Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 2 January 2013

Melayu Bersatu Untuk Amar Makruf



Pemimpin UMNO ada skim cepat kaya lebih hebat dari skim Pak Man Telo. Sebab? Sebab kalau mereka buat, tidak akan dapat ditangkap. Kecuali kerajaan bertukar dan semua kontrak, semua perjanjian, IPP, lesen pelabuhan, lapanganterbang, lesen ASTRO, lesen TV, lesen Celular, dikaji semula.
Kita kena teliti dan periksa dan lihat sama ada, harga tender, harga kontrak, harga pembelian diUMNOkan. Maka tahulah kita, zikir harian UMNO ialah- wa haramun kalau makan sorang, wa halalun kalau kongsi sama.
Itu sebab nya, kos pembinaan PLUS dari RM3 bilion jadi RM6 bilion. Dan setelah kutipan tol dan pampasan sudah melebihi RM20 billion, lesen untuk kutip tol masih disambung oleh puak UMNO. Demikian juga, harga kapal selam – kita tidak akan tahu harga sebenar sehingga kerajaan baru ambil alih. Yang kita tahu bab komisyen sahaja sudah RM500 juta lebih. Kita tak tengok lagi pembelian RM7 billion kereta perisai yang diberi kepada Syed Mokhtar- lelaki Melayu yang satu dan terakhir di Malaysia. kita tak tengok lagi pembelian pesawat2 dari Rusia, pembinaan bot patrol laju dari zaman amin shah omar shah sehingga zaman Bastard Boustead Holdings.
Jika sebuah kereta APC yang DYMM Sultan Johor beli hanya RM150,000 harga yang KEMENTAH beli ialah RM650,000. Ertinya, diUMNOkan harga nya RM500,000 setiap satu. Kalau beli 500 buah?
Bangsa Melayu- lihatlah bagaimana para pemimpin UMNO sapu bersih. Mereka cekap menyapu harta benda negara, amanah dalam menyimpan rahsia samunan, bersih membalun wang. 1 malaysia mereka yang punya, rakyat di ketepikan. Bolehkah kita percaya bila Najib melaung dan melolong Hidup Melayu? Yang mematikan Melayu ialah parti kamu. UMNO hari ini bukan UMNO dulu. Pembangkang hari ini, bukan pembangkang dulu.
Bila keadaan sesak, barulah UMNO mahu bercakap mengenai perpaduan Melayu agama Islam dan Raja Melayu. Semua perkara ini tidak memerlukan UMNO melindungi nya. Rakyat melalui kerajaan yang baik yang menjamin keselamatan kita. Kerajaan yang baik yang menghukum mengikut rule of law. Kerajaan yang baik yang mendukung perlembagaan Malaysia.
kalau raja Melayu rasa terancam, sudah tentu mereka akan menyatakan apa yang perlu dinyatakan. Apa- raja2 Melayu tidak ada mulut dan suara? Raja Melayu tidak ada orang yang pandai? Apa jadahnya, raja2 Melayu memerlukan matlaon UMNO untuk bercakap bagi pihak mereka? Tidakkah malu besar raja2 Melayu kalau yang bercakap bagi pihak mereka ialah orang macam Ibrahim Ali? Orang Pahang kata- sempuas( dengan loghat Pahang) mulut Ibrahim Ali nak bercakap bagi pihak raj2 Melayu.
Malu kita kalau orang UMNO nak bercakap bagi pihak Islam. Mengikut pengalaman saya, orang UMNO hanya bersaing hendak jadi pengerusi surau dan masjid. Menjalankan program mereka semua lari. Ahli UMNO tak suka ke surau dan masjid kecuali kumpulan yang kecil. Semasa saya jadi Ketua Penerangan UMNO Pekan dahulu, bila kita jalankan aktiviti berpusat pada masjid dan surau- orang UMNO mengejek bukan menyokong.
Malu kita jika survival dan kesinambungan hayat bangsa kita dibicarakan oleh golongan pelampau. Saya malu jika yang nak bercakap bagi pihak orang Melayu ialah orang mcam Ibrahim Ali. Atau yang nak bercakap bagi pihak kita ialah sekumpulan bekas tentera yang melondehkan seluar mempamirkan punggung mereka. Malu orang Melayu kalau jurubicara mereka ialah pelampau yang membaling batu, yang menyimbah cat, yang mengkasari Melayu lain yang mempunyai pandangan bertentangan dengan UMNO. Bukan Melayu UMNO sahaja yang Melayu.
Saya sudah nyatakan banyak kali- Melayu sudah pun bersatu yakni bersatu mahu menumbangkan UMNO yang rasuah dan sudah tidak membela orang Melayu.
Najib bukanlah pemimpin yang kita boleh percaya. Hari ini dia bercakap mengenai orang Melayu yang susah, rakyat yang mesti dibela- dibelakang dia bercakap bagaimana mahu membalun harta benda rakyat.
Janganlah kita hiraukan pemberita yang menyanjung dan memuja Najib. Apa mereka tahu? Mereka bukan pernah jadi ahli UMNO. Mereka tidak kenal sifat semula jadi dan jiwa2 yang penuh mengharap terdiri dari 3 juta ahli UMNO dibawah sana. Mereka hanya bergeseran bahu dengan segelintir pemimpin UMNO yang merompak khazanah negara.
Mereka hanya harimau2 yang dibuat daripada kertas yang membina career membentuk metos mengenai kehebatan mereka ketika,masyarakat tidak boleh menjawab apa yang mereka tulis. Bila kita selidik keadaan minda mereka yang sebenar, standard pemikiran mereka- maka tahulah kita mereka hanya chou kou tuan2 mereka- anjing2 buruan.

12 comments:

Anonymous,  2 January 2013 at 08:55  

For a joker like Ibrahim Ali acting as spokesman and defender of the Raja2, it is an insult to the royal institution.

For an extremely corrupt organization like UMNO to identify as the essence of a Islam, it is plasphemy.

Anonymous,  2 January 2013 at 10:37  

Dato', keep on exposing till their last seluar dalam ! Great Job.

Anonymous,  2 January 2013 at 10:43  

PM New Year message is to get clear mandate from public in coming GE13 for continue growth.

I guess is continue growth of their wealth and cronies' via raping the national resources.

Everyone, let do the BN KangKang Style.

Sexy ladies, please spread your legs BN KangKang Style and dance to the music...

Asrul Sani 2 January 2013 at 11:26  

Serang lagi Dato'. Serang sampai gerombolan penipu rakyat ini lari ke penghujung dunia.

Bercakap soal raja-raja Melayu, hanya sekerat dua sahaja yang mempamirkan tahap pemikiran sebenar mereka apabila terikut-ikut dengan rentah tarian politik UMNO. Dan jika diteliti latar belakang raja-raja jenis ini kebetulan pula mereka adalah peminum arak tegar serta kaki judi dan kuat merembat hasil balak.

Rakyat sebenarnya lebih menyayangi Sultan yang berakhlak mulia dan tidak bermain politik.

Anonymous,  2 January 2013 at 12:49  

Salam Dato,

I'm proud to be a Malay. Not in context of racism, but in context of culture and civilisation where Malay race (all in Malay archipelago region) is not less of something to be proud off.

But I'm very sad that, some Malays (like si Kitol or Mendaliar) are doing destruction of the image of the Malays that are very contradict to the principles of adat Melayu (where in line with the good moral, ethical of Islam and other good values of other believers).

As the founding fathers of Malaysia, maybe these early leaders hope the Malays will achieve success in the near future. But alas, what happened starting in the 80's through the 90's, Malaysia rise in the modern geographic landscape, but under the carpet lies full of satanic work being done by BN, especially UMNO baru.

What we expect, is Malay race become fully dominant in the economic arena based on the full resources in our bumi tercinta, but then it happens only to a few blood sucking cronies who claim "Hidup Melayu".

We expect young Malay youth can create software engineering phenomena such as Facebook (example), but what we see now is some Malay undergraduates who are afraid of everything under UMNO umbrella. They can't even dare to speak out, give expression, but only a handful.

Sadly, these young Malay heroes who dare to speak was assume as "penderhaka" by some idiot and foolish Malays.

We hope many more Malay youth and many thousands of "Anwar Ibrahim", many young bloggers like "Sakmongkol".

Who are the young Malay youth now who dare to sleep in the "Jail of UMNO baru"? 2 months, one year?

Who are the young Malay youth now who have bloodestream like Rosli Dhoby in Sarawak?

Who are the young Malay youth now, who have very sharp pen writing like Pendita Zaaba in the 20s?

Last but not least, I hope to see young Malays, young Chinese, YOung Indians plus other race, together in the stadium cheer the national football team as what happened during the glory days of the 70's.

Can we see the Chinese youth sit at the stadium see the Liga Malaysia NOW? So hard to see. Only at Badmintin arena. Can see only when Malaysia team meet Manchester UNited?

WHo's to blame? Why no Chinese youth in Harimau Malaya? Are chinese youth not able to play football?

So is 1Malaysia a real success in the real life situation?

Note " I don't see Malay plus Chinese plus Indian youth as real 11Malaysia success if ONLY during speech by Pak Najib in Putrajaya.

The only that I see now as real mixing of All races is when PR Jelajah Rakyat.

monsterball 2 January 2013 at 13:27  

Bila ada wang...sumua curit sampai.. sumua Govt Dept kittybank kosong.
Tiap2 bulan nak pakai wang...hantu pakai otak apa macham ...suck blood from Malaysians.
Negera kita banyat kaya...tak logic barang2 sumua mahal di beli...atau pakaiyan...minyat la..road tax la...toll la...makanan2 berang2...sumua mahal di beli...sebat minyat.
Tiap bulan Astro kerim leaflets..promosi better service..bayaran...lebeh mahal...as if Malaysians are so rich.
Negera kita export minyat.
Mana itu beribu billions2 tiap2 bulan untong pergi?
Corruptsi under Umno B...tak boleh putus.
Sumua live like multi millionaires...travel like Dukes..tak boleh tuka.
Tuka...tak curi lagi...live like wage earners...malu la.
Vote BN out is the only solution.

Anonymous,  2 January 2013 at 13:49  

Malay leaders are weak for decades due to misguided and narrow vision for the nation, self interest and greed.

'Other' Malays, for their complete loyalty and being Muslim, are preferred for position of power and influence over real and capable Malay and non Malay leaders to help govern the country.










Anonymous,  2 January 2013 at 14:47  

Dato'

As usual, you packed a lot of punches in your comment.

Syabas.

Ontahsaponamo 2 January 2013 at 18:12  

Salam Dato'

Komen yang sangat bernas Dato'. Izinkan untuk saya sebarkan komen ini kedalam ruang FB saya dato'. Inilah saja yang termampu untuk saya membantu bagi merialisasikan hasrat untuk merubah kerajaan yang tidak bermoral ini. Rasanya ok kut, dari tidak berbuat apa-apa pun

Anonymous,  2 January 2013 at 19:05  

Dato'

Masalah rakyat dinegara ini ialah terlalu ramai jenis " Raja Kapoor ". Dalam kes melibatkan LTAT tu, ramai " Raja Kapoor " yang ada saham masing masing.

Bila Raja mengkapoor kan diri mereka, yang sengsara adalah rakyat.

Lebih susah bila rakyat jenis " ulam raja " yang perasan diri raja. Jenis ni ramai dalam UMNO BN. Selera spesis ni mengalahkan nafsu King & Queen di UK.

Di Malaysia spesis raja perasan ni diasaskan oleh Raja Madeliar Madir Pandit Kutty. Inilah bapak dan pengasas spesis raja perasan di Malaysia sampaikan maruah raja Melayu sebenar mampu diinjak kaki oleh Madeliar ini.

Kalau dulu " tungku " boleh dimenafaatkan oleh orang ramai khususnya perempuan selepas bersalin..tapi hari ini " tungku " yang telah di UMNO BN kan telah memperalatkan orang ramai untuk kepentingan diri. Semuanya kerana UMNO BN..pertubuhan yang disebut sebut sebagai parti syaitan oleh raja Madeliar Pandit Kutty sendiri.
UMNO parti Melayu...adakah Melayu UMNO itu syaitan?. Tanyalah Pandit Kutty!

Dalam sejarah kita kenal Raja Melewar...tapi dalam sejarah Melayu UMNO BN hari ini..ada pula Raja Merembat..suku sakat Raja Kapoor yang merembat khazanah negara.

Hebat UMNO BN...kombinasi Raja Kapoor, tungku, Raja Merembat dan raja perasan dalam pertubuhan syaitan ini hampir pasti telah mengjahnamkan negara Malaysia.

Jangan sampai rakyat kebanyakan pula beraja dihati bak amukan Hang Jebat sudahlah. Jangan salahkan rakyat kalau mereka mahu menjadi Hang Jebat kerana mereka tahu itu lebih mulia dari menjadi musang jebat atau kaki rembat.

Dato'

Baik Raja Kapoor, raja perasan, tungku atau Raja Rembat...darah mereka dan darah kita tetap merah warnanya..sama saja. Sama sama boleh rebah kalau di rodok keris telanjang kecuali dengan izin Ilahi.

akma@site 3 January 2013 at 20:42  

Salam.
Satu lg artikel yg sarat dgn kupasan menyesakkan dada bg penyokong umNO. Di harap dgn ulasan tersebut dapat membuka minda dan hati bg sekelian pembaca.Apa yg menghairankan dan menimbulkan persoalan saya hingga ke saat ini ialah:MENGAPA MASIH ADA RAKYAT YG MASIH BELUM TERBUKA PEMIKIRAN MEREKA? DENGAN SEGALA PENDEDAHAN DAN PEMBONGKARAN YG TELAH DILAKUKAN SELAMA INI MELALUI PELBAGAI SUMBER MAKLUMAT YG BOLEH DICAPAI,TIDAKKAH TERLINTAS SEDIKIT PUN DI MINDA MEREKA YG WARAS UTK MENILAI DAN MENGHAKIMI ANTARA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN? ADAKAH INI AKIBAT DESAKAN SURVIVAL ATAUPUN ADAKAH INI TAHAP PEMIKIRAN RAKYAT MALAYSIA? Apapun usaha alternatif perlu lah dilakukan tanpa jemu demi perubahan yg lebih bermakna, Adakah kita bangga menjadi rakyat MALAYSIA?

Anonymous,  5 January 2013 at 15:58  

Tidak keterlaluan kalau saya katakan, satu pendedahan yang menyebabkan semua orang Melayu terutamanya ahli UMNO yang menjadi pak turut dalam mempertahankan UMNO untuk PRU13; berfikir dua tiga kali terhadap apa juga sogokan yang akan diberi oleh perompak dan lanun Melayu (pemimpin UMNO) ni. Kita perlu ingat, apabila kita menyokong UMNO/BN bermakna kita menggadaikan hak dan masa depan anak cucu kita; demi untuk kepentingan kita yang tak lama lagi akan kembali kealam yang kekal abadi. Sehubungan dengan itu setiap orang Melayu perlu menyampaikan (tabligh) ini kepada setiap Melayu yang aqil lagi baligh, demi untuk agama Islam yang amat kita cintai ini.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP