Bila Masanya Melayu Durhaka?
Kesetiaan kepada
golongan feudal ini kadang2 dilebih lebihkan sangat. Kesetiaan, kalau budak2
UMNO nak tahu adalah kesetiaan bersyarat. Atau qualified loyalty. Sememang nya
begitu dalam budaya Melayu. Kita tidak setia membabi buta hanya kerana namu
kamu wan, tengku, nik, atau ada gelaran2 didepan nama kamu. Kita meluat dengar
kita mesti sokong UMNO sebab ini kehendak raja2 Melayu atau rasmi orang Melayu
tidak akan durhaka.
Siapa kata Melayu tidak pernah durhaka? Melayu durhaka apabila dizalimi, dibuli dan ditindas atau maruah mereka dimusnahkan. Melayu akan durhaka bila adik kena bunuh, anak kena rogol atau dizinai. Raja yang membelah perut isteri rakyat hanya kerana memakan sebiji nangka menerima balasan nya apabila ditombak.
Siapa kata Melayu tidak pernah durhaka? Melayu durhaka apabila dizalimi, dibuli dan ditindas atau maruah mereka dimusnahkan. Melayu akan durhaka bila adik kena bunuh, anak kena rogol atau dizinai. Raja yang membelah perut isteri rakyat hanya kerana memakan sebiji nangka menerima balasan nya apabila ditombak.
Demang
Lebar Daun beritau Seri Teri Buana- “ Buana bro, kalau awak nak kahwin dengan anak
kawan, maka kawan hendak awak berwa`ad dengan kawan. Kita kena berbai`ah macam
orang2 UMNO buat dengan Dr Mahathir sekarang atau buat hari tu masa perhimpunan
agung. Kita kena buat gitu sebab entah apa awak makainya, awak main dengan
budak perempuan habis kedal semua. Tak pasal2 anak kawan jadi gitu sama. aok
stuju? “
Maka ST Buana
pun kata- apa agreement tu Daun? Begini Buana- keturunan kawan semua setia dan
jadi hamba kepada awak. Tapi awak mesti adil pada dia orang. Kalau buat salah
jangan maki hamun, jangan nista dan jangan jatuhkan maruah. Ini, tegur pasal
plet kereta aok nak maki hamun dan beri malu. Jangan sebab terkena bola sepak
raga kat tanjak awak, awak bunuh budak tu. Kalau bunuh pun mesti ikut hukum
syarak, bukan ikut hukum bapak awak.
Ok setuju ,
beres Daun. Tapi part kawan begini. Anak buah awak Daun, mesti setia dengan
anak cucu kawan sampai akhir zaman walaupun zalim macam mana.
DL Daun pun
kata- beres Buana. Tapi kalau anak buah awak Buana yang pecah janji, maka anak
cucu kawan akan buat serupa.
Maka tersebut
lah dalam sejarah Melayu demikian bunyi nya: maka kedua dua nya bersumpah
sumpahlah, barang siapa mengubah perjanjian itu dibalik Allah Subhanahu wa
Ta`ala bumbungan rumah nya kebawah, tuangnya keatas.
Maka suka
lah saya ingatkan budak2 di Jerantut itu- tersebut dalam Sejarah Melayu- jikalau ada seorang raja memberi aib, itu
alamat negeri akan dibinasakan Allah Subhanahu wa Ta`ala( bukan Allah SAW
seperti disebut oleh pemimpin UMNO sedikit masa dahulu).
Apabila dah
berjanji tidak mungkir, barulah semua selamat. Setelah anak DL Daun ditiduri
oleh ST Buana, esok hari tak kedal maka suka sangatlah ST Buana sebab lepas ini
boleh main hari2 tak takut kesan buruk. Suka main rupa nya Raja Melayu ni.
Jadi saya
hendak ingatkan budak2 UMNO terutama yang membangga banggakan sangat keturunan,
jangan taksub. Kesetiaan bangsa Melayu sejaka zaman dahulu lagi adalah
kesetiaan bersyarat.
