Menukar Kerajaan tidak Kiamat Dunia
Mulai
sekarang kita panggil Dato Najib- Kim Il Najib. Semua gara2 gambar. Gambar
Najib dan Kak Ros adalah gambar suci. Gabar alim agama seperti Nik Aziz takpe
kalau diludahi dan dibakar. Ini agak nya yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir bila
dia kata , selepas PRU13 ini, Najib jadi orang garang. Pada peringkat gambar sahaja, kalau orang tak
hormat, tangkap dan tembak. Najib hendak jadi dictator macam Kim Il Sung. Kita
tengoklah nanti- puak UMNO akan memuja pemimpin Korea Utara. Pemimpin Korea
Utara pun ummatan wasatho- dalam konteks wasathiyah UMNO.
Dari sudut
itu, Najib sama dengan Kim Il Sung. Jadi, Kim Il Najib lah nama yang paling
sesuai dengan nya. Seorang komunis dan
seorang mengaku dia democrat. Tidak lama
lagi, bila kita berdepan dengan gambar Najib, kita semua mesti tunduk hormat
macam orang Jepun. Sama seperti rakyat Korea lakukan bila berdepan dengan
potret Kim Il Jung atau Kim Il Sung.
Kita orang
Melayu yang beragama Islam ini janganlah taksub sangat dengan gambar
Najib. Kalau kita hendak orang hormat
gambar Najib, kenalah kita juga menghormati gambar orang lain. Ketua
Pembangkang sebagai contoh, kalau dalam negeri sistem Westmnister, adalah ketua
Pembangkang Raja Malaysia. Seperti juga England, ketua Pembangkang ialah Her
Majesty’s Oposition Leader. Dia pun PM in waiting. Jadi kena lah hormat juga.
Dinegeri yang bertamaddun, kita saling hormat menghormati satu sama lain. Semua
terlibat dalam industry yang sama yakni menawarkan kepada rakyat jelata
kepimpinan kita, wawasan dan dasar kita dan keperibadian parti kita. Bolehkah
kita hormat kalau character parti kita macam samseng?
Kalau kita
hendak debat, maka berdebatlah atas dasar pemimpin dan kepimpinan, dasar parti
kita dan keperibadian parti kita. Biarkan rakyat buat pengadilan. Kalau UMNO
bagus, maka UMNO lah yang mereka pilih. Kalau PR bagus, maka PR yang mereka
pilih. Sesiapa yang menang, kita akan nilai nanti apa yang mereka lakukan.
Apa yang sebenar
nya Najib tawarkan kepada rakyat? Menawarkan pemimpin UMNO yang berkualiti?
Ramai yang korap dan tidak bersih. Yang tuduh pemimpin UMNO korap ialah Dr
Mahathir sendiri. Dalam suatu jamuan makan tengah hari dengan bekas2 menteri
cabinet, Dr Mahathir sendiri yang mengistiharkan bahawa semua pemimpin
kerajaan/UMNO adalah korap dari yang tertinggi sampai kepada yang kecil.
Mengikut kefahaman saya yang lulus SA- Sekolah Atap, yang dimaksudkan oleh Dr
Mahathir yang ada weak school certificate, yang korap itu termasuklah Dato
Najib sendiri. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir yang kata. Dan sebagai PM
selama 22 tahun, dalam bab ini saya percaya Dr Mahathir sebab dia ada fail
setiap menteri dibawah nya.
Pemimpin
UMNO bodoh. Bukan saya kata- Dr Mahathir yang kata. Mereka ini semua half past
six leaders. Dr Mahathir kata, yang cerdik sudah masuk DAP, yang bijak masuk
PAS dan yang pandai masuk PKR. Jadi tinggallah yang koro dan koman didalam
UMNO.
Maka jika
pemimpin UMNO bodoh seperti yang diperakui oleh Dr Mahathir. manalah boleh kita
sandarkan masa depan negara, masa depan orang Melayu dalam tangan pemimpin yang
korap, rasuah dan bodoh pula?
Sekarang,
bila Dr Mahathir melihat besar kemungkinan UMNO kalah, maka dia bertungkus
lumus menegakkan benang basah. Kerana itulah, saban minggu Dr Mahathir asyik
dok beri taklimat kepada badan pehubungan UMNO negeri2- supaya menerima calun2
payung terjun. Kita dah tak ada calun bermutu. Terpaksa ambik dari luar.
Mulakan
dari Najib sendiri. Bolehkah Najib dijadikan contoh pemimpin yang baik? Najib
sendiri, sebagai pemimpin- dia bukanlah maksum. Najib tidak boleh dijadikan
sebagai contoh teladan- Najib dan pemimpin UMNO tidak mencerminkan pemimpin
yang bersih dan pemimpin yang bagus. Kerajaan yang bersih dan kerajaan yang bagus
memerlukan pemimpin yang bagus dan bersih.
Dari sudut
mana, kita nak jadikan Najib sebagai tokoh wasathiyah? Sebagai pemimpin oang
Melayu, dia nampak lembik. Depan orang Melayu dia takutkan orang Melayu dengan
DAP. Depan orang Cina dia kata nanti PAS akan sunat dan potong tangan semua
orang. Depan orang India dia akan kata PAS dan DAP bahaya. Depan raja2 Melayu
dia akan kata, kalau PR memerintah, negara ini akan jadi repablik. Maka kerja
dia hari2 ialah berdusta dan berbohong.
Dia tidak
ikhlas dan jujur bila tolong dan bantu rakyat. Dia akan bantu dengan syarat
rakyat kata terima kasih. Dia hanya bantu bila sokong UMNO dan Najib. Pemimpin
yang jujur dan amanah, bila dia bantu rakyat dia tidak letak syarat. Hendak
tolong, tolong kerana itu suatu amanah.
Tidak
pernah buat keputusan yang muktamad. Negara dibiarkan dalam keadaan huru hara.
Najib tidak berbunyi sedikitpun bila anasir2 jahat dan kaki busuk mengacau
ketenteraman awam. Najib sebagai PM bisu seribu bahasa bila kaki busuk
menggunakan agama untuk pecah belah masyarakat. Agama ajak orang melakukan
kebaikan, puak UMNO anjur lakukan rusuhan. Najib sebagai ketua amat lemah.
Najib suka
lakukan rasuah. Dr Mahathir kata pemberian BRIM dan bayaran2 lain hampir
menyamai rasuah dan beli undi. Saya tidak boleh mengatakan sebaliknya apabila
pemberian wang sana sini dilakukan dan diinstitusikan. Ertinya, rasuah dan
sogokan kepada rakyat dijadikan suatu amalan kebiasaan. Inilah nilai yang
hendak diterapkan oleh Najib.
Bagaimana
pemimpin UMNO hendak dijadikan contoh teladan atau contoh sederhana sebagai
umat pertengahan- ummatan wasatho? Rakyat dianjur belanja cermat dan jimat-
isteri bersalut dengan berlian dan bertatahkan emas? Bagaimana jadi contoh
teladan untuk jadi amanah, bila harta benda kerajaan diperlakukan seperti harta
sendiri? Jet kerajaan digunakan untuk beli belah dan mengangkut kawan2 mandi
lulur di Indonesia?
Kemudian
bagaimana UMNO itu sendiri hendak dijadikan contoh teladan? Ahli dan penyokong
tidak ada disiplin dan bertindak macam samseng kampong dusun? Semua jadi Sharif
Dol. Penyokong UMNO tonggeng bontot didepan rumah Ambiga. Penyokong UMNO gesa
Ambiga digantung kerana mempunyai pandangan yang berbeza. Inginlah kita
ingatkan penyokong UMNO, kita hukum gantung pembunuh dan pengedar dadah. Kita gantung
bunuh orang yang membunuh Altantuya. Mereka ini kita gantung bukan cerut leher
orang yang berbeza pendapat dengan kita.
Malah
setiap pemimpin UMNO banyak cacat dan cela dari ciri2 baik nya. Mereka kata
Anwar Ibrahim tidak bermoral, pemimpin UMNO pun tidak kurang jahat nya. Orang
Melayu tidak peduli sangat ciri2 peribadi yang ada pada pemimpin Melayu. Kalau mereka
mengutamakan kebersihan moral, tentulah ramai pemimpin UMNO ditolak.
Jadi
mengapa sekarang apabila tiba membezakan antara pemimpn UMNO dan bukan UMNO,
perhitungan moral seseorang menjadi tersangat penting? Jangan lah berpura pura.
malu kita bangsa Melayu, bila pemimpin UMNO boleh sebut dalam parlimen- kalau
kita korap, mengapa rakyat tetap memilih kami?
Inilah yang
kita mahu tukar. Kita jangan lagi memilih pemimpin yang korap sebab memlih
mereka menjadikan mereka angkuh dan mereka akan buli dan mem-boss kita.
Yang dalam
ketakutan sekarang ialah UMNO. Sebab itu dia gunakan segala cara untuk mengikat
minda rakyat. UMNO ulang cerita lama dengan mengatakan dibawah PR, rakyat tidak
ada masa depan. Kalau PR memerintah, orang Melayu terancam sebab DAP akan
mendominasi. Masaalah UMNO ialah dia ingat Melayu dalam PAS dan Melayu PKR sama
standard dengan orang UMNO. Najib lupa, jumlah ahli parlimen Melayu tetap
mengatasi jumlah ahli parlimen Cina. Calun UMNO digantikan oleh calun Melayu
dari PAS dan PKR dan calun Melayu DAP.
Apa yang
terjadi pada UMNO sekarang? Hendak cari calun yang berkaliber dan bermutu dari
kalangan 3.2 juta pun susah. Kali ini UMNO akan mengenengahkan ramai calun2
payung terjun. Ini mengesahkan , walaupun UMNO itu ramai ahli nya, mutu mereka
tidak ada. Setiap minggu Dr Mahathir bertemu dengan badan perhubungan UMNO
setiap negeri berpesan pada mereka , bersedialah untuk menerima calun2 yang
ditetapkan oleh pemimpin UMNO. Mesti buat bai`ah jangan sabotaj UMNO.
Demikianlah cemas nya UMNO. Parti yang ramai ahli, tapi penuh sampah sarap.
Bukan saya kata, Dr Mahathir kata dan disahkan dan diperakui oleh Najib dan
Muhyidin.
15 comments:
"Parti yang ramai ahli, tapi penuh sampah sarap."
Aku gelak sampai nangis....ROFL (Rolling On the Floor Laughing)....begitu geli hati bila baca ayat tu.
Memang benar....semua sampah sarap kat UMNO/BN termasuk MIC dan MCA....najis berkaki lah semua puak UMNO
kakakaka .....ka ka ka ka
Dato
UMNO is rotten to the core but do not forget, Pakatan still have Azmin Ali who is the offshoot from that rotten core. He will be the reason Malaysia will still be raped and plundered by UMNO until 2018.
I need not go into detail. You are a smart Dato and already know this.
If I am an UMNO member who is disillusioned with my leaders, you have just pissed me off by calling me 'sampah sarap'. You have lost my vote. Come GE13, I will stay home and not vote.
Anon 05:44,
Petama kalau mengikut sdra, sdra bimbang tehadap ONE PERSON yang bernama Azmin Ali.Tetapi dalam UMNO Bau, jenis Azmin Ali ni banyak sangat-sangat. Yang lebih dasyat dari Azmin Ali pun bersepah-sepah. Mana logik sdra?
Dalam Pakatan, kedudukan mereka adalah setaraf, tak ada boss macam dalam BN dimana UMNO Baru boleh ignore je rakan-rakan lain. Dalam Pakatan, tengok macamana Kapal Singh dok terkam PAS.
Anon 5:46,
Memang tepatlah description Sak tentang tidak berkualitinya ahli-ahli UMNO Baru jika mereka berfikiran sebagaimana andaian yang sdra buat.
Tak ada bezanya antara undi BN dengan tidak keluar mengundi. Dengan jumlah pengundi hantu yang dibawa masuk, undi ahli UMNO baru yang tidak keluar mengundi itu telah diganti dengan undi pengundi hantu dengan nisbah yang lagi besar.
Cara terbaik untuk protes ialah dengan mengundi parti lawan. Persoalan yang pelu kita jawab sebelum tak mau keluar mengundi kerana protes - undi protes dikalangan ahli UMNO Baru dalm PRU 12 adalah 1.2 juta undi!
Ada pemimpin UMNO Baru atau najib ambil pot pasal 1.2 juta undi potes ini? Instead mengambil
perhatian dan tindakan, Najib bagi kerakyatan segera kepada mat indon, mat bangla, mat myammar dll untuk mengundi UBN dalam PRU 13.
Apa makna pemberian atau mesej yang hendak disampaikan oleh Najib kepada ahli UMNO Baru dengan tindakan kerakyatan segera kepada pendatang asing ini? Ini yang lebih penting untuk ahli-ahli UMNO Baru fikirkan.
Maknanya, ahli-ahli UMNO Baru ni tak ada nilai langsung, ibarat tak harga satu senpun. Kalau ada haga masakan dia beri hak kepada pendatang asing untuk berkongsi dan dalam jangka panjang merampas pelbagai hak keistimewaan orang melayu dengan pendatang asing ni. Sudahlah hak-hak ini semakin bekurangan, kena kongsi pulak dengan pendatang asing.
Kedua, ahli-ahli biasa UMNO Baru peringkat cawangan tu memang tak ada harga langsung di mata pemimpin UMNO Baru berbanding waganegara segera ini. Mengapa?
Warganegara segera ini kena dijaga dan dipelihara kalau tidak masaalah. Mereka ini diberi pekerjaan dan dipastikan ada pekerjaan. Walaupun kerja boroh tetapi pendapatan setakat RM 1- RM 2K dapat. Pendapatan ini mereka hantar balik dan boleh memberi keselesaan kepada keluaganya dan keluarga adik beradik mereka - beruntung sakan mereka kan!Itu belum kira yang diberi tanah untuk di usahakan lagi dalam Parlimen Pekan!11
Sedangkan, ahli-ahli UMNO Baru peringkat cawangan dibiarkan cari makan sendiri. lantak hangpalah nak hidup!! Ini golongan paling besar yang membolehkan UMNO Baru hari ini masih bernafas.
Jadi kesimpulannya, takde guna dan tak ada guna undi protes ahli-ahli UMNO Baru dalam PRU 13 ini!
bat8
Pemimpin yg korup kerana mengutamakan harta benda dan kuasa ada dalam UMNO. Pemimpin yg korup kerana menfitnah Nabi Muhammad dan Tuhannya ada dalam PAS. Pemimpin yg korup kerana menghuru-hara dan menyusahkan rakyat ada dalam PKR. Pemimpin yg korup kerana merasakan hanya bangsanya saja yg paling layak memimpin ada dalam DAP. Kesemua pemimpin ini telah memperdayakan rakyat Malaysia untuk terus memimpin, bersilih-ganti saban tahun. Tiba musim pilihanraya berlagak sopan santun untuk menerajui negara dengan 'menjual' tag-line 'demi agama, bangsa dan negara'. Saban tahun jugalah bersilih-ganti 'keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya'. Apa yg nak dihairankan dgn kata- kata kerajaan bertukar kiamat pun tiba atau tidak sebab demikianlah rupa jiwa dan raga apabila pemimpin korup berkuasa ada di mana-mana pun jua.
Dato'
Saya menyetujui hampir kebanyakan posting Dato yang lepas lepas mahu pun yang terkini. Saya terpaksa menyetujuinya kerana itulah hakikat yang sedang berlaku dalam UMNO BN sebenarnya.
Seperti mana juga Dato saya juga adalah ahli UMNO. Bezanya Dato istiharkan diri keluar parti dan menyertai DAP, saya pula tidak..masih ahli UMNO BN tetapi telah sekian lama tidak menyokong perjuangan parti ini. Saya adalah kalangan ramai jutaan ahli UMNO yang sebenarnya tidak memberi sookongan kepada parti ini.
Saya tidak memilih menyertai mana2 parti malah tidak juga mengistihar diri keluar parti. Namun untuk terus menyokong UMNO BN tidak sekali sejak 15 tahun dulu. Dan ahli seperti saya inilah yang turut meletakkan UMNO BN dalam keadaan sekarang..perasan kuat tetapi sebenarnya lemah. Pemimpin UMNO BN masih lena dan bermimpin dengan angka2 yang sebenarnya akan menyebabkan parti itu rebah secara mengejut nanti.
Saya memilih untuk tidak lagi berparti, lebih selesa menjadi pemerhati atas pagar. Saya yakin ramai yang memilih sikap serupa dengan saya. Tidak ada cita cota dalam diri saya untuk menjadi pemimpin dan menceburi politik secara aktif. Tidak ada cita cita saya untuk menjadi pembesar. Apa yang sya inginkan adalah meletak parti yang sewajarnya di puncak kekuasaan dan ini akan kami lakukan melalui undi.
Melihat kepada situasi sekarang saya setuju dan akui UMNO BN tidak layak lagi diberi mandat. Pilihan ternaik sekarang adalah PR yang merupakan alternatif yang ada ketika ini. Dengan menilai apa yang telah PR lakukan dinegeri bawah kekuasaan mereka, kredit perlu diberikan kerana keupayaan PR memberi yang terbaik dalam keaadaan kperuntkan kewangan dinafikan oleh kerajan persekutuan. Dan saya yakin PR mampu menyumbangkan jauh lebih baik dari apa yang telah UMN BN lakukan selama ini.
Jadi saya menyeru semua rakan dalam UMNO BN agar memberi pengajaran secukup2nya kepada UMNO BN dalam GE 13 dengan memberi mandat kepada PR setidak2nya untuk tempoh 5 tahun. Amat tidak adil untuk menelan kata2 pemimpin UMNO BN yang menuduh PR tidak mampu walhal PR belum pernah diberi ruang membuktikan kemampuan mereka.
Saya tidak mengatakan PR itu sangat baik atau akan selamanya menjadi lebih baik. Tetapi setidaknya lapuran bebas Audit Negara membuktikan bahawa PR harus diberi lebih kepercayaan. Terus terang saya tidak mahu dan akan menyokong mana mana parti membabi buta kerana sifat menyokong begini hanya akan membawa rebah kepada negara. Sebab itu tidak perlu untuk saya fanatik kepada satu satu parti melainkan parti berkenaan mampu membuktikan ia sentiasa memberi yang terbaik kepada rakyat.
Apa yang jelas sekarag ialah UMNO BN adalah parti yang tidak harus lagi diberi kepercayaan. Selagi ada pemimpin pemimpin Enam Jahanam dalam parti UMNO BN ni, tidak mungkin UMNO BN akan kembali pulih dan normal seperti awal penubuhannya dulu. Kepala perosak negara seperti Mahathir Mohamad ini perlu dihumban keluar dari parti berkenaan selain mereka2 yang selama ini yang telah memberi laluan dan kerjasama kepadanya menyebabkan Malaysia kini jadi caca marba dalam banyak perkara khsusunya hal hal berkaitan perundangan. Bila undang undang boleh dirogol sesuka hati..apa lagi yang boleh diharapkan kepada puak puak sebegini.
Pada kawan kawan dan sahabat yang selama ini setia lepada UMNO BN...cukuplah..memadailah. Sokongan yang kita berikan kepada UMNO BN sekian lama sebenarnya telah pun membawa rebah. UMNO BN pada mata hati saya kini tak ubah hanya sebagai sebuah pertubuhan samseng dan gangster saja. Tak mungkin rakyat Malaysia akan selamat bernaung dibawah kumpulan gangster begini.
Ubah lah sementara kita mampu lakukan. Jangan tunggu sampai terlambat atau nasi menjadi bubur!!!.
ahlul-umno yg tegar serta ahlul-umno yg disillusioned akan terlompat terjerit gembira hari ini, tak kira lah apa pun hujah dan isi yg pakatan kemukakan tak kira lah hujah dengan sopansantun ke dengan berkias ke dengan ayat2 quran dan hadis ke dengan marah2 ke atau dengan sumpahseranah.
najib dan ahlul-umno akan mencebik seraya melaung bangga:
lihatlah sendiri! bukankah kami dah berbuih bagitau umno dan kerajaan bn mempertahankan hak melayu memperkasakan org melayu membela nasib melayu menjamin keistimewaan melayu? bukankah juga kami dah berbuih bagitau umno dan kerajaan bn takpernah menafikan takpernah menidakkan tak pernah meminggirkan orang2 sabah dan sarawak dan bukan hanya memberi perhatian dan keistimewaan pada semenanjung sahaja?
buktinya, selain baru2 ini kita tunjukkan pandalela rinong yang kita bantu nobatkan hingga berjaya tahap dunia, hari ini kita tunjukkan bahwa orang terkaya dalam malaysia bukannya orang semenanjung dan bukannya orang bukan melayu!
siapa lagi mampu menghasilkan kejayaan besar sebegini untuk orang melayu malah bumiputera sabah/sarawak kalau bukan umno dan kerajaan bn?!
inilah yg kami katakan janji ditepati!
hah!
-average joe-
klakka-la.blogspot: LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Edit YOUR Photo (MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Edit Foto ANDA)
ANON 5:46,
If you don't come out to vote on the pooling day, then you are indeed a real trash!Perhaps stupid too.......
By the way during the 12 GE, only half of UMNO voters voted for their party, the rest either stayed home like you intend to do or had voted for the oppositions.
UMNO leaders are rotten to the core and a bunch of thieves PERIOD!
Asrul Sani
Anwar bersih sangat ke? Party apa yang bersih? dap bersih? keadilan bersih? pas bersih?
Anon 15:08,
Berdasarkan sambutan yang diterima Anwar, tentunyalah dia di anggap bersih dari pemimpin parti UMNO Baru sdra.
Berdasarkan cara menghalang setiap ceramah Anwar oleh puak UMNO Baru sdra dan konco-konco dari Perkasam dgn pelbagai topeng.
Baling cat satu hal. Apa standard baling kasut ke dalam masjid. Paling bodoh lagi, lepas batu besar keatas kenderaan yang ingin menyertai jamuan makan malam di JB beberapa malam lepas.
Nampaknya ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat satu baris sdra diatas. Mungkin sdra tahu keburukan Anwar yang begitu ramai orang tak tahu.
Berbuatlah jasa besar kepada parti UMNO Baru sdra dengan menceritakan apa yang tak bersihnya Anwar yang sdra nampaknya tahu dan begitu yakin itu.
Dengan pencerahan dari sdra, moga-moga kami yang nak undi Pakatan akan pangkah UBN beramai-ramai. Ingat kata Mahathir semalam, BN kalau menang pun akan menang tipis ( maknanya peluang nak kalah lagi cerah) - sdra boleh menjadi hero yang menyelamatkan UMNO baru khususnya
bat8
'dap is capable of taking care of malay rights'.
What are you? A medically confirmed irrational lunatic expecting others to believe you? Why are you making a big fool of yourself?
Bersih la sikit dari umno yang terbukti rasuah sampai ke akar umbi.Lagi pun Anwar tak bunoh orang maka bersih la tu.
Bila dah tahu jadi 'sampah sarap' bila dalam UMNO, keluar dari UMNO. Apa yang susahnya? Atau mungkin tuan ni memang jenis sampah dan bodoh? Rasanya tak kan? Kan? Kan? Orang bodoh dia tak sensitif! Orang cerdik dan bijak selalunya sensitif dan peka dengan tuntutan semasa!
Pemimpin yang korup kerana memfitnah Nabi Muhammad dan Tuhannya ada dalam PAS?...betulke ni?Macam statement fitnah je bunyinya! Ko tak korup ke dengan statement pukal macam ni? Ini mesti UMNO totok yang buat ulasan ala-ala neutral......pooooorrraaaah!
The fact is.. UMNO confirm CORRUPT and almost full of corrupters! That is no doubt! We are not questioning whether Anwar,PAS or DAP is clean or not! What we are concerning is that our country being governed by a bunch of parties that are proven to be corrupt and full of corrupters! That is Be End. Period.
Post a Comment