Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 30 January 2013

Anak Raja Melayu dan DAP.



Saya berada di Seremban pada 28 Januari lalu. Berjumpa dengan seorang kawan. Pada pagar yang menyempadani padang berdepan dengan sekolah KGV Seremban, ada kain pemindang. Ia menghebahkan perihal tokoh komentari politik- Tunku Abdul Aziz akan berucap diatas tajuk politik semasa. Oleh kerana saya sedang memandu, saya tidak pasti sama ada lain2 penceramah menyertai Tunku Aziz. Saya rasa ianya sessi bersama Tunku Aziz sahaja kerana hanya kelihatan wajah Tunku itu pada kain pemidang tersebut.
Tunku Aziz ialah bekas naib presiden DAP. DAP memandang tinggi Tunku Aziz. Sejak meninggalkan DAP, Tunku Aziz bertugas sebagai algojo bagi pihak UMNO. Kerja nya 24 jam menghentam DAP. DAP tidak pernah mencerca nya semenjak berpisah. Hanya ahli DAP yang tak seberapa seperti saya sahaja yang rasa perlu menyanggah tindakan Tunku Aziz.
Saya bertanya kawan saya, apakah acara, apakah majlis dan apakah gerangan  nya yang memerlukan kehadhiran Tunku Aziz di Seremban untuk mengadakan sesi penceritaan kepada penduduk Negeri Sembilan? Adakah garuda hendak menyerang Negeri Sembilan. Adakah musuh datang menyerang? Todak melanda di pantai Port Dickson? Adakah Negeri Sembilan diancam musuh dan kelak menjadi padang jarak padang terkukur?  Kerana itukah maka, bersegera setengah rakyat negeri Sembilan mendapatkan bantuan dari tunku Aziz yang bijaksana lagi terbilang?
Tidaklah sampai demikian, jelas kawan saya. Kawan saya memberitahu bahawa Tunku Aziz telah datang ke Pokan Soghomban untuk memberitahu pendengar ceramah nya, bahawa DAP telah berjumpa dengan anak Tuanku Negeri Sembilan melamarnya menyertai perjuangan DAP.  
Cis bedebah sungguh DAP ini? Apa gerangan DAP ini? Geruda? Naga? Tentera Siam? Mojopahit? Musuh dari benua Keling? Beritahu hamba, supaya dengan keris lok sepuluh naga sri cini akan hamba amukkan!
Anak Tuanku yang dimaksudkan ialah Tunku Zain Al Abidin ibni Tuanku Muhriz. Semua orang tahu( sekurang kurang nya mereka yang membaca) Tunku Zain seorang anak raja yang mempunyai fikiran progresif- tidak semestinya menyokong politik parti pembangkang. Dia mengetuai suatu NGO yang bernama IDEAS yang diperlakukan sebagai forum menyibar pemikiran2 yang baik dan perdebatan yang sihat mengenai pelbagai isiu social dan politik. Ini ada raja yang cerdik.
Nyatalah dari segi pemikiran, ini bukan seorang anak raja yang pengecut dan apatah lagi menerima kenyataan bahawa berdebat bukan budaya Melayu. Tunku Zain adalah seorang anak Raja yang berkelulusan dari London School of Economics(LSE) dan pernah berkhidmat di Palace of Westminster atau Parlimen British. Kepada mereka yang berminat dan faham- Palace of Westminster dahulu nya istana Raja2 England yang dijadikan bangunan2 parlimen. Bukan sahaja raja bahkan rumah raja pun mengiktiraf reality politik. Tapi Tunku Aziz nampak nya hairan mengapa anak raja mahu berpolitik? Dengan DAP pula. Tunku Aziz tidak suka DAP, tapi ramai juga yang menyokong DAP.
Tidak menjadi kesalahan lansung jika anak Raja Melayu mahu menyertai politik. Mustahil perkara begini menjadi suatu kepelikan kepada Tunku Aziz dan pihak2 yang menaungi Tunku Aziz. Jadi, mengapa kencenderungan Tunku Zain dipersoalkan? Keran dia tidam memilih UMNO? 3.7 juta Melayu menolak UMNO pada tahun 2008. Hanya 2 juta Melayu yang menyokong calun UMNO. Jika Tunku Zain menyokong bukan UMNO< bererti dia berada pada pihak yang majority.
Ertinya, Tunku Zain bukanlah seorang yang tidak mempunyai ilmu lansung mengenai politik. Sesiapa yang pernah berjumpa dengan Tunku Zain akan mengkagumi kepetahan dia bercakap mengenai pelbagai isiu. Mereka juga akan menghargai keintelektualan anak Raja ini dan ketajaman fikiran nya. Ini seorang anak raja yang boleh berjalan sambil mengunyah chewing gum.
Jadi apa isiu yang menggegarkan dunia? Tidak ada undang2 yang kata, DAP tidak boleh berjumpa dengan anak raja. Raja Melayu itu bangsa nya Melayu- rakyat nya semua bangsa. Cina, India dan Melayu masih rakyat setia kepada raja Melayu.tidak menjadi kesalahan DAP berjumpa dengan Tunku Zain dan melamarnya menyertai perjuangan DAP.
Perjumpaan itu bukan suatu isiu. Fakta bahawa lamaran itu tidak membawa hasil pun bukan isiu nya. Sesiapa bebas menterjemah penolakan lamaran DAP tersebut. Bahkan puak2 UMNO dan Tunku Aziz sendiri bebas untuk merumuskan, anak raja tidak suka kepada politik DAP. Tapi tidak ada siapa pun yang boleh menyalahkan perjumpaan tersebut. DAP dan Tunku Zain bebas untuk berjumpa satu sama lain. Lagi pun mustahil Tunku Zain berjumpa dengan pemimpin DAP untuk melakukan sesuatu yang membeloti negara atau sesuatu yang treasonable seperti memberi dan menjual kad pengenalan. Bukan begitu?
Ketika dalam DAP, Tunku Aziz telah ditanya sama ada dia kenal dengan Tunku Zain. Tunku Aziz jawab dia rapat dengan keluarga Raja Negeri Sembilan. Maka dia bersetuju untuk membolehkan perjumpaan antara Tunku Zain dan pemimpin DAP.
Tunku Aziz seorang yang pandai dan tentulah mengetahui tujuan perjumpaan tersebut. Dalam kamus peguam- dia tentu ada actual knowledge yakni dia diberitahu secara lansung mengenai tujuan perjumpaan tersebut. Atau dia mempunyai imputed knowledge yakni dia dapat mengagak tujuan perjumpaan tersebut. Dia pun mencadangkan perjumpaan pertama diadakan di rumah nya sendiri pada suatu jamuan makan. Tapi berubah venue, dan pertemuan pertama diadakan disebuah kelab di Kula Lumpur.
Ertinya, Tunku Aziz sendiri sudah pasti melihat tujuan pertemuan demikian sebagai suatu projek yang feasible dan menguntungkan DAP jika berjaya. Kalau tidak masakan Tunku Aziz mahu mengatur pertemuan tersebut?
Tapi dalam ceramah politiknya, Tunku Aziz memilih untuk mendedahkan isi kandungan perjumpaan tersebut. Tentulah ini tidak manis. Ia menunjukkan sikap berdendam Tunku Aziz terhadap DAP. Atau pun, ia memperlihatkan sikap kesemulajdian orang yang bernama Tunku Aziz- seorang yang tidak boleh dipercayai lansung.
Kenapa pertemuan tersebut dan lamaran DAP menjadi isiu besar? Ceramah dan cakap Tunku Aziz mencadangkan bahawa hanya suatu kumpulan yang khusus sahaja yang boleh berjumpa dengan mana2 warga istana?
DAP yang selama ini digambarkan sebagai anti Melayu dan anti Raja Melayu patut mendapat pujian.kesediaan DAP bertemu anak raja menandakan bahawa DAP menerima reality sejarah, social dan budaya negeri ini, khususnya yang melibatkan orang Melayu. DAP mengiktiraf peranan dan kedudukan raja2 Melayu dan merasakan perlu nya, raja2 Melayu difaktorkan dalam politik nya. Kerana itulah maka DAP bertemu dengan Tunku Zain untuk berbincang dan menceritakan scenario politik negara. Saya rasa ini langkah yang amat stratejik. Kalau lah Tunku Zain menyertai perjuangan DAP- ia sudah tentu menjadi game changer. Puak UMNO tidak lagi boleh menuduh DAP anti Melayu, anti Islam dan anti raja2 Melayu.
Tidak ada siapa pula yang patut sangsi dengan kesediaan Tunku Zain bertemu dengan pemimpin DAP. Dia juga sedia dan telah berjumpa dengan pemimpin parti2 lain. Mengapa kita merasakan bahawa berjumpa dengan DAP suatu kesalahan, tapi berjumpa dengan UMNO misalnya suatu yang wajar?
UMNO bukan pemilik keatas diri Tunku Zain.
Saya melihat Tunku Zain telah memberi jawapan ringkas mengenai apa yang dikatakan oleh Tunku Aziz. Dia merasa hairan mengapa kemungkinan dia memasuki gelanggang politik dipertikaikan sedangkan ramai anggota keluarga istana telah pun menyertai politik dan meninggalkan pengaruh besar keatas politik tanah air? Mungkinkah ada yang merasa cemas kerana kemungkinan Tunku Zain memilih wadah politik yang tidak konventional?
Tetapi saya rasa pukulan yang paling berbisa ialah sindiran Tunku Zain kepada Tunku Aziz kerana mendedahkan butiran perbincangan yang private dan peribadi. Mustahil itu perlakuan seorang yang mempunyai akhlak dan lakuperangai yang tinggi. Lama kelamaan, keperibadian Tunku Aziz makin terserlah.


11 comments:

Anonymous,  30 January 2013 at 13:30  

Tunku Zain dh beri penerangan tapi adakah penerangan dia akan diketahui oleh org ramai khususnya rakyat Negeri Sembilan yg kurang ilmu IT? saya tak rasa penerangan itu akan masuk dlm akhbar n tv..

Maka isu ini akn mudah diputar oleh Tunku Aziz sampai bila2.. mohon pihak dap atau tunku zain semdiri buat penjelasan kepada rakyat spt di atas

Anonymous,  30 January 2013 at 13:49  

They have a saying for people like Tunku Aziz ...... when you spit out phlegm, don't do it facing the wind!

Anonymous,  30 January 2013 at 14:35  

Agaknya itulah sebabnya (saya diberitahu)bahawa Empat Undang Luak tidak hadir sempena perbarisan menyambut HUT Keputeraan KDYMM YDP Besar N.S di Seri Menanti yg lepas?

Anonymous,  30 January 2013 at 15:13  

Salam Sdr Ariff;

Tahniah kerana mengutarakan isu berkaitan.

Tahniah juga kpd anak Raja yang berani mengutarakan citarasa politik secara terbuka.

Bukan semua yg ada pd umno itu betul.
Bukan semua yg di utarakan oleh pihak pembangkang itu menidakkan yg betul umno.

Itulah kita diberi otak untuk berfikir, menilai, merangcang dan melaksana.
Mensesuaikan diri, pemikiran dan keperluan rakyat dalam mentadbir negara adalah suatu pekara yang dituntut.
Jika kita hanya nak buat apa kita suka, jangan main politik, jangan jadi kerajaan, berniaga sendiri. Tengok tauke2 kaya kebanyakan mereka tidak berminat politik perentah negara, kaya raya jugak. Sebaliknya orang2 politik mengunakan politik mereka keatas tauke2 ini dengan tujuan mendapat "kick back"

Saya tidak menjadi ahli mana2 parti politik, tetapi sejak 10,20 tahun kebelakang ini umno dan bn telah berlebih2 dalam mengaut kekayaan negara menggunakan kuasa politik menyebabkan majoriti kehidupan rakyat tergangu.
Jika kerajaan sekarang merasa terbeban memerintah, saya cadangkan berundur saja dari politik. Jika kerajaan yg ada menganggap dgn memberi wang $200 - $500. itu besar dan rakyat patut terhutang budi dgn kerajaan, kamu silap. Dengan wang sebanyak itu, kpd yg ada 4 ke 5 orang anak tak ke mana, baju selai sorang?. Kpd perokok tegal, bekalan rokok sebulan pun tak cukup.
Yg pasti kehidupan rakyat semakin terhimpit, barang naik melambung,yg mana ada ramai tanggungan kena fikir banyak kepala perlu diurus.
Nilai wang macam negara jiran, kos hidup membebankan.
Jika kerajaan tak dapat menangani hal ini jangan jadi kerajaan, semudah itu fikiran kami rakyat jelata ini.

Tak perlu menegak benang yg basah, menjaja ke hulu ke hilir, semua ituguna wang rakyat, urus rumah sendiri dulu baru sibuk rumah orang.
Kalau tak mampu juga, letak jawatan, sekurans2nya tidak menambun dosa yg sedia ada dan membeban rakyat berpanjangan.........

monsterball 30 January 2013 at 15:48  

Many doubts.
Many questions...that have few answers...to one question.
Many different characters...traveling towards the DAP party.
This reminds me the movies..."Anaku Razali"...where P.Ramlee played the good father and a rotten son.
In this case....good begets good...bad begets bad...racists begets racists.
DAP have to be extremely careful.

Cahaya Qalbu,  30 January 2013 at 18:29  

Begitulah UMNO yg bermentaliti diktator ingin menakluki dan menggegam kesemua institusi negara ini.

Utk apa??? Utk melindungi kuasa mereka memonopoli dan membahagi-bahagikan kekayaan negara ini sesama mereka.

Dari tanah, ke kelapa sawit ke lembu ke teksi sehinggalah ke kapal selam dan asalkan ada benda yg berbau duit juta-juta UMNO dan parti2 yg sewaktu dengannya akan sapu bersih. Dah tinggal kerak2 baru lah campak kepada rakyat,,,macam ayam kampung dibuatnya.

Kerakusan UMNO tidak lagi dapat dibendung kerana virus rasuah yg dicipta Dr M telah membiak dan merebak sehingga keanak cucu dan suku sakat pemimpin2 UMNO.

Kini parti UMNO, hanyalah sebuah ibu segala sindiket yang telah melahirkan banyak kumpulan2 Mafia yg berebut-rebut mencuri dana rakyat dan negara .

Bukan itu sahaja, setelah agensi2 awam yg berkaitan dirantai dan menjadi dayus, kegiatan haram mereka dilakukan dengan terang-terang tanpa berasa malu mahu pun rasa bersalah seolah-olah Msia ini bapak dia orang punya.

Adakah parti & pemimpin2 begini yang rakyat, terutama berbangsa Melayu inginkan terus menjaga masa hadapan mereka???

Anonymous,  30 January 2013 at 18:41  

Tengku Aziz ni keturunan apa, Syaitan ke ? Seorang yang berumur ditempelak oleh yang muda. Dah kena penyakit Mahathir...

Anonymous,  30 January 2013 at 22:09  

Soalan saya pada Tunku Aziz. Ketika dia bertemu dengan Tunku Zain bagi mencadangkan penglibatan Tunku Zain kedalam DAP, adakah dia berpegang pada prinsip bahawa kerabat raja tidak patut melibatkan diri dalam politik?

Sumpitan Emas,  30 January 2013 at 23:19  

Anon-15:13:..."Jika kerajaan yg ada menganggap dgn memberi wang $200 - $500. itu besar dan rakyat patut terhutang budi dgn kerajaan, kamu silap.".....

Bulletin Rakyat, Bil:167, 15 Januari 2013, bahagian terakhir, 'Mampukah UMNO Mencipta Cemerlang?' oleh Kamal Amir:

"Dalam kesempatan menghadiri Perhimpunan Agong UMNO hujung bulan lalu, saya turut menyusuri beberapa gerai milik pribumi yang mempamerkan pelbagai barangan dan jualan....di antara kemeriahan dan kesuraman jurujual yang memperdagangkan jualan mereka di gerai yang khabarnya sewa bagi setiap gerai mencecah sehingga tiga ribu ringgit itu saya terlihat ghairahnya beberapa pemimpin dari Pergerakan Wanita UMNO membeli kain tudung berjenama. Tidak dinafikan cantik dan menawannya tudung dan kain kerundung yang dijual digerai...,namum agak memeranjatkan apabila harga sehelai tudung mencecah harga enam ratus ringgit. Timbul persoalan di hati kecil saya, apakah nilai ehsan kepada rakyat hanya sekadar sehelai kain tudung yang dipakai oleh pemimpin Wanita UMNO? Fikir-fikirkanlah..."

Anonymous,  31 January 2013 at 07:42  

x do kono mengono doj tu jang..

IPOHKIA 31 January 2013 at 20:44  

Pekara kemungkinan berlaku ialah, Tunku itu kata, I am from the "Royal Family" do you DAP need more royal families to be in DAP. This man is capable of doing this job, his face looks like pirate (which Bugis are mostly descendants of LANUN. So please don't blame him for behaving in that manner.
No damage to DAP, rakyats don't have to worry.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP