Pantang Melayu Durhaka tidak bersebab
Sedikit pengkisahan keturunan.
Ada seorang insan di Jerantut yang
selalu membangga banggakan keturunan. Aspan alias diibaratkan sebagai keturunan
pencari kayu api. Ariff Sabri keturunan pengangkat atau penimba air. Perumpamaan
seperti ini tidak menjadi hal kecuali kepada mereka yang taksub dan bangga
kepada darah keturunan.
Saya amat tidak suka mengungkit mengenai
asal keturunan. Tapi elok saya nyatakan disini asal usul keluarga saya sendiri
yang berkait dengan Jerantut. Kita kena jaga supaya mulut jangan celupar.
Tok Sharom ayah kepada Tok Gajah,
Hajjah Maimunah, Ranting Emas, Khatib Rasu, Khatib Amin dan Khatib Arif, datang ke Tanah
Melayu, turun di negeri Perak asalnya. Tok Shahrom berasal dari Sumatera adalah
keluarga bangsawan dan pahlawan. Untuk mengelak dari berperang sesama sendiri
masuk ke Tanah Melayu, turun pertama nya di Bidor Perak. Keturunan Tok Shahrom
masih lagi ada di Bidor. Tok Shahrom datang dengan para pengikut nya
termasuklah panglima2 dan orang alim ugama. Kemudian masuk ke negeri Pahang
akhirnya bermastautin di PUlau Tawar. Tok Shahrom berkahwin dengn seorang
wanita bernama Siti Hajar dan mendapat 5 orang anak yang saya sebut tadi.
Ranting Emas, Hajjah Maimunah, Khatib Rasu, Khatib Amin dan Khatib Arif. Semua mereka
ini terkenal kerana ilmu kepahlawanan dan kebatinan istimewa Khatib Rasu( Tok
Gajah). Khatib Amin berkahwin dengan seorang wanita yang saya lupa nama nya dan
mendapat seorang anak perempuan yang bernama Hajjah Aminah. Hajjah Aminah
berkahwin dengan Hj Abdullah Serban Hijau seorang paglima dan alim dari Negeri
Kelantan. Mereka mendapat seorang anak lelaki Hj Mohamad bin Haji Abdullah dan
seorang anak perempuan bernama Jamilah. Haji MOhamad ini adalah tok saya
sebelah emak. Jamilah adalah ibu kepada arwah Dato Shamsiah Hj Hamid, bekas
wakil rakyat Pekan yang berkahwin dengan Tengku Husin adinda kepada Sultan Abu
Bakar. Arwah Dato Shamsiah adalah ibu kepada Tengku Asmawi Tengku Paduka Pahang.
Saya ariff sabri anak kepada Hajjah fauziah anak kepada hj mohamad anak kepada
hajjah aminah anak kepada khatib amin anak kepada Tok Shahrum. Ini susur galur
keluarga saya sebelah emak. Khatib Amin adik beradik dengan khatib Rasu( Imam
Perang Tok Gajah), khatib Arif, Hajjah Maimunah dan Ranting Emas.
Jadi nak beritau Wan yang asal nya boleh
jadi Awang sahaja yang dikorapsi kan jadi wang, akhirnya Wan, bila disebut
dengan lidah orang Pahang, saya ini bukanlah keturunan pengangkat air. Janganlah
kita taksubkan sangat asal usul kita. Zaman ini, nilai seseorang bukan
bergantung kepada kesemulajadian dan asal usul tapi bergantung kepada apa yang kita boleh buat.
Dan apa yang kita boleh buat bergantung kepada keberanian, kemahiran dan minda
cerdik. Dan kalau tidak silap saya, keturunan sesetangah Awang yang menjadi Wan
ialah tukang angkat najis lembu di istana dan pencuci kandang lembu, kambing
dan kerbau.
Jadi sekarang
saya keturunan Tok Shahrom hendak bercakap.
Apabila
saya mula2 menulis mengenai FGV, penyokong UMNO banyak yang membantai saya. Masaalah
nya ialah: serangan yang puak UMNO lakukan seperti biasa, bersifat peribadi. Sementara
saya tidak ada masaalah dengan pendekatan mereka , kerana semua orang ada
tengkorak dalam almari masing2( hanya besar atau kecil), cuba kita tanya bagaimana
cara demikian mengangkat kesedaran rakyat?
Saya mengemukakan
soalan yang mudah:
1. Jika benar
peneroka dimuliakan, mengapa setiap peneroka hanya mendapat 810 unit saham? Mengapa
mereka di peruntukkan hanya 2.5% dari jumlah saham. Kaki tangan felda pula
mendapat 3.0% daripada saham yang dijual. Jadi semua 5.5%.
2. Apa jadi
kepada 51% ekwiti peneroka melalui KPF dalam Felda Holdings?
3. Setelah 51%
ekwiti tersebut diserapkan kedalam FGV, berapa KPF dapat?
4. Apapasal hasil
jualan 51% tersebut tidak dinyatakan?
Saya sebutkan
tidak kira apa premium akhirnya diperolehi oleh FGV, peneroka hanya dapat
sebahagian yang tersangat kecil. Tapi nama yang dipakai ialah Felda. Felda lah
barisan hadapan transformasi ekonomi kita, kata PM kita.
Jadi kalau
demikian nilai nya peneroka, dimana letaknya kemuliaan peneroka?
Secara peribadi
saya mengira bahawa harga intrinsic saham FGV RM3 lebih sahaja. Bagaimana ia
dijual pada harga RM4.55 sen hanya bank dan Ethos Consulting yang tahu. Najib
idak mungkin lebih besar dan dapat mengalahkan pasaran. Nilai sebenar harga
saham FGV akan ditentukan oleh pasaran.
Adakah kita
ingat orang Felda faham pasaran saham? Ini sebuah kasino judi dimana harga
saham sebetulnya dipermainkan oleh sindiket pemain pasaran saham. Matilah orang
Felda yang lulus entah apa jadi mangsa pasaran saham. Siapa sebenarnya yang
untung? Yang untung ialah perunding cara- Ethos Consulting yang diketuai oleh
Omar Ong. Si Omar Ong dikatakan medapat fee RM20 juta untuk mencadangkan penyenaraian
FGV ini. yang untung ialah pihak bank CIMB Investment Bank yang jadi penyelaras
global. Yang untung ialah pemain2 pasaran yang boleh berpakat untuk jatuhkan
atau naikkan harga saham. Mat Felda di kudakan sahaja. Yang untung ialah
Mukhriz anak Mahathir. dia menteri tapi tidak faham mekaniks jual beli AP.
Ini sebab
saya nyatakan dari mula secara konsisten, bahawa cara peneroka diperlakukan
adalah unconscionable- tak berhati perut.
Tujuan kita
berhujjah untuk apa? Bukankah kita mahu meyakinkan rakyat? Saya menulis dan berhujjah
bukan untuk memenangi pertandingan debat. Tujuan saya ialah mempengaruhi
pengundi. Oleh yang demikian, membantai saya dengan nama itu dan ini, tidak
menjadi hal asalkan rakyat dapat faham mesej yang hendak sampaikan. Kepada
orang Melayu, tujuan saya ialah menyedarkan mereka bahawa UMNO bukan lagi
jurubicara mereka yang mutlak.
Jawapan apa
yang mampu diberikan kepada penghujjahan saya? Jawapan yang appeal kepada
emosi. Seperti begini: Orang Melayu setia dan tidak menderhaka. Orang Pahang
mesti sokong 100% Dato Najib kerana dia anak Pahang. Apalah yang hendak kita
taksub sangat kepada kebangsawanan dan fiudalisme?
Saya suka
sebut disini, ketika nenek moyang saya bertombak dan berlembing dan melawan
penjajah, nenek moyang Dato Najib duduk berseloka dan bergundek. Sumbangan pejuang
bangsa Melayu seperti Khatib Rasu(aka Tok Gajah) tidak pernah diperakui secara
formal. Malah saudara mara Tok Gajah dianggap sebagai penderhaka.
Kita bukan
lagi hidup dalam zaman feudal dimana kita jadi hamba sahaya. Yang berdaulat
hari ini ialah rakyat. Rakyat bangkit mahu membebaskan diri dari belengu penjara
minda. Pilihlah pimimpin Melayu yang terbaik dari mana pun, UMNO, PAS, PKR dan
DAP. Pilih parti mana yang mendepankan kepentingan negara yang terbaik. Yang melindungi
kita bukan UMNO tapi undang undang yang mendaulatkan rakyat.
Orang
Melayu mesti sedar, jalan selamat mereka ialah memilih wadah yang stratejik dan
yang menguntungkan mereka. Mereka telah melihat bahawa UMNO sudah banyak
merugikan orang Melayu. Sebelum tahun 1990 mislanya, ada kita dengar pemaju
hartanah bukan bumi yang besar? Tidak ada. Yang besar ketika itu ialah UDA,
Sime Property, syarikat milik kerajaan peringkat negeri. Mereka di kuasai oleh
orang Melayu dan memajukan hartanah. Semenjak 1990, dasar kerajaan berubah. GLC
dan pemaju hartanah bumi berJV denan usahawan Cina dan lama kelamaan apa yang
terjadi, syarikat2 ini tidak mampu membayar kontraktor Cina dan membayar mereka
dengan tanah. Inilah rahsia, macam mana tanah orang Melayu yang dipegang oleh
kerajaan yang berjuang untuk bangsa Melayu melelong tanah2 milkik kerajaan.
Dasar UMNO yang menyebabkan tergadainya bumi ini. hari ini orang Melayu tidak lagi mampu tinggal
dalam bandar besar kerana harga rumah terlalu tinggi.
Pemimpin
mereka banyak yang rasuah dan tidak mahir mengendalikan negeri dan negara.
Dasar2 mereka menyebelahi orang kaya. Para penyokong mereka pula sudah banyak
yang tidak berkualiti. Hanya orang yang tidak mampu berlawan dengan hujjah akan
hilang pertimbangan dan menyerang pihak lawan. Marilah kita bertarung dengan
memikirkan soal maruah, seruan atau duty dan negara. Semua kita mahukan yang
terbaik untuk negara bukan parti kita.
Saya
mengajak mereka- marilah kita mempersembahkan kepada rakyat dan pengundi
hujjah2 kita dan apa yang kita boleh berikan kepada mereka. Janganlah kita lupa
bahawa kita memasarkan kepada rakyat, produk dan perkhidmatan politik. Apa dia?
Produk dan barangan politik termasuklah, pemimpin, pimpinan, dasar2 dan
wawasan dan jenis penyokong apa yang kita tawarkan.
Dari segi
pemimpin siapa yang UMNO dapat tawarkan? Kalau Dr Mahathir sendiri yang kata
pemimpin UMNO semua nya haprak, mengapa orang Melayu mahu menyokong mereka? Punah
negara kalau kita memilih pemimpin yang bermutu rendah.
Tidak
perlulah menghurai mengapa kita berada dalam pihak yang kita pilih. Tentulah
kita mempunyai keyakinan dan alasan tersendiri. Bagi pihak saya, saya percaya
tentang sebab2 dibelakang pilihan saya. Apa pun orang hendak kata, walaupun
saya ahli DAP, saya tetap Melayu dan beragama Islam. Saya tidak fikir darah Tok Shahrom yang
mengalir dalam tubuh saya boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu.
18 comments:
hujah yang mantap dan tepat untok meningalkan umno.......... abu
"Saya suka sebut disini, ketika nenek moyang saya bertombak dan berlembing dan melawan penjajah, nenek moyang Dato Najib duduk berseloka dan bergundek " .. tambah sikit.. kalau negara kita ni di ceroboh diorang la dulu yang cabut lari ke luar negara....
Apa yg nak dibanggakan tentang darah & keturunan. Darah manusia semuanya merah belaka. Manusia semuanya keturunan Adam & Hawa belaka, jadi apa yg nak digegak-gempitakan? Masalahnya mentaliti manusia melayu yg setiap persoalan yg dihadapinya tidak mahu dicari jalan penyelesaian. Ada masalah bukan nak selesai masalah tapi menambah-nambah masalah & suka nak buktikan memang ada masalah, bukan nak menolong selesaikan masalah. Bagi cadangan yg bernas tak reti tapi asyik nak kutuk & tikam belakang.
Salam Dato,
Saya menyokong sepenuh hati penerangan dan ulasan Dato..urat saraf saya bergetar secara spontan mendengar pengkisahan keturunan Dato..Al-Fatihah kepada pejuang2 melayu yang sejati..amin
Dato'Sak, Now you have reveal your lineage,a lot of Kunta Kinte tulin,celup dll will go into denial mode.You have manage to ignite the fire in me,I hope this fire will spread and turn into a prairie fire.Dato',sometimes I find it very difficult to convince my malay friends,although they understand all the atrocities committed by BN but I can feel that deep down they feel obligated to vote BN.It's like if they vote PR they are traitors.They know it is not right,but the mindset has been deeply engraved.I think the cradle to grave mentality have leave a deep scar in their deduction of choosing right from wrong.Please enlighten me on this.Salam.
Anon 14 September 2012 22:06
Kami dalam proses menyelesaikan masalah.
We want change, and it's on the way!
Bye bye UmnoBn.
Syabas Dato'...hujah yang amat bernas. Koi sokong sokmo Dato'.
Dato' SAK,
Ini komen saya kepada satu posting WZWH
" WZWH,
Apa nak gadoh pasal asal usul dan keturunan. Asal manusia sama aja, berbeza nya kerana kaum, bangsa, agama, bahasa pertuturan, bentuk badan sama, berbeza jantina kerana keperluan. Makan ikut mulut, melepasa ikut dubur. Semua nya dari keturunan adam dan hawa. Yang membentuk stratifikasi sosial adalah manusia sendiri dengan memberi berbagai gelaran. Jadi tak usah di polimek kan sosial keturunan , keturunan hamba ke, abdi ke, raja ke, bendahara ke, sama saja. Awak itu orang tembeling sebelah ibu dan orang ulu tembeling sebelah ayah.
Aku cadangkan hentikan pasal keturunan ini, wan atau orang biasa sama saja."
Terkini , berasaskan kepada posting Wan bangga keturunan bedehura tu dapat di buat kesimpulan yang pemimpi Umno sedang beramok sama sendiri, tuduh menuduh, ungkit mengungkit kesah basi.. kali ini betul petandanya PR akan rampas Jerantut, Umno mengarah kecundang dek umno sendiri.
Teruskan memberi infomasi dan kritikan. Allah Hu Akbar.
salam, keturunan yang menjaga kalimah tauhid, PERINGATAN... Orang tua lama banyak dah pindah, anak zina berlambak2, ustaz2 cari makan, Allah tengok kat malaysia dah x de kekasihnya.. apa lagi , ikut suka Dialah.
<9>
"Saya tidak fikir darah Tok Shahrom yang mengalir dalam tubuh saya boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa Melayu."
Solid man. Walaupun darah yang mengalir dalam tubuh saya datang dari negara yang dikatakan naga, saya tetap sokong pejuangan anda. Salam.
loveMyKris
Salam Dato',
Saya menyokong penuh pendapat Dato'. Saya berbangga Dato' bersama dalam gabungan PR. Saya berkeyakinan politik berasaskan kaum sudah semakin lenyap dan tidak relevan lagi di zaman Sains dan Teknologi sekarang (particularly in the urban and sub-urban areas).
People want to listen to what the potential government could offer. How our lives could be improved. What are the policies to be introduced to help the people. Not insults and race based statements.
FS
LOL, that Whwz or wwzz or whatever blogger bragged about his "keturunan", Dato? That's like Najib bragging about having a big wife! At best it is laughable and at worse, scornful but pitied! Whezz guy, get a life and grow up, you big baby!
Nick.
salam everyone,
The intelligent person is not one who merely knows what is good & what is bad. The intelligent person is one who, when he sees what is good, follows it & when he sees evil, shuns it [stays away from it).
Aku setuju dengan ko
sakmongkol ak47
Jika ada orang di Pahang kata "Kekalkan UMNO sebab najib orang pahang..??'..
Pendapat yang paling bangang dan dungu tampa berfikir dalam dunia.
Tak sedar-sedar lagi.
Kejayaan UMNO membangangkan ahli dan pecacainya.
Hang Tuah dari melaka tipu orang pahang bawak lari Tun Teja. Sekarang bukti kebobrokan kerja UMNO memilik sendirikan khazanah negara masih tak sedar?
Memang orang di Pahang senang kena bodoh dan kena tipu. Pahang antara negeri miskin dalam malaysia. Tak sedar lagi..?
Lebih malang jika tak mau berubah, maka orang Pahang akan selalu kena berak oleh gajah. UMNO bolot gading, rakyat pungut durian taik gajah.
Kita dah bersedia untuk kerajaan baharu Pakatan Rakyat.
Tahniah tuan kerana mempunyai keberanian dengan hujah yg mantap, bukan seperti org umno yg masih terkongkong dgn politik yg sempit yg hanya memikirkan tembolok puak2 mereka..sy anak jati pahang amat berharap berlaku perubahan dlm pru kali ini..cukuplah rakyat pahang diperbodohkan
assalamualaikum Yh Dato'..
sy minta maaf, ingin komen sikit..
apa dikesahnya kalau kita ni keturunan tukang angkat air ke apa tukang ke??.. tp kita akan kesah kalau kita ni keturunan lanun, perompak, penipu, perampas hak org lain etc..
lebih2 lg kita ni semua dari 1 keturunan shj.. dari Nabi Adam a.s.
jadi nya x guna berbangga2 dgn keturunan kita yg hebat2 tp perangai kita sendiri habad hahaha
wallahualam
Masalah besar ialah masih ramai Melayu yang taksub dengan UMNO. Boleh dikatakan mereka ini kuraeeeng cerdik, tapi ini lah realitinya. Bagaimana kita hendak ubahkan pendirian politik ketaksuban mereka? secara mengutuk? kurang berkesan. Secara memberi penerangan? mereka tak nak dengar. Ini la legasi yang UMNO berjaya tanamkan dalam otak-otak cetek mereka. Sama-sama kita doakan moga Allah beri petunjuk kepada mereka tentang kecelakaan yang telah dilakukan UMNO, terutama Mahataik, terhadap Melayu.
dato ini adalah makluk yang bodoh berjuang atas parti yang menentang islam dan melayu.sekolah tinggi tetapi tak dapat nilai ya.g mana kawan, yang mana lawan.Stategi murahan supaya dia dapat soko.gan cina dap dan yang anti melayu.Darah tok sharum telah bercampur dengan yang haram dan injlah hasilnya.
Post a Comment