Ingatlah
pesan dalam Sejarah Melayu bahawa jikalau ada seorang raja memberi aib, maka
alamat negeri akan dibinasakan oleh Allah. Sekarang kita dapat lihat ramai
anak2 raja Melayu kita yang beri aib- mabuk tonggeng terbalik, balun anak dara
dan isteri orang pun- maka itu lah alamat dan petanda, negeri yang dipimpin
mereka akan musnah. Tapi musnah bukanlah dalam bentuk terbalik bumbung atau
apa- musnah apabila kerajaan yang zalim akan diganti dengan kerajaan baru.
Jadi saya
harap seruan Melayu mesti bersetia sebab Dato Najib ini bangsawan yang ada gelar
Orang Kaya Shahbandar dan sebab gelaran itu anugerah Raja Melayu dan orang
Melayu tidak durhaka- jadi2lah buat pedaah nya. Orang Melayu khususnya orang
Pahang bukan duduk atas pokok lagi yang boleh diperbodoh bodohkan . Maka saya
ingatkan sekali lagi, bukan kerana nak bangga bangga- semasa tok nenek saya
bertombak , berlembing, berparang, tok nenek awak duduk berpesta dalam istana
dan bergundek gundek.
Budak2 UMNO
bercerita sesama mereka. Kenapa masuk DAP? Kenapa tak masuk PKR atau PAS? Ini minda
orang UMNO. Orang hendak berlawan dengan nya, UMNO hendak tentukan mana parti
yang lawan nya jadi anggota? Parti apa pun kami wakili, apa orang UMNO peduli? Orang
UMNO mengajak kita bertarung dalam gelanggang tapi mereka yang mahu menentukan
senjata kita. Mereka bertarung dengan senapang, kita hanya mahu diberi parang. Orang
UMNO ajak kita bertarung, tapi dia hendak tentukan parti apa kita anggotai?
Ada juga
yang mengatakan apapasal saya dengki kalau orang Felda dapat duit. Jawapan nya
ialah- tidak ada siapa pun yang dengki kalau orang Felda dapat duit. Lagi lah
tidak dengki jika orang kampong pun sama2 dapat durian runtuh RM15 ribu. Apa
kata jika orang kampong biasa pun di berikan durian runtuh tersebut? Bukankah
lebih baik? Selama ini apa yang orang lain dapat, maka orang Felda sebagai
rakyat pun dapat. Mereka pun sama seperti peneroka felda- berdepan dengan kos
kehidupan yang makin meningkat dan berdepan dengan kesusahan hidup yang serupa.
Tapi kali ini, apa orang Felda dapat, orang kampong biasa tak dapat? Kenapa layanan yang berbeza.
terima lah
dan ambillah - takpa duit tersebut. Tapi fikirkan kenapa Najib manjakan orang
Felda? Kalau orang felda tidak tinggal sebagai kelompok yang homogenous, adakah
kita ingat Najib mahu layan mereka? Sebagai bandingan- lihat layanan keatas
orang kampong tradisional yang bertebaran. Tambahan pula ada 54 kerusi parlimen
dalam kawasan Felda! Itu sebab utama mengapa Najib menggula gulakan peneroka.
Orang Felda
jangan taksub sangat. Tanyalah anak2 tuan yang pergi kolej dan university. Pengapungan
FGV ini sebetulnya mahu kayakan segelintir orang. Nama Felda digunakan tapi
yang kaya ialah pihak bank pelaburan dan orang lain. Siapa yang membolot hasil
dari pengapungan ini? 94.5% bukan dari peneroka atau perkerja Felda. Harta yang
Felda senaraikan ini adalah hak rakyat Malaysia. Sekarang hak ini dan kuasa
keatas 360 ribu khektar tanah dan 100 ribu lebih hektar tanah Felda diluar
negara dikuasai oleh pemegang saham. Antara pemegang saham yang terbesar ialah
Chua Mah Yu. Dia seorang stok broker yang sangat pandai dalam ilmu pasaran
saham. Kepentingan nya akan di jual kepada golongan peniaga dari Singapura dan
Hong Kong. Sebagai pemain pasaran saham, dia tidak akan ambil posisi jangka
panjang. Apabila dia rasa dapat untung dia akan unload share dia kepada pembeli
lain. Apa yang felda terlepas, tidak akan kembali dalam tangan nya.
Bayangkan
ini, pemimpin dahulu seperti Tengku Razaleigh Hamzah bersusah payah membawa
balik harta benda rakyat Malaysia, pemimpin Melayu hari ini, melepaskan harta
benda rakyat ke tangan orang asing. Tidak syak lagi ini adalah pembelotan dan
khianat kepada rakyat.
12 comments:
Dato' Sak,
Di Jerantut, orang cerdik sikit dan pandai sikit tak hidup kalau berpendirian berbeza dan tidak memenuhi kehendak mereka. Nanti lah fitnah akan menimpa, surat layang bertebaran. Apa kah itu perlu setia, tidak lagi pada abad ini . ini bukan kurun ke-15, rakyat boleh diperkotak katikkan. kesetiaan yang begini telah berlalu dan luput, jumud kata orang sekarang. Masalah yang lagi tinggal alah pengampu yang berpaksi kepada perut. Aku nak tanya apakah wan tak panjat pokok manggis, kelapa dan mutan?, apakah mereka tak mengemis dan susah serta sengsara, jadi apa beza dengan orang biasa tanpa nama wan?. Yang membezakan ialah taraf kealiman nya dan pandai gunakan ilmu serta terbukti.
Aku dah tahu , masa mu akan berakhir. lihat lah apa akan mereka buat bila orang itu tak jadi tok wakil?, macam maa ye?, mungkin tiak ada masalah kerana dah bersiAP SEDIA. bAGAIMANA PENGAMPUNYA?.
CUBA TERBALIKAN wan JADI naw? APA IA?.
oop , hARI INI bAHAGIAN umnO jERANTUT BERMESYUARAT..AGAK NYA APA DINCANGKAN.TUNGGU .
Salam Dato',
Setuju sangat. Jika kita lihat apa yang terjadi pada Felda LBJ di Negeri Sembilan. Walaupun pada asalnya memang peneroka jadi jutawan semuanya setelah tanah-tanah mereka di ambil. Tetapi kerana kebanyakan mereka tidak terlalu mahir dalam pengurusan kewangan, hari ini ada antara mereka yang terpaksa menerima bantuan zakat. Amat menyedihkan.
When these people lose their source of income, their cashflows turns negative. Immediately (Mana taknya duit keluar tapi tak ada yang masuk).
Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang berapa lama la agaknya gula-gula yang peneroka Felda dapat tu boleh bertahan?
FS
Satu ulasan yang menarik dan bernas dari Dr Mohd Asri mengenai ketaatan kepada sang pemimpin;
http://m.malaysiakini.com/columns/208835
Kalau nak tahu, Chua Mah Yu ni adalah rakan kongsi Rashid Hussain pada awal kehebatan RHB Group. Disebabkan kebijaksanaan Chua Mah Yu bermain saham, dia tetap teguh melalui masa-masa getir pasaran saham yang tidak menentu, tetapi Rashid Hussain ' bungkus '. Pemain saham tidak pandang bulu siapa pembelinya. Yang dipandang bulunya ialah berapa tinggi pembeli boleh bayar harga saham yg hendak dijual. Pembelinya orang Peranchis ke, orang Sepanyol ke, orang Indonesia ke, Thailand ke, Singapura ke, itu tak penting bagi penjual. Sebab itu apabila penyokong-penyokong listing FGVB berteriak mereka akan pastikan kepentingan pengangan saham Felda tidak jatuh ketangan orang lain, tok soh nok pedoahlah.
Kulop Besar
You mentioned in a previous post about the title awang after korupsi jadi wan Is it a honorific title-awang?
I ask this because in Brunei all men are have awang in front of their names like we have encik here these awangs are regular joes
Bro...Jiwa Melayu Jiwa Hamba. Tanya anak-anak sekolah siapa hero dan siap villain antara Tuah dan Jebat?Keterlaluankah kalau kita labelkannya sbg stigma dalam masyarakat Melayu kini. Asal peneroka Felda hampir kesemuanya adalah org Melayu yg merantau mencari peluang di negeri lain sementelah tiada rezeki di negeri sendiri. Siapa yg membuka ruang utk mereka? Jiwa sebal mereka melaung-laungkan UMNO. Org berbudi kita berbahasa, bak kata Menteri Pasola "Janji sudah dicapati..kini masa balas budi". You help me I help you...
Dato'
Tak payoh layangla puok-puok Wan Tembeling ni, lebih-lebih lagi WZ ni, pempuan dia orang pulau tawar tapi dia tak habis-habis ngutok dan merendahkan orang pulau Tawar...pernah tinggal di Kuala Tembeling tahun76 sampai tahun 80, tengok lagak puak-puak wan ni, berbulu mata kita, dulu penghulu Tembeling kena panggil ayah ku...inilah yang menyebabkan melayu tak boleh gi jauh terlalu feudal dan berbangsa...sebenarnya salah satu misi Rasulullah S.A.W ialah untuk menghapuskan sistem feudal dalam masyarakat...bangsa arab lagi kuat feudalnya...tapai yang sedih kini apa yang rasullullah tentang dan hapuskan dihidupkan kembali oleh orang melayu dan 'dilegalized' serta dibaluti dengan kulit islam oleh british...
Satu hal lagi saya mengundi di Damak, my humble opinion is that Damak should be given to DAP but with a Malay candidates. Dulu aruah Cikgu Bakar menang kerana tak ada calon bebas berbangsa China bertanding.
My whole secondary school is in Raub, DAP can put a Chinese candidate but more malay friendly...
I have did my own research and analysis, if all the Pahang pakatan leaders put aside their personal interest....we can take over pahang...kali ini biar anak cucu Mat kilau ini berjuang untuk kemerdekaan sebenar dari BN
SALAM TUAN,
NAMPAKNYA TUAN MENGUTUK MOYANG SAUDARA TUAN SENDIRI.
BIARLAH SAYA BERITAHU TUAN TENTANG SEJARAH MOYANG SAUDARA TUAN SENDIRI.
MAT KILAU ANAK TEH MAHDA,TEH MAHADA CUCU TOK KHATIB PULAU YANG BERKAHWIN DENGA TUN NORIAH.TUN NORIAH ANAK TUN PEDAH YUSUF.TUN PEDAH YUSUF ANAK BENDAHARA TUN ABDUL MAJID.TUN ABDUL MAJID IALAH BENDAHARA PAHANG.
JADI MAT KILAU ADALLAH KETURUNAN BENDAHARA PAHANG YANG TUAN HINA KETURUNANNYA PADA HARI INI.
NABI DAH BERPESAN JANGAN DIHINA BAPA ORANG LAIN KERANA ITU ADALAH SAMA SEPERTI KITA MENGHINA BAPA SENDIRI.
MAAF KALAU SAYA TERKASAR BAHASA!
The Umno/BN is doomed will become a self fulfilling phophecy in the next few weeks.The raping of Felda will see to that.
Salam Dato',
Tak payah layan puak2 Wan nie, nyusah kan je. Mereka kena akur pada sejarah.
Salam Dato',
Penulisan Dato' akan lebih bermakna jika dpt disampaikan kpd masyarakat umum. Malangnya, media massa dikongkong dan seterusnya minda terkongkong. A million thanks to u Dato' for sharing your thoughts. Tq.
Post a Comment