Kenanglah Jasa, tapi TOLAK Kemungkaran!
Apabila Rais
Yatim keluarkan kenyataan, saya rasa seram. Terutama apbila Rais membilang. 300
ribu dikatakan 2 ribu. Bagaimana seseorang boleh lie through his teeth. Bercakap bohong tanpa ada rasa bersalah. Setelah
merenung panjang, saya rasa tidak ada kontradiksi. Beginilah gaya nya pemimpin
UMNO yang telah membiasakan diri dengan pembohongan. Sehingga bercakap bohong
dan menipu tidak menjadi apa apa. Memfitnah dan membohong merupakan keperangaian
kedua UMNO.( is second nature to UMNO)
Setelah Jepun
tewas dalam perang dunia ke2, Jepun ditadbir oleh Amerika melalui General
McArthur. Apabila demokrasi di pulihkan, Jepun ditadbir oleh parti LDP Jepun
semenjak tahun 1955. LDP ini adalah UMNO untuk rakyat Jepun.
LDP Jepun
membawa kemajuan dan pembangunan untuk bangsa Jepun. Ekonomi Jepun sehingga
sekarang merupakan salah satu ekonomi terbesar dan bertenaga didunia. LDP juga
telah membina dan menyediakan prasarana untuk pembangunan dan kemajuan Jepun. Mereka
telah lakukan sama seperti yang Rais Yatim sebut dilakukan oleh UMNO dan
Perikatan.
LDP pun
buat macam Najib buat. Mentransformasi negara nya melalui menswastakan syarikat
milik kerajaan dan mempromosi kelajuan
ekonomi dengan memilih kawan kawan untuk memangkin kepesatan ekonomi. Jho Low
dan geng membangunkan Sungai Besi. Seorang rakan lain diberi kontrak kerja
tambahan LRT Ampang. Kawan yang sama membekal gerabak keretapi dan kawan yang
sama juga broker mendapatkan komisyen dari kerajaan negeri China. Seorang kawan
lagi, lambang orang Melayu diberi monopoli keatas seluruh Malaysia- gula, IPP,
beras, air, pelabuhan2, jalanraya, syarikat buat kereta, KTMB dan apa sahajalah
yang mata dapat pandang. Seorang kawan lain sebab dia sekolah sama dengan Kak
Ros, diberi grant 250 juta supaya suami kawan tersebut dapat membangunkan suatu
projek menternak lembu. Walaupun kawan itu tidur bersama suami, dia tidak tahu
apa sang suami lakukan.
Biarlah lembu
jadi lembu. Jangan manusia jadi lembu.
Tapi LDP
tetap ditolak oleh rakyat Jepun. Bukan sebab rakyat Jepun tidak menghargai
sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh LDP. Peranan dan sumbangan LDP lebih
besar dari UMNO kerana ekonomi Jepun lebih besar dari ekonomi kita.
Rakyat menolak
LDP sebab parti itu korap dan parti itu angkuh. Ia bermula dengan skendel
rasuah Lockheed.
Demikian juga
kalau rakyat Malaysia terutama orang Melayu menolak UMNO itu bukan bererti
orang Melayu dan rakyat Malaysia tidak menghargai peranan dan sumbangan UMNO
semenjak menang PRU 1955 sehingga sekarang, tapi orang menolak UMNO sebab parti
itu melambangkan rasuah dan sombong dan angkuh. Sebab UMNO membenarkan lanun
dan perompak bermaharajalela.
Rakyat Jepun
juga sedar, bukan LDP sahaja yang boleh membawa pembangunan. Parti lain pun
boleh. Demikian juga dinegara ini- rakyat sedar bukan UMNO sahaja yang boleh
bawak pembangunan. Parti lain juga boleh. PAS di Kelantan dan Kedah boleh. DAP
di Pulau Pinang boleh. PKR di Selangor boleh. Apa UMNO boleh buat, boleh juga
dilakukan oleh parti lain dengan lebih baik.
Maka kalau
berdasarkan kita mesti sokong kerana mengenang jasa kerajaan, maka rakyat
Kelantan jangan tukar PAS kerana parti itu melakukan jasa yang banyak. Rakyat Penang
jangan tukar kerajaan kerana Lim Guan Eng banyak jasa. Jangan tukar Khalid
Ibrahim sebab dia bawak lebih baik kemajuan dari kerajaan2 UMNO. Jangan tukar
PAS Kedah kerana mereka mentadbir Kedah lebih baik dari UMNO.
Takkan lah
perkara ini tidak difahami oleh Rais Yatim yang memilki PhD tulin dari university
UK. Ini bukan doctorate beli punya. Ini ori. Takkan lah Rais Yatim tak pandai
membaca isyarat dari orang Melayu. Dalam tahun 2008, dari 5.7 juta orang
Melayu, yang menyokong calun2 UMNO hanya 2 juta. Rakyat sokong atau tolak
bergantung sama ada parti itu baik atau jahat. Apatah lagi waktu ini, Dr
Mahathir bekas presiden UMNO kata UMNO dan BN parti syaitan. Takkan oleh orang
Melayu yang kuat berugama mahu memilih syaitan?
Pengundi yang
telah menolak UMNO, adakah mereka akan kembali ke pangkuan UMNO? Orang yang
berani menolak UMNO walaupun parti itu `berjasa’ dan sebagainya, melakukan
demikian atas dasar keyakinan dan kepercayaan. Kualiti undi seperti itu lebih
tinggi dari undi yang didapati dengan cara membeli, membayar dan mengugut. Orang
yang sudah menolak UMNO, 90% tidak akan kembali ke pangkuan UMNO. Mereka sudah
mengucap Sadaqallah. Tamat.
Di kampong saya
Pekan, bila kita tanya berapa orang datang hari raya rumah terbuka Najib- Ramai
jawab nya. Bayangkan- 100 ribu bungkusan habis. Kalau 100 ribu bungkusan, saya
kata lebih kurang 20 ribu lah yang datang. Tamah 10 ribu lagi, habis kuat 30
ribu. Jumlah itu macam biasa biasa. Eh.macam
mana gitu? Yelah, kalau setiap orang ambil 5 bungkusan sebab anak kat rumah dan
suadara mara ramai, maka setiap orang akan ambil 5 bungkusan. Itu tak termasuk
yang datang round ke2 untuk ambil lagi. Cuba bayangkan, pengunjung tak ambil
satu tin biskut- mereka ambil 1 crate tin biskut.
Tamrin Tun
Ghafar dijadualkan buat ceramah di Serkam Darat, Jasin. Ahli parlimen dan ketua bahagian UMNO ialah
Ahmad Hamzah, adik ipar kepada Tamrin. UMNO Jasin memutuskan mengadakan ceramah
saingan bersebelahan dengan ceramah Tamrin Tun Ghafar. Oleh kerana tidak mahu
menyinggung rasa kekeluargaan Tamrin Tun Ghafar mengalih lokasi ceramah ke
Serkam Pantai. UMNO Jasin pun turut
menjejaki langkah ini dan memutuskan untuk mengadakan ceramah ditempat yang
sama, lebih kurang 400 meter jarak nya. Ceramah Tamrin dihadiri oleh 3 ribu
orang, ceramah UMNO Bahagian dihadiri lebih kurang 100 orang. Ahmad Hamzah
hanya sempat berkata- saya sebak malam ini, tak dapat bercakap kerana ipar saya
mengkhianati bangsa dengan masuk PAS. Speaker DUN pun tak cakap banyak sebab
pendengar hanya 100 orang.
Berminggu minggu,
akhbar UMNO mengatakan Tamrin seorang yang tidak berguna. Ketua Pemuda UMNO
nasional pun hentam Tamrin. Tamrin seorang reject dan sebagainya. Kalau benar
Tamrin itu bukan ancaman, maka mengapa lebih ramai orang mendengar ceramah nya
dari ceramah UMNO Jasin? Dan mengapa harus gundah gulana terhadap Tamrin kerana
sebagai seorang yang tidak berguna, tentulah dia tidak dapat mengancam kekuatan
UMNO.
UMNO Kedah
buat rumah terbuka hari raya. Jemput 70 rinu orang. Yang datang 3 ribu orang.
UMNO Bentong buat rumah terbuka, jemput 20 ribu, yang datang 2 ribu.
Kalau dikaji
dari sudut angka atau numbers, UMNO kian hari seperti yang benar2 terjadi,
ditolak oleh rakyat. Pemimpin UMNO sedar hakikat ini tapi masih terus bercakap
besar.
Dan selain
Najib yang paling bercakap besar dan yang sudah naik jobo, hanya Rais Yatim
sahaja.
10 comments:
Salam Tok,
Tamrin tidak pernah relevan bagi negeri Melaka.Tak percaya ? Tunggu sajalah nanti.Melaka tidak pernah menyokng PR apatah lagi memenangi Melaka.Sorrylah Tok Tamrin is hopeless.
Orang Mesjid Tanah
"Beginilah gaya nya pemimpin UMNO yang telah membiasakan diri dengan pembohongan. Sehingga bercakap bohong dan menipu tidak menjadi apa apa. Memfitnah dan membohong merupakan keperangaian kedua UMNO.( is second nature to UMNO".
Dato' Sak, Kenyata di atas saya petik dari posting di atas adalh benar, ini lah dilakukan oleh segelinter mereka yang rakus, bila kita tidak memberi apa yang mereka hendak ini lah yang mereka lakukan. Ini kenyataan yang dialami oleh insan tertentu. Kaedah ini di gunakan oleh mereka. Baik mereka dengan kita rupa nya ada udang di sebalik mie. Terutama nya pemimpin yang tak berpelajaran tinggi, ada makluk ini di negeri dato'. Kerana apa, kerana tidak berpandu kan Quran dan sunnah, walaupun pergi umrah tiap tahun, bohong sana bohong sini . ini yang merosak kan organisasi mereka. Apa di perintah dan dasar parti tidak di laksanakan, perbuatan dilarang dibuat, dan tidak syukor nikmat. Itu tanda kemeruduman telah berlaku.
syabas dan teruskan memberi infomasi yang benar lagi adil.
"Beginilah gaya nya pemimpin UMNO yang telah membiasakan diri dengan pembohongan. Sehingga bercakap bohong dan menipu tidak menjadi apa apa. Memfitnah dan membohong merupakan keperangaian kedua UMNO.( is second nature to UMNO".
Dato' Sak, Kenyata di atas saya petik dari posting di atas adalh benar, ini lah dilakukan oleh segelinter mereka yang rakus, bila kita tidak memberi apa yang mereka hendak ini lah yang mereka lakukan. Ini kenyataan yang dialami oleh insan tertentu. Kaedah ini di gunakan oleh mereka. Baik mereka dengan kita rupa nya ada udang di sebalik mie. Terutama nya pemimpin yang tak berpelajaran tinggi, ada makluk ini di negeri dato'. Kerana apa, kerana tidak berpandu kan Quran dan sunnah, walaupun pergi umrah tiap tahun, bohong sana bohong sini . ini yang merosak kan organisasi mereka. Apa di perintah dan dasar parti tidak di laksanakan, perbuatan dilarang dibuat, dan tidak syukor nikmat. Itu tanda kemeruduman telah berlaku.
syabas dan teruskan memberi infomasi yang benar lagi adil.
Tok,
Kenapa mesti tonjol Tamrin ?.Yang baiknya beliau telah sedar dan insaf.Maalomlah dah tua.Cuba Dato naim kereta dari Kusla Linggi hingga ke Merlimau cuba lhat sokongan rakyat Melaka.Di bandar ya betul DAP bole menang yang tempat lain susah sikit.Tetapi boleh lah cuba.
Umno dah lama cakap bohong, sekarang telah sampai fasa mencuri macam diajar kepada orang Melayu dalam pantun :
Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama-lama mencuri.
Janji di tepati!
kamu tidak mewakili semua org melaka..saya org melaka menyokong PR..jadi sekarang seri 1 sama
Aku pun org masjid tanah sokong PR
Haha.. Dato' Sak rasa seram kerana Rais tak pandai kira-kira. Saya pula naik seriau bila Rais pertahankan ISA sedangkan thesis PHDnya yang tulin itu menghentam ISA. Tu belum masuk bab bakar jambatan dan amah Indon.
anon 14:35
itu pantun orang melayu dulu
pantun melayu sekarang begini
bercakap bohong
lama lama jadi menteri
Hah Rais Yatim!!Dulu mengampu Pak Lah, sekarang Najib pula.Tak puas2.Just go to his house in Ampang Jaya and check the fleet of luxury cars in the basement ( he has moved out most of them recently)or check out his mansion in the UK.This bridge burner must have been a plunderer when he was Negeri Sembilan MB.What a hypocrite.
Post a Comment