Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday 2 January 2013

99 Hari lagi- tukar kerajaan Federal!



Ada kawan saya dari UMNO beritau saya- jangan lah hentam kuat sangat. Kita sama2 Melayu. Jawapan saya mudah- melakukan perubahan dan revolusi bukan lah macam minum teh tarik, atau membuat sulaman. Tak boleh halus mulus sangat. Kesetiaan kepada negara sampai bila2- kesetiaan kepada kerajaan selagi ianya layak.
Bila kamu UMNO hentam Anwar Ibrahim takde pun saya tengok sentiment kita sesama Melayu dicakapkan. Takde belas kesian. Itu bekas TPM yang dulu semua orang berebut nak cium tangan. Dan kaki kalau boleh. Kalau TPM kamu boleh belasah, rakyat biasa bagaimana?
Mengapa politik UMNO hari ini didominasi oleh kegiatan melampau- menikam orang, menyekat pergerakan fisikal, menyimbah cat, baling batu, pukul orang? Majority orang Melayu nak duduk diam, membiarkan orang ganas mencorakkan politik bangsa Melayu?
Inilah akibat nya, bila kita majority orang Melayu membiarkan golongan pelampau mewarnai politik negara. Inilah akibat nya bila pemimpin negara lembik dan mempunyai banyak tengkorak dalam almari membuat dia ketakutan mengekang golongan pelampau. Apa yang Najib boleh buat? Dia sendiri terlalu banyak tengkorak dalam almari yang akan keluar satu persatu. Buat muka sadin dan tunjuk innocent boleh lah. Tapi satu dunia dah tahu temberang dan tembelang Najib.
Rakyat tak kisah jika kamu hentam Anwar Ibrahim seorang- tapi rakyat tak tahan tengok sekeluarga kena balun dan dizalimi. Apa yang mereka buat kepada kamu sehingga habis satu keluarga kena? Maka jika UMNO sanggup buat macam itu, janganlah komplen jika kamu menerima balasan yang setimpal.
11.
Dah memang begitu- pemimpin UMNO perompak dan lanun. Yang dilakukan oleh Raja Ropiaah dan keluarga Shahrizat hanya bahagian hujung gunung salji sahaja. Seperti yang dikenenkan oleh Shahrizat sendiri, semua menteri UMNO sapu duit. Kita hairan- perkara sulit seperti ini Shahrizat tahu, tapi apa yang anak dan suami buat, dia tak tahu. Orang macam ini pun, Melayu UMNO masih mahu sokong? Koro sangatkah UMNO sehingga macam tidak ada pemimpin mereka yang lain?
Para penternak lembu, terutama Melayu lihat apa sudah jadi pada RM250juta yang di songlap oleh keluarga shahrizat, pembesar UMNO. RM250 juta yang sepatutnya membangunkan puluhan penternak lembu yang lain sudah dipakai untuk beli kondominium sana sini, buka restoren mewah, beli supermarket, tanah sana sini. Dan oleh kerana ketua UMNO pun ada banyak kurap, dia tak berani nak jelkan Shahrizat dan keluarga Shahrizat. RM250 juta hanya impot 8000 ekor. Lembu jenis apa yang harga nya RM31 ribu seekor?
Para pesara tentera dan tentera yang masih bertugas – perhatikan apa sudah jadi kepada duit caruman kamu di Boustead Holdings. Itu syarikat 65% LTAT yang punya. Lembaga pengarah BHB pula ramai pak jeneral. Duit yang kamu carum, akan ternancam. Belanja RM160 juta nak dapat kontrak RM100 juta? Apa punya binawe.
Si bahalul mana yang kata pembelian ini akan menambahkan bank tanah. Kamu sudah ada 700 ekar sebelah tanah MINDEF ini yang belum dibangunkan, kamu nak beli lagi? Syarikat milik BHB-Jendela Hikmat yang nyata takde hikmat, gagal menyiapkan projek RM250 juta dan sarat dengan hutang. Mahu pinjam lagi dan keluar wang yang ada nak beli tanah dan bayar rasuah RM160juta? Pak jeneral dan lembaga pengarah takde telur nak mohon beli tanah direct dari MINDEF? Yang hendak beli dari Raja Ropiaah Kuala Dipang ini apa pasal?
Mengapa BHB tidak beli 100% Astancangih? Sebab 20% yang baki nya, milik Putera Nazrain bin Abdul Jalil, anak saudara kepada Raja Ropiaah. Makna, BHB masih lagi mahu bersekongkol dengan Raja Ropiaah yang nyata membalun harta milik kerajaan yakni 223 ekar tanah milik Kementah.  Putera Nazrain anak kepada Raja Rabiatun, adik beradik dengan Raja Ropiah. Abdul Jalil suami kepada Raja Rabiatun adalah pemimpin UMNO. Lihat? Pemimpin UMNO sapu semua. Ini semua Raja Kapor dari Kuala Dipang Perak yang berkerja sebagai penoreh getah, pemandu teksi dan kerja2 bawahan yang lain. Tapi sebab ada gelaran Raja- maka orang Melayu panggil mereka Yang Mulia.
Dan orang Melayu UMNO hendak sokong lagi para pemimpin yang korap. Kita kena bezakan Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO.
Orang Melayu yang tak sokong UMNO lebih ramai. Walaupun UMNO ada ahli 3.2 juta, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Bererti 1.2 juta Melayu UMNO menolak UMNO kerana mereka tahu, menyokong UMNO bererti menyokong kemungkaran. Sokong kemungkaran ditegah agama Islam. Jumlah orang Melayu yang mengundi dalam tahun 2008 ialah 5.7 juta. Ertinya, 3.7 juta orang Melayu menolak UMNO. UMNO hanya dapat 2 juta undi.
Jadi, janganlah kita gentar bila pelampau UMNO ugut kita. Kita ramai, mereka sikit. Kita tumbangkan mereka dengan mudah dengan tidak sokong calun2 UMNO. Mudah sahaja.

23 comments:

Anonymous,  2 January 2013 at 20:15  

pencerahan minda yg puitis dan kritis...truskan mmbuka minda mlayu yg smakin layu dan kuyu....

muzium padi gunung kheyang,  2 January 2013 at 20:51  

syabas! terbaik!

jaleel ayam,  2 January 2013 at 20:54  

Salam Datuk SAK,
'Jalil' yg u mention tu bukannya Datuk Abdul Jalil Abdul Majid, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yer!

Anonymous,  2 January 2013 at 21:31  

Ok lah Dato, you'll my vote and ours if you explain why as Malay Muslim you join DAP instead of PAS.....

Anonymous,  2 January 2013 at 21:44  

Anon 21:31, maybe you should have good and reasonable answers from Dato, why he left UMNO (Malay and kononnya muslim party)?

monsterball 2 January 2013 at 22:19  

Malaysians sudah nanti2..berapa tuan sampai 98 hari lagi.... masa sudah sumpai...buang Umno B hantus..pencuri...anak Shaitan...suma dalam tong sampah..
Banggun...pergi Parlimen dudok korosi Opposision...rasa chili pedai pedas.
55 tuan...kasi UMNO bohong..chukop la.

Anonymous,  2 January 2013 at 22:28  

Saya slute lah dato nukilan ini.. Amat bermakna sekali.sebagai anak jati johor, saya tetap bersama PR di PRU 13 nanti.

Anonymous,  2 January 2013 at 22:35  

Stupid question. I do not see the connection. What has Malay Muslims has got to do with either parties. I can see where you are getting at, but it is plain stupid. Why Umno Malay Muslims dont join PAS. Do you want to ask that too? Bodo 2 kali jadinya.

Anonymous,  2 January 2013 at 22:48  

Dato, baaaa.....gus tulisan tuan ini.
Harap orang Melayu sedar bahawa bangsa Melayu sudah ditipu oleh Umno sekian lama.
Harap perompak2 dan penyamun2 Umno tidak akan dapat merampas kekayaan negara lagi selepas PRU 13.

Anonymous,  2 January 2013 at 22:53  

Anon 21:31 I know the answer, you have no brain, exactly like UMNO supporters.

monsterball 2 January 2013 at 22:56  

There is a song..."A hundred miles away from home"
It is about a wounded soldier...walking...struggling to reach home to die.
In Malaysia...Malaysians are walking...talking...singing happily.....to complete the 100 miles.....for freedom we never had for 55 years.
Then end of the road is at sight...that will spell the end of modern slavery spearheaded by Mahathir..a Dictator for 22 years..with his UMNO b.
The most sinful thing he did was fooling his own race...with his dirty race and religion politics.
The second most sinful thing is stealing billions from all Malaysians..to feed....his chosen ones...first and foremost..his son.

Anonymous,  2 January 2013 at 22:59  

anon 21:31.... tolong lah sikit, dah bberapa kali SAK nak jelaskan??? pls go youtube and watch SAK interview with the dap chap.

Mr Bojangles 2 January 2013 at 23:05  

With generals and top brass like these who are complicit in condoning such daylight robbery, which way do you think they will swing if there are hostilities with outside powers?

Already they do not have the balls and brains to forestall these crooks from UMNO, and a woman to boot, do you expect them to defend this tanah air against the superior external threats?

They may parade around with chest fulls of medals and combat camouflage but in reality they are just pushovers. Defenders of the negara bangsa dan agama indeed.

They shld take a history lesson and see how the British and the others broke the back of the communists during the Emergency with intelligence, hard work and sacrifice. A similar threat today and i am convinced our generals will be the first to run for cover or screw up big time despite the billions spent on the armed forces.

I guess those in LTAT and MINDEF never prepared for these corporate raiders using them to screw the ordinary footsoldiers. Or maybe they weret just too busy showing their jaguhness by exposing their butts to the world.

Anonymous,  2 January 2013 at 23:16  

Haha.. Spot on bro

Anonymous,  2 January 2013 at 23:18  

My dear anonymous 21:31

The participation of non-Muslims in PAS - and by Muslims in DAP - will be a catalytic process which can bring unity and better understanding.

Anonymous,  2 January 2013 at 23:35  

Dato'

Baju dah lusuh, koyak rabak dan bau hancing terpalit najis macam UMNO BN ni nak terus dipakai lagi ker ?

Orang luar bertukar ganti baju baru..steady jer malah nampak lebih hebat.

Awat la biol sangat sahabat Dato dalam UMNO BN tu?. Dah tau baju diselaputi najis...terus nak pakai juga ke ?. Awat nya ? Dia satu famili suka jenis bau hancing dan masam ka ?.

Ishh..ada juga sahabat kita cam tu ya Dato ? Macam budak kecik dengan bantal masam..tak boleh renggang, dah sebati. Tak ada yang busuk..tak boleh lena. Ha ha

the mean machine,  3 January 2013 at 00:00  

When Abrahim Ali and Malay supremists were screaming racial and religious insults and threatening the Christians and Chinese with blood on the streets what did the powers to be said.It is their basic rights and freedom of speech.

When those bastards can do what they want to do because there are hired thugs from Umno,why had Sak got to explain for leaving Umno or joining the DAP.This is an non issue compared to the racist and religious bigots.

Anonymous,  3 January 2013 at 01:40  

Dato Sak, these UMNO GOONS are beyond redemption. Gone for good. It reminded me of a friend(a very qualified Malay accountant) who wanted me to join him in UMNO to campaign for Najib in Pekan. Blatantly I told him you must "bebal' and plain stupid. I told him buka le mata sikit. Masih tak nampak lagi mereka2 ini ada lanun dan penyamun. In rebuttal, he said that I am the one that is 'bebal'.
Ini lah dia Melayu hari ini.Otak nya sudah rosak dan twisted. Salam

Anonymous,  3 January 2013 at 08:38  

Salam Dato, tulisan kali ini yg paling saya suka, sungguh kritis. Teruskan gaya tulisan begini. Saya bekas ahli umno tapi dah lama tak pangkah bn.

Anonymous,  3 January 2013 at 09:02  

Saudara Anom -Anom Di atas, sungguhpun aku tak kenal kamu tapi aku tahu bau mu.Dato' Sak ini bijak dan arif orang nya, pandai mengkaji land scape politik, tahu mengenalpasti peluang melalui kaji seledik serta analisa SWOP ,lalu beliau memilih DAP, mudah menjadi calon kerana persaingan nya kurang. Tapi apa pun insa seperti boleh merancang ,tapi Allah SWT adalah pemutus nya. Pandangan saya berpada-pada lah mengkritik Melayu UMNO takut berat kepada fitnah, berdosa ibarat makan daging saudara sendiri. Berhati-hati dan berwaspada lah. Biar rakyat menentukan dan membuat keputusan, TQ.


Serba salah

thunderstorm,  3 January 2013 at 22:20  

Salam Pendekar Melayu SAKMONGKOL, i like it, melayu tak boleh lagi duduk diam diam, senyap senyap, berbelas kasihan atas kesemua kesalahan yang melampau. melayu melakukan ke atas melayu sediri "tidak apalah simptom". harta harta boleh dilanun habis habisan, jangan sekali merombak binasa minda melayu dengan budaya samun rasuah. KERUGIAN terBESAR Melayu bukanlah lagi bread & butter, lembu, tanah, harta dan bangsa. Kerugiannya MINDA yang semakin TENAK PARALISIS. i really like the awakening JOLT this very season, well done sakmongkol

Anonymous,  4 January 2013 at 19:59  

PAK JENERAL SEMUA TELORNYA DAH KENA KERAT...PONDAN BELAKA

KAKI BODEK DAN JILAT BUNTUT PUNYA JENERAL..KALAU ADA MUSUH DIA LARI DULU....

MESTI TANGKAP DAN REJAM! KIANAT NEGARA NOMBOR SATU!

panahati,  2 April 2013 at 20:23  

ala bang..cmner nk share ni..xde button share..point best abg bg..

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP