Sunday, 30 September 2012

Bajet Terbaeek sejak Nabi Adam( 2)



Please be patient. There will be an essay on this 2013 budget in the English language. Right now I am tackling the Bahasa Melayu readers.

Hari Jummat lalu, ketua otobot, Optimus Prime Najib telah membentangkan bajet. membawa usul dalam parlimen untuk mengeluarkan suatu jumlah wang dari kumpulan wang yang disatukan untuk pelbagai tujuan.
Erti nya, Najib memohon kelulusan duit rakyat untuk diperlakukan ikut program yang kerajaan dia telah plan. so, please ingat. bajet 2013 is not Najib's gift to Malaysians. its our money that he plans to use. the old rule still stays- our money is best managed by us instead of a deceiving Optimus Prime, chief TRansformer.   we manage it, by keeping a close tab on how his government uses OUR money.
Kita tidak sedar, kerajaan Najib menyusun kehidupan negara keliling hutang. Kita membangun diatas hutang yang kian menimbun. Ini sudah tahun ke 14, ekonomi kita dalam defisit- kita belanja lebih dari pendapatan. lain negara sudah diistihar muflis. Pemimpin negara kita kata ok. 
We structure the life of the country around debt. Even when the economy is good, we still borrow instead if using increased revenues when the economy was good to pay off our obligations. When we do that, it means, debt is structural.
Walaupun ekonomi bagus, Najib tetap juga berhutang dan tidak menggunakan pertambahan pendapatan ketika ekonomi baik untuk mengurangkan hutang. Ertinya, kerajaan Najib membudayakan hutang dalam kehidupan negara. Bila ekonomi teruk, kita berhutang. Bila ekonomi dah baik pun kita berhutang. Ini dinamakan hutang kita dah jadi hutang structural. Dah jadi darah daging. Ini wasathiyah Najib.
Maka PM Najib pun tak kira lah. Asyik berhutang dan terus meyakinkan kita , ekonomi akan pulih dan kita akan bayar. Bayar dengan apa? Hasil kutipan cukai tidak berkembang. Hasil menyewa harta benda rakyat tidak boleh diperlakukan sewenang wenang nya. Kalau boleh, Malaysia dikasi sewa kepada Singapura. Hasil dari keuntungan minyak Petronas pun akan mengurang. Jadi nak bayar dengan apa? Lama kelamaan, base cukai akan dikembangkan- Najib akan kenakan GST kepada kita semua. Kalau tak, nak dapat mana duit nak bayar hutang?
Memanglah meminjam bukan lah perkara yang seburuk yang disangka. Hutang kerajaan Singapura misalnya pun amat besar. Semua orang berhutang. Tapi ada beza nya. Kemampuan bayar semula kita lain. Hutang mesti dikaitkan dengan prestasi negara dari sudut pendapatan hasil atau revenue. Kemampuan membayar tentulah dicerminkan oleh surut atau naik pendapatan. 
Berapa anggaran revenue negara?  Kerajaan Najib anggarkan revenue naik dari RM 207.2 billion kepada RM 208.6 billion untuk tahun 2013. Ini peningkatan sebanyak 0.7%.  punya lah cakap besar. Ekonomi lestari itu dan ini. transformasi dah berjaya. Dah mendatangkan buah.  Najib tidak juga beritahu kita, inilah peningkatan yang paling perlahan dalam sejarah ekonomi kita sejak tahun 1999.Belanja dicadangkan RM251.6 billion. Makna nya, sekali lagi defisit sebanyak RM43 billion. 

Kerajaan wasathiyah dan Optimus Prime Transformer Najib menanggung hutang yang kian meningkat kerana hendak membiayai pelbagai macam fikiran mabuk dia. Hutang kerajaan meningkat dari RM363 billion dalam 2009 dan RM456 billion in 2011. Untuk tahun 2012, hutang kerajaan pusat yang dianggarkan ialah ialah RM502 billion. Ertinya, sejak 8 tahun yang lalu, hutang kerajaan pusat meningkat ke tahap 107.4%. 
Kerajaan Najib sibuk bila kerajaan Kelantan atau Selangor atau Kedah atau Pulau Pinang berhutang. Tapi bila kerajaan PM sendiri berhutang dia orang semua buat donno sahaja. Mereka akan kata kerajaan berhutang sebab nak tolong rakyat dan membangunkan negara. Soalan: bukan itu juga boleh dijadikan alasan mengapa negeri PR pun turut berhutang? Kelantan tidak ada hutang dengan kerajaan Federal. Selangor tidak ada. Penang hanya sedikit sahaja tinggal. Kedah tidak berhutang. 
Yang bahaya nya, ialah hutang kerajaan kita sekarang ialah hutang structural. Hutang structural berbeza dengan hutang cyclical yang turun naik disebabkan pendapatan ada turun dan naik. Hutang structural ialah hutang yang ujud walaupun pada masa masa ekonomi baik. 
Dalam keadaan ekonomi kuat, kerajaan terus berhutang. Bila pendapatan kita lebih dari perbelanjaan, kita terus juga bergantung kepada hutang. Ertinya, hutang structural berlaku walaupun ekonomi bagus. Kerajaan terus belanja melebihi pendapatan nya.  Ini berbeza dengan hutang cyclical. Hutang cylical berlaku bila ekonomi lemah kerana kutipan cukai jatuh misalnya. Bila ekonomi mengembang, kita kutip cukai dan bayar hutang sementara yang kita telah ambil. Ini cara berhemah dan wasathiyah. Ini tidak- bila hutang sudah menjadi sebahagian dari budaya berkerajaan, PM Najib pengurus ekonomi KITA,  tidak mahu bayar hutang bila ekonomi bertambah baik. Walupun ada lebihan atau surplus, mereka terus hutang lagi. 
kita menyusun kehidupan negara keliling hutang- dengan cara melengkapi hidup kita dengan menghias negara kita dengan projek yang menyebabkan kita berhutang.  Kita nak river of life sedangkan rakyat Melayu di kampong dan desa masih memerlukan kemudahan asas. Kita nak bina MRT yang kos nya sudah pun lebih dari RM50 Billion untuk keselesaan penduduk bandar. Penduduk kampong yang rata2 nya orang Melayu bagaimana? 
Kita tidak memerlukan sebuah kerajaan yang berhutang. Kita ada pilihan untuk menyertai budaya berhutang ini atau tidak. Keputusan untuk mengarah halatuju hidup kita memerlukan hanya satu cara sahaja- menolak kerajaan PM Najib. Ia boleh di lakukan.
Bagaimana kita nak betulkan keadaan? Dengan dasar ekonomi yang betul yang memerlukan dasar yang nyata dan direct. Hutang structural hanya boleh di tangani dnegan cara mengurangkan perbelanjaan, menaikkan cukai atau melebarkan base bayaran cukai. Kita kena buat. Kurangkan belanja keatas kos operasi yang tidak perlu. Menyerapkan anggota rela, kemas, jasa semua meningkatkan kos operasi. Mengapa kita perlu ejen2 UMNO ni? Kita boleh potong paling kurang 70% dari kelompok ini dan mengurangkan perbelanjaan operasi. We don’t need 10 people to look after one cow.
Potong juga belanja keatas projek2 mewah. Program dibawah Permata berlian, emas, perak atau zamrud tu semua tidak berguna. Setelah belanja banyak, apa results nya yang kita dapat?
Najib tak beritahu kita. Memang cara dia deceive rakyat. Hutang yang kian meningkat dan bayaran yang kita kena buat tentulah akan menyekat perbelanjaan mengurus dan membangun pada masa hadapan. Tambah lagi, kadar pertubuhan dalam revenue atau hasil yang dah mula perlahan. Kita takde duit dah.  Dalam tahun 2003, kita bayar 10.5 billion hutang kerajaan. Dalam tahun 2008, kita bayar RM 12.8 billion. Dari tahun 2008 sampai ke 2013 nanti, kadar servis hutang kerajaan meningkat 73%.
Hutang kerajaan kita sudah sampai 53.7%. hanya 1.3% dari had 55% yang dibenarkan. Tapi angka ini pun tak betul. Najib sembunyi lagi. Sebab dia tak beritahu, angka ini kurang tepat sebab hutang kerajaan yang tak lansung pun menggunung. Bagaimana? Dia tidak beritahu kita bahawa kerajaan ada contingent liabilities yang bernilai RM117 billion setakat December 2011. Dan contigent liabilities ini akibat beri gerenti hutang kroni2 akan makin menggunung dalam tahun 2013 kerana perbelanjaan keatas projek MRT yang setakat ini berkos RM53 billion. Kita tak campur lagi jaminan kerajaan kepada projek2 mega yang lain.
Yang bahaya nya, ialah perbelanjaan2 ini semua belanja  off-balance sheet  dan tidak dikira sebagai hutang rasmi. Tapi semua nya di biayai oleh kerajaan dengan hutang.
Kalau kita tak tolak kerajaan Najib, Najib akan bawak kita kearah negara Eropah yang bangkrap. Spanyol ada nisbah hutang/GDP sebanyak 68.5%. macam kita lah ada nisbah hutang-GDP hanya 53%. Tapi Spanyol sebab ada pelbagai contingent liabilities dan menebus hutang syarikat2 kroni, nisbah sebenar hutang/GDP menyebakan ekonomi tersebut hancur lebur. Kita mesi tolak program ekonomi Najib sebab dia akan membawa kehancuran kepada ekonomi kita.

Read more...

Saturday, 29 September 2012

Bajet 2013: Ini Bajet Terbaeek sejak Nabi Adam AS!



Tidak mengapa , jika Syed Mokhtar punya kompeni hutang RM 34 billion. Dia kan Melayu? Apa salah nya orang Melayu kaya jugak. YTL kaya. Ananda Krishnan kaya. Quek Leng Chan kaya. Cina dan India kaya. Ok lah jika orang Melayu pun kaya.
Ye , tidak mengapa. Suatu hari nanti, bila orang masuk rumah kita, meniduri anak dan isteri kita tdak mengapa- sebab orang itu orang Melayu.  Kalau demikian fikiran orang Melayu- tak dapek se nolong nya. Hidup Melayu.
Takpe, itu kita cerita lain kali.
Kali ini kita sebut pasal bajet 2013 dulu. Apabila kawan2 mengajak saya nonton TV tengok PM Najib bentang belanjawan, saya kata sori. Saya mahu dengar radio tanpa melihat wajah nya. Kalau kita nonton, saya khuatir kita tidak objektif. Yang taksub dengan Najib mulut merah akan memuji dan memuja nya. Inilah bajet yang terbaeek sejak zaman Nabi Adam AS( bukan Amerika Syarikat ye). Yang sedia tidak menyukai Najib akan mengecis nya.
Jadi lebih baik mendengar pembentangan tanpa wajah. Mungkin dengan cara yang demikian, kita boleh objektif. Saya talipon kawan saya di MOF- tuan sudah sediakan sapu tangan atau tissue ke untuk boss? Dia ketawa kerana tahu maksud saya kerana jika Najib bercakap terlalu lama, air liur akan meleleh. Kalau tak pakai tissue atau sapu tangan dia akan sapu dengan tangan dan kemudian akan salam orang lain. Kesianlah kat Muhyidin orang Muor tu.
Satu peringatan sebelum kita pergi jauh. Untuk makluman kedua pihak- PR dan BN. bajet bukan suatu anugerah atau gift dari mereka kepada rakyat. Bajet ialah permohonan oleh kerajaan yang memerintah buat masa ini, dari rakyat untuk mengeluarkan sejumlah wang yang disatukan, untuk kegunaan mengurus dan mentadbir ekonomi. Its you who are asking our money and telling us what and how you want to apply the money you asked from us.  Ingat ya. So do mind your language. Ask us nicely. Bukan talk down on us.
Bukan dia beri kita- bukan ehsan, bukan hadiah. Dia orang yang minta kepada kita. Duit rakyat punya dia mohon keluarkan untuk ditadbir dan diurus.
Jadi jangan nak ek dan sombong lah dengan penggayaan bahasa yang menjebik, mengejek dan penggunaan suatu yang diminta dari kami untuk dijadikan alasan untuk ejek2. Just do your bloody job- bentangkan bagaimana kamu mahu perlakukan duit kita. Ini bukan duit bapak awak punya yang di perlakukan kepada gift kepada kita.
Najib thinks what he does is his gift to us.
Untuk 2013, kerajaan BN meminta RM251.66 billion dari kita untuk melakukan beberapa perkara. Kita mulakan dengan bertanya, mengapa perbelanjaan mengurus 80% dari bajet 2013?  Ini bukan jumlah yang sikit. Kerajaan BN sudah jadi suatu behemoth yang menyedut duit rakyat untuk menampung jentera mereka. Kamu mahu belanja RM201.9 billion untuk elaun tetap, untuk bayar gaji, untuk beli perbekalan, untuk beli harta dan lain2? Berapa harga printer tu? Berapa harga setin milo? Berapa harga kereta proton untuk jabatan X tu? Rakyat mahu tahu kepada belanja untuk perbekalan sebesar RM33.7 bilion? 
Mak ai- ngapo banyak nyo jang? 
PER
BELANJA UNTUK
RM BILLION
1
ELAUN TETAP
107.3
2
BAYARAN GAJI /EMOLUMENT
58.6
3
BELIAN BEKALAN/SUPPLIES
33.7
4
ASSETS(BERGERAK N TETAP)
1.1
5
LAIN2 BELANJA PELBAGAI
1.2

JUMLAH
201.9

Kalau lah bajet ini instrument untuk memberi one off payments kepada pelbagai kelompok masyarakat, maka lebih baik tidak perlu bajet. Buat sahaja suatu supplementary bajet dan mintak secara khusus, ini sejumlah wang yang kami minta untuk beri kepada orang miskin, budak sekolah, pensioner, bekas tentera dan sebagai nya. For once, dont tell us the lies, we will stop telling the truth about you. 

Penerima yang menerima pemberian one offs ini tentu bergembira seperti yang sepatutnya. Kerana mereka tertekan oleh kos kehidupan yang kian meningkat akibat dari tidak cekap mengendali ekonomi seperti yang dilakukan oleh kerajaan Najib. Ingat itu. sekarang harga gula naik lagi. Walaupun monopoli gula di pegang oleh Syed Mokhtar. Harga beras naik lagi. Harga minyak masak naik. Harga daging sebab Shahrizat gagal dengan projek NFC- harga daging pun naik lagi.BN=Barang Naik!

Kita hendak tahu bagaimana kerajaan menggunakan duit yang mereka mohon itu untuk mengembangkan ekonomi. Nak tahu, bagaimana penggunaan wang yang mereka minta boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran industry dan negara kita? Sebab apa? Sebab nya kalau ekonomi kita makmur, kerajaan boleh bayar hutang yang kini mencecah sudah tahap bahaya- hampir 55% dari GDP kita. 55% dari pendapatan negara kita. 
Macam mana kita hendak tahu, apa yang kerajaan lakukan untuk tujuan mengembangkan ekonomi kita? Kita tengok bahagian bajet yang disalurkan kepada belanja untuk pembangunan atau expenditure for development.  Yakni belanja keatas faktor2 yang menggandakan pendapatan.

PER
BELANJA UNTUK
RM BILLION
1
RESEB KECEMASAN
2.0
2
PENTADBIRAN
2.0
3
KESELAMATAN
4.6
4
SOSIAL
11.1
5
EKONOMI
30.6

JUMLAH
49.7

Sebanyak RM 30.6 billion untuk ekonomi- belanja buat jalan dan infratsruktur termasuklah agak nya, river of life yang kontrak membina nya dimenangi oleh syarkat yang berkait dengan Hishamudin Hussein. Takpe- menteri kaya pun, mereka orang Melayu. Apa salah nya orang Melayu kaya. 
Ini benar2 bajet tidak masuk akal. Kerajaan BN belanja lebih untuk menampung jentera berkerajaan yang semakin membesar dan belanja hanya 20% untuk membina kapasiti pengembangan ekonomi. 
Sikit pun PM Najib tak sentuh mengenai ekonomi luar negara dan bagaimana apa yang dia rancang untuk negara kita berkait dengan apa yang berlaku diluar. Sebab itu bila saya dengar pembentangan bajet tanpa melihat muka PM najib yang hensem itu, saya tak faham apa sebenarnya perancangan Najib. Ye lah mungkin sebab sama seperti Dr Mahathir yang hanya ada weak school certificate, saya pun lulus copot2 bidang ekonomi dari university SA- Sekolah Atap. 
Dan saya percaya ¾ dari MP yang ada dalam dewan kelmarin pun tak faham. Meraka hanya mahu sesi parlimen semalam tamat cepat supaya mereka boleh berlumba lumba berkata apabila di iinterview- ini bajet best since Nabi Adam. 
Pasaran di luar negara semua dalam keadaan huru hara dan berasa cemas. Ekonomi dunia berada diambang resesi ekonomi dalam masa terdekat. Setakat ini belum kita lihat pembetulan atau koreksi jangka panjang. Maka Najib tidak hiraukan itu semua, dia buat macam apa orang luar negara buat- persetankan penyelesaian jangka masa panjang- kawan nak menang pilihanraya. Itu lagi penting.
Disini dia sibuk cakap besar mengenai penyenaraian baru atau IPO. Tengok FGV dia kata. Tengok IHCC. Tengok pula ASTRO nanti. ASTRO bukan awak punya lah wok. IPO2 ini semua akan menyedut wang rakyat dan akan convert simpanan rakyat kepada asset kertas. Tidak ada faedah lansung dari perbuatan tersebut kecuali pembeli jual pada harga yang lebih tinggi dari harga semasa IPO. Banyak kaunter saham jatuh dan jatuh lagi jika ini gaya nya Najib mengurus ekonomi negara kita. 
Maka bajet 2013 ini seperti yang Mukhriz Mahathir sebut bila Pak Lah buat ucapan Dasar pada suatu PAU- its old wine in a new bottle. Takde yang baru. Bayar sana dan bayar sini. Beri one off sana dan beri one off sini. Saya rasa tidak ada orang akan bertemasya dengan membakar mercun dan bunga api. Di Bursa Saham sekarang, mungkin 65% hingga 70% syarikat yang tersenarai dalam keadaan tenat akibat pengurusan yang tidak cekap. SC mesti membersihkan Bursa dari syarikat2 yang menghisap darah rakyat. Sepatutnya bersihkan dulu Bursa Saham sebelum membenarkan kemasukan syarikat baru. Ada setengah saham syarikat di Bursa Saham KL tidak diperdagangkan pun. Ini menandakan syarikat2 ini berisiko tinggi dan tidak selamat. Ramai pemain saham tinggal seluar dalam sahaja.
Dunia kat luar sana berkecamuk dan Najib ambil angka dari negeri antah berantah, kata Malaysia akan tumbuh pada kadar 5%? Yang menumbuhkan ekonomi kita ialah pengusaha yang menjual barang dan khidmat mereka. Mereka nak jual kepada ekonomi dunia yang kian menguncup? Bila ekonomi besar seperti china, india dan amerika menguncup, mereka akan jaga kebajikan rakyat mereka dahulu. Mereka akan kurangkan impot barangan seperti komoditi dari Malaysia. Malaysia akan kurang pendapatan. Bila kurang pendapatan, pengusaha akan scale down production dan hasil untuk negera akan menguncup juga. Jadi dari bahagian otak mana Najib datang kadar pertumbuhan ini?
Asset waqaf mahu diconvert kepada asset dalam bentuk share. Apa akan jadi? Jabatan yang jaga harta dan asset waqaf akan convert asset kepada saham. Urusetia yang jaga harta waqaf tidak lagi memiliki asset fisikal tapi asset kertas. Di perjudikan dalam pasaran saham. Naik atau turun ditentukan oleh sindiket.
Nampak nya tamak dan haloba orang UMNO dan pakar runding yang ingin buat duit dengan apa cara pun semakin melampau.

Read more...

Friday, 28 September 2012

Memilih UMNO bukannya Wajib(2)



Dr Mahathir menulis panjang lebar mengenai bahaya Melayu berpecah. Biasalah tu- ketika dalam UMNO kita dah lali dengan cara dan gaya Dr Mahathir- memarahi sudah, mengancam sudah, memujuk sudah dan menangis pun sudah. Rakyat berubah, tapi UMNO semakin beku.
Ye lah, kita tahu, bersatu itu lawan kepada berpecah. Soal nya, mengapa bersatu dibawah UMNO? Sebab UMNO itu Melayu? Orang akan jawab- Melayu dalam PAS bukan cukup Melayu lagi? Melayu dalam PKR itu, jenis Melayu lain? Melayu dalam DAP itu telah menjadi kafir atau bukan jadi Melayu lagi? Di mana2 pun , Melayu tetap Melayu. Melayu UMNO tidak lebih dari Melayu dalam parti lain.
Bukan nya orang Melayu tidak suka bersatu- tapi mereka enggan bersatu dibawah UMNO. Maka yang perlu ditanya ialah mengapakah UMNO kian hari ditolak oleh orang Melayu?
Tahun 2008, ada 5.7 juta pengundi Melayu. Calun2 UMNO hanya dapat 2.38 juta undian. Tolak 380 ribu pengundi bukan Melayu, maka undi dari orang Melayu untuk calun UMNO hanya 2 juta. Apa makna nya itu? ertinya, 3.7 juta orang Melayu, termasuk juga 1 juta lebih ahli UMNO telah menolak UMNO. Itu soalan yang mesti ditanya oleh DR Mahathir- bukan meratapi penolakan orang Melayu kepada UMNO.
Jadi dia menyeru supaya Melayu bersatu. Diagnosis nya betul, tapi preskripsi nya salah. Melayu berpecah kerana sudah tidak mahu terima agenda UMNO- agama, bangsa dan negara. Rakyat tahu UMNO bukan lagi satu2 nya parti yang boleh berjuang untuk agenda agama, bangsa dan negara. Dalam demokrasi, rakyat boleh membuat pilihan. Rakyat Malaysia boleh memilih antara beberapa buah parti. Orang Melayu contohnya, boleh melihat kepada saingan UMNO yang paling sengit- PAS atau PKR. Tidak mengapalah jika orang Melayu kurang senang dengan DAP- tapi mereka boleh melihat dan membandingkan UMNO dengan PAS dan PKR.
Hari ini asas pilihan rakyat bukan lagi cerita kenangan lama mengenai UMNO. Zaman tersebut sudah berlalu. Zaman pemimpin UMNO dirangsang dan dimotivasi oleh agenda2 tinggi, hari ini dikoprapkan oleh pemimpin UMNO dengan agenda memakan rasuah dan mengayakan diri sendiri. Hal ini menjadi jadi semenjak Dr Mahathir sendiri menubuhkan sebuah parti baru, UMNO 88. Pemimpin yang idealistik dan tidak mementingkan diri diganti oleh pemimpin yang berkepala bisnes dan mementingkan diri sendiri. Bahkan parti yang mewakili aspirasi, kembimbangan dan harapan orang Melayu, di ganti dengan parti yang sudah tidak di kenali orang Melayu.
UMNO dan Dr Mahathir menuai apa yang mereka telah tanam.
Rakyat mengadili parti politik dari sudut pemimpin nya, pimpinan nya, agenda dan dasar2 untuk rakyat. Rakyat juga melihat kepada siapa yang menganggotai parti yakni ahli2 parti dan rakyat juga tengok penyokong2 parti. Rakyat tidak suka kepada pemimpin yang hipokrit dan rasuah dan bermuka2. Rakyat tidak suka kepada kepimpinan yang lemah dan tidak cekap. Rakyat menilai sama ada agenda yang ditawarkan menguntungkan rakyat dan memberi faedah kepada negara. Akhir sekali, rakyat juga menilai kualiti ahli parti- kalau ahli parti tidak ada disiplin dan laku perangai  macam samseng, maka rakyat akan menganggap parti tersebut mencerminkan kesamsengan pemimpin nya. Kalau budak2 UMNO macam samseng, maka orang akan kata, bapak borek , anak rintek.  Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.
Jadi tidak perlulah Dr Mahathir meratapi mengapa orang Melayu tidak bersatu dibawah UMNO. Lihat pada diri UMNO sendiri. Kalau Dr Mahathir enggan melihat UMNO dengan kaca mata yang sebenarnya, rakyat telah berbuat demikian.
Dan apa yang mereka lihat? Para pemimpin UMNO rasuah dan korap, mencabuli kuasa, membuli dan menghamba abdikan rakyat. Suatu hari saya bertanya Tun Daim Zainudin, apa pasal susah sangat kerajaan memerangi rasuah dalam negara ini? Tun Daim telah menjawab – macam mana kita hendak benteras rasuah, bila wang telah berjalan sehingga ke nombor 1?
Dan Dr Mahathir sendiri, ketika menghadhiri suatu jamuan tengah hari bersama sama bekas menteri cabinet nya, dengan keras sekali mengistiharkan bahawa semua pemimpin kerajaan dari yang tertinggi sampai kebawah, adalah perasuah dan korap.

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP