Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 17 January 2013

Najib sudah tahu UMNO kalah



Saya sedang duduk diluar Stadium Negara pada 12 Januari yang lalu. Ye, mahu cakap lagi. Sebab perhimpunan ini menimbulkan ketakutan yang amat sangat dalam hati pemimpin UMNO. Masa ini tentu semua orang sudah tahu karakter Naib Tun Razak- anak bangsawan yang gembira tengok ramai rakyat miskin. Sebab jika ramai yang masih miskin, barulah sah rasa seorang feudal melihat rakyat menadah tangan meminta pertolongan. Baru ada rasa kick melihat seorang insan lain merayu rayu.
Ketika saya sedang duduk di bingkai pavement stadium merdeka, seorang berbangsa India, warga negara kita datang menghampiri saya. Dia memperkenalkan diri. Orang dari Perak, dari Sungai Siput. Kita gelar dia Mr Sungai Siput. Encik SS.
Dia pembaca blog saya. Terima kasih lah- kenalah baca sebab blog ini kepada blogging adalah seperti stadium Lumpini kepada  Muay Thai, Madison Square Garden kepada boxing dan Wimbledon kepada pertandingan tennis. Tidak perlu setuju dengan apa yang saya tulis. Hanya kongsikan bersama dengan kawan2. Bawa mesej ini. Ini kalilah kita singkirkan UMNO. UMNO berketuakan Najib macam Ayam berak kapur. Teringat saya kata2 Tun Daim- Najib hasn’t got what it takes to run the country.
Encik SS cerita pada saya. Pertemuan dengan seorang Ketua UMNO Bahagian. Ketua Bahagian meminta dia menggembelingkan sokongan masyarakat India Sungai Siput untuk UMNO. Encik SS kata- ini kali, orang Yindia mahu dengar denyut hati rakyat.
Maka jika ketua UMNO tidak bingung, dia mesti sedar bahawa orang India bukan lagi berlari mendapatkan dakapan maut UMNO. Takde orang nak layan UMNO dah. Padan muka.
Apa dah jadi? Apa nak jadi? Sampai sekarang masih memilih? Masaalah UMNO bukan masaalah ahli. Yang membawa celaka dan malapetaka kepada UMNO ialah pemimpin mereka. Tunku Abdul Rahman pernah berkata- hampa tengoklah nanti- yang akan bawak kehancuran kepada UMNO dan merosakkan orang Melayu adalah Dr Mahathir. Lebih baik orang Melayu berkawan dengan syaitan yang kita kenal daripada malaikat yang kita tak kenal. Ertinya, lebih baik bersahabat dengan orang jahat daripada berkawan dengan orang baik dan mulia? Emak bapak jenis apa yang beri nasihat sedemikian?
Sifat syaitan ialah (1) ingkar (2) sombong (3) takabbur (4) berbangga kerana asal usul. Bila Najib ingkar hadir ke Parlimen setelah membentangkan bajet terbaik nya sejak zaman nabi Adam, dia ikut perangai siapa? Iblis dan syaitan. Bila dia pergi ke Pulau Pinang cakap besar bahawa bajet Pakatan Rakyat tidak senilai kertas ianya dicitak- Najib ikut perangai siapa? Sombong dan takabbur- perangai syaitan. Bila orang UMNO berlagak kerana ahli mereka 3 juta dan mereka berasal usul golongan yang berjuang untuk merdeka- mereka ikut perangai siapa? Syaitan.
Sebab itu dalam AlQuran kita ada sebut yang ikut syaitan dan iblis ialah mereka yang bernaung dibawah syaitan dan golongan yang musyrik.
Semua pemimpin UMNO dari atas sampai kebawah, semua korap. Bukan saya kata, Dr Mahathir kata. Dr Mahathir bercakap mengenai rasuah sedangkan dia dikatakan bernilai USD44 billion atau RM 132 billion? Gila kita orang Melayu nak dengar cakap orang seperti ini.
Bagaimana nak benteras rasuah jika wang dan merangkak, merayap, berlari dan memanjat sehingga nombor 1? Bukan saya kata. Tun Daim beritahu. Yang nombor satu ada skendel beli kapal selam. RM5 billion beli kapal selam dapat komisyen RM500 juta. Terima sogokan dari kontraktor negeri Cina buat landasan berkembar Gemas-JB. Ada pula dakwaan dengan skendel Altantuya.
Isiu Altantuya tidak akan reda. Jangan kita mengentengkan pembunuhan ini kerana Altantuya bukan orang Melayu, agama Islam atau wanita yang dianggap tidak mulia. Ketika isiu pembunuhan ini mula2 timbul dulu, orang UMNO kata apa sangat nak kisahkan seorang kafir dan pelacur dibunuh? Sebab yang meniduri wanita itu ialah Melayu, Islam dan yang dibunuh itu manusia. Jadi kita kena kisahkan.
Rakyat naik berang dan tanya. Apa yang susah sangat nak buat Razak Baginda cerita kepada rakyat Malaysia? Razak Baginda terang2 mengaku wanita Mongolia girlfriend dia dan dia bercucuk tanam dengan bumi Mongolia. Balasubramaniam sebut, gadis Mongolia itu Najib Razak yang kenanalkan kepada Razak Baginda. Najib Razak suruh dia jaga Altantuya baik2. Kalau nak pakai boleh. Depan atau belakang pun boleh.
Padan muka orang UMNO kena tipu- Razak Baginda seronok bersuaka di England bawak kereta Ferari, bawak Aston Martin. Hidup Melayu. Hidup UMNO. Kamu berkeringat membanting tulang semata mata membiayai kehidupan pemimpin kamu yang mewah.
Apa yang susah sangat nak buat dua orang polis tertuduh, cerita siapa suruh mereka tembak dan bom Altantuya? Mustahil suka2 dan seronok, bangun pagi- hari ini aku nak tembak, rogol dan bom? Apa yang susah nya pendakwa raya mendedahkan ini semua? Mereka ni lulus university mana? Betulkah ada sijik peguam?
Yang merunsingkan orang Melayu hari ini ialah kedudukan orang Melayu? Pertama nya, soalan ini tidak perlu ditanya pun. Jumlah orang Melayu dalam Negara ini ialah majority. 18 juta dari 28 juta. Ahli UMNO , 3 juta. Mati semua ahli UMNO pun, ada 15 juta orang Melayu terus hidup tanpa perlukan ujudnya UMNO. Jadi apa perlu pemimpin UMNO yang rasuah dan korap? Kita tak boleh jadi jurucakap sendiri menjuarai kepentingan kolektif bangsa Melayu?
Kedudukkan, keistimewaan dan kepentingan orang Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang. Undang2 kekal. UMNO sifat nya sementara. Kedudukan dan kepentingan orang Melayu tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Mesti dapat persetujuan Majlis Raja2 Melayu.  Hanya jika Majlis Raja2 Melayu tiba2 jadi Majlis Raja Kapur- maka ketika itu, mungkin kita orang Melayu akan rasa cemas. Itu pun mungkin, sebab fakta nya ialah kita ni majority. Dan kita boleh mempertahankan dan menjuarai kepentingan kita secara sendiri tanpa memerlukan bantuan UMNO yang bingung itu.  
Kenapa perlu kita beri Najib mandate untuk 5 tahun lagi? Apa yang boleh dia lakukan dalam masa 5 tahun yang dia tidak lakukan dalam masa 55 tahun? Kamu beri satu undi kepada UMNO bererti kamu melanjutkan usia parti dan pemimpin yang merompak dan melanun negara ini atas nama agama, bangsa dan tanah air? Kamu ingat orang UMNO yang membela agama Islam? Orang UMNO berebut nak jadi pengerusi masjid dan surau. Yakni berebut jawatan. Bukan berbakti dan memberi maksud kepada jawatan tersebut. Budaya berkerja ikhlas dan jujur tidak ada dalam budaya atau piagam hidup orang UMNO.  Sebab itu, pemimpin besor UMNO Tanya- lu tolong gua, wa tolong lu yang sekarang dah jadi, lu tolong gua dulu, baru wa tolong lu.

25 comments:

monsterball 17 January 2013 at 12:41  

Tiap2 mingu....habis 12 GE...Najib tembang2 dia chance....boleh minnang atau kalar.
Tiap2 mingu...kabar borok...memang kalar.....sampai 4 tahun..tembang tembang..tembang...semayang...cari bomohs2...sumai chakap..dia memang kala.
Malaysians tungu2.
Lagi 79 hari..13 GE mesti jalan...tetapi...dia karla...habis wayang.
Hari2..nanti...pargi/malan...nanti2..bela polis temkap dia ...pergi jail.
Sama satu harimau sudah stinga mati...lawang...tetap tawan.
Apa macham lawan??..cari gangsters bakar rumah..bakar kereta...perkul orang mati...Negara jadi Emergency Rule.....dia dudok rumah...konyang kaki...gembira.
Tau dia apa macham phikil..kita boleh plan....counter fight.

Anonymous,  17 January 2013 at 12:58  

Dato Sak,

Polis Malaysia dari yang terendah sampai ke peringkat atasan memang " gagal total " dalam kes sisatan pembunuhan Altantuya ni.

Saya setuju pendapat Dato. Apa susah sangat nak dapatkan maklumat siapa yang mengupah Sirul dan Hazilah untuk membunuh Altantuya. Terang sudah mereka mengatakan membunuh kerana diberi upah. Sudah tentu mereka tahu siapa yang mengupahnya. Soalnya kenapa tiba tiba dalam kes mudah ini semua polis di Malaysia ni termasuk KPN menjadi bengap tiba tiba ?

Ok la. Dato Sak minta dengan izin KPN dua malaon tu dibawa ke rumah Dato Sak...minta kebenaran polis agar Dato dan saya dapat selesaikan kes ini ( sebab mereka terbukti dah gagal ). Saya akan ke rumah Dato dan kita sama sama berhadapan dengan dua malaon " kambing hitam tu " mencari siapa pengupahnya !

Mohon pihak polis atau KPN benarkan ini kalau memang polis dah mati akal atau kecut nak proceed kes ini. Jangan sampai jadi macam kes RCI di Sabah tu...akan terbongkar juga akhirnya. Nak lari ke mana?. Bangkai gajah tak mungkin dapat ditutup dengan nyiru. Perancangan Allah tak siapa mampu menghalangnya.

Kalau kes mudah macam ni polis gagal nak selesaikan..memang polis Malaysia tak boleh diharap oleh rakyat. UMNO BN harus ditumbangkan dan jabatan polis harus dirombak, kita cari dimana " kunci " yang menghalang siasatan ini dijalankan dengan telus.

Dato Sak tentu ingatkan kes lebam mata Anwar?. Bukankah Mahathir cakap Anwar tumbuk matanya sendiri. Dan tak pasal pasal Suruhanjaya Siasatan Di Raja dibentuk untuk siasat kes tu walhal..kepala bapak polis masa tu..Rahim Noor yang menjadi dajal Mahathir. Dalam kes Altantuya ini pasti ada persamaannya....arahan dari atas.

Kalau pemimpin dan pengikut UMNO tak percaya...saya cabar lakukan permintaan ini.. Sirul dan Hazilah perlu disoal oleh pihak lain yang lebih dipercayai..bukan oleh polis kerana sudah terbukti...polis termasuk KPN sendiri seperti Rahim Noor adalah juga penyumbang kepada negara menjadi haru biru! Sudah terbukti malah telah tercatat dalam sejarah pun.

Bolehkah anda nafikan perkara ini?

George Choo 17 January 2013 at 14:12  

Dear Sak, how r u? Lama tak jumpa.

tonite ceramah kat Puchong.

Orang Umno adalah terdiri daripada

Kaki Rasuah dan Kaki TEMBERANG.

That is why they are very kaya.

Tanding kat mana, RAUB or PUCHONG?

Good luck during election.

Anonymous,  17 January 2013 at 17:06  

The PM's popularity might just push BN across the line.

Cahaya Qalbu,  17 January 2013 at 18:02  

Pentadbiran PR Atau BN.?

Sebagai Contoh:

Di Pulau Pinang : Apabila DAP/PR mengambil alih pentadbiran dari UMNO/Gerakan, hutang negerinya menghampiri RM 700 juta.

Hanya 4 tahun DAP/PR mentadbir, ia telah berjaya menurunkan hutang tersebut keparas RM 30 juta .

Maj. Per. Sbrang Prai (MPSP):
Zaman UMNO/BN,2001-2007= RUGI RM 5.10 juta.

Bawah DAP/PR, 2008-2010= UNTUNG RM54.39 juta.

Peruntukkan Hal Ehwal Agama Islam P.Pinang juga telah meningkat sehingga RM64 juta setahun. Semasa bawah BN, peruntukkannya hanyalah RM12 juta setahun.

Dan P.Pinang telah menjadi negeri no.I pelaburan dari dalam dan luar negara utk membuka banyak peluang pekerjaan kpd rakyatnya.

~~~

Di Selangor: Semasa UMNO/BN meninggalkan Selangor pada 2008, rezab tunainya ialah RM800juta. Selepas 4 tahun PKR/PR menerajui Selangor, rezab tunainya telah meningkat ke RM 2 billion dan merupakan no. 2 terbesar menarik pelaburan dari dalam dan luar negara.

Duit pasir negeri selangor:
Bawah BN 2005-2007=RM 4.3 juta. Bawah PKR/PR, 2008-2010 naik RM 15 juta.

Kerajaan negeri PR juga telah berjaya menjimatkan anggaran Rm100 juta, setelah mengambil alih pengurusan pembuangan sampah.

~~~

Di Kelantan, hasil balaknya:

Bawah UMNO BN, 1985-1989, seluas 158,200 hektar= RM 8 juta.
Bawah PAS 1989- 1994, hanya seluas 30,451 hektar= naik RM355.85 juta.

~~~

Di Kedah, hasil balaknya:

Bawah UMNO/BN tahun2007= RM 8 juta.
Bawah PAS/PR tahun 2010= RM 53 juta.

Kedah juga menduduki salahsatu tempat 5 teratas menarik pelaburan dari dalam & luar negara.

~~~

Di Melaka : Rezab simpanan tunai kerajaan negeri Melaka pada tahun 1999 adalah RM234juta.

Selepas 13 tahun di bawah pentadbiran UMNO/BN ianya cuma tinggal RM8juta. Hmmm…..banyak lagi duit rezab tunai kilang cap Ayam.

###

Anonymous,  17 January 2013 at 18:11  

Dato,

Prosiding RCI kes pemberian IC kepada pendatang terang terang memnuktikan bahawa SPR tidak bebas dan jadi tunggangan UMNO BN khususnya Mahathir. Bila pengerusi SPR sekarang ditanya soal tersebut, dia mengelak untuk komen atas alasan tertentu.


Saya mahu katakan di sini bahawa tidak ada jaminan SPR sekarang sudah cukup bebas sedangkan kerana hubungan " istimewa " badan ini dengan UMNO BN sukar untuk ditolak oleh sesiapa pun. UMNO BN sekarang tidak banyak bezanya dengan UMNO BN dulu malah orang yang terlibat langsung dalam kes pemberian IC pada pendatang di Sabah beberapa tahun dulu kini masih berada dalam UMNO malah kukunya masih mengcengkam kuat parti berkenaan. Jadi tak payahlah pengerusi SPR sekarang nak buat cerita dan alasan bodoh untuk terus pandirkan rakyat.

Membantu pelarian politik asing yang tertekan dan memberi perlindungan bukanlah suatu masalah atau kesalahan malah suatu tindakan terpuji. Tapi memberi kerakyatan secara mudah malah memberi kuasa undi pada pendatang asing semudah membaca abc memang tidak boleh diterima langsung walau atas apa alasan sekali pun.

Jadi jika bukti mencukupi maka pihak berkaitan termasuklah Mahathir haruslah dihukum seberat beratnya kerana soal ini berkait rapat dengan keselamatan negara tercinta kita Malaysia. Panjangkan siasatan ini terhadap kemasukan pendatang pendatang Myanmar yang ramai di Langkawi mahu pun di Pekan sendiri. Apakah pendatang myanmar ini juga diberi status kerakyatan dan hak mengundi di Malaysia.

Cukup jelas...hayat UMNO selama ini dipanjangkan oleh kehadiran pendatang asing tidak saja di Sabah malah diyakini juga meluas berlaku di negeri negeri lain. Sama samalah kita pastikan PR diberi kemenangan dalam GE 13 agar segala penipuan membabitkan SPR juga dapat dibongkar secara besar besaran oleh kerajaan PR nanti. Ini bukan soal PR atau UMNO BN...tapi ini soal hak, kebenaran dan kesucian undang undang.



Anonymous,  17 January 2013 at 20:52  

Ahli UMNO , 3 juta.

===

Apakah pendapat datuk tentang kebimbangan yang pernah dibangkitkan bahawa Umno akan mencetuskan huru hara jika mereka kalah supaya dapat mengekalkan kuasa melalui pintu belakang ?.

Anonymous,  17 January 2013 at 20:57  

cahaya qalbu,,,,, hebat la kepercayaan paling bodoh dalam dunia la kepala otak ko..... brengsek namanya.....

Anonymous,  17 January 2013 at 21:05  

Sak,

Just a comment about UMNO's current dire straits and the 'citizenship' issue in Sabah.

Mahathir b. Mohammad has the audacity to accuse Tunku Abdul Rahman and say the Tunku is worse than him?

You are not even half the man Tunku was and what he stood for. History will not be kind to you.

Anonymous,  17 January 2013 at 21:13  

Dato Sak,

When he quoted Anwar's case, the same applies more so that it doesn't take a rocket scientist to conclude Najib's complicity.

Bala and Deepak should continue to harrass Najib, they will earn through their noses from free blackmail money. After LTAT, Najib will use some other sucker GLCs.

A prominent once mentioned there are parliamentary practises in the Commonwealth to unseat Anwar as a sitting Ketua Pembangkang due to moral grounds. But I guess given his key role to save Najib's ass, you won't hear him talking of unseating a sitting PM due to complicity for murder, abuse of power, corruption and blackmail etc. Besides he is still collecting his dues for that role.

Maybe Mahfuz's call to Agong for a special Parliamentary session for Najib to answer charges should include impeachment like those for Nixon and Clinton as sitting presidents.

MungkinBetul,  17 January 2013 at 22:30  

What might be the motivation behind the refugee exchange with Australia?

Projek IC Part 2?

Cahaya Qalbu,  18 January 2013 at 00:13  

Hehe Anon 20:57,,

Kecian,,,cian la tengok ko masih lagi hidup dlm kegelapan bawah tempurung, ditipu hidup2 oleh cerita bersiri 'Hikayat Hidup Melayu' yg direka oleh pemimipin2 hipokrit UMNO..

Anonymous,  18 January 2013 at 00:23  

Sekarang Malaysia tempat cetak duit cepat untuk menteri,pemuda,ketua pemuda,bahagian,cawangan,Azeez Mamak senang dapat supply kereta bomba dan baju hujan dgn guna nama supplier asal dan tokok tambah untung diatas invoice,bila SPRM dan audit check tak apa pasal yg compsny dapat adalah company yg pernah supply kenderaan tersebut, spec tak ikut pun lulus juga dgn kata special intruction from him brother and his kakak at PM office, begitu juga AP kereta Tok Pa and the geng at MITI akan tambah extra kota diatas syarikat ahli PEKEMAL beratus2 AP dan bulan Ketua Bahagian, pemuda,cawangan dll pergi colect duit bulanan saja tanpa kerja apa2; understand agts between PEKEMAL MEMBERS and KETUA-KETUA UMNO JUGA Setiausaha Sulit menteri dan mungkin involce isteri menteri, nak tahu panggil PRESIDEN PEKEMAL YBG DATO ZAINUDDIN dan check dari tahun 2008 hingga sekarang berapa dan syarikat mana yg ditambah quota AP, yg bodoh dan beli kereta recond dan second hand UK ada rakyat. Jatuhkan UMNO?

Anonymous,  18 January 2013 at 00:24  

Dlm hal kopolisan kena tanya Dato Ramli Yusuf, tetapi dia sekarang dah ditutup mulut,pasal apa dia tutup mulut? Rakyat fikir sendirilah.

Anonymous,  18 January 2013 at 00:28  

Ada satu cerita diNegeri Kelantan seorang bangsa Cina yg umurnya masih muda lagi, tetapi menjadi partner Nazri Aziz, namanya Sunny oh maaf Dato Seri Sunny, mandu kereta dulu lambong....sekarang Hammer WTL., untuk project pembamgunan diNegeri Kelantan, sebab itulah Nazri selalu keKelantan dan jumpaToK Guru, mungkin nakdepatkan proses urusan tanah kok...is cari sendiri beri ni.

Anonymous,  18 January 2013 at 02:25  

Dato,

A group of students talking behind me just early day discussing about an invitation for tomorrow friday 18th 3pm for some club launching event at Perdana Global Peace which placing Syed Mokhtar office as well. They will gathering all ipt, university students.

My point here is Its not fair when they we not allowed to attend event organized by PR but only for BEnd and UMNOs.

Why dont we join this event too to show some support for 'peace' . Perhaps there is a free beras Jati and goodies.

monsterball 18 January 2013 at 04:41  

Leave it to the old crook...performing a show with Najib.
Mahathir said...BN winning a slim majority will not help.
"winning" is the word ....Mahathir wants voters to remember.
Najib responded....he will try is best to get a better majority.
The game is POSITIVE THINKING.
I repeat...both are talking WINNING the 13th GE.
Najib needs Mahathir badly.
I think...smart Malaysians are laughing and will not be hypnotized by Mahathir's choices of words..as many commentators knows what the 4 years delay is all about.

monsterball 18 January 2013 at 04:54  

The show went on....
Najib came out with a respond...saying Deepak is talking nonsense.
That is it. That is his respond!!!
Mahathir said the Indonesians and Phillipinos given citizenship in Sabah are all done legally...and accused Tunku Abdul Rahman giving 2 million Chinese and Indians citizenship..out of his whims and fancies....FORGETTING...it was the demand by the British...as condition for our Independence.
Back to Sabah...Najib said the Govt. has more than 160 witnesses to interview....before concluding legal or not legal...done by Mahathir.
Notice the father and adopted son...snaky game???

Anonymous,  18 January 2013 at 10:11  

Dato
Orang melayu bukan takut. Tapi dua dua pihak pun ada penyangak & penyamun. Macam mana kita nak tau penyangak & penyamun ni tak bermaharaja lela dlam PR. Kita lihat ada unsur unsur samun n menyagak dikalangan PR ni...Kalau Dato boleh janji penyamun ni under control???

Kat BN penyamun ni aktif sebab habuan depan mata. PR ni depa tak nampak habuan...lagi

monsterball 18 January 2013 at 12:59  

Hahahahahahaha....Deepak responded that Najib sitting at the PM's chair is like a sitting duck...and went on to challenge Najib to defend himself for all the accusations thrown at him and Rosmah on Atlantuya's death...on Bala's 2nd sworn document.
Deepak spoke with no respect to Najib and Rosmah.
I still suspect Alantuya's ghost is using Deepak to speak for her.
Mongolians are very good at powerful bomoh stuffs..for good deeds ...never to hurt anyone who does not deserved to be hurt.
KeDAILan Azim....came out and call Mahathir a coward...twisting historical facts...belittling our beloved Tunku.
All are immediately gunned down....to focus of corruptions and double standards...for main reasons for change....besides 56 years...enough is enough.

Anonymous,  18 January 2013 at 14:41  

Rakyat TOLAK Rasuah.. Siapa jadi pemerintah selepas PRU 13 ini... tolonglah jadikan Negara BEBAS RASUAH.

Anonymous,  18 January 2013 at 14:41  

Rakyat TOLAK Rasuah.. Siapa jadi pemerintah selepas PRU 13 ini... tolonglah jadikan Negara BEBAS RASUAH.

Anonymous,  19 January 2013 at 16:52  

Dato Sak

Kami mencadangkan, Semasa mengundi GE13, semua pengundi akan memberi IC untuk pengundian. (Cadangan) Pegawai Pilihanraya hendaklah bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan pengundi. Pegawai2 ini hendaklah merekodkan mereka2 yang tidak mahir bertutor. Senarai ini hendaklah diserahkan pada Independent Group untuk diseledik latar belakang mereka selepas itu. Samada mereka ini bukan Warganegara Asli ( IC terbang) dan sebagainya. Semua rakyat Malaysia mestilah mahir bertutur Bahasa Malaysia kerana bersekolah selama 11 tahun dan menggunakan Bahasa Malaysia. Jadi kita bolih mengambil tindakan yang mereka telah menipu, manipulasi dan bekerja haram kerana mengundi. Saya jangkakan mereka ini dari negara2 jiran kita, kerana menjadi Economic Immigrants kerana isu mengeluarkan IC terbang adalah Rampant, Lihat saja apa yang Mahathir komen tentang IC issuance 1994 dan RCI

akmal ariffin,  20 January 2013 at 08:16  

Dear Sir,

Have u ever considered running as a candidate this GE13? I think u are the best choice for any constituency in Pahang. However, I don't think u can be the MB cos that is Dato' Fauzi's rightful domain. He has worked hard all these years.

Back to the election. I think the best seat for you is as MP for Mentakab, a DAP seat. I'm sure you will get a rousing response. I would even help u set up banners and posters. Right now, any Chinese candidate contesting the Mentakab seat is like committing suicide. U know our people, takkan nok beri Cine merentoh. Orang Mentakab ni masih tebal lagi keMelayuannya. So I think the best choice would be u.

U should go for Parliament as u know Najib well. If, by sheer bad luck, Pakatan loses, u can give your voice to rattle BN. Najib hates your guts I think. Therefore, your advantage of being close to him once before would definitely unease him to see u present in the Dewan.

However, if Dato' Fauzi doesn't want the DUN seat, and wants to be MP, you would be the best choice as MB. See if u can be better than Rahim Bakar. I bet Pahang would grow by leaps and bounds if you're in charge. I just want a first name basis sort of friendship with u. No need for hectares of virgin jungles for me. Even though I don't think Pahang will be Pakatan's this time around, but the idea is interesting. You make Pahang proud by creating this blog. Most Malaysians do not think that Pahangites as daring or bold in this struggle. They think we are pushovers. I am very proud that u are a Pahangite. I recommend your blog to all my colleagues in KL. They all say the same thing, 'I love it'.

Both of us know the trouble in Pahang is caused by one person, and one person only. One guess only. If that person is desteriled, most of Pahang's problem would be settled. We have to work to make Pahang an opposition state. I feel sad at the way things are right now. The state's coffers bare. All its resources wasted. Pahang can be the richest state in Malaysia if it so wants. But UMNO doesn't allow this. All the leaders think about is, 'What is the best way to rape this State, for my own end.'

So, Mr Sakmongkol, if u ever need a hand, i will always be available. Let's do a project together like compiling all your writings into a book.

That is all for now and hope u will be successful in your endeavor.

Anonymous,  20 January 2013 at 08:41  

Baru la saya jumpa blog yang bagus ceritanya ini. Saya asyik baca MT ja. Tapi kini ceritanya tak menarik. Asyik-asyik papar cerita Mahathir si penipu no.1 di Malasia.

Saya membaca MC ada tulisan Aspan Alias, saya ke blog Aspan Alisa juga amat menarik dan dari situ saya ke blog tuan.

Bila saya baca tulisan Aspan menegenai Tuhan Allah rupa-rupanya, orang Melayu tida la sejahat macam Ibrahim Ali.

Terima kasih kerana menulis blog ini dan saya dapat membaca cerita sebenar kemungkaran UMNO/BN.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP