Monday, 21 January 2013

Masa Depan Melayu, Islam dan Raja Melayu.



Masa depan kita, agama kita dan Raja kita dalam tangan kita. Bukan dalam tangan UMNO. Itu perkara pertama kita kena faham. Hentikan dari menjadi pengikut buta UMNO. Melayu menghamba abdikan diri untuk menbiayai kehidupan mewah para pemimpin UMNO. Padan muka kita kena tipu. 
Malam ini saya berceramah di Batu Kurau Perak. Kita bantu Dato Fauzi Shaari dan calun2 ADUN lain menang kawasan2 di Perak. Supaya hak dikembalikan kepada rakyat. Rakyat yang tuan sebenar benar nya. Bukan Mahathir. Bukan Reezal Merican. Bukan Azeez Raheem. Bukan mamak2 padukang ini.
Setiap rakyat yang diperkasakan dengan hak mereka, mengimbangi tamak haloba kerajaan yang korap. Apatah lagi jika semua bertekad, kita tumbangkan kerajaan UMNO ganti dengan kerajaan Melayu yang lain. Kita yang lebih Melayu dari nama2 yang saya sebut diatas.
Orang Melayu mesti tolak mereka yang tidak faham konsep dan amalan menjadi kerajaan yang bertanggung jawab. Kerajaan itu umpire atau pengadil bukan pemain dalam suatu pertandingan. Najib membohongi rakyat Malasia bila dia kata zaman kerajaan yang tahu serba serbi berakhir. Ia tidak berakhir malah diperhebatkan lagi. Dalam setiap urusan kehidupan rakyat, Najib mahu panjangkan tangan kerajaan. Kerajaan Najib penyibuk nombor satu! UMNO mahu jaga Melayu dari buaian ke kuburan. Konon.
Jika zaman itu sudah berakhir mengapa beritahu perwakilan UMNO semasa PAU tahun lalu, bahawa pilihlah UMNO kerana UMNO lah yang mampu menjaga orang Melayu.
Hoi- sejak 2008, 3.7 juta orang Melayu dari 5.7juta pengundi menolak UMNO tanpa megalami kesan buruk. Adakah kita tengok malapetaka kalau tidak pilih UMNO? Ada kita tengok orang Melayu mati bergelimpangan kerana memlih PAS diKelantan? Ada kita tengok Melayu Selangor atau rakyat lain mati bergelimpangan kerana menolak UMNO?
Ini yang sebenarnya menakutkan UMNO. Rakyat tahu dan sedar rupa2 nya boleh ada kehidupan yang lebih baik selepas dan tanpa UMNO. Hanya UMNO yang sombong dan angkuh dan bersikap dictator sanggup menggunakan air sebagai senjata menundukkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor mesti bangkit degan tegas menolak UMNO secara total supaya kerajaan Selangor boleh menubuhkan syarikat pembekal air yang baru. itu sahaja cara nya. Ujudkan syarikat milik kerajan negeri yang membekal air kepada rakyat. Biarkan Syabas mati tidak ada pelanggan.
Keadaan yang membenarkan kerajaan campur tangan dalam urusan sesama individu ialah apabila suatu pihak menggunakan kekerasan dan mengancam kemerdekaan peribadi individu yang satu lagi itu. Tapi dalam bab itu , kerajaan UMNO yang dikepalai oleh Najib Tun Razak gagal segagal gagal nya. Pembunuh Altantuya dan mereka yang melakukan perbuatan durjana tersebut masih bebas. Pencuri wang rakyat RM250juta masih bebas. Pencuri wang dan tanah 223 ekar diBukit Raja masih bebas. Pencuri dan perompak  yang berjanji membina kapal patrol masih bebas. Pembohong yang mencuri jutaan Ringgit membeli Rapid Intervention Vehicle dengan harga yang di UMNOkan masih bebas.
Sejarah semua kaum yang maju melibatkan penterjemahan ideal diatas kedalam kehidupan seharian. Yakni kebebasan individu mesti dipertahankan dengan gigih dan kemajuan masyarakat mesti melibatkan usaha dan proses mempekasakan kebebasan individu. Dan cara yang paling berkesan ialah memberi kebebasan ekonomik kepada inidividu dalam masyarakat. Jika individu berkerjasama antara satu sama lain tanpa paksaan dari kerajaan, ianya mengurangkan keperluan kerajaan campur tangan. Bila kerajaan campur tangan, mereka gila kuasa. Kekuatan ekonomi individu pula menjadi alat mengekang kerakusan kuasa kerajaan. Ia menyekat konsentrasi kuasa politik dan ekonomi dalam tangan kerajaan. Jika tidak, maka kerajaan akan bersikap dictator.
Yang beritahu bahawa Melayu serba serbi kekuarangan selama ini siapa? UMNO. Jenerasi orang Melayu membesar dengan fikiran bahawa mereka secara kesemulajadian kekurangan serba serbi. Jalan penyelesaian mengikut pendita dan pemikir UMNO , ialah bergantunglah kepada UMNO. UMNO akan selesai semua masaalah. UMNO itu penaung dan dari nya datang semua rezeki. UMNO itu Tuan dan orang Melayu itu hamba.
Dalam iklim pembodohan orang Melayu macam inilah, Dato Najib boleh datang dan beritahu bahawa sokonglah UMNO kerana UMNO sahaja yang boleh menjaga orang Melayu. PAS, bukan UMNO yang jaga orang Melayu diKelantan dan rakyat Kelantan mempunyai kuasa beli yang tinggi.
Apa yang ditunjukkan oleh keadaan yang demikian? Ia menunjukkan duit ada dalam tangan rakyat bukan dalam tangan kerajaan. Jika UMNO yang memerintah, keadaan sebaliknya berlaku. Duit kurang dalam tangan rakyat, banyak dalam tangan kerajaan dan kroni. Lihat sahajalah apa yang sedang terjadi kepada rakyat Melayu Johor. Kuasa beli bukan dalam tangan rakyat. Kroni perniagaan dan elit yang pegang duit.
PR memerinta negeri Selangor hanya 4 tahun. Reseb tunai dari 300juta menjadi RM2500 juta. Boleh ambil sebahagian darinya , tidak perlu berhutang beri kembali kepada rakyat.
Boleh kerajaan Najib menggunakan reseb tunai beri rakyat BR1M? najib hanya mampu melakukan nya dengan menambah hutang. Hutang kerajaan mencecah RM503 billion dan jika dicampur dengan contingent liabilities seperti jaminan pinjaman GLCs yang selalu nya hancur, maka kerajaan hutang lebih RM600 billion. Dalam pada itu, Najib nak menipu rakyat lagi dan berkhutbah kepada kita semua, supaya belanja berhemah. Najib menambah hutang negara 2 kaki ganda daripada hutang2 PM sebelum nya. Najib lah PM yang paling boros dalam sejarah Malaysia.  Jika hutang sudah menjadi structural, maka ini ibarat badan sudah kena cancer.  
Mahukah orang Melayu dan bangsa Malaysia memperjudikan masa depan dengan UMNO. Rekod rasuah UMNO terbentang luas selama 55 tahun. Mari kita tendang mereka keluar dari Putrajaya.

10 comments:

SamsudinBaharom 21 January 2013 15:53  

Salam Dato

Najib ...kalau berani bubar parlimen..biar rakyat tentukan siapa lebih layak berada di putrajaya...hari hari dia kutuk lawan kat tv tanpa boleh menjawab...
Ajak berdebat ttg masa depan negara ..takde teloq le plak..

Anonymous,  21 January 2013 16:16  


Hi Brader,
Felda just got raped at the klse.
I can see thousands of felda settlers saying to each other 'Betul bang cakap aliman tu, Kita ni dah kena screwed kow kow.
Undilah PAS ,DAP atau PKR.
Now is the time to unnerve the rascals isa and co.
Technically , the slide is gonna be stiff.
Of course knowing the PUSH UPS ,most scalpers will buy only to sell at 4.59.
AS At 4.11pm Price is ouch !4.39 down 18sen.
Lock up felda gates and call in the calvary for the simpletons can 'mengamuk' at their loss and now believe a great screwup was done on them.
I hope the umno/bn bloggers could give a few words on this matter.If they dare IE
vol 28150 lots .

Hj Hanafiah Hj Semarat 21 January 2013 19:06  

Salam Dato, kalau dapat letakkan button untuk link ke facebook.. ramai lagi rakan2 disana perlu disedarkan.. Thanks

muzium padi gunung kheyang,  21 January 2013 20:30  

umno ni tak dak kerja lain melainkan
memperbodoh dan menakutkan melayu yang sedia bangang tu...

Anonymous,  22 January 2013 00:36  

Salam Sdr Arif;
(maaf saya tidak suka "Title" feudal)

Melayu perlu menimba ilmu bagi memastikan bangsa kita terus kekal dan kompetitif dalam dunia.

Zaman wakil rakyat berkelulusan Darjah 8, LCE, MCE telah berlalu. Bukan mereka takpandai,tapi lihatlah ahli2 Dewan yg ada sekarang yang maseh ada, kebanyakan kaki aampu.

Nak jadi ketua misti berilmu, dan mempunyai ketajaman pemikiran yang baik. Yang dah tua2 tu, yg selalu lompat sana sini pandai2lah fikir apa patut dilakukan.

Yang menjadi ketua juga wajib berilmu, berpekerti tinggi, jangan nanti apabila ditegur malu diri
sendiri. Yg jadi ketua agama itu pastikan menuruti hukum jaangan nanti dikata orang Ketua krncing berdiri rakyat kencing belari. Rosak negara.

Kalau sanggup menerima Title ketua bermakna sanggup memikul tangungjawab memimpin dan memerintah. Diri sendiri dahulu wajib mematuhi hukum. Sanggup bertangungjawab sebelum diserah kpd rakyat.

Jika tidak sanggup menhadapi dan memikul taanggungjawab ini lebih baik undur diri. Jangan tengok yang sedap saja, tengok tanggungjawab dahulu,tengok hukumhakamnya,amanah,jangan fikir kuasa saja.

Ada bangsa ada raja.................myi

Cahaya Qalbu,  22 January 2013 04:55  

Since 2007 the BN’s govt has used RM325 billions of hard-earned PETRONAS money; annual average of about RM81 billion. Yet the people are not informed of how the money was spent. It proves the existing govt. has no transparency and accountability towards its rakyat. An example is Dr M pet project; Proton used billions of the nation’s money to sustain the industry but flopped all the way through, due to improper management, bureaucracy and cronies’ greed.

Lesser taxes or subsidies for the people would not lead to national bankruptcy. Its unrestrained redundant spending when productivity is not guaranteed, unlimited corruption, mismanagement, uncontrolled financial leakages, mega-projects without much economic activities that will make a nation bankrupt.

55 years of BN administration has not achieved much in terms of narrowing the economic disparity among races, bridging race relations, curbing govt. bribery and limiting financial seepages. The rich are getting richer while the poor remains poor or becoming poorer.

It will be a bleak future if Msians don’t change the existing BN’s govt. This is not the time to be undecided or wait and see attitude for the opportunity to save the country will be too late.

Furthermore, change can certainly make things better especially in a two-party system. Politicians from an alternative party who make promises will then have to honor their promises or else they will be voted out in future elections!!!

Anonymous,  22 January 2013 06:58  

Why are these 'Mamak' Malaysian allowed to cause unnecessary and damaging tension and conflict among peaceful and decent ordinary people of major races and bumi?

They speak and behave without any fear of the LAW or inflicting potential harm and damage.

Their number is so small but many are holding position of power, trust and influence in public service, a very high % of representation in government.

There must be something very wrong with BN leaders - they are weak, incompetent, irresponsible and etc. or it is part of their plan?

Anonymous,  22 January 2013 08:25  

ya betul tu Pak Sak, tendang bangsa melayu & peluk bangsa cina sebab bangsa melayu telah banyak menyusahkan Pak Sak sementara bangsa cina pula telah banyak berjasa pada Pak Sak....

awangbatuburok,  22 January 2013 12:58  


Salam perjuangan Datuk,

Memandangkan teori RAHMAN akan berakhir tidak lama lagi, mari lah kita kemukakan teori dan gagasan baru untuk Malaysia Baru dan Merdeka Rakyat menjelang PRU13 nanti.

Teori baru ini kita namakan AMANAH.

Anonymous,  22 January 2013 19:35  

Pak


What about a RCI on how Indian Muslims became Malays and corrupted the meaning on being a Malay. I think all true blood Malays want their race back. With this can have a program in National Registration Dept automatically with a press of a switch reverting all Indian Muslims to their correct race

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP