Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 30 January 2013

Najib, Gaza dan PERMATA



Dato Najib macam sudah tahu. Orang akan hentam dia dengan isiu PERMATA. Orang sudah pun hentam dia mengenai lawatan nya ke Gaza. Mahmoud Abbas pun hentam dia. Kalau nak beri sumbangan kepada Hamas, dia boleh wakilkan NGO. Tapi sebab nak mencipta nama, dia masuk ke Tebing Gaza dan mengundang kecaman. Kena lah terima. Bukan  suatu pencapaian yang menggegarkan dunia pun. Hamas pun tahu dasar Najib mengenai Islam. Tapi orang nak beri sumbangan, mereka terima.
Saya dah kata- kalau cawangan UMNO panggil Najib rasmikan pembukaan tandas awam, dia akan pasti datang. Panggil lah. Mujarrab.
Demikian juga dengan isiu peruntukan untuk PERMATA. PERMATA bukan kementerian.  Tidak semena mena Dato Najib menyerang terlebih dahulu. Dia kata pembangkang akan serang projek PERMATA, projek kesayangan kak Ros. Parlimen sudah lulus RM100 juta lagi untuk tahun 2013. Dan PERMATA dapat lagi peruntukan tambahan.
Baiklah, kita lupakan bahawa yang mengetuai PERMATA nama dia Rosmah Mansor. Kita memang pun nak melupakan Kak Ros dan semua pemimpin UMNO. Kalau nama dia Ng Yen Yen pun kita akan soal. Mengapa mintak peruntukan tambahan? Dah dapat RM100 juta tak cukup? Siapa buat bajet kamu? Budak tingkatan 5? Atau murid PERMATA?
Tidak pernah terjadi pun dalam sejarah kita, isteri PM mengetuai suatu pertubuhan dan mendapat peruntukan dari parlimen. Kalau ambil duit, kena berjawab di Parlimen. ini protokol. Kalau begitu beri lah izin kepada semua isteri menteri BN mengujudkan program ala PERMATA dan beri peruntukan. Isteri PM boleh, maka isteri menteri pun mesti dibenarkan.
Dan Najib tidak boleh kata, sebab dia PM dan menteri kewangan, ikut suka dialah siapa dia nak beri. Ini bukan duit peribadi. Apa pun wang yang dikeluarkan dari kumpulan wang yang disatukan dan diperuntukkan kepada sesuatu kegiatan, akan disoal. Tugas parlimen mesti tanya, kemana dan untuk apa duit itu dipakai. Kalau tak boleh tanya, maka baik tidak ada parlimen.
Tetapi, yang Najib nak buat pre-emptive strike kenapa? Ada sesuatu ke yang tak kena? Sebab PM tahu, sang isteri dapat peruntukan parlimen untuk suatu program nya, adalah perlakuan yang unconscionable. Bagaimana MP BN nak mempertahankan langkah tersebut?
Peruntukan untuk sekolah agama rakyat juga RM100 juta. Untuk sekolah jenis kebangsaan cina, Najib beri pada awal nya RM100 juta dan bila Chua Soi Lek hentam agama Islam ketika perhimpunan agung MCA, Najib wasathiyah beri peruntukan tambahan RM30juta. Sekolah agama rakyat menghasilkan kanak2 berjiwa Islam. Kanak2 yang dihasilkan oleh PERMATA buat apa? Menyanyi dan menari, aku anak kampong? Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang hanya mendidik sampai darjah 6 pun dapat RM100 juta, tapi agihan nya hanya Palanivel dan Lord Murugan sahaja yang tahu.
Semenjak 2009, Dato Najib memperuntukan wang yang banyak kepada PERMATA idaman nya ini. Pada tahun 2009, peruntukan nya RM109 juta bagi tujuan menubuhkan pusat jagaan kanak2.  Tentu kita nak tahu- setakat ini berapa jumlah pusat jagaan kanak2 yang telah dibina? Adakah pembinaan nya mengikut tender terbuka atau sama seperti jawapan yang Najib beri- ikut suka saya lah. Atau pun premis2 yang sedia ada diubah suai dan digunakan oleh PERMATA?
Setelah diberi peruntukan RM109 juta, tak sampai setahun, peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta di pohon. Rakyat bertanya untuk apa? Tidak kah cukup peruntukan RM1.2 billion setahun diperuntukkan untuk tujuan yang sama pada tahun 2012? Dari RM1.2 billion ini, habuan PERMATA berapa?
Dan pada tahun 2011 dan 2012, peruntukan untuk PERMATA ini ialah RM110 juta setahun. PERMATA ini suatu kementerian kah? Atau suatu bahagian dari suatu kementerian? Kalau dibawah kementerian, mengapa tidak menteri pelajaran yang memantau operasi nya? Muhyidin menteri tak sepandai Rosmah Mansor ke?
Program ini apa tujuan nya? Hendak melahirkan segolongan kanak2 super pintar? Beberap tahun yang lalu, saya ada mencadangkan kalau hendak lahirkan kanak2 super pintar dari golongan miskin, baik kita kontrakkan program khas ini kepada  encik Anand Kumar( India) yang memulakan program India Super 30. Dalam program tersebut, Anand Kumar memilih 30 orang remaja yang pandai dari golongan bawahan dan menyediakan mereka untuk memasuki Indian Institute of Technology. Syarat kemasukan ke IIT lebih ketat dari hendak masuk MIT di USA. Boleh Kak Ros buat macam ini? Barulah kita boleh tengok sama ada peruntukan RM110 juta itu berbaloi atau tidak?
Kenapa mula dengan kanak2 umur 4 tahun? Berapa banyak kanak2 yang dianggap pintar terutama oleh akhbar arus perdana terkandas bila masuk ke alam dewasa? Kalau setakat menghimpunkan kanak2 dalam klas, beri makan daging dari Meatworks dan susu dari ladang lembu Kak Jat kemudian ajar menari dan menyanyi, kelas Kemas pun boleh buat. Cuba beri RM100 juta ke tadika Kemas, mungkin kita akan dapat hasil yang lebih baik. Kalau hendak lagi afdal, berikan RM100juta itu kepada tadika  PASTI.
Dalam tahun 2012, kita diberitahu bahawa 608 pelajar dari 56 pusat PERMATA akan jadi graduan. Kemana mereka pergi? Masuk sekolah pintar?
Betul Dato Najib cakap- pembangkang akan tanya dan mereka berhak tanya pun. Sebab duit datang dari peruntukan parlimen. Apa sebenar nya agenda PERMATA? Tidak kah kita sudah mempunyai banyak tadika? Mengapa PERMATA menyasarkan kanak2 berumur 4 tahun? Adakah ini kerana Rosmah Mansor buat kaji selidik dan menjumpai bukti saintifik bahawa pada umur 4 tahun ini, adalah usia yang mempunyai potensi untuk melahirkan 100 Einsteins dan 100 Bertrand Russel? Einstein ketika 4 tahun umur nya, belum boleh bercakap pun lagi. Boleh kita cabar Kak Ros, lahirkan seorang pemenang Nobel Prize dari program PERMATA ini supaya boleh kita pertahankan memberi peruntukan yang banyak kepada nya?
Tentu kita tanya. Kalau sejak tahun 2009, Najib telah beri setiap tahun RM120 juta, makna nya sudah RM360 juta diberi. RM 360 juta ini dibelanjakan keatas apa? Membina 56 pusat jagaan kanak2 atau sekolah khas untuk mereka? Berapa kos setiap sekolah? RM 5 juta? Itu akan bermakna sebahagian besar peruntukan ialah untuk membina sekolah khas? Pernah kah operasi sekolah2 ini yang memakai duit rakyat di odit? Kena odit lah sebab duit pembayar cukai.
Tidak masuk akal lansung, perbelanjaan duit milik rakyat dilakukan oleh isteri menteri. Yang berjawatan ialah suami. Yang isteri masuk campur pengurusan negara apahal? Lebijh baik presiden UMNO pilih isteri nya jadi winnable candidate.  Putrajaya nampak OK.



13 comments:

Anonymous,  30 January 2013 at 19:09  

Salam Dato,

Dato menulis " .....Saya dah kata- kalau cawangan UMNO panggil Najib rasmikan pembukaan tandas awam, dia akan pasti datang. Panggil lah. Mujarrab. ...."

Bila baca ayat di atas, tak tertahan saya sampai berlari ke dalam tandas, ketawa dengan kuat. Hairan semua orang di rumah.

Memang, puak UMNO baru ni, semuanya badut.

Bila duduk santai, saya terbayang Pak Jib dengan bibir merahnya sebut "harmajadah". Terbayang wajah kekanda Ibrahim Ali dengan gagah perkasanya. Terbayang wajah Isyam Mudin macam nak terberak. Terbayang wajah Rais Y dengan kelancaran Bahasa Melayunya, terbayang wajah Pak Muyidin dengan topi James Bondnya bila kerja sambil bersiar-siar kat US. sehingga terbayang wajah wakil Pasir Salak macam samseng taik minyak. kak ...kah. kah.

Alahai .... kenapalah ada lagi orang sokong puak penymaun semua ini...

Anonymous,  30 January 2013 at 19:14  

Pak Ambrin kena masuk audit kementerian Permata Rosmah Mansor ni. Ke mana pergi peruntukan, apa yang dibelanjakan atau masuk akaun sulit kak Ros untuk beli Birkin, cincin, sepatu, G-string dan kotang.

Duit rakyat tu!

Memang, belum pernah ada dalam sejarah sejak empayar Melaka isteri Bendahara terlebih sudu dari kuah, waima Imelda bini Marcos pun tak sehebat Rosmah binti Mansor ni..

Apa nak jadi negaraku Malaysia....

KOJEK

Anonymous,  30 January 2013 at 20:35  

kalau tak silap dr ros pernah kata bagi lah can anak2 miskin ni makan croissant... mungkin kena import dari perancis baru ori. mesti mahal. mesti peruntukan tambahan...

greenbottle

Anonymous,  30 January 2013 at 22:00  

BTW the public should also know that PERMATA spent RM80 Million, yes, RM80,000,000 to buy Liberace's white piano. The piano can only be played when Kak Mah is in the vicinity.

Anonymous,  30 January 2013 at 22:13  

najib sindir rosmah tuu.......ko punya pasal lah ni rosmah......tak reti reti nak berambus dari hidup aku.......

Anonymous,  30 January 2013 at 23:18  

"Siapa buat bajet kamu? Budak tingkatan 5?"

Pakcik Sak, tolong jangan hina kami pelajar tingkatan 5. Cikgu dah ajar buat akaun, debit kredit. Pasti bajet yang kami buat lebih tepat berbanding bajet Pak Najib dan Kak Ros!

Budak Tingkatan 5

Gunung Keyang,  31 January 2013 at 08:19  

INILAH AKIBATNYA PENANGAN NASI KANGKANG!.....he he

Gunung Keyang

narissa,  31 January 2013 at 08:49  

OMG ....if this is true im going to sod off to another country. At least ada hujan emas. Hujan batu di tempat sendiri? Bagi sakit hati.

awangbatuburok,  31 January 2013 at 10:08  

Salam sejahtera,

Apabila wang dan harta rakyat dibuat macam harta mak-bapak pemimpin tungu lah saat dan ketika ekonomi negara akan musnah dan porak peranda.

Bila pandang Najib-Rosmah maka teringat akan Marcos-Emelda, Ben Ali Tunisia dan Hosni Mubarak

Anonymous,  31 January 2013 at 14:49  

So bold and brave this lady! Why can't we have the same thinking all for the benefits of our nation. But then, our PM is as coward as ever.

CANBERRA, Jan 30 — Australian Prime Minister Julia Gillard stunned voters today by setting a national election for September 14, eight months away, in her first major political speech for 2013.
Elections must be held in Australia by the end of the year, but Gillard said she wanted to end political uncertainty by setting the date now.

“It is not right for Australians to be forced into a guessing game, and it’s not right for Australians to not face this year with certainty and stability,” Gillard said. “So in the interests of certainty, in the interest of transparency, in the interest of good governance, I have made the date clear today.”

Anonymous,  31 January 2013 at 17:27  

Sak,
Lari dari tajuk, minta izin untuk komen sedikit pasal LGBT.

Dalam akhbar New Straits Time (UMNO), si Puad Zarkazi tu nak mengunkit isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual.

Timing dia...agak teruk sedikit. Rakyat dah tau gerak-geri UMNO untuk minimbulkan isu-isu yang sensitif.

Nampaknya, setelah kalimah Allah sudah reda setelah perjumpaan PAS dengan gologan paderi Keristian checkmate UMNO, muncul pulak isu lama ini.

Strategi sistematik UMNO untuk menghebohkan isu-isu yang sensitive semakin hari semakin mangarut. Amaran kepada PAS dan sekutu. Jangan terperangkap oleh helah si tukang karut Ahmad Maslan. Tengok apa yang jadi kepada Goebbles lepas Nazi ditewaskan. Lagipun, dia belum confirm lagi dapat bertanding.

Anonymous,  1 February 2013 at 09:54  

BUT APA PERGI KE GAZA - nak tengok kezaliman zionist pergi Sabah and setelah pilihanraya ini, Selangaor sama juga. Tapi zionist itu UMNO and kita sendirilah dizalimkan UMNO..

Anonymous,  1 February 2013 at 11:42  

BN memang boros.

Nak tahu lebih, check la beli apa, bayar siapa, siapa kontraktornya

Guarantee dapat jawapan. silap silap duit masuk sana sini

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP