadakan disebuah kelab di Kula Lumpur.
Ertinya,
Tunku Aziz sendiri sudah pasti melihat tujuan pertemuan demikian sebagai suatu
projek yang feasible dan menguntungkan DAP jika berjaya. Kalau tidak masakan
Tunku Aziz mahu mengatur pertemuan tersebut?
Tapi
dalam ceramah politiknya, Tunku Aziz memilih untuk mendedahkan isi kandungan
perjumpaan tersebut. Tentulah ini tidak manis. Ia menunjukkan sikap berdendam
Tunku Aziz terhadap DAP. Atau pun, ia memperlihatkan sikap kesemulajdian orang
yang bernama Tunku Aziz- seorang yang tidak boleh dipercayai lansung.
Kenapa
pertemuan tersebut dan lamaran DAP menjadi isiu besar? Ceramah dan cakap Tunku
Aziz mencadangkan bahawa hanya suatu kumpulan yang khusus sahaja yang boleh
berjumpa dengan mana2 warga istana?
DAP
yang selama ini digambarkan sebagai anti Melayu dan anti Raja Melayu patut
mendapat pujian.kesediaan DAP bertemu anak raja menandakan bahawa DAP menerima reality
sejarah, social dan budaya negeri ini, khususnya yang melibatkan orang Melayu.
DAP mengiktiraf peranan dan kedudukan raja2 Melayu dan merasakan perlu nya,
raja2 Melayu difaktorkan dalam politik nya. Kerana itulah maka DAP bertemu
dengan Tunku Zain untuk berbincang dan menceritakan scenario politik negara. Saya
rasa ini langkah yang amat stratejik. Kalau lah Tunku Zain menyertai perjuangan
DAP- ia sudah tentu menjadi game changer. Puak UMNO tidak lagi boleh menuduh
DAP anti Melayu, anti Islam dan anti raja2 Melayu.
Tidak
ada siapa pula yang patut sangsi dengan kesediaan Tunku Zain bertemu dengan
pemimpin DAP. Dia juga sedia dan telah berjumpa dengan pemimpin parti2 lain. Mengapa
kita merasakan bahawa berjumpa dengan DAP suatu kesalahan, tapi berjumpa dengan
UMNO misalnya suatu yang wajar?
UMNO
bukan pemilik keatas diri Tunku Zain.
Saya
melihat Tunku Zain telah memberi jawapan ringkas mengenai apa yang dikatakan
oleh Tunku Aziz. Dia merasa hairan mengapa kemungkinan dia memasuki gelanggang
politik dipertikaikan sedangkan ramai anggota keluarga istana telah pun menyertai
politik dan meninggalkan pengaruh besar keatas politik tanah air? Mungkinkah ada
yang merasa cemas kerana kemungkinan Tunku Zain memilih wadah politik yang
tidak konventional?
Tetapi
saya rasa pukulan yang paling berbisa ialah sindiran Tunku Zain kepada Tunku
Aziz kerana mendedahkan butiran perbincangan yang private dan peribadi. Mustahil
itu perlakuan seorang yang mempunyai akhlak dan lakuperangai yang tinggi. Lama kelamaan,
keperibadian Tunku Aziz makin terserlah.
Read more...